Friday, February 17, 2012

Actor+Android=Actroid

Betul ke ada robot manusia? Serius ke dia boleh bercakap? Haaaa..bulan lepas kita buat lawatan sambil belajar ke PSN. Lama gile tak gi lawatan camni. hihi. Ahli rombongan pun tak ramai. 1 keta je. Duduk rumah je bosan jugak so Along nak gi tgk human robot, kite pun follow je le kan :)

Masuk PSN, free (tapi tak sure sebenarnya kena bayar ke atau mmg free. maybe saya datang masa bulan sains kot, sbb tu free  :p tapi nak tengok actroid kena bayar RM6) Sampai pagi tu, PSN tak ramai lagi. So ada chance nak dekat2 dengan actroid n boleh guna semua alat dalam PSN. Maklumlah, kalau kite gi planetarium atau PSN, bila org ramai, kite takde peluang nak main semua guna semua dan rasa semua. Kan?

Image
masuk je tengok dulu ikan-ikan lalu atas kepala :)


Jom berkenalan dengan si actroid..
Image

Image

Image


Image

Image

Image

Image

tadaaaa....
inilah ACTROID
Image

si Actroid ni boleh balas soalan yg kita tanya kat dia.
Betuuuuulllll :)
tapi dia akan jawab mengikut data yang telah disistemkan je
maknanya, yang basic je la macam apa khabar, hi, bye, jom ambil gambar sama-sama
ada la lagi pilihan jawapan dia

Maklumla, orang tak ramai, so dapat penerangan eksklusif lah dari volunteer PSN tu
siap dapat pegang kulit-kulit yang digunakan utk buat muka, badan & kaki
kelassss gituuuuu :p


Sunday, January 22, 2012

sekolah memandu

Salam pagi Ahad ;)

Mood baru lepas bw /hihi

Cuti CNY perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Dah takde dah take-away files. haha. Bagus! Memandangkan cuti, dan ahli keluarga pun sudah cukup, eh, terkurang satu sebab abang (adik) baru je habis final exam dan terus ke Pangkor (ada program lain), jadi, rumah takdelah ber4 je macam selalu. Bak kata adik saya yang bongsu, "kat rumah ni tinggal yang bongsu je. bongsu perempuan. bongsu lelaki" :)

Dah adik yang dok asrama pulak terkena jangkitan kuman -kesian dia.... :(  Ummi dah pun bawa adik ke klinik, tapi ini sebagai ikhtiar yang lain, so kitorang pun bawa adik pergi kolam air panas. Nak cuci kaki dia yang terkena kuman tu. Kita pergi dua kereta. 1 abg ipar bawak, 1 lagi saya bawak. Ok ini 1st time saya drive jauh dari kawasan rumah. Sila jangan gelak.

Image
kolam air panas

Sejak dapat lesen memandu, memang tak pernah drive pun. Ada la sekali dua, tu pun macam praktis ala-ala kelas memandu gitu. Drive yang betul2, memang tak pernah. Tapi renew license, tetaaap. cuma memandu je yang tak tetap. Bila dah lama sangat tak drive lepas dapat lesen, rasa takut, cuak sentiasa ada. Nak-nak bila orang tiba-tiba kata, "hah. nah, drive" Memang tak nak amik kunci la kan. Pastu jawab "tak nak. takut!"

Ok. sambung.
Dalam rasa cuak, kugagahi jua. Haha. Bismillah. Yakin pada diri sendiri. Alhamdulillah sampai. Walaupun tak la laju mana macam orang lain tapi boleh laaaa. Adik siap kutuk kata ini bukan jalan kampung nak bawak slow tapi peduli apa kan. Nama pun 1st time, buat lah cara 1st time. At least takde la slow mcm kereta L sudaaahhhh. Itu kira teruk sangatlah kan. Tapi kalau kereta L nak buat macam tu, takpe la. Dah nama pun tengah belajar. Mana boleh nak tekan sangat. Walaupun pemanduan yg agak stress sebab ada 3 pegawai JPJ yg bersuara dalam kereta -memang pening :p tapi Alhamdulillah, selamat pergi, selamat balik. Saya pun dah tak takut nak drive lagi.

Tu je.

Mesti orang yang dah biasa drive gelak-gelakkan saya

tak kisahlah beb!

Thursday, January 19, 2012

Tentang Cinta

Perempuan kalau dapat bunga memang hati berbunga-bunga eh? Tapi kalau hati berbunga-bunga pun, kite tak tunjuk depan awak lah. Kita buat macam takde apa-apa. Control macho kejap. Bukan control cun ke apa sbb memang tak cun kan :p Speechless tu memang ada sebab mungkin itu respon yang paling baik dan tak perlu nak ucap lebih-lebih. Kita belum ada ikatan yang sah. Jadi cukuplah saya sekadar menghadiahkan sebuah senyuman dan mengucapkan terima kasih. 

Copy dari 'Couple' Yang Halal | iluvislam (p/s: Gambar bukan dari artikel asal)


Indah kan kita bercinta? 
Indah kan bila kita saling merindu?
Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?
Indah kan bila kita saling meluangkan masa?
Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?


“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).


Cinta tu fitrah,
Cinta tu indah.
Dan lagi indahnya cinta itu,
Bila 'i love you'
Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!


Image

Sebenarnya,tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah , sesuatu yang indah .Dan  cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebakan dosa dan maksiat .Inilah yang baru dinamakan cinta!

Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.


'Couple' lain semua bercinta
Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah
'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa
Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.


Seronok kan??


"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).


Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang . Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Atau jika anda dan pasangan anda saling mencinta , jagalah hati dan ambillah langkah seperti 'nikah khitbah' ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi 'couple' dengan romantik dan halal. 


Indah kan?


Semoga Allah menganugerahkan saya dan awak cinta yang paling indah , halal dan berkekalan sampai jannah. Alhamdulillah :)



untuk kita, semoga dipermudahkan.... 

Wednesday, January 18, 2012

Kuliah Pilihan

Ayah bagitau Ustaz Don nak datang LK. 
betul ke? 
Ayah ajak seisi rumah. 
Nak! nak pergi. selalu tengok Ust Don kat TV Hijrah je. 
Alang-alang dah sampai LK, tak jauh pun. Moh le pergi dengar ceramah dia. Best tuuu.

Plan tak plan, petang 6.30 15hb, masing-masing bersiap-siap. 
Kitorang sampai kat kawasan surau, ngam-ngam azan Maghrib berkumandang.
Parking penuh. Semestinya lah kan!
Masuk je ruang solat muslimat, penuuuhhhhhh.

Kuliah santai Ust Don lepas Maghrib. Elok je lepas menunaikan solat Maghrib berjemaah,
ruang solat muslimat bertambah kepadatan. Ada yang baru sampai. Tu diaaaa aih penangan Ust Don.
Sume pakat mai nak dengaq. Memang ramai sangatlah kan.
Saya setia duduk dgn Ummi kat belakang. Tak pe lah kalau tak dapat tengok live, yang penting, ilmu dan dakwah ustaz sampai, menepati objektif dan tujuan perjuangan dakwah beliau.
Kuliah santai malam tu, Ustaz kupas tentang Al-Quran. Memang menarik.
Alhamdulillah Allah gerakkan hati-hati kami untuk ke sana walaupun di luar kariah.
Seronok Al-Quran ni. Makin dalam kita teroka, makin banyak keindahannya.
Saya pun dalam proses nak teroka jugak.
Alhamdulillah atas nur dan hidayahMu.

Ok, kalau siapa yang tak pernah dengar/tengok cara Ust Don berdakwah,
boleh la tengok 30 minit bersama Ust Don @ TV Al-Hijrah.
Penerangannya jelas, nak-nak kalau belajar tajwid.

Image
Ustaz bersama pelajar-pelajar Tahfiz

Ustaz juga mengimami (eh betul ke ada perkataan ni?) solat Isyak selepas tamat kuliah santai.
Pahtu ada la sesi fotografi lah sain-sain lah tapi utk muslimin je la ;)



p/s: tq MC sebab kasi kite cilok pic ni.heeeee

Monday, January 16, 2012

Write-off

Kalau dalam istilah bidang saya, kita panggil write-off.

Maknanya

entri yang lepas, semua saya write-off. sebab tu dah takde