|
Fuhh lamanya tak update blog . Last update 2010 maknanya dah 4 tahun blog ni terbiar. Nak susun ayat pun terkial-kial (serius, rasa janggal sangat!)
Kenapa lama x berblog?
1) Lupa password (bukan nyanyuk tapi terlupa)
2) Komitmen bertambah dari tahun ke tahun (kerja+kahwin+anak)
3) Masih belajar cara uruskan masa (sampai sekarang masih di tahap beginner, takpe pelan-pelan)
Cukupla tu, bagi lebih kang mengarut kelaut 😁
Banyak cerita aku nak kongsi tapi input masih berterabur. Kasi aku susun dulu okay !
BYE 💨
Wu Kong . . . Setiap kali aku pasti berkobar kobar ingin pulang ke rumah kerana tak sabar untuk bermain denganmu. Kau sangat manja tetapi tidak segedix sigembang dan si kecik. Kau antara adik yang pandai membawa diri walaupun kau masih kecil. Ku masih ingat lagi tika eyla memberitahu bahawa patoten membawa pulang dirimu. Ketika itu tubuhmu terlalu kurus sehingga menampakkan tulang walaupun kau kecil tapi kau kuat makan dan garang. Setelah 3bulan kita menetap bersama, bentuk badan yang kurus tiada lagi, kau menjadi cantik, comel dan paling kami suka bulumu yang lebat seperti sigembang yang kelihatan seperti kucing parsi. saat itu kau menjadi kesayangan semua orang. Kau antara adik yang bijak walaupun tiada akal fikiran. Oleh kerana badanmu yang kecil, kau selalu tidur di bekas buah, kau kreatif menjadikan bekas buah sebagai buaian. Yang menariknya bekas itu sesuai dengan tubuhmu yang kecil molek. Kami bahagia dengan kehadiranmu. Rumah ayah sentiasa kecoh dengan sebutan namamu seiring kelincahanmu. Tapi kini , kau pergi untuk selamanya sepertimana setiap makluk ciptaanNya kembali setelah diberi peluang untuk merasa kehidupan sementara di bumi ini. Terasa singkat persinggahanmu di rumah ayah. Sebulan pemindahanku ke KL, ku hanya dapat pulang menjengukmu pada hari weekend. November, Minggu pertama kau masih sihat lincah seperti biasa. Minggu pertama (Jumaat) , Aku mendapat berita dari eyla bahawa Tenit sakit cirit birit. Aku bertanya pada ibu mengenainya, ibu mengatakan bahawa kemungkinan Tenit tak boleh makan ikan cencaru. Ianya tiada apa apa kesan padamu. Aku menyuruh ibu menukarkan ikan kembung kerana itu la makanan mereka setiap hari. Minggu Kedua (Khamis), Aku sms adikku cinok bertanyakan mengenai keluargaku. Cinok memberitahu semuanya sihat tetapi Wu kong terkena sakit cirit birit, begitu juga dengan tenit tetapi kesihatan tenit beransur pulih. Jumaat, Aku pulang ke Klang untuk melihat kesemua ahli keluargaku. Saat pulang kerumah, ku lihat kau menunggu kami di luar rumah seperti sebelum ini kau dan adik adik yang lain lakukan. Dan seperti biasa juga penat lelah kami berkurang saat disambut kau dan adik adik yang lain. Tapi kulihat badanmu sudah berubah kurus seperti pertama kali kau menjejakkan kaki kerumah ayah, bulumu tidak sekembang dulu, badanmu comot dan berbau tapi ku tidak kisah asalkan dapat memegangmu dan membelaimu. Sabtu, Aku bangun seperti biasa dan membersihkan dirimu setelah menyelesaikan tugasan harian yang sering dilakukan oleh ibu. Ketika itu matamu berselaput dengan hidung dilitupi hingus kering. Kasihan dirimu tak bermaya untuk membersihkan diri. Setelah kubersihkan dirimu, aku membiarkan kau berteduh di bawah kereta cinok. Di malam hari ketika ingin memberi makan kepada adik adik, kulihat tiada kelibatmu yang sebelum ini antara yang terawal beratur menunggu makanan. Ku cari dirimu tapi masih tidak dijumpai juga. Ku teruskan usaha mencarimu sehingga lewat malam diikuti juga dengan ayah yang mencari dirumah nenek dan dicelah semak, dan aku pula mencarimu disekeliling rumah kita sehinggakan ditempat yang tidak logik pun aku mencari kerana kami sekeluarga lagi lagi ayah sangat risaukan dirimu. Usaha mencarimu pada hari itu tidak berhasil. Kami hampa dan khuatir. Ahad, seperti biasa kuberi makanan kepada semua adik adik dan kelibatmu masih tidak kelihatan. Ayah sibuk mencari dirimu dilorong belakang dan parit, ibu pula mencari di belakang rumah, kononnya menganggap dirimu memanjat pokok dan tak reti turun, aku pula mencari disetiap pasu bunga kerana kumenyangka kau ingin bersendiri didalam pasu. Ternyata benar kau ingin bersendirian tapi kau bersendiri meninggalkan kami untuk selamanya. Kau berhadapan dengan maut sendirian tanpa ditemani kami sekeluarga dan paling menyedihkan kau ditemui ditepi pasu bunga besar dengan badanmu dihurungi semut, kata eyla kepalamu dihempap. Maafkan angah kerana tidak menatap wajahmu buat kali terakhir kerana aku takut dengan makhluk yang sudah tidak bernyawa. saat kau dikebumikan pun aku tak jenguk kerana jasadmu ditutupi kertas. Maafkan angah adikku. Ketiadaanmu melenyapkan keheningan keluarga Abdullah. Ku berdoa semoga kau berbahagia di sana. Kenangan indah bersamamu akan disimpan elok di dalam diari hatiku sehingga akhir hayatku. Yang sangat menyayangi dirimu, ♥ ♥ Abdullah's family ♥ ♥ |
A lady to Helmi Othman A mom to Lil Boss , Muhammad Akmal Harith ( Ctrl A )+( Ctrl C )+( Ctrl V ) |
|