Membuat telur rebus berwarna warni!
Bahan-bahannya :
Telur
Air
Pewarna Masakan
Plastik sandwich pun boleh…..
Caranya:
Masukkan air dan telur ke dalam periuk
Masak hingga menjadi telur rebus
Setelah masak, sejukkan kemudian pecahkan kulit telur seperti di bawah
Sediakan pewarna masak dan plastik. seeloknya 1 warna bagi 1 plastik
warnakan telur mengikut kesukaan
Bungkus telur dengan plastik agar warnanya merata.
Biarkan selama sejam kemudian dicuci bersih
Hasilnyaaa……
Singa pun takut bini……..
lawak Punyer-Kena Marah Dengan Bini
Ini berlaku di sebuah zoo di Washington DC. Singa jantan ni naik marah bila anaknya, Lusaka gigit ekor dia. Dia nak hambat anak dia, tup-tup dia pulak yang kena marah. Tak kirala hebat macam mana pun raja rimba ni, tetap kalah jugak bila dengan bini ek. Ikikikikikikiki..
Awas! mee segera dilapisi lilin
Apa jenama mee segera kegemaran anda? Mee segera adalah makanan yang murah, mudah dan cepat malah terdapat bungkusan yang cuma perlu dimasukkan air panas untuk kegunaan mereka yang betul-betul menjimatkan masa.
Malah banyak stesen minyak yang menyediakan kemudahan air panas untuk kemudahan pengguna.
Berbagai bahan pengawet dan MSG di gunakan agar ianya tahan lama dan menambah sedap mee segera yang anda makan.
Tahukah anda mee segera yang anda makan dilapisi lilin(wax) bagi menghalangnya melekat dan nampak lebih cantik semasa anda memasaknya.
Tubuh kita pula memerlukan 4-5 hari untuk mengeluarkannya dari sistem pencernaan kita.
Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk mengurang risiko lilin di dalam mee segera yang anda makan? Jika anda terpaksa makan mee segera ikutilah langkah berikut:
· Masak mee segera dalam periuk.
· Bila sudah masak, toskan air bagi membuang kandungan lilin. Bilas dengan air biasa bagi memastikan baki lilin betul-betul hilang.
· Masukkan mee tadi ke dalam bekas yang mengandungi air panas sebelum memasukkan bahan perasa yang disediakan.
· Makan seperti biasa.
Apa pun nasihat dari saya yang juga seorang penggemar mee segera, eloklah kurangkan kebiasaan memakan mee segera terutama bagi mereka yang masih bersekolah.
Banyak lagi makanan berkhasiat lain yang boleh mengenyangkan. Contohnya…apa ya..oo pisang.. murah dan berzat. Selain dari itu pengalaman saya memakan buah mangga yang masak cukup membuat saya kenyang sepanjang hari.
Kekuatan ilmu berlandas hikmah asas peradaban insan sejagat
AL-QURAN memberikan landasan bahawa diutuskan Rasul bagi membawa rahmat bagi seluruh alam. Konteks rahmah alamiah ini menjadi asas penting bagi tasawwur Islami atau “world-view” Islam.
Islam bukanlah agama ras atau bangsa yang berkembang dalam skop budaya terbatas. Nilai Islam yang ditertibkan oleh faktor syarak sifatnya merentasi budaya dan daerah geografi.
Tamadun Islam pada masa lalu menjadi tunjangan kepada tamadun Eropah dan akhirnya tamadun dunia. Ilmu yang berkembang dalam zaman gemilangnya menjadi suluh peradaban yang amat membanggakan.
Oleh itu Risalah Kenabian atau Nubuwwah membawa maksud Islam bukanlah agama khusus untuk bangsa Arab saja, tetapi landasan perkembangannya di bumi Arab memberi kesan alamiah yang luar biasa.
Islam sebagai sifatnya agama dakwah tidak terbina dalam keadaan statik. Hasil dukungan dai’, murabbi dan ilmuwan, ia berkembang ke seluruh pelusuk dunia dengan menampilkan risalah yang sama, iaitu membawa manusia kembali kepada hidup yang fitrah.
Tersebarnya Islam ke seluruh dunia bersebab dari faktor alamiah yang juga Allah. Rahmah dalam erti kata konsep wehdah atau kesatuan adalah tunjang kepada perkembangan agama tauhid ini. Lahirnya bangsa yang pelbagai adalah suatu fitrah dan diiktiraf oleh Allah (Al Hujurat: 13). Tetapi Allah memberikan asas bagi berlakunya kesalingan (litaarrafu) yang sifatnya merentasi kaum dan budaya. Allah mengekalkan faktor ras bagi sesuatu bangsa tetapi dalam masa yang sama Allah memberi rahmah kesejagatan dengan menghubungkan faktor ras ditindikkan dengan faktor ummah.
Contohnya, ada beza konsep bangsa Melayu dengan umat Melayu. Pendewasaan bangsa Melayu tanpa dukungan agama tidak menjadikannya memiliki rahmah alamiah, tetapi menghubungkan rahmah alamiah dalam pengertian ummah kepada bangsa Melayu memberikan asas tamadun yang sifatnya sejagat. Hal yang sama juga boleh berlaku kepada bangsa lain yang apabila dihubungkan dengan faktor alamiah ini menjadikannya sebahagian daripada konsep ummah yang satu.
Umat Arab, Turki, Amerika Syarikat, Cina, India dan lainnya memberikan konotasi atau makna bahawa kewujudan sesuatu bangsa itu adalah sesuatu yang fitrah. Apabila sesuatu bangsa itu menghubungkan dirinya dengan konsep yang ummatik, bangsa itu bakal dewasa dalam pembentukan tasawwur yang menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai sumbernya, Rasulullah sebagai qudwahnya, faktor syarak sebagai jalan ikutannya. Meskipun, ada kelainan dalam faktor fiqh menangani faktor setempat namun konsep wehdah menjadikan bangsa yang ada berkembang dalam wilayah pengaruh masing-masing dan memiliki faktor alamiah yang nyata. Sifat kesejagatan inilah yang akhirnya melahirkan tamadun Islam yang mampu bertahan lebih 700 tahun dalam lingkungan ‘ummatan wasata’ atau umat terbaik (khaira ummah).
Satu aspek yang sangat menarik dalam memahami rahmah alamiah ialah menerusi perkembangan ilmu. Ilmu dalam tradisi Islam sifatnya sepadu dan memiliki faktor pemersatu (wehdah). Ilmu yang berasaskan faktor rabbani (ilmu wahyu) menjadi sumber penting dalam pembentukan akidah, sahsiah dan ibadat, di samping mentatacarakan kehidupan manusia atas dukungan syariah dan fiqh. Ia menjadi jalan pembentukan nilai yang amat diperlukan oleh manusia.
Tanpa nilai, manusia kehilangan ukur tara untuk membezakan yang baik dengan buruk, makruf dengan mungkar, adil dengan zalim, jujur dengan dusta, ikhlas dengan munafik, amanah dengan curang dan sebagainya.
Allah menggariskan nilai itu, sebagai asas memahami diri, kehidupan dan hubungan kehidupan dengan persekitaran.
Pada masa sama, Allah memberikan manusia akal membolehkannya berfikir,
tahu akan sesuatu dan menerima maklumat berguna sebagai faktor pengukuh dan alat mengembangkan ilmu rabbani.
Ilmuwan silam dalam tradisi Islam cuba melakukan integrasi di antara kedua-duanya hingga melahirkan hikmah (wisdom) yang luar biasa sifatnya sehingga perkembangan ilmu tidak hanya terbatas dalam bidang usuluddin dan syariah. Malah, nilai rabbaniah ditautkan dengan disiplin perubatan, sains, teknologi, falsafah, seni bina dan astronomi tanpa menghilangkan dimensi menegak dengan Allah (hablummina’llah) dan dimensi merentas dengan manusia (hablum minannas).
Hari ini, perkembangan ilmu sudah jauh terpisah dengan hikmah. Ilmu dijadikan alat dan sekali gus matlamat semata-mata untuk faktor duniawi seperti sumber membangunkan kekuatan ekonomi, teknologi, ketenteraan dan kebudayaan. Ini supaya sesuatu kuasa dapat memaksakan visi dan misi globalisasinya ke atas kuasa lain tanpa mengambil kira tertib hak asasi dan nilai kemanusiaan.
Pertimbangan ekonomi lebih banyak menumpu kepada perspektif pertumbuhan yang menafikan pembabitan adil dan seimbang dari kuasa yang lebih kecil. Pertimbangan teknologi pula dalam banyak hal mengekalkan keupayaan kuasa lain hanya dalam batas pengguna yang setia. Pertimbangan ketenteraan hanya membawa kuasa lain tunduk dengan kehebatan peralatan canggih yang mampu mereka hasilkan dan menafikan perkembangan teknologi ketenteraan kuasa lain. Pertimbangan kebudayaan yang sifatnya popular untuk menimbulkan minat konsumerisme- hedonistik (keseronokan) yang membantu mempercepatkan keruntuhan akhlak dan adab insan.
Situasi yang menggerhanakan martabat dan peradaban insan ini memerlukan jalan kembali supaya faktor globalisasi atau pensejagatan kembali kepada fitrah dirinya, iaitu maju dan berubah atas landasan mengukuhkan nilai murni, adab dan tamadun yang meletakkan insan sentiasa dalam lingkungan rahmah.
Misi rasul sebagai pendukung konsep rahmah alamiah seharusnya menjadi teras membangunkan umat manusia. Ini supaya acuan pembangunan dan perubahan menjadikan faktor pembangunan diri insan yang utama, di samping pembangunan ilmu alat yang amat berguna dalam pengurusan hidup dan sistem. Ilmu Islam yang asalnya sepadu harus mampu memainkan fungsi memperbetulkan tasawwur, pembangunan dan perubahan yang tempang dengan nilai murninya.
Memurnikan kembali kekuatan ilmu adalah asas membangun semula peradaban insan supaya tidak saja faktor duniawi menjadi gelanggang memimpin insan, malah faktor ukhrawi dijadikan pertimbangan natijah akhirnya insan. Perspektif ini amat penting bagi manusia untuk kembali kepada nilai manusiawi seperti yang digambarkan dalam qudwah rasul dan jejak sunnahnya.
TAWAKAL SI ANAK KECIL
Abu Faidh Thauban atau yang terkenal dengan nama panggilan Zunnun Al-Mishri adalah seorang ahli Tasawwuf yang besar dari negera Mesir.
Diceritakan bahawa pada suatu hari Zunnun Al-Mishri pergi ke laut untuk menjala ikan untuk menyara hidupnya dengan disertai oleh anak perempuannya yang masih kecil.
Zunnun menebarkan jaringnya, tidak berapa lama kemudian jaring itupun ditariknya. Dia beruntung kerana dapat menangkap seekor ikan. Anak perempuanya yang ikut turun ke laut, menyaksikan bahawa mulut ikan itu bergerak-gerak seperti orang berzikir. Apabila Zunnun menghulurkan tangannya untuk menngambil ikan yang sudah dijangka menjadi rezekinya itu. Tiba-tiba anaknya
menghalangnya. Dengan pantas anaknya mengambil ikan yang masih hidup itu dan mencampakkannya ke laut semula. Maka bebaslah ikan itu di alamnya.
Zunnun tidak dapat menghalang perbuatan anaknya itu dan hanya melihat dengan penuh kehairanan.
“Mengapa kau membuang rezeki yang sudah kita perolehi?” Tanya Zunnun kepada anaknya.
Anaknya menjawab: “Saya tidak rela maka makhluk yang berzikir kepada Allah”.
Zunnun hairan terhadap jawapan anaknya itu kerana setiap ikan yang baru ditangkap sudah tentu bibirnya bergerak-gerak.
“Apa yang hendak kia buat?” tanya Zunun lagi.
Anaknya menjawab: “Kita bertawakal kepada Allah semoga Dia memberi kita rezeki benda yang tidak berzikir kepada Allah.
Kedua-duanya pun balik tidak meneruskan kerjanya sebagai penangkap ikan dan mencari kerja lain sambil bertawakal kepada Allah. Setelah bekerja sampai petang, keduanya belum juga mendapatkan sesuatu rezeki untuk dimakan sedangkan perutnya sudah mulai lapar.
Apabila waktu Isya’ sudah masuk, tiba-tiba Allah menurunkan hidangan dari langit yang terdiri daripada berbagai jenis makanan, maka makanlah keduanya dari rezeki itu. Keadaan seperti ini berlaku setiap malam dan berlangsung lebih
kurang dua belas tahun.
Zunnun menyangka bahawa kurnia dari Allah yang sangat istimewa ini adalah disebabkan dirinya yang sangat rajin beribadah, solat, berpuasa dan berdoa kepada Allah.
Apabila keaadaan ini sudah berlangsung lebih kurang 12 tahun, anak perempuannya yang ikut kelaut sudah meninggal. Ternyata hidangan dari langit tidak turun lagi berikutan kematian anaknya itu. Kini Zunnun menyedari bahawa kurnia Allah yang turun pada keluarganya berupa makanan dari langit itu bukan disebabkan kerana dirinya yang rajin beribadah dan berdoa, tetapi disebabkan kerana ketinggian tawakal anak perempuannya yang sudah meninggal.
PENYEJUK RASA PENAWAR HATI
FIRMAN ALLAH SWT : Terjemahannya : Hampir-hampir langit itu pecah dari sebelah atasnya (karena kebesaran Tuhan) dan malaikat-malaikat bertasbih memuji Tuhannya dan memohon ampun bagi orang yang ada di bumi. Ingatlah bahwa sesungguhnya Allah Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Asy Syura : 5)
Langit berserta isinya sungguh takut pada Allah karena kebesaran-Nya, sebab itu langit seperti menangis. Dan malaikat-malaikat tidak berhenti-henti menghambakan diri untuk memuji Allah dan mendoakan keselamatan manusia di bumi.
Sedangkan makhluk-makhluk bumi hanya sebagian kecil saja yang menyadari kebesaran kerajaan langit lalu turut mengabdikan diri sebagai penyerahan total pada Allah SWT. Mereka itu sangat membesarkan Allah dalam setiap tindakan mereka. Imam Bukhari misalnya telah mengungkapkan rasa kehambaannya pada Allah SWT dalam sajaknya. Rintihannya lebih kurang begini :
Di kala malam yang sunyi sepi
sedang bani insan tenggelam dalam tidur dan mimpi,
musafir yang malang ini tersentak bangun
pergi membasuh diri
untuk datang mengadap-Mu Tuhan.
Lemah lutut berdiri di hadapanMu
sedu-sedan tangisku keharuan
hamba yang lemah serta hina ini
Engkau terima juga mendekat
bersimpuh di bawah Duli Kebesaran.
Tuhan,
hamba tidak tahu pasti
bagaimana penerimaanMu
di kala mendengar pengaduan hamba
yang penuh dosa dan noda ini.
Dalam wahyu yang Engkau nuzulkan
Engkau berjanji untuk sedia menerima pengaduan
dan sudi memberi keampunan.
Dan Muhammad RasulMu yang mulia itu
pernah mengatakan:
“Ampunan Tuhan lebih besar dari kesalahan insan”.
Hamba percaya pada tutur kepastian itu
Sebab itu hamba datang wahai Tuhan
bukan tidak redha dengan ujian
cuma hendak mengadu padaMu
tempat hamba kembali nanti
memohon sakinah, maghfirah dan muthmainnah.
Demikianlah bila hati sudah kembali kepada fitrahnya, maka manusia menjadi makhluk yang paling sempurna (insaanul kamil). Tetapi alangkah ruginya karena tidak semua manusia memilih jalan itu.
Di akhir zaman ini rasa kehambaan dalam hati hamba-hamba Allah sudah sangat kurang. Hati mereka jadi keras seperti batu.
Allah menggambarkan hal itu dengan firman-Nya : Terjemahannya : Kemudian setelah itu hati kamu menjadi keras seperti batu atau lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar mata air lalu mengalir dan sesungguhnya sebagian dari batu itu ada yang retak dan pecah lalu keluar air dari dalamnya. Dan ada pula batu yang jatuh meluncur karena takut kepada Allah. Dan tidaklah Allah lalai terhadap apa yang kamu kerjakan. (Al Baqarah : 74)
Mereka bukan lagi memuja Allah tetapi memuja diri (nafsu) sendiri. Allah SWT tidak dibesarkan dengan selayaknya. Dan syariat Tuhan lahir maupun batin dijadikan bahan gurauan dan mainan mereka semata-mata.
Tetapi selamat dan bahagiakah hidup mereka?
Damaikah negara mereka?
Amankah masyarakat mereka?
Tenangkah rumah tangga mereka?
Lapangkah dada mereka?
Puaskah nafsu mereka?
Dan di manakah syurga dunia yang mereka impi-impikan?
Hidup di tengah-tengah gelombang nafsu ego dan rakus, hasad dengki, gila dunia, dendam, bakhil, riya’, ujub dan 1001 macam lagi kejahatan lahir dan batin. Manusia bukan saja tidak dapat memberi ketenangan pada masyarakat sekitarnya bahkan diri dan keluarga sendiri pun gagal mereka letakkan dalam keadaan tenang. Kuman-kuman hasad dengki, takabur, gila dunia, bakhil, riya’ dan lain-lain itu penuh mengerumuni hati mereka. Hal tersebut makin memusnahkan kemurnian rasa kemanusiaan dan pasti tidak akan membiarkan hati manusia itu dalam keadaan tenang dan tentram. Kejahatan-kejahatan itu akan senantiasa menggigit hati nurani manusia hingga hati itu selalu sakit.
Sudah kaya tidak puas apalagi kalau miskin. Sudah mempunyai pengikut tidak puas apalagi kalau sendirian. Sudah sihat tidak puas apalagi kalau sakit. Sudah disanjung tidak puas apalagi kalau dihina.
Di dalam kubur nanti kuman-kuman itu akan menjelma menjadi ular dan kalajengking yang menggigit dan mengunyah sekujur tubuh manusia. Sampai di Akhirat mereka akan menyerupai api yang akan membakar dan melumatkan lahir dan batin manusia.
Ketenangan hati hanya akan diperoleh dengan mengakui kehambaan, kekurangan dan kelemahan ke hadirat Allah yang Maha Tinggi. Mengaku berdosa lahir dan batin, takut dengan kebesaran, kekuasaan dan hukum-hukum Allah, mengharapkan kebahagiaan Akhirat dengan melupakan penderitaan di dunia, berkasih sayang sesama manusia, zuhud terhadap dunia, ikhlas beramal semata-mata karena Allah dan lain-lain rasa hati yang telah saya uraikan sebelum ini.
Kebahagiaan di dunia ini adalah ketenangan hati. Dan hati yang tenang adalah hati yang selamat dari kejahatan-kejahatan . Bila hati selamat, barulah manusia akan dipanggil Allah untuk menikmati kebagiaan abadi dalam Syurga Jannatun Naim.
Firman Allah SWT : Terjemahannya : Pada hari manusia meninggalkan dunia ini tidak berguna harta dan anak-anak, kecuali mereka yang datang menghadap Allah membawa hati yang selamat. (Asy Syuara: 88-89)
Mudah-mudahan Allah mengurniakan kita taufik dan hidayah untuk memperoleh hati yang selamat sebagaimana yang Dia maksudkan. Amin.
GOLONGAN JIN IRI HATI DGN RATU BALQIS
Ratu Balqis adalah seorang wanita yang sangat cantik dan mempunyai akal yang cerdas, oleh sebab itulah golongan jin merasa iri hati dengannya. Mereka mengatakan bahawa Ratu Balqis itu mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua betisnya seperti betis unta. Maka Nabi Sulaiman memerintahkan supaya para Jin mengubah sedikit singgahsana Ratu Balqis, lalu beliau menyuruh pula membangun sebuah mahligai yang dibuat dari kaca. Bahagian bawah mahligai tersebut dan kelilingnya mengalir sungai-sungai dengan berisikan ikan-ikan, di atas air itu dibuat sebuah jambatan daripada kaca.
Ketika Ratu Balqis dan rombongan tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: “Apakah ini singgahsanamu? Ratu Balqis menjawab: Mungkin! Ia tidak mengatakan ya, kerana dilihatnya ada sedikit perubahan. Tetapi tidak mengatakan bukan, disebabkan ada sebahagian yang serupa dengan singgah-sananya. Dari jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman as bahawa ia adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana.
Kemudian Nabi Sulaiman as menyuruh tamunya itu masuk ke dalam istana. Ketika Ratu Balqis melihat ke dalam istana, ia melihat seakan-akan ada aliran air, sehingga ia mengangkat kainnya, sehingga betisnya tersingkap. Nabi Sulaiman as melihat betisnya itu, maka tidak ada satu aibpun seperti yang disampaikan oleh golongan jin.
Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: “Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibentuk daripada kaca.” ketika Ratu Balqis menyaksikan betapa hebatnya Nabi Sulaiman, ia berkata dalam hatinya: “Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun jika dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti.
Kemudian ia berkata seperti yang diungkapkan di dalam Quran, firman Allah SWT surah An Naml ayat 44 bermaksud: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam.” Setelah itu Ratu Balqis pun berkahwin dengan Nabi Sulaiman as. Peristiwa pernikahan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis ini terjadi pada hari Jumaat.
Begitu besarnya kerajaan Nabi Sulaiman as. yang mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-teman bercakapnya, binatang-binatang buas sebagai buruhnya dan para malaikat sebagai utusannya.
Nabi Sulaiman as mempunyai satu padang, sebahagian tanahnya terbuat daripada emas dan sebahagian lagi daripada perak. Jika tenteranya berbaris di padang itu, maka panjang barisan itu tidak kurang dari seratus parsakh. Sedangkan luas tempat tinggalnya adalah sebulan perjalanan.
Kemudian golongan jin membuat untuknya sebuah permaidani daripada emas dan perak. Pada permaidani tersebut terdapat dua belas ribu mihrab, pada setiap mihrab terdapat kursi daripada emas dan perak, kemudian duduk di atas tiap-tiap kursi tersebut seorang yang alim dari ulamak Bani Israil.
Pada setiap hari dimasak kira-kira seribu unta, empat ribu lembu dan empat puluh ribu kambing. Nabi Sulaiman juga mempunyai piring-piring yang besar bagaikan kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.
Firman Allah SWT:
“Para jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendaknya dari bangunan yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.” (sabar’: 13) Begitu besarnya nikmat dan kelebihan Nabi Sulaiman as. Namun begitu kelebihan dan kenikmatan umat Nabi Muhammad SAW yang beriman, di dalam Syurga nanti disediakan tempat-tempat tinggal dan darjat, kebun-kebun, sungai-sungai dan buah-buahan. Di dalamnya diperolehi segala sesuatu yang menyenangkan jiwa dan mata. Di dalamnya juga terdapat sesuatu yang tidak pernah terlintas oleh fikiran manusia.
Dikisahkan bahawa serendah-rendah darjat tempat umat Nabi Muhammad SAW di dalam Syurga itu ialah seratus kali luas kerajaan Sulaiman as. Malah lebih baik, kerana Syurga adalah tempat yang abadi. Di dalamnya tidak ada matahari, kesejukan, kesakitan, kesusahan serta lain-lain penderitaan. Di Syurga adalah tempat yang abadi, kesenangan tanpa batas, pemberian tanpa dihitung, penerimaan tanpa ditolak.
Ada Syurga yang dinamakan dengan Darussalam, di dalamnya mempunyai keselamatan tanpa adanya kebinasaan, kenikmatan tanpa malapetaka, kecintaan tanpa permusuhan, kemuliaan tanpa kehinaan serta bermacam-macam lagi kenikmatan yang sukar untuk diungkapkan.
Kemudian Syurga Jannatunna’im. Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka Syurga kenikmatan. Di dalamnya para hamba-hamba- Nya bertempat tinggal, para nabi menjadi sahabatnya, tinggal kekal dalamnya dengan kurnia yang berlimpah ruah. Tidak ada kesusahan di dalamnya, terdapat bidadari cantik dan jelita, mahligainya tinggi dan tempat yang luas.
Syurga Firdaus, disediakan bagi orang-orang yang tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu, menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat, tidak membuat kemungkaran serta menjalankan segala yang diperintahkan Allah SWT. Allah SWT menjadikan penghuni Syurga ini sebagai kekasihNya.
Di dalam Syurga Firdaus terdapat empat sungai, iaitu sungai dari air tawar, sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai dari air arak yang lazat rasanya dan sungai air madu. Di dalamnya juga diperolehi berbagai macam buah-buahan. Ada lagi empat mata air iaitu: Salsabil, Zanjabil, Rohiiq dan Tasniim. Ada lagi dua mata air yang mengalir dan dua mata air yang memancar, iaitu Al-kaafuur dan Al-kautsar. Di dalamnya juga diperolehi segala sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati.
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai, di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Berkuasa.”
(Al-Qamar: 54-55)
LELAKI YG DINAUNGI AWAN
Diceritakan bahawa seorang pemuda jatuh hati kepada seorang dara. Mereka sebenarnya adalah berjiran. Ketika hari mulai pagi, gadis itu berangkat ke sebuah desa, nun jauh… seorang diri.
Ia berangkat ke sana atas perintah keluarganya untuk suatu keperluan. Tak disangka, langkahnya diikuti pemuda jirannya. Dekat sudah jarak mereka berdua. Dalam dada si pemuda telah menggumpal gelora harapan.
Ia rayu gadis itu, ia pujuk agar menuruti kehendaknya. Tetapi gadis itu petah menjawab: “Saya takut kepada Allah.”
Kalimat pendek itu menjebak perasaan si pemuda. Ia berkata, “Kau takut kepada Allah? Duhai… mengapa aku tidak takut?” tanyanya kepada hatinya sendiri. Langkah pemuda itu terhenti seketika. Ia patah balik dan pulang ke rumahnya. Di tengah perjalanan, ia merasakan haus yang amat sangat, sementara langit panas membakar. Hampir saja ia pengsan. Saat itulah ia bertemu seorang soleh dari bangsa Israil.
Di hadapan orang soleh itu ia menceritakan kehausannya. Orang soleh itu berkata, “Mari kita berdoa, semoga Allah melindungi kita dengan naungan awannya hingga sampai ke desa.”
“Berdoa….? Saya tidak mempunyai amal soleh apapun. Tetapi… kita memang perlu naungan. Berdoalah tuan, saya akan mengamini.”
Orang soleh itu segera memanjatkan doa, dan si pemuda mengamini dengan penuh pengharapan. Tiba-tiba awan datang di atas kepala mereka, menaungi perjalanannya hingga sampai ke desa. Ketika pemuda itu masuk ke rumahnya, hilanglah awan yang menaungi itu. Orang soleh itu menatap si pemuda. Dia melihat bahawa pemuda itu memiliki suatu amal baik, maka ia bertanya, “Ceritakan kepadaku, apa yang pernah kau lakukan?”
Dengan jujur ia bercerita mengenai perbuatannya yang hampir saja ia lakukan kalaulah tidak ingat terhadap ancaman Allah. Mendengar itu orang soleh berkata: “Sesungguhnya orang-orang yang bertaubat itu, sentiasa berada di sisi Allah, dalam suatu kedudukan yang tiada seorang pun di dalam kedudukan itu. Dan di akhirat, ia akan dimasukkan ke dalam syurga dan dikahwinkan dengan bidadari-bidadari yang kecantikannya tak dapat dibayangkan”.
SEDALAM MANA NILAI CINTAMU
Menurut Ibnu Qayyum didalam kitabnya Ad Daa wad Dawaa, setiap orang berbeza tingkatan cintanya terhadap Allah. Perbezaan ini tidak ada yang mengetahui secara pasti kecuali hanya Allah. Menurut Ibnu Qayyum lagi, seseorang tidak dianggap sebagai pemeluk agama Islam bila dihatinya tidak ada langsung rasa cinta ini.
Cinta mutlak inilah yang dapat melunakkan hati, meringankan beban, melenyapkan kebakhilan, menjernihkan hati, melatih jiwa dan dapat mendatangkan ketenangan hidup yang hakiki. Ianya juga adalah cinta yang dapat menerangi muka, melapangkan dada dan dapat menyebabkan hati menjadi hidup.
Tapi yang menjadi persoalannya ialah bagaimana kita hendak mengetahui cintanya kita kepada Allah ?
Seorang penyair ada menyebut didalam syairnya,
Jika engkau masih punya keyakinan
Bahawa aku mencintaimu
Mengapa engkau membiarkan suratku?
Cubalah renungkan
Kelazatan kata yang terkandung didalamnya
Begitulah juga antara sebahagian tanda-tanda kita mencintai Allah. Iaitu dengan mencintai firman-firmanNya. Menurut Ibnu Qayyum didalam kitab yang sama, jika anda ingin mengetahui kadar cinta anda kepada Allah, maka lihatlah betapa besarnya cinta anda kepada Al-Quran.
Saydina Uthman bin Affan ra juga pernah berkata,
“ Jika hati kita ini bersih, tentu tidak akan pernah merasa kenyang dengan firman Allah.”
Ternyata antara tanda untuk mendapatkan kelazatan di dalam mencintai Allah ialah dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran serta memahami dan mendalaminya selalu.
Mungkin hadis sahih dibawah dapat memperjelaskan lagi betapa Al-Quran adalah sumber kebahagiaan yang abadi.
Rasulullah saw bersabda,
“ Tidaklah seorang hamba ditimpa kegundahan dan kesusahan kemudian ia berdoa,
‘ Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hamba lelakiMu dan anak hamba perempuanMu. Ubun-ubunku berada dalam kekuasaanMu. HukumMu berlaku padaku. Engkaulah yang adil dalam memberikan keputusan. Aku memohon kepadaMu, Ya Allah dengan setiap nama yang telah Engkau namakan Dirimu atau yang telah Engkau turunkan dalam kitabmu, atau yang telah Engkau ajarkan kepada seorang makhlukMu, atau Engkau sendiri yang mengetahui alam ghaibMu, agar Engkau jadikan Al-Quran yang mulia sebagai penawar hatiku, cahaya dadaku, penghapus kesusahanku, pelenyap kegundahan dan keresahanku’
…melainkan Allah akan melenyapkan kegundahan dan keresahannya dan akan menggantikannya dengan kegembiraan.
Lalu para sahabat bertanya: ‘Wahai Rasulullah hendaknya tuan berkenan mengajarkan kami.’
Rasulullah saw bersabda: ‘ Sebaiknya orang yang telah mendengarkan agar mengajarkannya.”
(Sahih, Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)
Dan akhir sekali sudahkah anda menilai kembali sejauh mana cinta anda kepadaNya? Jika belum, alangkah eloknya jika anda jadikan hari ini sebagai permulaannya.
Sebagaimana kata Pythagoras, philosopher Greek pada tahun 570BC dulu,” The beginning is half of everything.”
JATUH CINTA SEBAGAI KEJADIAN SPIRITUAL
Setiap orang pernah jatuh cinta. Umumnya, jatuh cinta itu terjadi pada orang dengan lawan jantina. Tidak ada satupun kata-kata yang dapat mewakili perasaan jatuh cinta. Sebutlah kata senang, gembira, bahagia, bergetar, berdebar, takut kehilangan, cemburu, ingin selalu bersama, semua kelihatan bersinar dan menyenangkan, tetap saja tidak bisa mewakili seluruh nuansa jatuh cinta.
Biasanya yang lama diingat orang melalui kejadian kejadian jatuh cinta adalah perasaan perasaan yang ada di dalamnya. Memegang tangan pasangan saja membuat jantung berdebar. Melihat matanya yang dibalut senyum bisa membuatkan diri terkenang kenang selamanya. Kata kata pertama yang menunjukkan pasangan kita tertarik dan jatuh cinta pada kita, bisa menjadi satu rangkaian kalimah yang terngiang ngiang di telinga setiap hari. Memperhatikan rambut, tingkah laku, cara berpakaian, cara berbicara pasangan kita, semuanya tampak indah dan sempurna. Dan pada akhirnya membuat kita seperti memiliki dunia ini seorang diri.
Inilah rangkaian hal yang membuat cinta diindentitikan dengan perasaan (feeling). Banyak sudah lagu, filem, sitcom, novel, syair, puisi yang lahir dari sumber cinta sebagai perasaan. Kalau kemudian banyak yang memberikan kesan cinta itu sedih, lemah, tangisan dan yang seangkatan dengannya, itu hanyalah sepenggal pemahaman tentang cinta sebagai perasaan.
Ada dimensi kedua dari cinta yang layak dicermati setelah cinta sebagai perasaan, yakni cinta itu sebagai sebuah kekuatan (power). Cuba perhatikan pengalaman jatuh cinta kita masing masing. Ada semacam kekuatan maha dahsyat yang ada di dalam diri, yang membuat badan dan jiwa ini begitu gagah perkasa. Sepertinya, dengan kekuatan itu kita mampu memindahkan gunung. Hampir tidak ada tugasan dari pasangan yang kita cintai yang tidak bisa diselesaikan. Mulut ini seperti dengan cepatnya berteriak : Apa saja untukmu !!
Bermula dari pemahaman seperti inilah maka Deepak Chopra dalam buku The Path To Love, menyebut bahawa jatuh cinta adalah sebuah kejadian spiritual. Ia tidak semata mata bertemunya dua hati yang secocok kemudian menghasilkan jantung yang berdebar debar. Ia adalah tanda tanda hadirnya sebuah kekuatan yang dahsyat. Persoalannya kemudian, untuk apa kekuatan dahsyat tadi dilakukan.
Bijak pandai agama menggunakan kekuatan terakhir sebagai saranan untuk bertemu Tuhan. Usahawan yang berhasil menggunakan tenaga maha besar ini untuk menekuni seluruh pekerjaannya. Ibu yang mencintai keluarganya mengabdikan seluruh tenaganya untuk mencintai anak dan suaminya. Pekerja yang menyedari kekuatan ini menggunakannya untuk bekerja mencari harta di jalan jalan cinta. Banyak orang yang dijemput keajaiban kerana kemampuan untuk membangkitkan tenaga maha dasyat ini.
Anda bisa bayangkan, tentera Inggeris yang demikian perkasa harus pergi dariIndia kerana kekuatan cinta Mahatma Gandhi berserta pejuang lainnya. Negara ini dideklarasikan secara amat gagah berani melalui cinta duet Tunku Abdul Rahman-Tun Hussien Onn. Demokrasi Amerika berhutang banyak pada cintaGeorge Washington. Raksasa elektronik Matsushita Electric dibangun diatas tiang tiang cinta Konosuke Matsushita. Microsoft sampai sekarang masih dipangku oleh kecintaan manusia luar biasa yang bernama Bill Gates.
Sulit membayangkan bagaimana seorang Leftenan Adnan bisa memimpin pasukan melawan komunis dengan badan yang penuh luka luka, kalau tanpa modal cinta yang mengkagumkan. Wanita perkasa yang bernama Kartini mengambil risiko yang demikian tinggi untuk mengangkat darjat kaumnya, apalagi yang ada dibaliknya kalau bukan kekuatan kekuatan cinta.
Boleh saja anda menyebut rangkaian bukti ini sebagai serangkaian kebetulan, tetapi saya lebih setuju dengan Deepak Chopra yang menyebut bahawa jatuh cinta adalah sebuah kejadian spiritual. Dari sinilah sang kehidupan kemudian menarik kita tinggi tinggi ke rangkaian realiti yang oleh fikiran biasa disebut luar biasa. Di bahagian lain bukunya, Chopra menulis : ‘merging with another person is an illusion, merging with the self is the supreme reality’. Begabung dengan orang lain hanyalah sebuah ilusi, tapi bergabung dengan sang diri yang sejati, itulah sebuah realiti yang maha utama.
Jatuh cinta sebagai kejadian spiritual, yang dituju adalah bergabungnya diri kita dengan diri yang sejati. Ada yang menyebut diri sejati terakhir dengan sebutan Tuhan, ada yang memberinya dengan sebutan kebenaran, ada yang menyebutnya dengan inner life dan masih banyak lagi sebutan lainnya. Apapun nama dan sebutannya, ketika anda menemukannya, kata manapun tidak bisa mewakilinya. Yang ada hanya : ahhhhh !!!
Serupa dengan pengalaman jatuh cinta ketika kita masih muda, dimana semua unsur badan dan jiwa ini demikian kuat dan perkasanya, demikian juga dengan jatuh cinta sebagai kejadian spiritual. Ia mendamaikan, menggembirakan, mencerahkan, mengkagumkan dan menakjubkan.
Dan yang paling penting, semuanya kelihatan serba sempurna. Air sungai, daun di pohon, desir angin, suara ombak, wajah pergunungan, demikian juga dengan pekerjaan, keluarga, atasan dan bawahan. Seorang sahabat yang kerap jatuh cinta seperti ini, pernah mengungkapkannya, dalam keadaan jatuh cinta, setiap lembar daun di pohon apapun terlihat seperti sehalaman buku suci yang penuh inspirasi. Setiap hembusan angin adalah pelukan pelukan tangan kekasih yang amat menyentuh. Setiap suara air adalah nyanyian nyanyian rindu yang menyentuh kalbu. Anda tertarik?
-
Recent
- Kek Batik Brunei – VICO
- Daging Rebus Butter & Kicap
- Rabun
- Kisah Seram (kalau lemah semangat dilarang baca)
- Lagenda Ikan Tapah – Hikayat Pak Kadok
- Mulakan hari anda dengan lemon & air suam
- Tips Kurangkan Sakit Leher
- 6 Tips Kulit Cantik dan Sihat
- sakit kepala dan keletihan
- Kalau Perempuan Tanya / Apa…
- Resepi Asam Pedas ala nyonya…
- Solat orang sakit kena tahu cara duduknya
-
Links
-
Archives
- March 2013 (1)
- January 2013 (1)
- July 2012 (9)
- March 2012 (7)
- February 2012 (3)
- December 2011 (1)
- November 2011 (10)
- October 2011 (6)
- September 2011 (3)
- August 2011 (1)
- July 2011 (3)
- June 2011 (9)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS














