This blog is about 4 girls's life in UK (9 Jan 2008 until 24 March 2011) NOW already have other 2 new edition in Malaysia...
Monday, 31 December 2012
2013...aku datang....
suka sangat cerita ini bukan kerana ceritanya namun penataan warna dan latarbelakang lokasi penggambaraan yang membuatkan mama4hz jatuh hati waima pelakon utama yang sangat 'cekal dan komited' dalam mencari cintanya...berazam untuk ke sana(Istanbul) insyaallah.....
Saturday, 22 December 2012
Selamat pengantin baru .....selamat hari lahir mama4hz
Seperti biasa....entri mama4hz memang tak pernah sesegar keluar daripada oven....dah lebih sebulan barulah nak diceriterakan alkisah perkahwinan sepupu mama4hz yang comel ini...sepupu mama4hz ni anak bongsu bertemu pasangannya yang juga anak bongsu..macam mama4hz dan abah4hz jugalah ni.....mama4hz memang kenal benar sepupu mama4hz seorang ni...manjanya lebih kurang macam mam4hz juga...
Tiada banyak sumbangan yang diberikan..adalah sikit2.... memandangkan kenduri kahwin ini adalah yang terakhir untuk tok njang...maka...kami luangkan masa yang agak lama di rumah tok njang pada 17hnb Nov lepas di Kulim....tapi gambar kurang banyak sebab mama4hz agak kepenatan hari itu...

Asma' Nisak dan Mohd Nasir...
mama4hz bersama pengantin juga bersama kakak mama4hz..mak uda...dan sepupu2 kami....
bilik pengantin bertemakan gabungan 'greenerish creamish'
ni apa pulak ni???mama belanja kek sempena hari lahir mama4hz (2 hari lebih awal dari tarikh sebenar iaitu 19hb nov) sebab hari kenduri tu bolehla berjumpa saudara mara kami yang ada dan yang pulang dari KL iaitu mak njang......tapi mama4hz beri penghormatan untuk kami yang memotong kek...kek chocolate indulgence SR...
kenduri sebelah suami maksu asma pada 24hb nov...di alor setar......gambar di atas pengantin bersama mak tersayang serta kakak2 dan kakak iparnya.....mak long yoon,mak ngah husna dan mak teh julia..(mama4hz hentam je pangkat2 tu..hehehe...)
mam4hz ada jugak nak bergambar bersama toksu nah dan anak2nya yang merupakan bapa2 dan mak2 saudara sepupu kami....
Sekian...semoga maksu asma berkekalan dan bahagia hingga ke hujung nyawa.....
Sunday, 25 November 2012
Sambil menyelam minum air...
Minggu pertama cuti sekolah, kami sekeluarga ke KL sehari semalam, bertolak hari Selasa, Deepavali dan pulang keesokkan harinya...(bermalam di rumah mak long) untuk menjemput long mah yang pulang dari menunaikan farhdu haji..alhamdulillah..long mah dan mak mertuanya sihat sejahtera...insyaallah suami nya long din akan menyusul malam besok..walaubagaimanapun kepulangan long din kami tidak dapat ke KL lagi memandangkan abah4hz dan mama4hz ada kuliah...
Kami ke Lumut dalam perjalanan pulang ke Jitra untuk bercuti sehari semalam juga bersama keluarga mak uda....sasaran kami hanyalah satu..mandi kolam.....4hz sungguh seronok walaupun kolam hotel comel sahaja..sesuai dengan kapasiti kanak2, esoknya kami sambung lagi mandi kolam yang lebih besar di Marina Waterpark berhampiran dengan hotel kami menginap...iaitu Best Western Marina Island Pangkor( lokasi di Lumut...tapi memang sangat2 hampir dengan jeti ke Pangkor, jeti baru (Marina Island)..hajatnya mahu singgah di rumah sepupu mama4hz di Manjung, namun kami sekeluarga perlu pulang awal untuk menghadiri majlis kenduri rumah jiran baru di Jitra...esoknya pula barulah balik B.Mertajam sebab sepupu mama4hz akan berkahwin di Kulim...pada hari Sabtunya.....17hb nov lepas....layan gambar2 yang sempat di ambil sepanjang minngu lepas...tak termasuk lagi gambar kahwin sepupu mama4hz, cerita kawin sepupu a.k.a mak saudara sepupu 4hz akan disambung entri berikutnya....gabungjalin dengan majlis menyambut menantu yang baru selesai hari ini di Alor Setar....
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

tunggu entri berikutnya...perkahwinan sepupu comel mama4hz, maksu asma' nisak.....
Kami ke Lumut dalam perjalanan pulang ke Jitra untuk bercuti sehari semalam juga bersama keluarga mak uda....sasaran kami hanyalah satu..mandi kolam.....4hz sungguh seronok walaupun kolam hotel comel sahaja..sesuai dengan kapasiti kanak2, esoknya kami sambung lagi mandi kolam yang lebih besar di Marina Waterpark berhampiran dengan hotel kami menginap...iaitu Best Western Marina Island Pangkor( lokasi di Lumut...tapi memang sangat2 hampir dengan jeti ke Pangkor, jeti baru (Marina Island)..hajatnya mahu singgah di rumah sepupu mama4hz di Manjung, namun kami sekeluarga perlu pulang awal untuk menghadiri majlis kenduri rumah jiran baru di Jitra...esoknya pula barulah balik B.Mertajam sebab sepupu mama4hz akan berkahwin di Kulim...pada hari Sabtunya.....17hb nov lepas....layan gambar2 yang sempat di ambil sepanjang minngu lepas...tak termasuk lagi gambar kahwin sepupu mama4hz, cerita kawin sepupu a.k.a mak saudara sepupu 4hz akan disambung entri berikutnya....gabungjalin dengan majlis menyambut menantu yang baru selesai hari ini di Alor Setar....
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
tunggu entri berikutnya...perkahwinan sepupu comel mama4hz, maksu asma' nisak.....
Sunday, 18 November 2012
Moga cepat sembuh.....
wanie mama demam sikit dan batuk2 sejak
malam semlm..bersabarla mama...mungkin dia sedang membina imuniti
dalaman....syafakallah.....moga cepat2 sembuh ye sayang...
harap2 esok wanie sembuh ye sayang..mama kena kerja esok...harus mendepani minggu2 yang sibuk dan mencabar...maktok dah bawa pembantu beliau..kak syifa...harap2 4hz seronok dengan kak syifa....
entri berikutnya...percutian di lumut.....

Wednesday, 7 November 2012
Tahniah ......
Mama4hz sebenarnya tidak pernah menaruh harapan,bukan tidak percaya kepada kemampuan anak2 sendiri tapi harus diakui saingan mereka di dalam kelas memang bagus..,namun alhamdulillah....zimah dan mizah sudah lakukan yang terbaik untuk pencapaian akademik mereka di sekolah......moga2 mereka akan lebih baik untuk tahun hadapan.....
Saturday, 3 November 2012
Sunday, 28 October 2012
'outstation' yang menguji kecekalan hati....
Kali ini, masuk kali ketiga mama4hz perlu melawat pelajar2 tpt mama4hz bekerja di luar....
bermula 20 okt hingga 25 okt...................
Seperti biasa, mama4hz harus membawa wanie...namun kali ini hanya hanie sahaja turut serta memandangkan zimah dan mizah ada peperiksaan KAFA, tambahan pula abah4hz tidak boleh ambil cuti.Sekali lagi pemergian kali ini bersama maktok serta dua ahli tambahan, sepupu kami;(abg islah-anak pak uda memang anak kelahiran Terengganu pung... yang baru sahaja selesai PMR dan anis umaira sebaya dgn hanie yang tidak pernah ke pantai timur)... yang menyertai sebab mereka akan menemani maktok waktu perjalanan pulang.Kenapa???
Kali ini negeri yang dipertanggungjawabkan untuk mam4hz adalah negeri kelahiran abah4hz @ red warrior land dan negeri kelahiran bapa saudara kami..pak uda....@ negeri penyu bertelur...
Kenapa menguji kecekalan hati.....????
Pada hari nak bertolak- kunci kereta MPV maktok ter'hilang' seketika....lebih kurang 15 minit baru dapat dikesan.....
Ketika perjalanan benar2 menghampiri hotel tempat penginapan, bateri smartphone mama terpadam, arah tunjuk hanyalah ada dalam smartphone mama4hz...jenuh bertanyakan orang setempat.....
Ada insiden yang berlaku keatas diri maktok waktu kami ke rumah saudara untuk makan malam berhampiran tempat kami bermalam..Tok Bali...
Esoknya ada insiden lagi....kali ini memang memberi impak yang agak besar ke atas kenderaan yang kami naiki,kereta MPV maktok pula tu.....mujurlah masih mampu bergerak....memang menguji ketabahan hati... sesampainya di Kuala Terengganu, ada saudara pak uda tolong selesaikan masalah buka pintu pemandu yang ter'jam' akibat insiden yang berlaku di Besut.Kemudian kami dibelanja makanan laut celup tepung pula oleh saudara pak uda...alhamdulillah....seusai maghrib barulah dapat daftar masuk ke Ri-Yaz Heritage....
Esoknya lagi, mama melawat pelajar dalam keadaan hujan sepanjang hari.Pelajar yang dilawati sangatlah baik, menemani maam4hz beli nasi dagang,( sepatutnya minta teman beli keropok losong pun okay..tapi tak sempat...huhuhu)....alhamdulillah....seterusnya bergerak ke Kota Bharu menerusi laluan pantai...sekali lagi seusai selepas isyak barulah daftar masuk...pada tgh malamnya wanie mengamuk tak tahu apa silapnya....kesian sangat melihat keadaan dia....
Esoknya lagi selepas selesai kerja di Kota Bahru terus ke Gua Musang, singgah di Wakaf Che Yeh seketika..beli batik crepe yang murah2 aja.....oooopppsssss....di sana perjalanan dalam keadaan panas memancar dan berjalan lancar.....
Esoknya pula, ada peristiwa lagi yang menyebabkan kami terpaksa tangguh ke Jeli selepas selesai kerja di Gua Musang......kemudian tersangkut dalam kesesakan jalan raya memandangkan laluan yang kami terjah adalah lalauan KL-Kota Bharu.; anak rantau Kelantan dah mula pulang bercuti hari raya aidiladha..rasakan.....alhamdulillah seusai waktu maghrib sampai di rumah saudara(biras la kiranya, di mana mo' ada di situ..) mama4hz di Tanah Merah....beberapa minit kemudian abah4hz serta zimah dan mizah sampai dari jitra....esoknya lagi...yakni sehari sebelum hari raya aidiladha....alhamdulillah dapat menghabiskan kerja untuk ke Jeli dengan lancar, dan maktok selamat pulang ke Bukit Mertajam dengan abg Islah dan Anis Umairah.Erm....sebenarnya mama4hz segan nak perincikan peristiwa2 insiden2 yang dinyatakan.....memang mama4hz akui semuanya berpunca atas kelemahan dan keegoan mama4hz sendiri dan faktor mudah panik juga ada impaknya....dan faktor usia maktok yang sepatutnya lebih banyak berehat dari banyak memandu..... walaupun nampak rumit..namun ada kemanisan dan pengalaman yang tiada tolok bandingnya....
ada beberapa gambar yang masih dalam smartphone dan kamera...tunggu......

Saturday, 20 October 2012
konvo 20.07.2012 selepas 3 bulan berlalu.............
Sebenarnya mama4hz ingin berkongsi gambar2 kenangan bersama 4hz semasa di Manchester,
Julai lepas....tapi 'mood ke laut' entah ke mana menghilang....jadi buat sementara waktu dikongsikan link yang telah lama diabadikan di blogs satu lagi.....
suatu kenangan yang cukup indah dan tidak mungkin dapat dilupakan....
bukan niat untuk menunjuk-nunjuk...namun seikhlasnya sekadar untuk menyuntik semangat buat rakan2 seperjuangan di luar sana mahupun mana2 bloggers yang masih berjuang.....amin...

Monday, 15 October 2012
Selepas sebulan....
Alhamdulillah..sebulan yang lepas,15.09.2012....
kami sekeluarga telah selamat mengadakan kenduri rumah baru(walaupun dah tak baru...) serta kesyukuran sempena tamatnya pengajian mama4hz dan abah4hz di perantauan selama 4thn dan juga jamuan aidilfitri .....walaupun nampak seakan kurang sempurna bagi mama4hz...namun mama4hz tetap berpuas hati seadanya..dengan jumlah hadirin yang hadir walaupun hari tersebut banyak juga kenduri kendara dan cuaca yang tidak menentu....yang paling mengejutkan kambing golek habis dalam masa sejam sahaja, masyaallah...subhanaallah....rupanya ramai peminat kambing golek di kalangan hadirin pada hari tu......
walaubagaimanapun, mohon jutaan kemaafan buat yang tidak sempat makan kambing golek tapi makanan lain mencukupi...alhamdulillah..... juga mohon jutaan terima kasih juga buat saudara mara abah4hz yang datang dari jauh...sejauh dari felda tementi,triang, pahang untuk memeriahkan lagi suasana jamua yang sederhana ini....gambar2 bolehlah dilihat di sini..belum sempat nak di're-upload' semula.....

Saturday, 6 October 2012
Biarpun mereka 'comel'...tapi....
BMI mereka normal...ayat ini adalah merujuk kepada zimah,mizah dan hanie.....tadi mama4hz ada kerja 'khidmat masyarakat' di luar kawasan kedah......tapi dalam zon utara lagi...kurang 2 jam nak sampai KL...
...
Kebetulan ada pemeriksaan kesihtan percuma untuk komuniti di situ...3hz turut serta dan apabila ditimbang berat dan ketinggian alhamdulillah ketiga2 mereka okay..
biarlah 'comel' janji kami happy!!!!!!
dari segi BMI...walaupun 'just okay' la....sebab mama4hz selalu beranggapan hanie adalah 'under weight' sebab dia memang sangat ringan...tapi macam 'meninggi' (konon2).....
Tapi mama4hz tetap berazam memujuk mereka untuk mmakan sebanyak mungkin....bukanlah mama4hz tidak meredha 'kurniaan' Allah dengan saiz mereka...cuba berusaha supaya mereka sentiasa sihat seperti sekarang.....kesihatan mereka yang penting....memandnagkan BMI mereka normal ...sangat2 bersyukur..
Yang tidak normal adalah mama4hz...dah terlebih berat, dan ketinggian pun dah menyusut...sebab itulah BMI dah tak normal....ada hajat nak berdiet dengan cara berpuasa isnin khamis tapi sebab perut senang lapar dan suka makan aje...macamana???mungkikah faktor masih menyusukan si manja wanie..wallahualam....dia memang masih 'heavily consumed' mama4hz terutamanya selepas pulang kerja....
Walauapapun...mama4hz kurang berminat pengambilan diet yang melibatkan kos...sebab mama4hz tahu kelemahan diri sendiri yang tidak mungkin akan dapat mendisiplinkan diri.....jadi tak mengapalah...redha apa yang ada dan syukuri dengan apa yang ada......wallahualam..
~mode tengah susah hati...ada musibah yang berlaku tadi...doakan musibah ini akan selesai sesegera mungkin....amin~
...
aktiviti wajib 4hz kalau ikut mama....

Wednesday, 3 October 2012
Sambutan hari lahir 3hz!!!!!!!!!!!!!!
Maafkan mama4hz, seperti yang dijanjikan...nak kongsikan sedikit cerita meraikan hari ulang tahun kelahiran mizah,hanie dan zimah jun lepas....kek2 semua dah dikongsi gambarnya....hanya nak tambah informasi buat yang tak dijemput, mohon ampun...jamuan kecil2an ini tercetus secara saat2 terakhir, tiada perancangan yang seeloknya....
maktok masak bihun sup tulang dan agar2...dengan kek ala2 'snow white'...yang dihadiri kebanyakannya jiran2 dan sahabat terdekat...terima kasih buat semua yang sudi hadir walaupun dijemput secara 'last minute'...sementelahan abah4hz pula masih belum pulang dari UK tika itu....dan minggu2 berikut2nya kami seisi keluarga tiada di rumah...
namun alhamdulillah....tika jamuan kesyukuran sept lepas..kami berjaya menjemput seramai mungkin kenalan dan keluarga yang terdekat....tunggu entri berikutnya...

Monday, 1 October 2012
Wanie dah masuk 20 bulan....
Alhamdulillah si kecik montel tu dah menginjak 20 bulan pada 22hb lepas....dulu masa tahun pertama, selalu je 'update' bulan ke bulan pertambahan usianya...sekarang ni boleh pula terlupa....maafkan mama ye sayang....sekadar mahu mengemaskinikan apa yang berlaku pada wanie...
sebelum mizah masuk wad bulan lepas...sempat juga ambil imunisasi terakhir untuk wanie waktu membawa mizah jumpa doktor...sepatutnya julai lepas lagi, tapi masa tu bercuti-cuti UK..maka kelekaan mama4hz berlarutan sehingga usianya menginjak 19 bulan..alhamdulillah lepas ni dah selesai, tunggu imunisasi masa sek kebangsaan pula insyaallah...berat badan wanie seperti yang dijangkakan hanya 8.5kg, doktor 'ngomel' jugak..tapi taklah berlarutan sehingga berkemungkinan perlu pemeriksaan susulan....rasanya dia okay..kakak dia hanie pun hanya 11kg..kalau wanie 10 kg nanti macam kembar tak seiras dengan kakak dia hanie...dia nampak 'cinonit'..tapi kalau dukung lama2 lebam juga tangan dibuatnya....ya di akui...masa hanie di usia setahun dua tahun..boleh dikatakan mama4hz selalu coretkan perkembangan hanie..maafkan mama ye sayang wanie...kesibukan kerja yang tak pernah berkesudahan ini adakalanya mama4hz sedikit alpa dengan apa yang perlu dilunaskan untuk srikandi2 mama4hz ini....
maktok wanie melaporkan, wanie dah pandai ikut arahan...dah pandai bergaduh dengan kakak2...suka makan kismis...bagus...mudah2an minatnya sehingga ke dewasa...tapi gigi baru je 6 batang...kenapa lambat sangat pun tak tau....itulah nur hazwani muhammad.....awal september lepas mama terpaksa 'fly oustation' sekejap....terasa rindu yang amat untuk wanie..walaupun mama tinggalkan dia tak sampai pun 30 jam...lebih kurang 14 jam macam tu..tapi ya allah ya tuhan, hanya Dia yang tahu......mak tok melaporkan waktu petang, waktu kebiasaan mama4hz balik kerja memang wanie mencari.... 'mama'..'mama'....dan beliau hanya lena selepas bertemu dengan mama4hz pada malamnya....(keluar kerja macam biasa;waktu pagi kononnya tapi sebenarnya ke KL dengan 'belon' AA...dan pulang semula pun dengan 'belon' AA pada malam hari yang sama....)
okaylah itu sahaja...
mama4hz akhiri dengan sebuah lagu yang amat puitis dan sentimental untuk kita teladani bersama.....
Saturday, 29 September 2012
Panggilan haji...
Thn lepas maklong wa menunaikan haji dengan pakteh madet...pengalaman maklong wa ada di blognya..masih dikongsikan tika ini.Tahun ini long mah dan long din insyaallah bakal menunaikan haji untuk musim ini bersama bonda long din........moga Allah permudahkan urusan dan mendapat haji yang mabrur.....amin....
nota-mama4h dan abah4hz sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk kami sekeluarga dalam meletakkan sasaran untuk menunaikan haji...bila tikanya hanya Allah jua yang mengetahuinya.....
Thursday, 20 September 2012
kosong kosong kosong
Mama4hz suka sangat lagu ini..nampak simple dan macam kosong..... persis tajuk lagunya...tapi lagu ini sangat bermakna dalam hidup mama4hz...
entahla.... semakin mengejar kehidupan di dunia ini(cuba bekerja sebaik mungkin,cuba capai KPI dan sebagainya), semakin kosong atau semakin tiada apa yang dapat..sebenarnya itu yang mama4hz fahami menerusi bait2 lagu ini,
Dalam hidup ini, tidak semua orang yang menyenangi kesenangan yang kita kecapi...kena selalu berhati2, 'musuh'???????? ada di mana2, di depan mata mahupun yang tak disedari di mata....perlu berhati-hati dan tidak boleh terlalu skema atau terlalu 'ngulor' (orang melaka kata...)......dan memang lagu ini menjadi 'halwa telinga' kalau diri sedang tertekan, sedih ataupun tengah disakiti oleh sesiapa saja....erm....
mama4hz memang agak sensitif..terutamanya apabila orang tidak menghargai apa yang kita lakukan ke, tidak sefahaman dengan pendapat mama4hz ke dan macam2 lagi lah....sebab tu selalu mama4hz katakan pada abah4hz, bahawa susah menjadi mama4hz..kerana hidup mama4hz memang 'kompleks' hinggakan kadang2 terasa seakan kosong..ibarat tin kosng yang ringan tapi kalau di masukkan duit syiling dan digoncang,pasti berbunyi dengan kuat.....difikir2kan mama4hz ada lagi 23 tahun lagi untuk bekerja sebleum bersara..masa yang masa yang masih panjang.....perlu membuat strategi perancangan yang 'pintar' supaya hidup ini tidak akan 'kosong' selamanya....bak kata najwa latif...
'kini aku bangkit,membuktikan yang ku tak sakit............................'
Monday, 17 September 2012
Byknya terhutang.....
Entri....
Niat nak update pasal:
birthday bash anak2 jun lps;
Majlis konvo di salford;
Ramadhan tahun ini;
Perkembangan wanie/hanie;
Apa yang terjadi dengan zimah dan mizah @ perkembangan mereka di sekolah;
Satu hari di hari raya;
YANG TERKINI Jamuan kesyukuran a.ka jamuan hari raya di teratak 'comel'...
insyaallah...ada kelapangan mama4hz akan buat nukilan ringkas satu demi satu,
tapi padat dari masa ke semasa......
mama4hz cuba mencari kelainan tidak mahu terikut2 dengan cara orang lain, tapi kalau terserupa..mohon maaf ya, sebab tak rajin sangat nak 'blog-walking';masa yang sangat mencemburui mama4hz membataskan semua itu.........wallahualam....
Anyway nak kongsi hobi mam4hz yang satu ni..ya,yang pastinya ramai bloggers yang memiliki hobi yang sama ini, mengumpul 'fridge magnet'.....jom kita bertukar2 pandangan....???4hz terutamanya zimah pun dah faham hobi mama dia yang satu ni....erm...
Misi masih belum ter'sempurna' lagi...sebabnya dah banyak kena 'tapis'........

Sunday, 2 September 2012
Plan nak cerita raya....hujung minggu ini...
Malangnya......masa yang tidak pernah cukup ini terpaksa
di'sedekah'kan di wad hosp berhampiran dek kerana mizah yang lincah dimasukkan wad.....
mujur 'pakej 3 hari 2 mlm' sahaja...kalau 'pakej 4 hari 3 malam' atau...'5 hari 4 malam...' haru biru.....
2 malam baby wanie tak menyusu badan....sedih sangat....
Alkisahnya, Mizah mula kepanasan hari Selasa malam Rabu, selepas balik KAFA(ada jamuan raya)...selalunya kalau dia demam, memang bagi ubat yang sedia ada dalam stok peti ais..paracetamol syrup....tapi biasalah ....dia kemuntahan seharian sehinggakan lembik satu badan...malam Khamisnya....abah4hz dah mula ajak ke wad kecemasan..sebab dia asyik muntah2 tapi langsung tak makan apa...sebenarnya petang Rabu tu dah dibawa ke Klinik...jadinya, mama4hz dah mula beri ubat yang doktor bekalkan..masa di klinik ,doktor dah bagi ubat melalui punggung sebab suhu badan demam dia agak tinggi....mama4hz berat hati, memang berat hati..rasa tak sedap hati semua...jadi mama4hz cadangkan pada abah4hz esokla...tengok macamana perkembangan dia malam tersebut..sebenarnya'fobia' nak ke hospital..sebab tahu akan boring yang amat menunggu untuk didiscaj....
Pagi Khamisnya, keadaan Mizah makin teruk....diberi ubat pun, dia muntah lagi..kecuali beri antibiotik dia okay, so abah4hz ajak juga ke wad kecemasan hospital.....rasa macam 'serah diri' jer...memang kena tahan sebab dia dah lembik... kena masuk air, kena 'menginap' di wad...
Memang pada mulanya nak ke pusat perubatan swasta di alor setar, tapi atas sebab-sebab tertentu, kami cuba hospital berhampiran dulu....mungkin sudah ada peningkatan walaupun dulu Mizah pernah duk di situ 5 tahun lepas...(masa tu memang layanan teruk juga.....
tapi apabila dengar2 cerita dari rakan2 yang pernah mendapat rawatan disitu katanya dah ada peningkatan) jadi kita pun cuba juga la....walaupun hati ini memang sangat2 cuak, apabila mendapat tahu kena duduk wad....
Ini wajah di hari pertama mizah di wad, kesian sangat tengok budak aktif ter'sadai' atas katil......masa ni misi tak terangkan peraturan lagi(sebenarnya tak boleh ambil gambar di wad, waima guna kamera telefon bimbit...hehehehe)
Petangnya..misi(stafness)syif petang mula menerangkan peraturan2 yang perlu dipatuhi...waaaa!!!!!!!!!!!!!!! rasa macam nak balik masa tu juga.... sabar je la.....yang mama4hz tak boleh terima, tidak dibenarkan caj telefon bimbit waima tidak dibenarkan pakai pun sebenarnya,ikut2kan kena guna telefon awam....sabar bebenar apabila baca peraturan tu, tapi stafness tu kata, bolehla nak pakai telefon bimbit untuk hubungi keluarga, cuma dia memang tak benarkan caj telefon....apatah lagi bawak laptop dan gajet2 lain atas alasan takut hilang.....hmmmmmm.... stafness tu ada maklumkan, kalau tak puas hati beritahu kami-sebab menurut beliau, memang orang selalu kompeln , hmmm memang cuak lagi mendengar...dia tambah lagi jangan la komplen dalam suratkhabar,maka mama4hz coretkan dalam nota komen/cadangan yang disediakan....wallahualam.. akan ada tindakan susulan ke tidak entahla.... Esoknya mengharapkan boleh discaj, sebab dia memang dah tak muntah sejak masuk wad, cuma masuk air dan antibiotik, tapi sebab malam Jumaatnya dia masih demam, maka...kena duduk lagi...abah4hz pula terpaksa bawak si wanie pagi2 untuk disusukan serta bawa makanan kegemaran mizah....sejujurnya mama4hz rasa sayu sangat sebab terpaksa berpisah dengan wanie(sejak lahirkan dia...itulah saat2 yang sangat menguji kasih sayang mama4hz untuk wanie...)...masa tu baru la nak menyesal tak bawak ke swasta..sebab sana peraturan sangat fleksibel..dulu2 la...nanti kena semak dengan rakan2 lain, hehe...maksud mama4hz ...boleh bawa sekeluarga bermalam di wad kalau bilik 1 katil la....sini tak boleh...penjaga mesti perempuan..kalau tidak pastinya abah4hz bolehla jaga mizah waktu malam.... Sabtunya, mama4hz mengharap lagi untuk discaj,siap solat hajat, berdoa bagai nak rak..sebab jemu tak tau nak cerita dah.....cadangnya nak mengemas rumah secara 'holistik' hujung minggu terus tertunda lagi...) doktor 'on-call' datang tengok hari ini agak lewat..masa tu mizah dah siap comel , siap mandi semua..muka pun dah ceria....selepas tengok laporan mizah...dia bagi discaj bersyarat.....kalau mizah dah tak demam sampai tengahari...maka misi syif petang kena pastikan mizah dah tak demam, baru boleh discaj.....harapan bersyarat pulak dah..mizah dengar macam tu seronok la dia...main dengan kakak dan adik dia yang datang melawat(ingatkan dah boleh balik masa tu, daripada apa yang aku faham dengan maklumat misi syif pagi......rupanya mizah kena tunggu lagi daaaa) waktu tengahari...memang dia dah tak demam...cuma doktor risau sebab tempoh dia baik masih belum cukup 24 jam! prosedur le tu..walhal dia sentuh mizah pun dak.....dia buat keputusan berdasarkan laporan sahaja....mizah ni suhu badan dia memang dipengaruhi dengan persekitaran luar..masa misi tengok suhu badan dia waktu tengahari memang dah okay...bawah 37C..tup2 rupa2nya misi kena tengok lagi waktu petang, suhu dia naik sikit...sikit je pun,tak sampai 38C....terus muka mizah berubah dan nangis sebab misi kata kat dia 'adik tak boleh balik sebab adik demam lagi'... erm.....aku pun bengang juga..sebab semua barang2 dah duk dalam kereta...kami ingatkan nak tunggu bil hasil je....maksud mama4hz, sangkaan misi tengok yang waktu tengahari itu untuk waktu petang rupanya silap...memang kami merayu2 nak balik, aku beritahu aku ada bayi yang masih menyusu..tak kesian ka kat bayi saya....dia tercari2 mama waktu nak tidur, -menurut maktok dia yang cerita kat mama4hz..sayu sangat dengar-...dan sejujurnya aku 'show off' muka yang memang tak puas hati....mujurlah misi lembut hati, lepaskan dan alhamdulillah... sehingga ke saat ini, mizah dah sihat dan tak demam, cuma ubat yang diberi memang perlu dihabiskan.......yang pastinya mama4hz tidak mahu lagi ke hospital itu..walaupun dekat dengan rumah tapi menyakitkan hati, ada misi yang garang dan cerewet,makanan kurang best terutamanya sarapan pagi...... hari ni,2/9/2012 ...budak lain pula demam...hanie pagi tadi demam sikit, tapi tengahri dah okay...kemudian wanie...sekarang dalam rawatan....tapi suhu badan dia dah turun...sebenarnya musim demam dan virus tengah merebak sebab musim panas yang agak melampau di daerah kami ini.....walaupun mizah dah okay....kami rasa dia masih perlukan rehat lagi esok.... walaupun hari ni kami berkesempatan ke rumah rakan mama4hz dan abah4z... di Changlun, ada 'reunion MCCH'.......seronok seketika wanie,mizah,haniedan zimah(masa 2 famili dibawah ke teratak kami... ...)

Monday, 27 August 2012
Salam kemaafan ......minal aidil walfaizin.....
Cerita raya???tunggu............................
terkini 1 0kt 2012: Raya pertama kali ini di kampung abah4hz...dan pulang beraya di 'kampung' mama4hz pada hari raya kedua selepas di tanah merah lebih kurang 4 hari.....4hz memang seronok memperolehi duit raya....alhamdulillah...mama4hz dah masukkan dalam akaun simpanan mereka.... Sebenarnya nak berkongsi pengalaman berhari raya untuk tahun kedua selepas pulang dari UK..namun...entah macamana 'recall system' tak kesampaian...mungkin entri menjeang aidiladha.....wallahualam

Thursday, 2 August 2012
Akhirnya......
Si montel cilik ni dah mahu berjalan...Sebenarnya dia dah mula menapak sebaik sahaja usianya menginjak setahun di awal tahun lagi, namun mungkin kami sekeluarga terlalu memanjakan dia di tambah wanie dikelilingi kakak2, maka kebolehan dan kemahiran berjalan beliau hanya terungkap beberapa minit sebelum kami memasuki perut pesawat A380 Emirates pada 15hb Julai lepas....dan sesampainya kami sekeluarga di tanah kelahiran si montel cilik ini, wanie tidak lagi takut2 untuk berjalan.
Tahniah anak mama.....walaupun seakan gaya robot, wanie tetap hebat!!!!!!!!!!!!!!!!!pada hari graduasi mama...wanie pantang diberi peluang, mesti beliau mahu berjalan sepuasnya.....walaupun comel dan cilik, gaya jalannya tak ubah macam kanak2 sudah berusia 3 tahun...wanie wanie....dan kebolehan 'menyimpan dan mengemas' juga semakin hebat sekarang....banyak2kan bersabar ye mama4hz dan maktok wanie....kami semua harus bijak menyorokkan barang2 yang menjadi perhatian wanie........

Saturday, 21 July 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)