Assalamualaikum
,
Teringat
saat Dr lee boon peng (surgeon specialist hospital pantai ipoh ) memanggil dan
cuba memberi explanation tentang kondisi abah .
“mengikut
pengalaman saya , ini adalah cell cancer , metastasize at liver and lung , so
this is stage 4 cancer”
Berderau
darah mengalir , saat itu tidak tahu ,
apa reaksi yang sepatutnya dilakukan , aku diam dan hanya diam mendengar lagi
kata-kata Dr Lee BP .
“sekiranya
ayah you undergo chemotherapy, mugkin boleh hidup selama 6bulan bergantung
kepada his ability to fight the cancer , sekiranya tidak undergo chemotherapy ,
ayah you ada masa hanya lagi 2 bulan , this is base from my experience”
Dan saat
itu , air mata tidak mampu bertakung banyak , tumpah jua akhirnya .
Tidak mampu
berkata banyak , hanya terdiam dengan linangan air mata , ligat berfikir ,
perkataan apa yang aku perlu guna untuk ceritakan pada abah tentang kondisinya
.
Mama , sudah
dari awal lagi hampir pengsan , sudah dari awal lagi tudungnya basah dengan air
mata , sudah dari awal lagi tak mampu terima kondisi abah .
“boleh tak
kalau kita jangan bagi tahu abah pasal cancer ni anis , kita jangan cerita pada
abah dulu”
Terus
terang , aku memang membantah ,
“tak boleh
ma , abah berhak tahu apa masalah yang ada pada abah sekarang , dia perlu tahu
apa tindakan yang seterusnya yang perlu kita buat , abah kena tahu”
Sepetang
itu berlalu agak suram , adik-adik dan abang telah pon aku dan mama ceritakan ,
adik-adik dari kuala lumpur turun ke ipoh pada petang yang sama .
Kami semua
berkumpul sesudah maghrib , mengililingi abah , lalu aku pegang tangannya dan
mula mencari ayat untuk berkata-kata
“abah ,
abah kena kuat , kami semua ada dengan abah , DR bagi tahu tadi , cell itu
berkemungkinan adalah cell cancer , tapi kita kena tunggu dulu keputusan biopsy
sabtu ni”
Kelihatan
abah begitu tenang , lalu dia menjawab
“tak apa ,
abah dah boleh agak dah”
Mungkin
kerana sudah lali mendengar kematian saudara mara dengan cell cancer .
Pada minggu
berkenaan juga kami decide untuk meneruskan rawatan abah di hospital Pantai
yang pada mulanya , kami bercadang untuk mengunakan kawan-kawan dan memasukkan abah ke hospital
goverment dan mendapatkan rawatan secara cepat (potong queue) , tetapi abah
tetap dengan keputusan untuk meneruskan rawatan di Hopsital Pantai , ipoh.
“abah
diberi dugaan sakit , tapi Allah bagi abah rezeki dengan duit dan harta , jadi
, abah nak guna rezeki yang Allah bagi lebih ni untuk chemo , biar lah orang
yang lebih memerlukan pergi ke hospital kerajaan , tak perlu kita potong queue
, mereka pon menanggung sakit juga , mungkin mereka tak mampu seperti yang abah
mampu”
Semua ini
jelas dalam benak kepala otak aku , jelas dan terang .
Aku hanya
mampu tersenyum dan sekurang kurangnya kami masih bersyukur walaupun Allah beri
dugaan , masa yang sama Allah juga kurniakan nikmat , rezeki duit lebih . Aku
melihat abah sebagai satu sumber kekuatan yang belum ada tandingan , dugaannya datang
dan pergi , rezekinya sentiasa singgah menyeri setiap dugaan .