Pages

Saturday, March 8, 2014

final episode! We are married!!

Assalamualaikum wbt.

Lamanya kita tak jumpa kan.. Alhamdulillah bagi sesiapa yang belum tahu, aku sudahpun mendirikan rumah tangga pada 29 November yang lepas dengan seorang yang aku tak sangka, dialah rakan terbaik aku satu masa dulu. Oh, I got married with my own best friend! Masa 13 Februari lepas, genaplah 5 tahun dari hari dia menyatakan hasrat untuk memperisterikan aku, dalam keadaan sejuk bersalji di Moscow,  di dalam bas berwarna hijau di tengah bandar Moscow, tidak seperti orang lain yang dilamar di puncak eiffle tower dan sebagainya.. tanpa dirancang, tanpa diduga aku menjadi pilihan hatinya.

Ingat lagi antara perkara yang dia beritahu aku, "wani, ko nak tak jadi isteri aku? Aku dah tunjuk dah gambar ko kat mama aku and dah cerita pasal ko kat mama aku. Aku dah tanya pendapat dia tentang ko sebelum aku tanya ko pasal ni." What?? Dia tanya kebenaran mama dia sebelum dia tanya aku?  Confident gile mamat ni yang aku akan terima dia. Aku pon tanya la dia semula, "ko dah bagitau mama ko pasal aku? Kalau aku tak terima ko macam mana?" Dia balas, "aku suruh je la mama aku cari calon lain sebab aku dah malas nak cari sendiri.  Ko la yang last."

Hahahaa... rasa nak tergelak pun ada juga. dulu ber'AKU' "KAU", sekarang...?? Hihi..  Hurmm.. Tapi apa-apa pun, alhamdulillah syukur pada Allah atas segala nikmat dan kemudahan yang dia telah berikan kepada kami, dalam pada bersabar tunggu masa diijabkabulkan, dipermudahkan lagi proses kami berpindah ke kuala terengganu ni untuk membina baitul muslim kami di bumi keropok lekor ni..

Alhamdulillah berkat istikharah yang dulu, Allah kurniakan seorang suami yang sangat memahami dan menyokong kerjaya aku sebagai seorang doktor di bahagian sakit puan yang semua orang tahu betapa sibuknya bidang ini. Dia seorang pembantu yang sangat berkebolehan apabila berada di rumah, boleh membasuh baju, menyidai baju, membasuh pinggan, tolong menyapu rumah apabila aku hanya memasak dan menyediakan pakaiannya saja. Terasa beban kerja rumah itu menjadi ringan apabila ada yang menolong.

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Enjoy the pictures! =)

Friday, November 15, 2013

Episod Dua

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Harapnya semua sihat walafiat. Aku kat sini pun sihat juga. Maklumlah hati tengah bahagia cewah! Bahagia sebab dah habis zaman housemanship yang penuh dengan ranjau berduri itu.

Entri ini sangatlah panjang sebab aku pun dah lama tak update blog ni kan. Banyak cerita yang berlaku dalam masa 3-4 bulan kebelakangan ni..

Alhamdulillah aku dah pun berjaya menamatkan tempoh housemanship (latihan siswazah) aku selama 2 tahun tepat (tanpa extension) di Hospital Ampang. Banyak perkara yang aku belajar sepanjang tempoh dua tahun ni. Bagaimana hidup dalam keadaan tertekan tanpa keluarga di sisi, hanya kawan-kawan yang banyak memberi dorongan dan support. Kesusahan hidup menyewa rumah yang akhirnya dipecahmasuk oleh pencuri dan mengambil byk barang-barang berharga kepunyaan aku yang sangat3 aku sayang. Dan kemudiannya aku berpindah lagi ke rumah apartment yang lebih selamat dan duduk dengan adik aku Mia. Dan kemudian pindah lagi selepas tamat HOship. Dan sekarang ini aku pindah lagi ke.......?? tertanya-tanya? Jom baca sampai habis. 

Posting terakhir aku sebelum tamat adalah di Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi. Sempat juga oncall 3 kali sebelum aku bercuti lama (3 minggu ok!). Dan macam biasa aku ni memang jonah. Sampai senior MO tu tak larat dah sebab dari pagi tak rehat dari terima referral. Memang tak tidur dari pagi sampai 5 pagi keesokan harinya. Dia tidur pukul 5 pagi dan bangun dah nak dekat rondaan pagi (dalam pukul 7 macam tu). Aku pula, ye la baru habis HOship, tapi still buat kerja HO. Apa-apa nurse inform aku dan sudahnya aku tidur setengah jam aje.. Besoknya tu aku pengsan kat rumah.. Huhu..

Alhamdulillah aku panjatkan syukur pada Allah yang memberi aku kekuatan dan keteguhan hati dalam meneruskan kehidupan aku walaupun dihentam-hentam macam kentang lenyek. Huhu.. Dan akhirnya lepas saja final viva, buku log pun dah submit, baru tenang jiwa. 

Dan sekarang ni, aku ditempatkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu sebagai pegawai perubatan di Jabatan Obstetrik & Ginekologi. Konon-kononnya nak masuk Jabatan Pembedahan Am / Ortopedik tapi penuh pula, lagipun dia kata waiting list pun panjang lagi. Antara yang kosong adalah Pediatrik, Perubatan Am, Anestesiologi dan A&E (Kecemasan). Aku ni memang tak minta Pediatrik/Perubatan la kan sebab semua orang tahu kadar kesibukan dua jabatan tu. Anaesth pula? Hurmm nanti kita cerita.. :-P A&E? Aku takde pengalaman pula kerja kat A&E. Jadi tanya la O&G ada kosong ke tak. Dia kata O&G pun dia memang nak ramai sebab diorang dah nak buka bangunan baru Kompleks Ibu dan Anak dalam tahun depan macam tu. Hurmm dan akhirnya aku ambil O&G. Mula-mula tu memang menangislah sebab semua orang tahu O&G pun memenatkan juga. Tapi antara semua-semua jabatan tu, aku rasa aku lebih dekat dengan O&G. Rindu saat-saat encourage orang beranak. Kalau dulu aku kat Ampang, bila datang Myanmar yang tak faham bahasa Melayu/English, kadang-kadang tepuk sikit kaki dia supaya teran. Ye la, kalau tak baby mana la nak keluar.... 

Jadi Aku kena tag oncall la sebelum aku jadi MO incharge. Dan aku kena start Ahad ni.. Takutnya....

*********************************************

Hurmmm.. Ingat tak dulu aku ada cerita pasal episode satu dulu? Nak aku sambung episode kedua tak? Hihi.. 

Kisah aku bersambung dari episod satu ke episod dua bertarikh 10 November 2012. Seminggu sebelum majlis walimah kakak aku. Mereka datang satu rombongan (dalam 6 kereta kot) selepas Zuhur. Bincang punya bincang (entah apa yang diorang bincangkan pun aku tak tahu) lepas tu aku pun turun dari bilik dan akhirnya selamat la jadi tunangan orang. Huhu.. Mak si dia yang sarungkan cincin kat aku. Masa tu menggigil juga la tangan aku ni, entah kenapa entah. Sarung cincin je pun kan. Majlis tu pun majlis ringkas je. Takde pelamin-pelamin pun. Baju aku pun baju biasa kebaya lace warna hijau pucuk pisang yang dibeli masa clearance stock huhu.. Make up pun make up sendiri je, tepek bedak sedas dua hihi.. Hantaran memang buat last minute hasil pertolongan kakak-kakak aku yang ramai tu, dengan idea yang ok juga dari aku ni yang memang tak kreatif langsung kan..

Image


Ini je gambar yang ada dalam simpanan aku. Insyaallah kalau tak ada aral melintang aku akan bernikah pada 29 November 2013 di Masjid Jamiul Hasaniah, Kg Batu 3, Klang Selangor. Aku dengan rendah hati ingin menjemput para pembaca yang berkesempatan untuk hadir ke Majlis Resepsi aku pada 30 November 2013 dari 12 pm - 4 pm di rumah aku seperti yang tertera di peta di bawah. Dan aku mohon didoakan kemudahan untuk aku dan keluarga aku. Mohon doa dari kalian supaya majlis ini berjalan dengan lancar. 

Image

Image


**Fuuh. Akhirnya selesai juga episod dua aku. Kalau nak tahu bagaimana kami berkenalan & cara dia tanya persetujuan, kena tunggu next entry :-D

Monday, August 5, 2013

Hati kecilku terusik

Assalamualaikum wbt.

Menitis juga air mata aku di sebalik topeng muka (baca: mask) tatkala aku melihat seorang pakcik tua disorong dengan kerusi roda masuk ke Unit Rawatan Rapi petang semalam. Waktu itu aku sedang berada di komputer menyelesaikan kerja aku pada hari itu. Pakcik itu disorong masuk untuk melawat seorang pesakit yang katilnya betul-betul bertentangan dengan kaunter misi yang sedang aku duduk itu. Aku kira pesakit itu yang juga seorang perempuan mungkin juga isterinya.. 

Aku terpandang pakcik itu. Aku melihat dia sedang mengesat air matanya sambil memegang tangan makcik yang terlantar di atas katil ICU. Tak semena-mena air mata ini keluar mengalir sama laju dengan air mata pakcik itu.. Allah.. Sedihnya aku melihat insiden tersebut.. Di hari akhir puasa ini, tambah-tambah lagi dah nak raya, pasti pakcik tu dan seluruh keluarganya sedang bersedih di saat makcik itu masih terlantar di ICU.

Aku dah tak sanggup nak terus menonton drama air mata tu lalu aku pergi meninggalkan ICU dan terus ke High Dependency Unit. 

Untuk makluman, aku kini telah memasuki fasa akhir housemanship (posting terakhir) iaitu Anestesiologi (pembiusan). Hanya tinggal 2 bulan saja lagi untuk aku menamatkan HO-ship aku ni.. Tapi boleh aku katakan di Jabatan inilah aku rasa aku paling stress sekali sebab banyak perkara yang aku kena belajar semula. Banyak benda aku kena ambil tahu. Banyak benda aku kena buat. Rasa macam dah jadi 1st poster semula.. Tapi aku ambil semua itu sebagai cabaran dalam menguatkan lagi diri aku dan menjadikan aku seorang doktor yang kompeten dan berdaya saing. 

Ramadan berbaki lagi 3 hari. Marilah kita sama-sama  memantapkan ibadah dalam mencari keredhaan Allah SWT. Dalam pada membuat persiapan hari raya yang bakal menjelang, ingatlah kita pada golongan yang kurang upaya dan kurang berkemampuan. Jangan sampai persiapan raya kita TERover sampai berlaku pembaziran dan sebagainya. Bukan setiap masa kita senang. Wallahu a'lam.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN andai kata aku ada tersilap kata dalam setiap apa yang aku tulis di sini. From Little Hands menghulurkan salam kemaafan buat semua. 

Sunday, June 23, 2013

tension

Assalamualaikum wbt

Arghhhh tension nya tak ada sapa nak tolong kemas brg mi.. sedih.. serabut.. 

Sunday, May 26, 2013

financial freedom

Assalamualaikum wbt.

I am now heading towards financial freedom. Wanna join me?  Pm me and I will teach you how. Find my fb abd pm me k. Shazwani adnan.  Hihi