Hey, now I just feel like I want to write after a long hiatus. I guess I am more active in insta than any other social media. Being active does not mean I post everyday. It means I open it more often compared to others. FB is the last on my socmed list (FB not my fav anymore. tak tau la kenapa, maybe the crowd is bigger kot). Well, for insta, I’d just like to browse through picas of other people activities and most of the time, foooood.yum yum.huhu.
Life is not so bad. We are thankful and grateful for everything we have today. Eventho no big cars, no big home. We just have “us” growing “big” together. Hehe. Alhamdulillah. After all, we just live our life as normal people, normal citizen. Sometimes living at 40’s you may have less desires for materialistic things (I personally). Don’t know why I feel this. Maybe men have different perspectives sbb katanya life begins at 40. Perhaps due to age factor and hormone also. Haha. Can’t deny that you still have that desires (for shoes, clothes, yadda yadda) but not that strong as compared when you are in 20s or 30s.
Btw, I recently got back from Mekah. This is actually what I want to share about. The main reason I post this time around. Anyway, FYI, this was a sponsored trip by our beloved mother for 7 of us (siblings only). How can we say no when it was sponsored kan. Terima kasih mak!! I love you! Moga mak sentiasa dalam rahmat Allah! Now I truly understand why many people did umrah many2 times. It was a very2 special spiritual journey. Lain sangat auranya dengan pergi oversea untuk tujuan jalan2 makan angin. Pergi atas sebab kerja definitely rasa lain sebab kita ada committment ke atas employer. Anyway, perasaan berdoa depan Kaabah dan raudhah sangat syahdu dan sayu, hanya Allah yang tahu. Doa saya sentiasa di sana ialah moga Allah jemput saya ke sini lagi bersama suami dan anak-anak. Rindu selalu. My advice is for those yang masih belum pergi tetapi berkemampuan and rasa 50-50 macam belum bersedia aje, please go while you are still strong and young. Tak dinafikan ada aje orang yang berumur dan masih kuat tapi kuat orang masih muda dan orang tua lain ya.

First time tengok Kaabah live depan mata. MasyaAllah tabarakallah. Besarnya.

Altogether 11 of us actually. Yg lain masih kat tangga airport after departure gate
Umrah kami alhamdulillah berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah. Like I said before, if possible do not wait until you are 50 or 60 to do umrah. Haji memanglah tak boleh nak pilih bila nak pergi sebab ikut giliran but umrah you can. Hmm tapi sebenarnya haji boleh pergi cepat kalau ikut pakej. Muassasah yang kena ikut giliran. Umrah dan haji ni sebenarnya menuntut fizikal dan emosi yang kuat. Fizikal sebab akan banyak jalan. Saya memang berdoa supaya Allah bagi kekuatan dekat sana sebab kalau ikut lifestyle saya kat sini, nak pergi cafe 50 m kat ofis pun naik kete.Kuikui pemalas ini orang. Dan kalau window shopping kat mall saya akan rasa penat dan lenguh bila balik rumah. So yang menguatkan kita kat sana sebenarnya untuk orang yang malas bersukan macam saya adalah semangat dan iltizam yang kuat untuk habiskan umrah dengan sempurna. Sebaik-baiknya pada pendapat saya kita kena biasa jalan kaki kat Malaysia dulu so that kat sana insyaAllah lagi mudah dan kurang terkejut badan dan kaki kita terutamanya lepas tawaf dan saie. So moral of the story rajinlah2 bersukan/berjalan walaupun ringan2 sebagai persediaan badan sebelum ke umrah.

Madinah
Lagi satu what I learned at Mekah & Madinah is that to be positive dan bersangka baik all the time. Kalau dalam bahasa arabnya kita kena husnuzzon sentiasa. Otak dan hati kena husnuzzon. Sebab akan ada pelbagai bangsa dan latarbelakang orang kat Mekah & Madinah ni, pelbagai ragam, budaya dan adat. Jadinya kalau kena tolak, siku, potong queue, langkah dalam saf, lambat dan yang sewaktu dengannya kita kena positif dan bersabar untuk kata dalam hati “maafkan dia, mungkin dia tak tahu dan mungkin ini pertama kali dia di sini dan mungkin pada dia benda tu biasa dan tak de apa2” dan sebenarnya kita kena raikan kepelbagaian diversiti bukannya marah atau geram ke atas orang lain. Siapa tau sebenarnya di sisi Allah dia lagi tinggi martabatnya dari kita, betul kan. Lagi satu kalau rasa marah cepat2 istighfar supaya tak berpanjangan rasa geram tu. Tapi kalau kita dah set minda untuk sentiasa positif dan husnuzzon insyaAllah rasa marah atau geram tu hampir tiada atau kurang. Sentiasalah berdoa and be humble always. Sejujur-jujurnya, you are nobody there regardless your title Dr ke, Dato Sri ke, Puan Seri Datin bla bla. Cuba letak diri kat level paling bawah, insyaAllah hati kita lapang dan urusan kita dipermudahkan di sana.

menanti waktu
Okay lagi satu nak share, semasa kat sana, of course kita akan buat solat dan ibadah2 sunat lain tapi ada satu lagi amalan yang significant dan kalau boleh kita pun tak nak terlepas buat iaitu sedekah. Sedekah ni pun ada tips/cara-cara berdasarkan nasihat mutawwif kami.
i. Sedekah duit. Yang ni kita boleh bagi kat cleaner dalam dan luar masjidil haram. Ustaz kata walaupun kadang-kadang nampak cleaner yang kat luar tu (dekat sepanjang jalan depan kedai2) macam gaya nya nak minta, cuba kita lapangkan dada dan ingat bahawa yang kat luar ni sumbangan dia besar juga. Dia pun bertanggunjawab untuk jadikan Mekah ni bersih. Ustaz kata ada satu masa pekerja ni mogok, haa Mekah memang kotor sebab takde yang nak sapu, angkut sampah bagai. So cleaner yang luar dan yang dalam pun boleh. Sama ajer.
ii. Sedekah Al-Quran ke dalam Masjidil Haram. Yang ini saya cadangkan minta mutawif yang bantu. Perlu diingat Al-Quran tertentu sahaja dan dicop wakaf yang boleh berada dalam MasjidilHaram. Al-Quran yang dicetak oleh specific kilang je yang boleh diwakaf. Dalam masjid ada 2 jenis bentuk Al-Quran i.e besar dan kecil. Untuk panduan, yang besar harga pasaran SR80 dan yang kecil SR50. So kalau ada yang jual murah mungkin kilang lain yang keluar dan spec dia tak sama. Kami ada pengalaman, bawa AlQuran yang tak ikut spec, bila letak dekat rak akan ada cleaner yang lihat dan pantau. So kalau kita punya tak ikut spec dia akan asingkan. Kata ustaz, AlQuran yang diasingkan tu akan dihantar ke masjid2 lain. Wallahualam

rak AlQuran
iii. Sedekah kerusi lipat. Kerusi lipat ni memang sangat membantu untuk orang-orang yang bersolat duduk. Rasanya kerusi lipat ni takde spec bentuk macamana boleh berada dalam masjid. Kalau tengok dekat BinDawood (pasaraya popular di sana) harganya lebih kurang SR25.
iv. Sedekah kerusi roda. Ini pun sangat membantu untuk bawa orang-orang yang kurang upaya dari hotel ke MasjidilHaram. Anggaran harga SR300
v. Sedekah makanan. Yang ini ada 2 jenis.
a. Makanan kita pack sendiri atau beli sendiri. Masa menunggu waktu azan di Masjid, kita akan dapat macam-macam makanan daripada jemaah lain (selalunya paling kerap adalah hari Isnin/Khamis waktu menunggu azan Maghrib). Contoh yang saya pernah dapat e.g kurma (paling kerap), gula2, dried fruit, kitkat, shawarma dan yang paling saya suka dapat roti macam roti hotdog bentuknya dan masih panas lagi pulak tu. Makcik tu bagi sekali cream cheese yang triangle tu (sedap pulak) untuk makan dengan roti. Terus saya beli cream cheese tu kat BinDawood bawak balik Malaysia. Penangan makcik arab punya sedekah. hehe. Lagi satu akan ada juga orang yang bersedekah air panas. Dia akan jalan dari satu saf ke satu saf bawak thermos air dan cawan kertas untuk offer air kopi panas. Bahagian perempuan saya rasa style dia macam ni. Unlike bahagian lelaki depa siap bentang saprah, ada kurma dan air untuk berbuka. So untuk orang Malaysia, kita boleh siap2 pack makanan yang kita nak sedekah dalam plastik (eg. kurma, roti dll) dan boleh sedekah dari saf ke saf.

kedai-kedai sepanjang jalan ke Masjidilharam

makan dengan roti
b. Bagi duit kepada restoran yang ada buat “sabeel”. Kadang-kadang ada kedai luar masjidilharam tu akan offer kita untuk sedekah makanan kepada orang yang layak. So caranya ialah dengan kita serahkan duit kepada restoran dan nanti restoran tu akan sediakan makanan bergantung kepada berapa amaun yang kita sedekah. So bila selesai azan (selalunya pagi dan malam) kita akan nampak orang beratur panjang dekat kedai tertentu. Itu maknanya adalah tu orang yang bersedekah makanan. Tapi makanan ni untuk yang layak saja ok. Saya rasa sabeel tu adalah daripada fiisabilillah. Maksudnya orang-orang yang datang buat umrah semampunya dia. Tak tidur hotel dan tak makan ikut time macam kita. Memang tawakkal aje. Dan tak ikut pakej macam kita. Wallahualam.
vi. Sedekah barang-barang keperluan lain eg. tasbih dll. Ada orang Pakistan distribute tasbih mutiara dibungkus dalam plastic ziplock masa kami sedang berjalan ke masjid. Nampak simple tapi significant kan. Pahalanya berterusan selagi orang yang menerima tu berzikir guna tasbih.
Okay, thts all for now. Bila cerita pasal umrah ni excited lain macam. Mohon Allah jemput kami untuk haji pula soon. Moga Allah jemput kita sebagai tetamuNya yang istimewa. InsyaAllah. Aamin.
Akhir kata, kiranya Allah ingin menjemput kita menghadapnya, jemputlah kita dalam keadaan kita sedang beribadah kepadaNya, dalam keadaan kita suci sesucinya seperti kain putih, tiada dosa dan noda, Mohon Allah ambil kita dalam keadaan Allah paling redha ke atas kita dan dijemput kita di antara dua tanah Haram dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang dikasihiNya.
Yours truly,
LJ (after sekian lamanya akak tak membebel di sini)

Mekah (bahagian atas, ladies area)