Wednesday, January 31, 2007

Air....

Baby dah terer sebut air. Tak pelat pun. err... sebut air leh pelat ke? Ntah leh. hehe! Tapi air bagi dia is drinking water. Tapi kesukaan dia dari kecik is main air. Waktu mandi waktu yang seronok bagi dia. Tengok je la baby mandi laut masa gi PD hari tu and also main air sungai yang sejuk giler kat rumah Tokku Hashim (Sailor's Rest) kat Janda Baik.

Image Sampai nak tetido dok kat dalam pelampung tu.


ImageAbah melayan anak main air.

Image Splash! Splash! Sampai pejam2 mata.

Friday, January 26, 2007

Jumaat yang Mulia

Alhamdulillah... Jumaat yang mulia membawa keberkatan. Pagi ni bos letak surat atas meja. "Don't worry. It's a good news." Yey! TQ! TQ! TQ!
***************
Ring! Ring!
Aku: Hello!
Caller: Hello! Boleh cakap ngan DLT?
Aku: Tak boleh!
Caller: Err... Boleh cakap ngan DLT?
Aku: Tak Boleh!
Caller: Err.. kenapa tak boleh?
Aku: Sebab tak boleh, tak boleh lah.
Caller: Kenapa tak boleh ye?
*By this time aku dah cam blur2*
Aku: Er... sape ni? Call dari mana?
Caller: Saya XXX dari XXX.
Aku: Laa... sorry. Salah orang. Sorry pasal tadi. Ingatkan adik.
Caller: Takpe...
HAHA! Tu la, lain kali introduce nama dulu. Tapi suara sebijik cam Ihsan adik aku. Kena sebijik. Sib baik tak kenal rupa. HeHe! Selalu kalu adik or kengkawan call, aku jawab toya2 nye.
Pernah jadik dulu aku salah dail nombor, sebab kawan aku sorang ni salah bagi nombor kawan kitorang. And mamat tu namanya pun sama ngan kawan kitorang tu. Punyalah aku ni borak2. Lama giler. Last2 cam ada konpius2 skit masa bercerita tu, mamat tu pun cakap, awak ni salah orang kot. At that point baru aku tersedar aku rupanya borak lama giler ngan orang yang salah. Tak kenal pun. Kui! Kui! Kui! Apa lagi, citer balik kat kawan aku yg bagi nombor tu, gelak sakan dia. Tapi sebakul gak ler aku bambu dia sebab bagi nombor salah. Malu giler yang amat.

Tuesday, January 23, 2007

Mana aci....

Borak-borak depan tv...

Wifey: Sayang, cantik kan sandal hari tu, yang kaler hijau tu.
Hubby: Cantik. Tapi sayang kata nak yang warna hitam.
Wifey: Ye la. Hijau tu susah nak match nanti. Tapi hijau tu cantik.
Hubby: Tapi yang warna oren tu pun perghh! Memang cantik kalu kena ngan jeans.
Wifey: Ye la. Yang mana satu ek? Yang hijau tu memang cantik, tapi susah nak match. Yang hitam tu senang skit nak match. Lagipun takde lagi sandal hitam.
Hubby: Weekend ni kite gi beli. Apa kata kita beli yang warna hitam tu satu, yang hijau, yang oren, errr.... nak yang biru tu pun boleh. Pastu kite wat deal 4 tahun tak yah beli kasut. KJangan jejak kedai kasut pun selama 4 tahun. OK gak tu. Boleh?
Wifey: Waaa...... mana aci. Tak boleh la macam tu.
Hubby: Macam ni tak jadi lah.

Huk! Huk! Empat tahun woooo.... tak leh jejak kedai kasut. Mana boleh tahan. Beli satu pun cukup la. Tak yah beli banyak2. Janji leh masuk kedai kasut lagi. Aku ni dah lah jenis yang payah nak berkenan alas kaki ni. Kena try banyak2 baru jumpa. Uwaaaa......

Monday, January 22, 2007

Bravo!

Yahoo.... aku puas hati sangat ngan result AJL 21 semalam. Aku rasa event tu best la, except for mic problem masa mula2 tu, tapi Ally n Cheryl cover spontan, kira leh pejam mata la. Dah lama rasanya Malaysia ni tak de event yang aku betul2 puas hati. Dua tiga tahun kebelakangan ni acara2 anugerah ni selalunya hambar je, sampai kengkadang naik tertido aku.
Bravo to TV3. Gandingan pengacara yang sungguh mantap. Fara Fauzana, Ally Iskandar dan Cheryl Samad. Suka aku dengar celoteh diorang ni. Menghidupkan suasana. Tak merapu meraban and lawak tak over and also tak de pun menjerumus ke arah 18SX nye lawak cam sesetengah pengacara. Ally, wa suka sama lu........ Minat tul aku kat mamat ni. Tak nak ker dia jadik adik ipar aku? Haha!
Boleh dikatakan kesemua yang bertanding malam tadi memberikan persembahan yang sungguh best. Cayalah! Cam ni lah yang kita nak tengok dalam industri muzik tanahair kita. Persembahan solo sifu M. Nasir, syiok! And lagu duet ngan Mawi, huh! Sape sangka sifu kite leh wat gimik sebegitu? It was fun watching their performance last nite. Mawi ngan sifu sama2 pakai rambut palsu, so energetic. Btw, sifu memang nampak cam zaman kembara jalanan. Hihi!
Mungkir bahagia - Hazami. Rasa cam nak nangis lak tengok persembahan Hazami. Aku memang ingat dia nangis la masa mula2 tu, tapi hubby kata tak de lah. Feeling habis....
Apa2 pun, aku suka giler bila Adibah Noor ngan lagu Yang Teristimewa menang. Suka giler aku ngan lagu tu. Siap aku beli kaset semata2 sbb lagu tu. hehe! Kak Dib, I'm one of ur fan. Suara toksah cakap lah. Power siot!! Hubby masa dia nyanyi tu pun dah cakap Kak Dib leh menang Vokal Terbaik. Cam nujum pak belalang lak hubby ni. Hik!hik! Aku puas hati betul Kak Dib menang 3 anugerah. Phewiitttt!!!!! Sampaikan si Ally tu pun kata I luv u too... Wahaha! Lawak tul mamat tu mlm tadi. Eh! Cite pasal kak Dib, melalut lak kat si Ally. Kak Dib, I luv u too......
Persembahan terbaik - Hazami (Mungkir Bahagia)
Vokal Terbaik - Adibah Noor (Yang Teristimewa)
Etnik Kreatif - Zahid (Warkah Buat Laila)
Pop Rock - Sifu M. Nasir (Juwita Citra Terindah)
Balada - Adibah Noor (Yang Teristimewa)
Juara Lagu - Adibah Noor (Yang Teristimewa) - Azlan Abu Hassan.
Eventhough Juara Lagu memartabatkan penulis lirik dan pencipta lagu, tapi aku rasa persembahan artis memainkan peranan penting gak. Tapi Lirik lagu Yang Teristimewa memang superb. Touching giler.... Bravo Azlan Abu Hassan. Aku tido puas hati semalam....

Thursday, January 18, 2007

Free... wee....yippieee... yeyyy...

'Adalia was definitely enjoying herself during our visit to my Uncle's place at Janda Baik. Just look at her. Aaahhhh......

Image










Exploring the garden with mummy.


Image









Jump here, jump there, walk here, walk there. Quick Mummy!


Image











Ong! Ong! Gedek-gedek-gedek. Hi Mr. Froggie!


Image











Lepak santai dua beradik. (My Ayah and my Uncle)


Image






Bon Voyage!



Baby and Cik Milin on the boat at Janda Baik. Sapa kata kat atas bukit takde kapal?

Wednesday, January 17, 2007

Thursday, January 11, 2007

Aku dan kerjaya

Masa kecik2 dulu, kalu orang tanya cita2 nak jadik apa, jawapan yang diberi sungguhlah cliche. Either doktor, Guru, Pensyarah, Jurutera, Tentera, Arkitek, Akauntan or seangkatan dengannya. Tu je. We were not exposed to the actual career life lagi masa tu. So tu je yang tau.
Kenapa aku leh terjebak dalam bidang engineering? Hehe!Aku pun tak tau. Cuma aku rasa my path dah terarah ke bidang ni since mrsm. And why electrical / electronic? Aku pun takde jawapan gak untuk itu. Maybe masa aku belajar dulu, and masa MARA bagi choice dulu, bidang yang ditawarkan cuma bidang2 eng. yang glamer2 tu; EE, Mechy, Chemical, Civil. Yang pelik2 belum timbul time tu. Then bila masuk u, baru ada pengkhususan skit. tapi tak banyak for electronics. either communication, controls, pure electronics (ni aku la), and lain2 rasanya ada skit lagi kot (lupa la pulak). Masa dapat tawaran keje, aku dapat dua, either keje kilang electronics kat Kulai or O&G company kat KL. Kalu aku pilih Johor masa tu, mesti sampai la ni aku jadik minah kilang. Atas sebab2 tertentu (sebenarnya ikut nafsu muda masa tu), aku pun pilihlah KL. Sampailah hari ni, aku still ngan same company lagi. From KL, transfer to Kerteh (tempat jin bertandang - my first impression dulu la. la ni rendu lak), then back to KL. Done many projects oredi, jumpa macam2 karenah manusia, dari clients sampai la ke anak buah pekerja bawahan. Aku pernah jumpa client yang memenadang rendah pada contractors macam kitorang (huh! sakit hati giler masa tu. Hidup lagi ke mamat tu skrg? Sian awek dia. Projek awek dia, dia lak yg sibuk. Mencik!), apalagi kat pekerja2 aku. Apa ingat diorang ni tak pandai ker? Kalu takde diorang, jangan harap kerja2 yang ada sekarang ni jalan. Kita kena ingat, kita hidup ni saling bergantungan. Simbiosis kehidupan. Memang tanpa client, contractors takde keje, tapi tanpa contractors, client nye keje pun tak jalan tau...... Langit tak selalunya cerah, yang kat atas, tak semestinya di atas selama2nya. Eh! Melalut kelain la pulak.
Niway, back to the main topic, bila dah keje ni, barulah minda pengetahuan ni tau banyak lagi bidang2 lain yang selama ni tak diexposekan kepada generasi baru. Seperti contoh lani, aku banyak belajar tentang Instrumentation. Masa dulu takde la pulak course instrument ni. Padahal syok. Itu baru bab ee, mechy lagi la banyak. mechatronic, automotive, etc. (yg ni aku kurang tau). kalu ambik chemical, selain jadik chemical engineer jer, leh gak jadik process engineer. hmmm... waktu tu, pemikiran aku mmg macam katak dalam lift je la. tau ada button, tekan nak gi tingkat berapa, pintu buka, pintu tutup. tak tau rupanya kat dunia luar ni, banyak lagi bidang yang boleh diterokai.
Aku tak pasti samada Universiti kita sekarang ni dah ada kursus2 spesifik macam ni. Ni membuatkan aku
terpikir, camno anak(s) aku nanti. Diorang tahu ker kat luar ni banyak lagi bidang2 keje lain selain yang glamer2 tu jer? Mampu ke aku kenalpasti kebolehan mereka and exposekan mereka to the right path? Hmmm.... I think I will have to let them choose their own way later. For the mean time, let me just enjoy melayan kerenah anak kecik aku yang baru sorang tu tapi dah macam2 ragam. I just don't want to miss anything masa dia membesar ni.
Pss... baby ni bengkeng sungguh. Camno ler aku nak buat ni. Mummy n abah peluk2 pun dia marah2 sambil tarik2 tangan and nangis.... Adoi laa.......
To my parents, Happy 34th Anniversary. Mama dan ayah, kak sayang both of u, always.

Tuesday, January 09, 2007

cerita ceriti

Cite pasal raya haji lum lagi ek. Raya hari tu, mama ayah datang. raya kat kl tahun ni. my cousin tunang hari raya tu. wat kat janda baik. hubby, aku n baby raya dulu pagi tu kat rumah. yg lain2 dah pergi janda baik the day before. sib baik gak tak gi, coz family aku tido atas kapal malam tu. special guest. hehe! actually uncle aku ni beli tanah kat janda baik tu and wat rumah rehat kat situ. dia bina rumah satu, and taman, kebun, and ada satu kolam tu dia bina kapal (my uncle ni ex-navy). atas kapal tu ada katil, bilik air and pantry and living room. nice place. he named the place, Sailor's place (rasanya lah). And yang bestnya ada sungai kat situ. mak oiii! Air dia sejuk gilerr.... maklumlah, air bukit. Now ni my uncle dah wat tempat tu sebagai homestay.
After the engagement ceremony, bila guest dah balik, kitorang ni apalagi, mandi sungai la. baby mandi sejuk2, sampai ketar2 tapi tak mo naik. bila dah gusi berlaga (gigi takde lagi, kan) menggeletar sejuk, angkat jugak naik. Mandi then lum sempat pakai pampers, dah nak main basikal la pulak. memang tengah giler naik basikal la ni. Round2 naik basikal, jalan2 pulak kat taman. excited punya pasal baby terus lupa pasal susu. sekali minum susu, terus tido. penat sangat la tu. mlm, karaoke la pulak. hubby ler. aku kan buta seni. after that, main fireworks. konon cam sambut tahun baru la. before bertolak balik, my auntie wat surprise birthday party for my hubby. hubby ni tak tau menda, turut sama nyanyi Happy Birthday, bila sekali orang sebut nama dia, terkezut. hehe!
Hubby nye birthday 1 January. So every year orang sambut tahun baru, kitorang sambut birthday dia. Tapi tu birthday dalam surat beranak la. Tarikh lahir betul aku pun tak ingat but somewhere in December. Biasa la tu orang dolu2. Hehe!
The next day (1/1/07), sekali lagi huby potong kek kat rumah mak kat Segambut. Amboi! Dua kali potong kek tahun ni ye.

Happy Birthday Sayang!

Hmm.... nak post gambar pun tak leh lagi. Tah mana tah aku letak cable download tu. Bila dah jumpa aku post gambar. Tapi kena la carik dulu. Aduh laa..... hampeh betul aku ni.

Thursday, January 04, 2007

Duhai anakanda......

Risau la pulak sekarang ni. Lepas beralih tahun ni, baby asyik tak sihat jer. Demam, then selsema, now ni batuk pulak. This is the first time baby kena batuk. Sampai terganggu tidur malam dia. Mummy pun jadi tak leh tido. Kenapa ye baby asyik tak sihat? Gi klinik, Dr kata coz dia selsema hari tu, so sebab tu skrg ni batuk. Batuk berkahak. Aku cuma risau takut melarat jadik athma jer. And berat baby pun tak naik. Umur satu tahun, baru 8kg. Lahir hari tu 2.8kg. Maknanya pertambahan cuma 5.2kg. Walaupun baby sentiasa aktif, tapi mummy berhati walang lagi.

Aku memang fully bf baby. Orang kata, minum susu ibu, anak jadik sihat and jarang sakit2. Tapi berlainan la pulak buah hati aku ni. Tiap2 bulan mesti demam. Walaupun dia tak merengek, tapi hati seorang ibu, tetap risau. Antibodi dia macam tak kuat. Ikut abah. Ke susu mummy kurang khasiat? Or mummy tak cukup makan sampai zat tak diserap dalam susu? Abah dah berura2 nak tambah supplement dengan susu formula. Supaya ada zat tambahan. Gundah gulana hati mummy. Patutnya susu mummy lagi berkhasiat dari susu formula. Apa salah mummy?
Sebelum ni, baby makan memang semangat, even berat tak tambah. Tapi dah masuk setahun ni, selera makan makin kurang. Kenapa bie? Mummy masak tak sedap ke? Baby jemu makan nasik ker? Tapi lauk rasanya pelbagai. Mummy masak ubi rebus pun baby tak nak jugak. Skrg ni asyik nak makan roti jer. Roti ada karbohidrat jer. Baby kena ambik protein and zat besi untuk pertumbuhan pembesaran. Tolonglah mummy wahai anakanda. Makan yer….. Risau mummy.
Mummy tahu baby sekarang minat naik basikal. Nanti mummy belikan ye. Tapi baby janji kena makan banyak2, tau. Janji dengan mummy yer…..
Semalam mummy main2 dengan baby, ambik tangan baby usap2 muka mummy. Mummy kata, " Sayang mummy…. Sayang mummy…" Tiba2 jer baby buat muka sedih and menangis. Hiba hati mummy. Sayu lak rasa. Kenapa baby jadik sedih bila usap muka mummy and mummy kata Sayang Mummy…? Waktu mummy menaip ni, mata mummy jadik berkaca. Mummy rindu baby. Lepas kerja nanti mummy ambik baby kat rumah atuk yer…. Tunggu mummy balik tau. Tunggu kat depan pintu ye…… Hmm.. kenapa mummy sedih lak hari ni? Ker sebab seminggu mummy cuti, siang malam nampak baby, main ngan baby, bila start keje balik hati jadik rindu? Feel like hugging you right now. Jangan lupa, tunggu mummy depan pintu kul 7 nanti yer…………
Hugs and kisses…..
Love you always.
-Mummy-