 |
| Butterfly Garden, Zoo Negara, Kuala Lumpur. |
KELMARIN semasa dipenghujung lawatan di Zoo Negara, tiba-tiba saya baru perasan bahawa kamera saya sudah kehabisan bateri. Nasib baik juga saya membawa kamera dslr saya yang satu lagi didalam kereta. Dan kamera dslr inilah yang saya bawa kedalam taman rama-rama.
Hari ini 31 Disember 2014 sudah tiba dipenghujung tahun. Semoga banjir di pantai timur segera surut. Semoga kapalterbang Air Asia QZ8501 dapat ditemui semula. Semoga negara akan tetap aman damai sentosa sejahtera senantiasa. Amin ya robbal alamin.