Lilypie Pregnancy tickers

Sunday, January 30, 2011

pengalaman yang mahal

sejuk betul pagi ni. kat luar tu bukan main berkabus lagi. disebabkan cuaca yang nyaman sejuk brrr gigil ni aku nk warm up jari jemari dengan menceritakan lebih lanjut tentang tuan puteri yang tengah nyenyak beradu kat rocker die hehe.

Image
ini bukan gambar actual time ok. ini haritu punye :D

baiklah kite sambung cerita.

beberapa hari lepas aku post entry pasal pindah-randah tu, aku pun balik ke kampung halaman iaitu batu pahat untuk buat check-up di samping berjumpa sanak saudara. eh bukan. keluarga la kecik skit, sanak saudara tu mcm ramai benor pulak. so masa pegi check up tu doctor aku pun ckp "ok skang u dah 9 bulan 4 hari (klu tk silap), lepas ni every week kene check up sbb i nk tgk ur baby's position and monitor ur health condition bla bla bla..skang i check tgk ur rahim mcmane ok" so doctor pun suruh aku half undress and checkitout yo! then dengan tenangnya die ckp, "eh azma u dah bukak la. mau admit tak?" masa tu aku tengok muke mr. hubs da terkujat hahaha eleh sebenarnya aku lg terkujat beruk hahaha. so sebab bukak pun 1.5cm saje, aku refuse to admit and mintak dgn doctor nk jalan2 dlu see how it goes the next day. then kitorg pun pegi jalan2 kat bpmall beli stuff2 yg tak beli like set bersalin lah ape lah..ooh lupe..mr. hubs siap beli energy bar konon2 suh aku mkn before deliver. ahahaha cute gile.

that nite, aku tak bole tdo. badan rase tak selesa maybe sbb perut aku da padat sangat. baby was kicking super active. aku kejut mr. hubs every 2 hours bagitau yg aku takleh tdo and perut rase tak selesa mcm nk kencing ade, nk berak ade, senggugut ade, gastrik n mcm2 la. the very next day, kitorg pegi jumpe doctor and he checked again. ok dah bukak 2 cm terus admit.

sampai2 kat ward, bilik yg kitorg nak tu ade patient yg waiting for her bills and about to check out. so nurse suruh aku baring dlu kat bilik lain and she gave me ubat utk buang air besar yg dibubuh kat belakang tu la. nurse tu kate kalau bole tahan 20 mins cmtu baru pegi buang. tak sempat die kuar pun dari bilik tu aku dah berlari pegi toilet. gile penangan ubat tu. bagus utk org2 yg nak kuruskan badan haha.

then doctor pun datang check lagi (letih mak okeyy) and bagi aku sampai esok. kalau kate aku tak beranak jugak mlm tu, esok mesti kene beranak jugak. cuak aku siot.

alemak tuan puteri da bangun. nnti sambung ok.

soriii hehe

Friday, January 28, 2011

cerita pendek sepurnama.

fuiyoo bukan main lama lagi tak update blog. bukan sengaja ok, tapi terlalu byk bende yg nak dibuat dan itu termasuklah update blog ni. kesian da berabuk hehe

yang pertama sekali, ini

Image
tak lama lepas aku buat entry yg sebelum ni, Allah Maha Kuasa telah tetapkan si kecil yg dah mendiami perut aku selama 9 bulan untuk keluar melihat dunia. atau lebih tepat lagi pada 5 Disember 2010. alhamdullilah, Allah jua Yang Maha Mengetahui perasaan aku dan mr. hubs serta seluruh ahli keluarga kami bila melihat keajaiban-Nya yang satu ini. itu aku cerita in coming entry ye, insyaAllah.

siapa sangka aku akan jadi seorang ibu kepada si comel sebelum usia perkahwinan kitorg mencapai setahun pun. banyak perubahan yang jadi pada hidup aku sekarang tanpa aku sedari kadang-kadang aku sendiri tak sangka aku boleh dan mampu nak mengharungi semua yang berlaku sekarang. tiba satu tahap aku tahu, semua ni ketentuan Allah. every single things. every single details.

hari ni, aku lihat diri aku sebagai someone different. a lot of thinking and of course everythg includes her. my little precious, Arisya Sofea binti Mohd Hafiz.

Image
banyak nak diceritakan. tapi kene tunggu si bulat ni tido dlu. susah nk taip dengan die baring atas riba ni

see ya later.