That was a confession.
Dan di tamatkan dengan puisi Chairil Anwar.
.
PITO
"Every breath, every step, every moment I'm looking for. And you watch my heart break a little bit more.."
Aku sentiasa pasang jango.com semasa aku bekerja. Hari itu lebih banyak lagu Mat Kearney daripada yang lain-lain. Waktu itu aku ditanya apa yang sedang aku kerjakan. Apa yang sedang aku taipkn di notepad.
Aku sedang menulis draf. Draf ini ialah tentang seorang anak yang berbeza pendapat dengan ayahnya tentang cara untuk membesarkan seorang anak. Jika diterbitkan, seharusnya kulit depannya bertajuk Pito.
..
Yang Belum Pernah Engkau Janjikan
Setelah selesai semuanya nanti, aku mahu sesuatu dipastikan.
Aku mahu lihat kehidupan ini terjadi sebaliknya, Tuhan.

Rupahala
Perkara yang aku mahu tanya nanti Tuhan, jika layak...
Tunjukkan aku bagaimana rupa pahala.
Kerana aku cuma dapat bayangkan rupanya mirip ayah.

Definisi
Aku buka akaun Formspring yang bertahun aku biarkan. Ada puluhan soalan yang belum berjawab. Salah satu soalannya ialah definisi cinta. Soalan dari anonymous.
Aku mempunyai seorang teman yang aku beri sepenuh kepercayaan. Aku cerita segalanya kepada orang ini. Aku boleh ketawa di depan orang ini. Aku boleh menangis di depan orang ini. Aku boleh tanya semua keraguan yang aku ada kepada orang ini. Walaupun kebanyakan daripadanya tidak dapat diselesaikan oleh orang ini, aku masih bercerita pada dia.
Aku anggap orang ini ialah teman paling rapat aku. Dia masih teman paling rapat aku walaupun dia tidak mempunyai anggapan yang sama untuk aku. Aku bukan teman paling rapat untuk dia.
Kamu mempunyai seorang kekasih yang amat kamu cinta. Namun, akhirnya kamu berpisah. Setelah berpisah kamu bercinta dengan orang yang lain pula. Kamu panggil dengan istilah yang sama, cinta.
Aku pernah mempunyai ibu bapa yang di kebanyakan waktu hidup mereka aku derhaka. Namun mereka terlalu mudah untuk memaafkan aku untuk penderhakaan yang aku lakukan berulang-ulang kali. Aku cuma sedari betapa sayangnya mereka pada aku selepas semuanya sudah terlambat. Selepas mereka sudah tiada. Istilah untuk hubungan anak-ibubapa ini ialah kasih.
Kita mempunyai Tuhan. Hubungan Tuhan dan hamba ini seharusnya dua hala. Hakikatnya, kita sering melupakan Tuhan dan mengkhianati hubungan kita dengan Tuhan. Namun Tuhan masih terus menyayangi kita. Di setiap saat di setiap nafas. Istilah untuk hubungan hamba-Tuhan ini ialah kasih.
Kamu orang yang mahukan balasan untuk semua perkara. Jika kamu tidak dicintai semula kamu akan enggan untuk menyintai. Kamu bersyarat. Jika kamu ditinggalkan kamu akan mudah menjadi benci. Kamu belajar tentang membina hubungan dari sekeliling kamu. Namun kamu tidak belajar hubungan yang sudah lama terbina yang wujud dalam hidup kamu. Hubungan kasih sayang.
Kasihkan manusia. Kamu tidak perlu memikirkan tentang cinta.

Subscribe to:
Comments (Atom)