My Private Rendezvous
my life, my destiny, my paradise...
Thursday, April 9, 2015
Rindu...
Rindu..
rindu sangat2
sangat2
kalaulah dapat diungkapkan dengan kata2
tapi kata2 pun tak cukup untuk menterjemahkannya
tapi..
walau rindu setengah mati
belum ada hati untuk buat apa2
baik disana atau disini
entahlah apa yg dah jadi agaknya
semuanya rasa tawar..hambar..kosong
faktor usia ke?
atau faktor masa?
atau mungkin cuma dah malas
malas mahu berkongsi lagi
malas mahu ambil tahu
malas untuk peduli
malas..
mungkin hati dah mati
selepas ditunjuk dipujuk diacah
dengan mimpi2 yg mustahil akan berhasil
mungkin..
kerana selepas itu
segala apa pun sudah tak berasa apa
segala apa pun sudah tak bererti
segala apa.....apanya?
sudahlah.....sudah
Farahliza Isa
April 2015
Monday, May 12, 2014
Tips Memohon HLP & CBBPTB
Assalam..
Ari ni nk kongsi tips2 semasa memohon & mengisi borang permohonan HLP & CBBPTB..tips2 ni adalah dr pengalaman sendiri dan juga tips yg dikongsi oleh ahli-ahli panel penemuduga dan pegawai2 Bahagian Tajaan sewaktu kami menghadiri kursus persediaan..InshaAllah semoga dpt memberi manfaat kepada rakan2 yg sedang dalam proses memohon yer..
- Baca dan fahamkan syarat, tatacara dan panduan mengisi borang dengan teliti. Pastikan anda benar2 layak dan menepati syarat utk memohon. Ada bbrapa syarat wajib yg anda perlu penuhi sebelum memohon jd baca betul2 yer.
- Pilih kursus yg paling bersesuaian dengan apa yg sedang anda ajar ataupun yg paling hampir dan berkaitan dgn major/minor anda semasa degree dulu. Ada yg memohon kursus yg lari jauh dr bidang sendiri kerana dia rasa mungkin senang nak dapat tapi effectnya ialah bila anda kena buat proposal & disoal waktu interview nanti. Ada calon yg langsung x dpt menjawab soalan panel sebab kursus yg dipilih bukanlah bidang dia.
- Semak markah LNPT anda. Ini ditekankan oleh panel penemuduga kerana ia adalah kriteria paling penting dalam proses pemilihan calon. Pastikan anda mendapat markah 85% ke atas untuk tiga tahun kebelakangan. Bonus kepada calon yg memperolehi 90% ke atas kerana peluang untuk disenarai pendek lebih tinggi.
- Pastikan anda bebas dari apa- apa tindakan tatatertib. Sejarah tindakan tatatertib akan menjejaskan peluang mendapat tawaran. Mungkin juga takkan tersenarai langsung.
- Pastikan anda telah mengisytiharkan harta. Antara syarat penting dalam permohonan, jika belum cepat2 buat dan cepat2 minta ketua jabatan luluskan.
- Semak buku perkhidmatan anda, jika ada sebarang perkara yg belum dikemaskini beritahu kepada kerani anda dan minta dia kemaskinikan sebelum salinan dihantar bersama2 borg permohonan (cth : naik pangkat/ gaji, penganugerahan APC dsbnya)
- Isi semua bahagian dlm borg permohonan dgn lengkap. Pastikan anda tulis semua maklumat yg diperlukan. Maklumat paling penting adalah di bahagian pencapaian dalam perkhidmatan kerana ini adalah markah dan kriteria penting yang akan dinilai semasa proses pemilihan, pastikan anda tulis semua sumbangan/ keterlibatan anda semasa dlm perkhidmatan, segala penerbitan/penulisan cth jika anda pernah terlibat membangunkan buku teks/ modul/ standard kurikulum/ panel pemeriksa kertas soalan/ panel pembina soalan dsbnya. Sertakan sijil2 atau jika tiada sijil blh sertakan salinan surat panggilan mesyuarat/ kursus sebagai bukti. Nyatakan juga jika anda menerima apa2 anugerah cth : APC/ anugerah kurikulum atau kokurikulum/ peningkatan pencapaian dalam peperiksaan PMR atau SPM. Sertakan salinan sijil atau apa sahaja dokumen bertulis yg blh dijadikan bukti.
- Setelah selesai mengisi borang online, semak semula dgn teliti semua bahagian yg perlu diisi sebelum anda tekan butang hantar. Tarikh akhir permohonan online sehingga 24 Mei 2014.
- Selesai hantar borg online, cetak satu salinan dan tandatangan. Pastikan semua dokumen yang perlu dihantar disahkan dan disusun seperti dalam senarai semak. Semua borg2 dan dokumen perlu ditebuk dan diikat bersama spt dalam senarai semak. Double check utk pastikan semuanya lengkap.
- Dapatkan perakuan dari Ketua Jabatan/pengetua. Selepas tu dapatkan perakuan/ pengesahan Pengarah Pelajaran Negeri. Hantar awal ke JPN supaya anda tak terkejar2 kerana Pengarah selalunya sibuk dan tiada di pejabat (memang akan makan masa). Peruntukkan dlm seminggu utk dapatkan tandatangan beliau. Selalunya kerani JPN akan call utk minta anda ambil borg yg dah ditandatangani.
- Hantar borang permohonan anda sebelum atau selewat2nya pada 30 Mei 2014. Pastikan borg anda betul2 sampai ke Bahagian Tajaan. Nak selamat guna Poslaju atau kurier, nk lg selamat hantar je by hand kalau dekat. Ada je kes surat tawaran tersangkut di pejabat pos, jadi pastikan usaha anda menulis dan menyediakan semua dokumen tu tak sia2 ok.
Alhamdulillah...selesai dah satu fasa...mmg tedious dan byk kerja kan, tp jika ada kemahuan kita kenala usahakan..jgn putus asa ok..InshaAllah jika ada rezeki rakan2 akan disenaraikan untuk menghadiri temuduga (satu lagi fasa yg agak menggerunkan sbnarnya..hehe)..
Sementara menunggu tawaran temuduga bykkan buat solat hajat dan solat dhuha...ada calon yg berkali2 memohon tapi tak pernah dipanggil temuduga, ada juga calon yg memohon sekali dan terus berjaya dipanggil temuduga dan dapat tawaran...semuanya rezeki, mcmn berusaha sekalipun akhirnya semua akan ditentukan oleh Allah juga kan..jadi jgn putus asa dan berusaha lagi sambil bertawakal kepadaNya...InshaAllah
Akan dikongsikan nanti cara2 penulisan dan contoh2 proposal yg perlu disediakan untuk temuduga, juga tips dan soalan2 yg selalu ditanya semasa sesi temuduga (soalan2 ni dikumpulkan dri pengalaman sendiri dan rakan2 yg berjaya mendapat tawaran)..sama2 kita berkongsi nanti dan mendapat kebaikan daripadanya yer...
All the Best buat semua rakan2 yg memohon! :)
* utk dptkan lebih tips, boleh la berkunjung ke blog cikgu dahlia..dulu masa memohon pun byk dptkan tips dr dia, ramai rakan2 guru pun refer kepada dia masa memohon..she's very2 helpful...nk cari blog dia taip je cikgu dahlia atau kat sini http://www.cikgudahlia.com/ (cikgu dahlia, i'm sending more crowds ya...hehe) :)
*maaf, email lama tu dah crash...x blh buka dah..so apa2 boleh email guna email baru ni yer: [email protected]
Thursday, May 8, 2014
Nasi Lomak Bogel? ;)
MH2304
KUL -BKI
23.3.2014 / 7.30 AM
Assalam....
citer santai2 ari ni...ingat lg tak citer gempar chep wan ngn MAS tu..ala citer nasi lomak bogel tu la...hihi
al kesah, ms unplanned trip geng pakcik Isa aritu kitorg dpt naik flight pagi..so pas semua da settled kt seat memasing, adik yg 'drebar' tu bgtau...haa, jap lg kita dpt mkn nasi lemak bogel chep wan..korang judge la bogel ke tak bogel...hahaha...dia siap bgtau kt stewardess tu lg (hampess..mentang2 la kawan dia)..
See....not la so bogel sgt kan, ader sambal sotong, telur, ikan bilis ngn kacang..xde timun je la (sbb timun kan x tahan lama, nnt berair & buat nasi cepat basi)...& the quantity of the nasi & sambal is quite generous taw, kenyang sampai ptg...tp ms chep wan tu makan mmg xde ikan bilis ngn kacang tu semua...sambal ngn telur je semata2..maner tak mngamuk hamba Allah tu...issk
Personally...kitorg rs sodap gak la...(ke masa tu kitorg mmg tgh kebulur sgt2 pas berlari sprinter mngejar flight...haha)..sampaikan ada sorg minah ni nk jugak naik flight pagi balik klia sbb nk mkn nasi lemak ni...wahaha...for me, yg penting ada mende alah bwh ni jer ha...da cukup to make me happy during the entire journey...hihihi
Personally...kitorg rs sodap gak la...(ke masa tu kitorg mmg tgh kebulur sgt2 pas berlari sprinter mngejar flight...haha)..sampaikan ada sorg minah ni nk jugak naik flight pagi balik klia sbb nk mkn nasi lemak ni...wahaha...for me, yg penting ada mende alah bwh ni jer ha...da cukup to make me happy during the entire journey...hihihi
anyway...kudos to MAS sbb da improved on the quality, tp rsnya ada space lg utk more improvement kan...
for us not bad la kan for RM68 punya return tiket...the courtesy of the 'drebar's' privilege...
Alhamdulillah...hehehe
for us not bad la kan for RM68 punya return tiket...the courtesy of the 'drebar's' privilege...
Alhamdulillah...hehehe
Tuesday, May 6, 2014
BooBoo si Pengembala Burung ;)
Assalam...
Hari yang indah...lebih2 lg skrg tiap2 pg bila bangun tido dpt dgr burung berkicau2, jd halwa telinga yg sgt best dan mengasyikkan...sejak bbrapa bulan lepas letak bekas makan burung kt tembok depan tu burung2 suka dtg makan berebut2 kt situ...tp x blh dtg dekat, semua abes lari nnt...tengok je la dr jauh...boleh leka dibuatnya tgok berbelas2 eko burung makan sambil bergurau2 senda dan berkicau2 manja...eceh...hehe
cumanya...bila kdg2 tu rs mcm sunyi dan sepi tetiba kan...da tau la saper punyer keje....mmg bukan kucing2 veteren kt umah ni, diorg da x kesah da ngn burung2 ni semua....agak2 kan saper punyer keje...
haaaaaa...kannn!
buat aper tu BooBoo??? hmmm....
BooBoo tolong mama jaga bekas ni...ader burung ramai dtg makan, nnt abes...mama kene beli lagi
haiiih la anak, baeikk punyer alasan.....huhuuhuhu
tamat sudah hari yg indah.... :'(
Friday, May 2, 2014
Borang Tawaran
Assalam kawan2...
borang tawaran HLP dan CBBPTP online telah dibuka kembali....alhamdulillah
tarikh memohon adalah dari 25 April - 24 Mei 2014..
ada masa lagi...sempat lagi nk isi dan lengkapkan semua borang2..jgn ptus asa ok ;)
pada rakan2 guru yg ada komen dan email sy berkenaan dgn HLP inshaAllah sy akan cuba jawab semuanya berdasarkan pengalaman dan apa yg sy tau...maaf la kalau lambat sbb sibuk dgn pembentangan proposal..
semoga usaha semua dipermudahkan yer..selamat berjaya
InshaAllah :)
Thursday, May 1, 2014
Kelebihan Bulan Haram
Assalam... :)
Ari ni da masuk bulan Rejab kan...haa ramai plak yg berlumba2 nk puasa sunat dlm bulan ni kan...Alhamdulillah...sbnarnya bkn pd bulan Rejab je kita kena berlumba2 berpuasa dan beribadah, bulan2 lain pun sama je...cuma bulan Rejab ni adalah salah satu dr bulan haram yg kita mmg disunatkan untuk berpuasa dan beribadah untuk merebut balasan pahala berlipat ganda dr Allah swt...nak tau lebih pasal amalan dan kebaikan bulan- bulan haram ni boleh baca kat bawah yer..copy paste dr blog imammudaasyraf.com
Secara umumnya tiada waktu-waktu tertentu yang perlu diekslusifkan untuk bertaqwa. Tiada juga tempat-tempat tertentu yang dikhususkan untuk mentaati Allah. Samada pagi atau petang ketaatan kepada Allah tetap wajib setiap saat kehidupan. Begitu juga tidak mengira tempat, samada di masjid, pusat membeli belah, rumah, tempat kerja mahupun padang permainan sekalipun wajib kita mentaati Allah. Kerana Allah Maha Melihat. Di mana sahaja kita berada pasti diperhatikannya. Walaupun dalam Islam perlunya ketaatan tanpa mengira tempat dan waktu, namun dalam masa yang sama juga Islam meletakkan juga tempat dan waktu tertentu kelebihan dalam melaksanakan ketaatan.
Beribadat pada bulan Ramadhan, hari Arafah, hari Jumaat, solat pada sepertiga malam sebagai contoh menunjukkan ada kelebihan khusus Allah letakkan kepada hamba-hambaNya yang bijak memilih waktu terbaik. Begitu juga solat dan ibadah di Tanah Haram, adab di masjid dan perkuburan, doa di Raudhah dan banyak lagi tempat yang membuktikan Islam juga tempat tertentu dengan kelebihan berbanding tempat yang lain. Ini kerana Allah mahu melihat siapakah di kalangan hambaNya yang paling berjaya. Perkara ini bertepatan dengan firman Allah SWT :
“Maha suci Allah yang di tanganNya segala pemerintahan dan Dialah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu perkara. Dialah yang menjadikan kematian dan juga kehidupan untuk menguji siapakah di antara kamu semua yang lebih baik amalannya. Dialah yang maha Perkasa lagi Maha Pengampun”. (Surah al-Mulk: 1-2).
Untuk memastikan setiap muslim berlumba-lumba dalam melakukan amal ibadat keranaNya, Allah SWT telah meletakkan beberapa ibadat khusus kepada para hambaNya yang beriman untuk mereka membuktikan rasa keimanan, ketaqwaan dan kecintaan kepadaNya. Dengan itu ibadat-ibadat tertentu telah ditunjukkan kepada para manusia melalui utusanNya iaitu Nabi Muhammad SAW. Kebanyakkan ibadat-ibadat ini dilaksanakan mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT contohnya ibadat solat yang dikerjakan lima waktu sehari pada waktu-waktu tertentu. Begitulah juga ibadat-ibadat lain seperti zakat,puasa, haji dan sebagainya.
Dalam Islam terdapat dua belas bulan yang dimulai dengan bulan Muharram dan diakhiri dengan Zulhijjah. Di antara dua belas bulan ini terdapat empat bulan daripada bulan-bulan Hijrah ini yang disebut sebagai bulan-bulan haram. Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah SWT itu adalah dua belas bulan sepertimana yang terdapat dalam Kitab Allah semenjak diciptakan langit dan bumi dan di antaranya empat bulan hurum”. (Surah al-Taubah :36).
Firman Allah SWT yang lepas disebutkan bahawa Allah SWT menciptakan dalam kehidupan manusia empat bulan yang dinamakan ‘bulan-bulan hurum’. Perkataan ‘hurum’ merupakan kalimat Arab yang menunjukkan jama’ atau plural daripada perkataan ‘singular’nya iaitu ‘haram’ yang membawa maksud larangan. Apabila menyebut tentang bulan-bulan haram ianya menunjukkan tentang kemuliaan yang terdapat pada bulan-bulan tersebut. Hal ini termasuklah fadhilat-fadhilat mahupun tegahan-tegahan yang terdapat padanya. Bulan-bulan haram yang dimaksudkan adalah empat bulan Islam iaitu Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Sabda Nabi SAW:
“Sesungguhnya zaman(tahun) telah berputar sebagaimana keadaannya sejak hari Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu terdapat dua belas bulan dan di antaranya ada empat bulan yang suci, tiga berturut-turut iaitu Zulqaeddah, Zulhijjah dan Muharram dan keempatnya ialah bulan Rejab ‘Mudhar’ yang jatuh antara dua Jamadil (iaitu Jamadil Awal dan Jamadil akhir) dan Sya’ban”. ( Hadith Muttafaqun ‘Alaih).
Para ulama’ membahaskan tentang sebab penamaan empat bulan ini sebagai bulan-bulan haram. Para ulama’ bersepakat bahawa dinamakan keempat-empat bulan ini sebagai bulan-bulan haram kerana diharamkan dalamnya peperangan dan kezaliman. Al-Syeikh ‘Abd al-Rahman al-Sa’diy dalam kitab tafsirnya Taysir al-Karim al-Rahman menyatakan bahawa bulan-bulan ini dinamakan bulan-bulan haram kerana kehormatan dan pengharaman perang yang terdapat padanya. Firman Allah SWT:
“Janganlah kamu menzalimi diri kamu semua dalamnya (bulan-bulan haram)”. (Surah al-Taubah: 6).
“Janganlah kamu menzalimi diri kamu semua dalamnya (bulan-bulan haram)”. (Surah al-Taubah: 6).
Al-Imam al-Syaukani dalam tafsirnya Fath al-Qadir menyatakan bahawa kezaliman yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah peperangan dan juga apa saja tindakan yang menjurus kepada kezaliman. Daripada ayat ini al-Hafiz Ibnu Kathir dalam tafsirnya menyatakan bahawa sesuatu kezaliman itu hukumnya adalah berdosa dan haram dan apabila dilakukan dalam bulan-bulan haram maka dosanya adalah lebih berat. Dalam mazhab al-Syafi’ie pula menetapkan bahawa sesiapa yang melakukan pembunuhan dengan tidak sengaja pada bulan-bulan haram maka diyah (denda) yang dikenakan ke atasnya adalah lebih berat berbanding bulan-bulan biasa.
Bulan-bulan haram ini merupakan antara bulan-bulan mulia dalam Islam malah diagungkan oleh bangsa Arab sebelum kedatangan Islam lagi. Ibnu Hajar al-‘Asqalani dalam karyanya Fath al-Bari menyatakan bahawa masyarakat Arab jahiliyyah pada ketika dahulu sering kali menukar bulan-bulan haram ini tanpa mengikut tertib asalnya. Mereka akan mendahulukan atau melewatkan bulan-bulan haram ini dengan bulan-bulan biasa seperti melewatkan bulan Rejab ke bulan Sya’ban. Perkara ini dilakukan supaya mereka boleh berperang sewaktu bulan-bulan haram. Apabila datangnya Islam, Nabi SAW telah meletakkan kembali susunan dan tertib asal bulan-bulan Islam seperti yang kita ketahui pada masa kini.
Kelebihan-Kelebihan Pada Bulan-Bulan Haram:
Sepertimana yang kita ketahui, bulan-bulan haram terdapat kelebihan padanya. Antara kelebihan yang utama adalah disunatkan berpuasa pada bulan-bulan tersebut. Dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Abu Daud rhm, seorang sahabat datang bertemu Nabi SAW untuk memohon daripada Nabi SAW supaya memberi kebenaran kepada beliau untuk lebih banyak berpuasa.
Sepertimana yang kita ketahui, bulan-bulan haram terdapat kelebihan padanya. Antara kelebihan yang utama adalah disunatkan berpuasa pada bulan-bulan tersebut. Dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Abu Daud rhm, seorang sahabat datang bertemu Nabi SAW untuk memohon daripada Nabi SAW supaya memberi kebenaran kepada beliau untuk lebih banyak berpuasa.
Dalam hadith tersebut Nabi SAW telah bersabda: “Puasalah beberapa hari daripada bulan-bulan haram dan tinggallah sebahagiannya.”
Daripada hadith ini dapatlah diketahui bahawa berpuasa pada beberapa hari dalam bulan-bulan haram hukumnya adalah sunat namun tidak boleh keterlaluan sehingga berpuasa keseluruhan hari dalam bulan-bulan tersebut.
Antara kelebihan-kelebihan khusus bulan-bulan haram adalah:
1. Rejab
Bulan Rejab merupakan bulan ketujuh mengikut kalendar Hijrah. Antara catatan sejarah penting yang berlaku pada bulan ini adalah peristiwa Isra’ dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab. Dalam peristiwa tersebut telah difardhukan solat lima waktu ke atas seluruh umat Islam.
Bulan Rejab merupakan bulan ketujuh mengikut kalendar Hijrah. Antara catatan sejarah penting yang berlaku pada bulan ini adalah peristiwa Isra’ dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab. Dalam peristiwa tersebut telah difardhukan solat lima waktu ke atas seluruh umat Islam.
Dinukilkan daripada Nabi SAW seperti berikut: “Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.” (Direkodkan oleh Imam Ahmad dan dinilai dhaif oleh al-Sayuti, al-Baihaqi, Ahmad Syakir dan al-Albani). Walaupun hadith ini merupakan hadith yang dhaif namun sebahagian ulama’ membenarkan untuk mengambil pengajaran daripada hadith dhaif selagi mana hadith tersebut bukanlah dikategorikan dalam darjat ‘dhaif syadid’ iaitu terlampau lemah antaranya disebabkan celaan ke atas ‘perawi’ (periwayat) hadith tersebut.
Berkenaan amalan dan kelebihan berpuasa pada bulan Rejab secara khusus, tidak terdapat sebarang dalil daripada al-Quran mahupun al-Sunnah. Manakala khabar-khabar berkenaan beberapa hadith yang menceritakan tentang kelebihan puasa pada bulan Rejab bukanlah hadith-hadith yang boleh dijadikan hujjah kerana para sarjana hadith telah mengklasifikasikan hadith-hadith tersebut sebagai hadith ‘maudhu’ (palsu) mahupun ‘dha’fun syadid’ iaitu terlampau lemah. Namun puasa pada bulan Rejab boleh dilaksanakan jika kita berniat untuk berpuasa pada hari-hari dalam bulan haram.
2. Zulkaedah
Bulan Zulkaedah adalah bulan haram dan pada masa yang sama merupakan antara bulan-bulan pelaksanaan ‘manasik’ (tatacara ibadah) haji. Firman Allah SWT:
“(Musim) Haji adalah bulan-bulan yang dimaklumi…” (Surah Al-Baqarah:197).
Bulan Zulkaedah adalah bulan haram dan pada masa yang sama merupakan antara bulan-bulan pelaksanaan ‘manasik’ (tatacara ibadah) haji. Firman Allah SWT:
“(Musim) Haji adalah bulan-bulan yang dimaklumi…” (Surah Al-Baqarah:197).
Bulan-bulan haji ini adalah bulan Syawal, Zulkaedah dan sepuluh awal Zulhijjah. Dalam Tafsir Ibnu Kathir dinyatakan bahawa dalam mazhab al-Syafi’ie, jika sesuatu ibadah haji diniatkan di luar bulan-bulan haji maka tidak sah haji tersebut. Pendapat ini juga merupakan pendapat kebanyakan para sahabat antaranya Ibnu ‘Abbas dan Jabir bin Abdillah. Al-Hafiz Ibnu Kathir juga telah menukilkan daripada Ibnu Abbas dengan kata beliau: “Daripada sunnah itu adalah tidak berihram dalam haji kecuali pada bulan-bulannya.”
Hal ini bertepatan dengan sunnah nabi SAW apabila nabi SAW memulakan ihram bagi haji Baginda SAW pada bulan Zulkaedah. Nabi SAW juga telah menunaikan umrah baginda sebanyak empat kali pada bulan Zulkaedah
3. Zulhijjah.
Kelebihan utama dalam bulan ini ialah umat Islam akan menunaikan ibadat haji di Mekkah al-Mukarramah bermula daripada hari tarwiyyah pada 8 Zulhijjah sehinggalah 13 Zulhijjah. Pada bulan ini juga disunatkan berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah), bagi mereka yang tidak menunaikan ibadat haji. Pada bulan ini juga umat Islam menyambut perayaan Aidul Adha dan melakukan ibadat korban.
Kelebihan utama dalam bulan ini ialah umat Islam akan menunaikan ibadat haji di Mekkah al-Mukarramah bermula daripada hari tarwiyyah pada 8 Zulhijjah sehinggalah 13 Zulhijjah. Pada bulan ini juga disunatkan berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah), bagi mereka yang tidak menunaikan ibadat haji. Pada bulan ini juga umat Islam menyambut perayaan Aidul Adha dan melakukan ibadat korban.
4. Muharram.
Dalam bulan Muharram umat Islam disunatkan berpuasa pada hari-harinya. Sabda Nabi SAW:
“Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah iaitu Muharram” (Hadith riwayat Imam Muslim). Selain itu disunatkan juga untuk kita berpuasa pada hari ‘Asyura iaitu pada 10 Muharram sepertimana yang telah direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab Sahih mereka.
Dalam bulan Muharram umat Islam disunatkan berpuasa pada hari-harinya. Sabda Nabi SAW:
“Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah iaitu Muharram” (Hadith riwayat Imam Muslim). Selain itu disunatkan juga untuk kita berpuasa pada hari ‘Asyura iaitu pada 10 Muharram sepertimana yang telah direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab Sahih mereka.
Konklusinya, bulan-bulan haram merupakan bulan yang terdapat padanya kemuliaan-kemuliaan tertentu.Namun setiap ibadah yang kita lakukan dalam bulan-bulan tersebut mestilah selari dengan Sunnah Nabi SAW supaya setiap ibadat kita itu diterima oleh Allah SWT dan tidak termasuk dalam amalan yang sia-sia.
sangat jelas kan penerangan dari ustaz...maksudnya bukan hanya pd bulan Rejab ni je yg kita kena lebihkan ibadah2 sunat, bulan2 lain pun begitu juga..InshaAllah..
kat bawah ni ada dikongsikan satu jadual puasa yg dianjurkan bagi tahun ni...Alhamdulillah, terima kasih pd hamba Allah yg telah membuatnya...dan InshaAllah sama2 kita mendapat kebaikan darinya ye...
Thursday, April 24, 2014
Ubat Magic
Assalam...
lega rasanya....udah berminggu berpagi- pagian menyiapkan proposal, akhirnya selesai jugak, Alhamdulillah....toksah ditanya baper kali draf, baper kali kena wat correction semua..huhu...yg pasti minggu terakhir sebelum antor mmg sgt kurang tido, tv mmg la sgt2 jarang la tgok, mn2 pegi skang ni asik nmpak jurnal je, hahaha...so skang ni tggu pi siapkan slideshow smua dan tgggu je la presentation..harapnyer diterima la.. so blh proceed ngn next phase..aminnn
so, bila dah berpagi- pagian tido atas papers, atas jurnal, atas tesis org semua...dapat la bonus lain selain dr proposal tu...haa dpt la sakit badan ngn selsema ngn pakej batuk sekali..
bila da dpt pakej batuk ngn selsema tu mmg la bminggu2 bru nk baik..abih semua ubat mengantuk x mengantuk semua x jalan...
sudahnyer...balik la ke kaedah tradisional punyer...yg mana kaedah tradisional sbnarnya lg elok dr makan ubat2 moden tu, yg ni klau pd aku mmg berkesan la..kena 2-3 kali da elok da, mmg mcm magic..inshaAllah..penyakit kan dtgnya dr Allah..so kenala ikhtiar kan selagi boleh..
so klau nk try boleh je..senang je pun bahan2nya....madu, lemon ngn halia je..
hiris lemon ngn halia pastu masukkan dlm satu balang atau bekas, tuang madu dalamnya...pastu simpan dlm peti ais...bila selsema atau batu amik satu atau dua sudu madu sekali ngn lemon dan halia tu campo dalam air suam atau teh..pastu baca selawat minum...insyaAllah berkesan...kena diulang2 la yer...sekali je takkan la boleh baik..ye tak...hehe

sudahnyer...balik la ke kaedah tradisional punyer...yg mana kaedah tradisional sbnarnya lg elok dr makan ubat2 moden tu, yg ni klau pd aku mmg berkesan la..kena 2-3 kali da elok da, mmg mcm magic..inshaAllah..penyakit kan dtgnya dr Allah..so kenala ikhtiar kan selagi boleh..
so klau nk try boleh je..senang je pun bahan2nya....madu, lemon ngn halia je..
hiris lemon ngn halia pastu masukkan dlm satu balang atau bekas, tuang madu dalamnya...pastu simpan dlm peti ais...bila selsema atau batu amik satu atau dua sudu madu sekali ngn lemon dan halia tu campo dalam air suam atau teh..pastu baca selawat minum...insyaAllah berkesan...kena diulang2 la yer...sekali je takkan la boleh baik..ye tak...hehe
ni la rupanya bila da masuk balang tu..boleh simpan lama dlm peti ais..
Selamat mencuba yer :)
Thursday, April 3, 2014
:. GOOD .::. BYE .:
:. Deactivated .:
Goodbye....this time for good and for a good cause
Alhamdulillah.... :)








