Tuesday, January 12, 2021

Seesaw

 Pernah main jongkang jongkit?

Biasanya belah yang lebih berat akan lebih mudah menguasai. Sama ada nak tetap duduk di bawah atau mahu melonjakkan jongkang jongkit.

Kalau jongkang jongkit tu dalaman manusia, sebelah nya iman (+ve) dan sebelah laginya nafsu (-ve). Yang mana yang akan lebih menguasai.

Aku rasa hidup aku macam jongkang jongkit. Dengan nafsu sebagai pemain yang obesiti dan iman sebagai pemain yang malnutrisi. Iman tengah layu. Dia tak berupaya bangkit. Dia terasa jenuh. Sedangkan nafsu semakin menjadi pembuli. Menjatuhkan, menguasai sesuka hati. 


Allah. I am starting to lose myself.

Tuesday, July 21, 2020

PELUANG


Hidup adalah peluang.
Peluang untuk melakukan kebaikan, peluang untuk berjuang.
Tapi apa yang kita perjuangkan?

Dalam al-Quran, ada dua sebab utama Allah ciptakan manusia. Yang pertama, untuk  mengabdikan diri kepada Allah seperti yang difirmankan dalam surah adz-dzaariyat, (51:56) yang bermaksud:
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Dan yang kedua, untuk belajar, memahami dan mendalami ciptaan Allah, ilmu-ilmu Allah sebagaimana yang difirmankan-Nya dalam surah at-talaq (65:12) yang bermaksud:
Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahwasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu.

Ada beberapa lagi ayat di dalam al-Quran yang menyatakan tentang tugas manusia untuk berfikir dan memahami kebesaran Allah seperti dalam al-baqarah (2:44, 118, 219) dan banyak lagi.

Dua tujuan penciptaan manusia ini menjadi asas perjuangan manusia. Dan perjuangan ini merupakan peluang untuk manusia memperoleh kebaikan dan kejayaan dunia dan akhirat.

Bila sebut tentang peluang, kita biasa fikir perkara yang positif dan yang mendatangkan rasa suka atau gembira. Sebenarnya, peluang boleh muncul dalam setiap keadaan. Selain yang datang dalam bentuk positif, peluang juga boleh muncul dalam keadaan negatif. Tugas kita untuk menjadikannya sebagai peluang. When life gives you lemons, make lemonade.

Jangan biarkan cabaran menjadi halangan dalam perjalanan kehidupan. Sebaliknya, jadikan cabaran sebagai pemangkin untuk mara lebih kehadapan. Semua cabaran dalam kehidupan adalah peluang. Jadi jangan putus asa. Himnaeseyo! Fighto oh!

Thursday, June 25, 2020

Wasilah Kasih

Oleh Okid

Tidak ku cinta Mu Kekasih
kerana balasan yang Engkau janjikan dulu
untuk ku sebuah taman
yang mengalir sungai kebahagiaan.
Sungguh tidak kesampaian
cinta ku pada Mu
seandai terikat dan bersyarat
pada Mu teman cinta kita
terasa pula adanya
tawar menawar penuh tanda tanya.
Hanya satu pengucapan Mu
yang ku pegang kini menjadi nadi
hiduplah aku kerananya
bersama janji Mu restu penuh pasti.
Berpisah hingga kekasih
zahir Kau yang hilang
ku cari pada gambaran nyata
tidak ku temu Kau, Kekasih
bayang Mu oh di mana
hinggalah aku kehilangan punca.
Lalu aku kembali
ke alam abadi
bersama amanah janji
ku lihat Engkau di sana
setia menanti
Kekasih ku serahkan
Cinta satu kita
lebih bermakna
dari balasan Kau janjikan
walau Kau duga bintang kejora
menjadi intan tak ku hirau.
Dalam sedar aku kembali
di dalam lena ku kita seabadi
siang malam hanyalah mimpi
demi Engkau, Kasih tidak ku peduli.

Saturday, May 23, 2020

Syawal Perantau

Malam 1 Syawal.
Malaysia masih dalam fasa perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) kesan daripada wabak COVID-19. Tak pernah terfikir akan tiba masa ini, terpaksa sambut lebaran di perantauan tanpa keluarga.

Malam raya terasa sunyi. Hati terasa kosong. Sekosongnya. Ramadan baru berlalu sebentar tadi. Terfikir, adakah telah berjaya memenuhi Ramadan sebaiknya?

Ramadan baru berlalu pergi. Dan hati sudah berasa merindui. Harap kita bakal jumpa lagi. Dalam keadaan yang lebih baik, insyaAllah.

Walau di luar sayup terdengar takbir saling bersahutan antara masjid sekitar Gelugor ini, tapi rasa sunyi sungguh malam ini.

Image

Friday, February 14, 2020

Nota Pentadbir: Ketua (P.2)

Jadi ketua itu harus tahan keji.
Sungguh, takkan ada ketua yang senantiasa dipuji dan dipuja. Akan selalu ada banyak keputusan dan arahan ketua yang dibangkangi. Kadang-kadang secara jelas dan nyata. Kadang-kadang melalui umpat cela di belakang.

Begitulah fitrah ketua. 
Bukan saja perlu tahan diuji. Tetapi lebih lagi perlu tahan dicaci.

Cuma hidup ini mudah, satu jadi menunding ketua dan keputusan-keputusannya, paling kurang tiga jari lagi menunding diri sendiri. Takkan mampu sesebuah organisasi mahu maju kalau pengikutnya berpecah belah mengata dan mencela ketuanya.

Mungkin benar ketua punya kelemahan. Manusia juga kan. Tapi adakah kita sebagai ahli organisasi ini cukup sempurna dalam mencapai matlamat dan keperluan organisasi?

Dahulukan kepentingan Islam, dahulukan kepentingan bersama berbanding kepentingan peribadi. Jadi berintegriti. Jika benar ada salahnya pada ketua, tegurlah secara baik. Ketua kita, bukan musuh kita. Dialah nakhoda perjalanan organisasi kita. Kalaupun mungkin untuk seketika, tapi dalam tempoh seketika ini lah ketaatan boleh diuji. Taatlah, selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan kepada para pemimpin di antara kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan RasulNya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya.” (QS. An-Nisa[4]: 59)


Wednesday, January 29, 2020

Nota Pentadbir: Ketua

Hats off untuk semua ketua dalam managerial position yang otaknya ada pelbagai perkara, berfikir untuk memastikal survival institusi sambil menanggung kelemahan/kesalahan underlings nya.

Jadi ketua itu bukan hanya punya kapasiti kepakaran dalam bidangnya tetapi juga punya gensi untuk memobilisasi staf agar KPI institusi dapat dipenuhi (sambil memenuhi tanggungjawab kepada ummah, sambil menikmati work-life balance).

ps: hari ketiga bersidang bincang hal KPI. Rasa macam nak termuntah, sakit perut, migraine, heart arrhythmia semua bergabung. Allahu

Tuesday, January 28, 2020

Nota Pentadbir: Serabut

Salah satu punca tidak efektifnya organisasi ialah disebabkan semua orang merasakan kerjanya banyak dan "serabut".

Mana tidak serabut. Dahi berkerut, meja penuh bersepah. Filing fail. 

Take a deep breath. Start again. Januari masih berbaki beberapa hari. InsyaAllah boleh! 

Sesebuah organisasi hanya akan berjaya sepenuhnya dalam keadaan harmoni apabila setiap staf dari semua peringkat, yang paling tinggi sehinggalah penghantar surat dan cleaner melaksanakan tugas masing-masing.

ps: jangan dipertikai orang cube sebelah cuti atau pi mana-mana. Fikir, sumbangan diri sendiri. Dah cukup setimpal kah dengan gaji yang diterima?