Image

~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Tuesday, November 26, 2013

~~ SELAMAT SEJAHTERA ~~

Selamat Sejahtera Semua... Agak terlalu lama Blog adando ni terbiar sepi... Terbiar tanpa sebarang entry sebab kalau kata tanpa sebarang cerita nampak sangat nipunya coz cerita banyak cuma tak berkesempatan untuk dikongsi bersama anda semua.. Macam mana nak mula dulupun tak reti sangat dah ni.. Maklumlah dah lama tak berkongsi cerita dengan anda. Keinginan untuk bercerita tu ada cuma kesempatan masa aje yang tak ada.. Dan yang paling utama sekali adalah sebab PENYAKIT MALAS. Oklah... Lepas ni adando akan cuba kembali aktif semula berbloging.. Dengan pelbagai ceritera....
Image




In Sha Allah.... Doakan supaya adando kembali semula di arena bloging ni.

Ok... Bye....!!!

Wednesday, June 12, 2013

BAGASI ANAK ANAK...!!!

 Salam sejahtera.
Agak Lama Adando tak berceloteh disini.
Semua kerana malas malasan sehingga Blog ni agak terbiar seketika.

Ok... kali ni adando nak bercerita tentang bagasi anak anak adando.
Sekarang ini nak pi mana mana, masing masing dah ada bagasi sendiri.
Dah tak nak campur campur baju dalam satu beg.
Itulahkan budak budak sekarang cepat sangat nak berdikari sendiri.
kalau time time kita sewaktu seusia mereka, kalau nak berjalan semuanya mak sediakan.
Tak peduli pun baju nak simpan kat mana..
 Janji ada baju tapi budak budak sekarang semua nak sendiri...!!!
Image
Biasalah Princess adando ni.
Setia pada karektor princess.
Image
Anak teruna adando.
Si Ben 10.
Sekarang ni dah semakin chubby.
Mulut pun boleh tahan bising.
keletah bercakap..
selalu bergaduh dengan adando..
Syok dengar dia membebel...!!
Image
Ni second princess adando.
Kalau dulu suka mickey / minnie
tapi bila dah besar sikit tetiba berubah..
Suka pada karektor DORA pula..!!!
Image
Kalau tadi Bagasi Baju.
Ini pula Beg Galas.
Sorang satu mengikut karektor kartun yang depa suka.
Kalau Princess Esya dalam beg galasnya tu ada Buku + Pen + Game PSP + Alat Make-up.
Si Ben 10 dalam begnya ada Game PSP + TAB + Buku + Pensel.
Dalam Beg Galas Dora ada Pampers + Game PSP + Puting + Pillow Busuk.

Image
Macam inilah anak anak adando bila nak pi mana mana sekarang ni.
Balik kampung , bercuti masing masing dengan beg sendiri.
tapi bagus juga sebab Bagasi Adando cuma ada pakaian adando dan Isteri.
Tak payah nak heret beg pakaian yang besar gedabak..!!!
Dan bila lepas mandi masing masing terpa bagasi sendiri aje.
ambil Pakaian sendiri.. Kan dah senang..!!!

Wednesday, March 20, 2013

BIRTHDAY SI BEN 10.

Salam Sejahtera semua.
08 March 2013 (Jumaat)
merupakan ulangtahun kelahiran My BEN 10
AIDID AIRIEL SHAHREZA BIN SHAHADAN
YANG KE 5 TAHUN.
08 March 2008 - 08 March 2013
Dah 5 tahun anak teruna adando.
Image
Kek ditempah Khas.
Gambar Aidid sendiri memakai baju Ben 10.
Kek ni adando tempah di Sg Buloh Sahaja.
Rose Bakery
Kek Seberat 3 kilo ni berharga RM 155.00.
Kek hijau Perisa Pandan. Memang Sedap, Adando & wife sangat berpuas hati.
Terima kasih Datin Diyana.
Image
Mula mula nak buat kek Ben 10 tapi rasanya yang jadinya kek Aidid Ben 10.
Sambutan hari lahir Aidid kali ini dibuat di sekolahnya.
Mana lagi klu bukan Q~dees Bukit Rahman Putra, Sg Buloh.
Image
Memang meriah sambutan Birthday Aidid di sekolahnya.
Maklum ajelah ramai budak budak.
Video nyanyian Happy Birthday to Aidid.
Image
Selesai menyanyikan lagu Happy Birthday.
Upucara tiup lilin pula.
Memang excited si Ben 10 ni.
Video Tiup lilin..
Image
Tiup jangan tak tiup...!!!
Image
Selesai tiup lilin.
seronok depa main
 "Party Celebration"
Image
Antara rakan rakan yang meraikan birthday si Ben 10.
Image
Birthday Boy
Aidid Airiel Shahreza
Daddy, Mummy, kakak dan adik
mendoakan semoga Abang menjadi anak yang soleh,
sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah,
Dikurniakan kesihatan yang baik,
Ceria dan happy selalu...
~ Amin ~
Image
Image
Mengabadikan kenangan bersama rakan rakan.
Image
Image
Acara potong kek pula
Image
Sebelum potong Kek
Bergambar dahulu dengan kakak.
sempat juga Princess Esya datang untuk meraikan birthday si Ben 10.
Image
Princess Esya bekas student Q~dess.
Dapat juga di bertemu teacher's dia dulu.
Image
Teacher Allison (Guru kelas)
 membantu si Ben10 memotong kek.
Image
Thanks you teacher Allison dan teacher teacher yang lain membantu menjayakan
 party Birthday Aidid.
Image
Image
Menikmati kelazatan kek Pandan.
Biasalah budak budak sukakan kek.
Image
Image
Setelah selesai party,
Masing masing dapat "DOOR GIFT"
Biasa kalau party disekolah parent akan beri makanan ringan
tapi
Door gift yang adando beri kali ini
adalah sebuah buku latihan, Pensel 2 batang dan pemadam.
Image
Birthday Boy Ben 10 sedang memberi Door gift
kepada kawan kawannya.
Adando dan Isteri sangat berpuas hati
sambutan birthday aidid kali ini.

Terima kasih kepada pihak sekolah
 Q~dess Bukit Rahman Putra Sungai Buloh.
dan
Terima Kasih juga
kepada Datin Diyana dari Rose Bakery.

Monday, March 18, 2013

Rindu Serindu rindunya...!!!!

Hai... Hello.....!!!

Peeehhhh.......!!! Lama siottt adando tak up date blog ni.
Rindu serindu rindunya pada blog ni.. Rindu juga kepada anda semua...

Kekangan masa dengan hal hal peribadi dan kerja kerja hakiki menyebabkan adando terhenti seketika berbicara disini...
tahun 2013 ini banyak merubah rutin kehidupan adando sekeluarga. Apabila anak anak adando telah mula memasuki alam persekolahan.

My Princess AIDA SYADIENA ILLIESYA telah tahun 1.
Seisi persekolahannya sebelah petang (Sek Kebangsaan)
seisi pagi Sekolah agama.

Image
Ni sewaktu membeli persiapan persekolahan.
Shoping di Butik Murid Murid.
Segala kelengkapan pakaian sekolah dari kasut, Stokin, Baju,
Semuanya dibeli disini.
Image
Sewaktu sekolah kebangsaan
inilah uniform yang dipakai.
Image
Isnin hingga Khamis
baju Pinafore.
Image
Baju kurung.
Image
Uniform baju kurung ni sewaktu hari jumaat.
Image
Setiap hari Jumaat Princess Esya akan mengenakan baju kurung.
Image
Yang ini pula untuk sekolah Agama.
Image
Uniform lengkap dengan tudung.
Image
Hari pertama di sekolah Agama.
Image
Sekolah Agama seisi pagi.
Bermula Jam 7.30 hingga 11.00 pagi.

Image
Selesai sekolah Agama.
Balik Rumah rehat sebentar.
Makan dan bersiap untuk ke sekolah kebangsaan pula.
Sekolah Keb bermula jam 1.00 ptg hingga 6.30 ptg.
Image
Kenangan untuk first time ke sekolah kebangsaan.
Pakai selipar sebab kasut dalam kereta,

Image
Kelas 1 Kenangan.
Senarai murid murid
Image
Duduk bersebelahan rakan dari sekolah Q~dees.
Image
FirstDay sekolah...
Biasalah ibu bapa akan tunggu diluar kelas.

Yang ini pula.
Siapa lagi kalau bukan
Si Ben 10.
Aidid Airiel Shahreza.
Berusia 5 tahun.
Image
Aidid ni adando sekolahkan disekolah lama kakaknya.
Mana lagi Klu bukan tadika Private
Q ~dees.
Image
Bergaya mengenakan Uniform sekolah.
Comel pula adando tengok dia sarung uniform ni.

Image
Ni gambar first day dia sekolah.
Memang excited habis dia.
Image
Semenjak kedua dua anak adando memasuki alam persekolahan ni.
Memang rutin harian adando berubah.
Pagi kena bangun menyiapkan prince & Princess ni.

Oklah rasanya cukuplah entry ni.
Lagipun dah lama cerita ni.
dah nak cuti sem pun bebudak ni
tapi kesempatan untuk adando kongsikan cerita ni baru ada,

Jumpa lagi...!!!!






Image