CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

18 June 2013

Interview

Dah lama tak update blog..Bukannya apa malas + bust yg teramat..lepas tu bukan ada org baca pon kan2..**sob...sob..sob...sedihhh**..tapi xpe..lagipon ain bukan nya blogger tegar kan2...blog ni tempat ain luahan perasaan..hihihi..

Okey berbalik pada tajuk kat atas tu..Bulan ni je ain dapat dua interview keje kerajaan..Alhamdulillah...rezeki berpihak pada ain setelah setahun lebih ain mohon baru sekarang dapat interview..Ape keje yang ain dapat tu yek...

  1. Polis

Image 

Pada 30 Mei hari tu Ain dapat call dari balai polis pasir puteh bagitahu Ain terpilih untuk ujian fizikal Polis.Masa dapat tahu happy yg teramat tau..sebab apa Polis nilah cita-cita Ain selama ni..Ain memang nak sangat jadi Polis..tapi tu lah Polis Wanita ni susah sikit nak panggil untuk interview.Namun Ain tetap usaha gak isi borang PDRM bila keluar je iklan..cuba nasib...setahu lebih gak Ain isi benda ni...dan Alhamdulillah rezeki Ain...even konstabel sekali pon tapi Ain tetap bersyukur...
TETAPI.......
Dua hari lepas tu,Mak call ckp dah pegi amik surat itu dan dia pon bagitahulah tarikh nya pada 24 JUN..masa itu Ain just mengiakan je lah..tiba2...zappppp....terus terfikir...kenapa time tuuuuuuuuu...OH TIDAKKKKKKK...24 JUN tu tarikh Ain kena present final year projekkkk...arghhhhhhh...sedih sangatttt....kenapalah dia tak buat awal sikit...berhari2 gak lah Ain ambil masa untuk bertenang...FRUSTTTTT yg teramat...Cita2 Ain selama ni tu tapi sekelip mata je hancur...Ain terpaksa pilih antara kehendak dengan impian...dan Ain terpaksa pilih kehendak sebab Ain ni bukan nya seorang yang kejam..Ain tak akan sesekali tinggalkan keje separuh jalan...final year projek lagi penting sebab ia penentu masa depan..Ain redha...bukan rezeki Ain untuk jadi Polis sekarang...Ain menangis setiap kali teringatkan benda ni...tapi nak wat macamana..Ain tak boleh nak lawan takdir..Allah akan beri rezeki lain buat Ain...

2. Pembantu Makmal

Image 
Yang pulak lagilah Ain terkejut bila dapat tahu...pagi buta lagi Atokkk (jiran Ain) dah call cakap ada surat sampai...Masa tu Ain sibuk ada kelas..so,tak layan sangat lah kan..tapi bila dia whatsapp gambar ni terus terkejut...tengok chop dari SPA...hohohoho...terus call Atokk suh dia bukak...heheehhe...Alhamdulillah interview kerja ke jawatan tetap Pembantu Makmal...Mesti ramai cakap pembantu makmal je pon...belajar degree tapi keje ni je..ape class...ishk2...tak patut cakap macm tu..Ain terima je ape kerja yang Ain dapat..Buat masa ni Ain tak akan sesekali memilih kerja even Ain ada master sekali pon..apa salahnya ada degree tapi kerja pembantu makmal..kita jangan pilih kerja berdasarkan apa pangkat yang kita ada sekarang,tai kita kena terima kerja ape yg ditakdirkan buat kita...
Interview ni pada 19 Jun..so,ain dapat pegi..ponteng kelas sehari...heheheh...Ramai kawan2 Ain tak bagi Ain pergi sebab diorang cakap kalau Ain dapat keje ni sebelum Ain habis degree ni kan rugi..Ain dah last sem kot...Ain hargai nasihat diorang tu.,.Tapi bagi Ain yang penting adalah KERJA...Ain tak pandang pon sijil apa yang Ain ada sekarang..sebab Ain dah ada pengalaman..salah seorng dlm family Ain..Dia dapat tawaran kerja kerajaan tapi tolak sebab nak sambung degree..dan dah graduate pon kira2 10 tahun lalu n sampai sekarang dia kerja biasa2 je..Ain dah tolak rezeki pertama,tak akan Ain nak tolak yang ni pulak..kalau Ain tolak,macamna habis degree nati Ain menganggur macam 'someone' tu..Ain tak nak..Ain percaya kan takdir..mungkin inilah masa depan Ain..Ain tak nak terlalu kejarkan pangkat...kerja ape2 pon kita perlu mula dari bawah..



Seriusly Ain cakap jiwa Ain ni bukan jiwa network engineering..Ain dapat rasa tak mungkin Ain kerja sebagai network engineering bila habis degree ni...Biarlah ape orang nak cakap yang penting Ain pilih jalan yang kearah masa depan Ain...Ain tak nak sesekali tersalah pilih jalan..Jika Ain terpaksa korbankan degree Ain untuk ini,ia Ain akan korban kan..Ain tak akan sesekali fikir berulang kali..bak kata MAK "Tak yah nak fikir sangat..buat sakit kepala..pilih jalan yang dah terus terang menjamin masa depan.Kalau rasa habis degree tu dapat kerja terus xpe gak..ni dok menganggur baik tak yah..."hehehe..baik Mak...anak Mak ni dah matang untuk berfikir...


14 June 2013

Curi - Curi Cinta

Image




“Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah orang tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar tuhan panjangkan umur abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!”.
Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Kurang ajar! Berlagak! Sombong! Itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!

“Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya, sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!” Itu kata Daniel pada Intan. Namun perancangan tuhan tiada siapa boleh menghalangnya.

“Saya akan bertanggungjawab Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya.” Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti!

“Kau ingat aku nak percaya lagi cerita bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakan kau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu pada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya.

Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti.

“Adik tahu memang manusia tu tak sempurna mak. Sebab adik pun pernah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup adik. Adik kecewakan mak, adik kecewakan abang Is. Tapi akhirnya adik berubah mak. Dia janji nak mulakan hidup baru dengan adik. Tapi mana janji dia mak? Dia campak adik macam kucing kurap! Adik benci dia mak! Adik benci dia! Dia tak layak jadi suami adik! Lelaki ini dah mati dalam hidup adik!

Kini Daniel Hakim memamah perbuatannya pula. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata inilah padahnya! Curi-curi cinta hanya itu yang mampu dilakukannya. Hati Intan telah mati buatnya! Berdoalah moga cinta Intan Raihana akan menjadi miliknya jua..

 

PADA YANG MASIH BELUM MENDAPATKAN KARYA HEBAT INI JANGAN LEPASKAN PELUANG. DAPATKAN SEGERA! PELBAGAI EMOSI ADA. ROMANTIK, SUKA, DUKA, TAWA, GERAM. MACAM-MACAM ADA! YANG PENTING MESEJNYA. JANGAN SAMA SEKALI JADI ANAK DERHAKA! MEMANG TERBAIKLAH!


02 June 2013

EPIC 3D

Image 

Tadaaaaa...1st time Ain tengok wayang cite kartun tau..dlm 3D lgi..jgn main2..hihihi
Dan ia tidak sia2 sebab cite ni sangat2 best..
Lawak..Sedih sikit..Geram kat serangga yg jahat..Kisah Ayah ngan Anak... 
Sebabkan tengok dalam bentuk 3D,latar belakang hutan dia sangatlah cantik..
Kartun2 dia pon kiut-miut...
Ada linta,siput babi,cengkerik,bunga-bungaan,ulat dan macam2 lagi lah..

Nak cite lah sikit pengalaman Ain lah kan...ni 1st time tengok wayang 3D..selalunya wayang biasa je..Ain mati2 ingat spek 3D dia tu akan ada kat seat masing2 bila kita duduk nati kan,so lepas Ain beli tiket terus blah lah..Penjaga kaunter tu plk tak de tanya atau bagi spek tu..Lepas tu bila nak masuk tu,Ain tengok satu family ni baru beli tiket n siap pegang spek 3D...Ain dak cuak..Orang cakap malu bertanya sesat jalan kan...Ain dah masuk dah dalam panggung wayang terus keluar balik pegi kat akak yg jaga kaunter mula2 nak masuk..Dia pon cakap lah sepatutnya masa beli tiket tu akan bagi sekali spek tu...kalau tak dapat pegi mintak kat kaunter..(+_+')..
Aishhh...dah satu keje kena pegi kaunter tiket balik..dah lama orang ramai dok beratur panjang...x pelah..mintak kat abang cina jaga kaunter tu terus dia bagi...
So,tayangan pon start..

Lepas tamat je cite tu,sekali lagi mati2 Ain ingat kena pulangkan balik spek 3D tu..Tapi Ain terfikir nak pulangkan kat mana sebab nati keluar ikut pintu lain n direct terus ke shopping mall..Akak yg tukang bukak pintu tu pon xde mintak..Ain pon cakap dalam hati tak boleh jadi ni kena pulang kat kaunter tadi kot..So,gigihlah Ain menapak naik eskalator balik ke kaunter tiket tu..Sekali,Abang tu cakap tak pulangkan bawak balik..Dushhhh...malu nya...nampak sangat first time tengok wayang...Ain pon ape lagi terus lah blah cepat2..

Itulah pengalaman pertama Ain..lepas ni dah tak rase janggal lah sebab dah tahu cara2..Dan lepas ni akan tengok lagi cite2 cartoon...syok kot tengok kat pawagan sebab skrin besar..sound pon best..hehehehhe...



P/S:: Ain boring tahap dewa sebab seminggu dok terperap dalam umah..Sebab tu hari ni kelaur enjoy siap tengok wayang lagi...hehhehehe..release tensionlah katakan...


26 April 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia - Zura Asyfar


Image


Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?




Best giler novel ni..
Walaupon Firash tu lebih muda dari Syafa namun dia sangat matang dalam perhubungan mereka..
Dan sangatlah tak rugi membelinya...hehehheh
Novel ni juga telah diadaptasikan ke dalam bentuk drama tau...
Pelakon2 nya pon sangat hebat..
Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin dengan barisan pelakon popular seperti Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash/Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Mustapha Kamal (Datuk Fakhrul), Wilma (Datin Farizah), dan Marisa Yasmin (Aida).



Image

Image

Image

Image

Image



Image

Image

Image

Image

 Dan yang paling hensem dan sweet selain Izzue Islam ni adalah....

Image
Ikhlas Jalil sebagai Fikri

25 April 2013

Pelangi Cinta Buat Suami

Image


Sinopsis:-

Kata orang cinta itu mampu hadir dari pelbagai rupa, segi dan cara. Kadangkala datangnya langsung tidak mampu diramal oleh jiwa, begitu saja.
Imanina : Kerana sebuah diari, perasaan cinta di hati wujud serta merta. Dia terpesona, kagum dan terpukau dengan kata-kata indah itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi wanita yang dikasihi seorang suami dengan sepenuh hati.
Tengku Qalif : Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang
memenuhi bumi, dan sebuah kehilangan membuatkan separuh nyawanya mati. Kerana cintanya satu, mustahil untuk dia memberi rasa serupa kepada yang kedua.
Menyedari keadaan Tengku Qalif yang bagaikan 'mayat bernyawa' Imanina tekad mahu membahagiakan lelaki bergelar duda itu. Namun Tengku Qalif berterusan menolak dan menepis setiap bantuan darinya.
Dan ketika Imanina melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati kian memuncak.
Semakin jauh mengelak, semakin dekat Imanina menghampiri. Dan kerana sebuah cabaran, akhirnya Tengku Qalif terpaksa bersetuju untuk menikahi Imanina.
Perkahwinan yang awalnya dialas dengan kebencian perlahan-lahan berubah menjadi perkahwinan kedua yang terlalu bermakna untuknya. Ketika bahagia merantai hubungan mereka, ada malang datang bertandang. Perpisahan tidak terduga meletakkan Imanina di tempat Tengku Qalif seperti suatu masa dahulu. Sama tidak berbeza.
Namun kemunculan seorang lelaki di pertengahan jalan sengsara membuatkan hati Imanina terbelah dua. Perlukah dia kekal setia dengan sumpah janjinya kepada orang yang telah tiada? Dan ketika tangan bersedia untuk menyambut huluran cinta yang lain, ada sesuatu merentap semula tangannya.
Dugaan masih mendatang dan mungkinkah selepas ribut, taufan dan hujan, pelangi itu masih kekal setia di langit?
“Percayalah kasih… kesetiaan ini, Kesetiaan yang tak kau duga.”
 
 
 
Baru je lepas habiskan novel ni..
Sangat best++...
Tak rugi belinya..
Kisah Imanina yg tak jemu2 menawan hati suaminya..disini ada konsep perigi mencari timba..tapi akhirnya mereka hidup bahagia..
Sekeras2 hati + seego jiwa seorang lelaki akhirnya berjaya dilembutkan dengan kepolosan seorang wanita a.k.a isteri sendiri... 

Super Junior - Shiwon