Assalammualaikum..
Lama tak berjumpa kan. Aku kembali sbb tak nak lost the best memories in life. Perkara yang best dalam hidup, kene kongsi. Bukan sebab ape, sebab its 'The Best' in life. Maafla, xtau nak ckp best tu mcm mana. Ikutkan before umrah, pengalaman bercuti ke Hong Kong tahun 2013 pon aku belom lagi cerita. Sebelom Hong kong, pengalaman aku bercuti ke Yogyakarta tahun 2012 lagi la dah berlapok pon tak lagi aku kongsi. See, its different from others. Sampai tak sabar nak cerita.
Jemputan umrah datang dari parents aku. Diorang sangat berhajat untuk bawa kami semua sekeluarga ke sana. Sorang pon kalau boleh diorang taknak tinggalkan. Last 2 years diorang pergi bawa adik bongsu aku sahaja. This time, hajatnya nak bawa semua. Alhamdulillah, kitorang semua sangat teruja dgn jemputan ni dan akhirnya semua bersetuju untuk pergi kecuali abg ipar aku jek. Dia ade sbb la xmo ikut. Total yang pergi keluarga aku sahaja adalah 6 orang. Mak long ikut sekali this trip. Mak long aku tak pernah tak ikut kemana saja yg keluarga kami pergi. Hong Kong, Medan, Jogja, Jepun..semuaaaa dia ikut. Kira cam ahli tetap la. And the best part adalah, parent in law aku pon nak ikut sekali. Orang yg paling gembira harusla suamiku. Mak mertua ajak sekali akak ngan adik dia.Total up keluarga mertua yang join adalah 4 org. So group kami ade 11 orang.
Decide and choose date 23 Mei 2014 -2 Jun 2014. Aku survey travel agencies yg ade around JB nie. At last, we choosed Mekah Travel & Tours . One of the reason adalah kerana agentnya kawan abah and other reason sbb pejabat urusannya depan office aku jek kat JB nie. Maka, mudahla untuk uruskan hal dokumentasi. Semuanya mudah berurusan dgn Mekah Travel nie. Tidak ade satu pon yg aku rasa tidak puas hati or else. Alhamdulilah dari mula hantar dokumen, sehingga jejak kembali ke Tanah air, everythings went well.
23 Mei 2014
Mulai hari ini seawal jam 5.30 pg sbb kami di arahakan berkumpul di Masjid Kampung Pasir, JB pukul 8.00pg. Disebabkan kami direct ke Mekah, so ihram kami bermula dari rumah. So, amalan sunat ihram dilakukan di rumah before keluar. Antara perkara yang sunat dilakukan sebelum NIAT ihram adalah seperti,mengerat kuku, merapikan janggut/bulu, mandi sunat ihram, memakai wangian di badan, memakai pakaian ihram and solat sunat ihram. Semua ni sunat dibuat.
Aku n suami dihantar ke masjid oleh Yah aka Mazura ngan suaminya Jep. Terima kasih Yah&Jep. Diorang ni gakla yg tolong tgkkan rumah sepanjang aku kat sana. Setiap 2 hari diorg dtg tolong topupkan food kucing aku yg berbelas ekor tue. Banyakk bende la ygg diorg ni tolong. terima kasih banyak2 la korang. Hanya Tuhan jek yang boleh balas jasa baik korang berdua ni.
Sampai jek Masjid Kampung Pasir, bus dah smpai pon. Bus travel agent ni dari BP, amik smua jemaah dari BP termasukla keluarga aku and keluarga inlaws. hanya kami adik beradik jek dari JB.
Dan bermulala perjalanan kami...
Tiba di Changi Airport, Singapore jam 11.00 pagi. Terus buat urusan chekin bag. After lunch (provided), yg jemaah lelaki terus g solat jumaat. Selesai semua, before masuk balai berlepas, jemaah lelaki dah siap tukar pakaian ihram. Separuh ihram jek sebanrnyer.
| separuh ihram |
| bapa mertua :mak mertua:mok de:mak usu:suami:me |
| Saudi Airlines and VISA |
Perjalanan untuk sampai ke Jeddah adalah 8 jam 50minit. Dalam flight yg agak lama tu, awalnya mmg dipenuhi dgn membaca, menulis doa. Time ni baru aku nak tulis doa aku. Aku buat 2 buku doa, 1 untuk doa aku sendiri, and the other one adalah buku doa kiriman. Dah suku perjalanan, after meal, aku mmembuta dengan lenanya, sbb 2 seat sebelah kiri aku xde orang, mmg mcm tdo atas sofa la aku. Lagi 2 jam nak smpai, dapat lagi 2nd meal. Lagi 1 jam nak smpai, pilot announce yang kita dah boleh niat ihram, sbb dah lalu kawasan miqat. Masa ni aku tukar telekung, yg lelaki berpakian ihram sepenuhnya.
Kami touch down airport Jeddah jam 9.30mlm waktu sana. Perbezaan waktu adalah +5jam. Alhamdulilah urusan immigration semuanya dipermudahkan. tak lebih 40min kami smua dah lepas immigration. Sebelum pergi hari tu, ramai pesan pada ktorg, supaya byk bersabar bila dah smpai Jeddah, sbb ramai yg kena harungi hampir 5-6 jam hanya utk lepas immigration jek. Syukur sangat kami tak kene lalui semua tue. Permulaan yang baik utk kami semua. Alhamdulilah.
| Kami |
| Kami bersama keluarga mertua |
| Kami disambut oleh mutawwif yg ditugaskan oleh Mekah Travel. Ustaz Zainullah. Perjalanan diteruskan ke Mekah dengan menaiki bas yang disediakan. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa selama 1 jam. Sepanjang perjalanan, Ustaz Zainullah banyak memberikan tazkirah2 ringkas dan membaca2 doa agar dipermudahkan urusan umrah wajib kami nanti. Bertalbiyah juga kami beramai2, masa ni hati dah mula sayu and risau. Kepala asyik dok pikir, ape yang akan aku lalui sekjap lagi nie. Takut. Aku memang takut. Macam2 terdetik dalam hati nie. Sampai jek di hotel Al-Naseem, urusan pembahagian bilik dibuat. Bende pertama yang aku buat bila sampai bilik adalah basuh muka dan ambil wuduk. Terus buat solat taubat. Aku takut sbb hati ni td macam2 pikir. terdetik sana sini. Then,siap solat taubat, solat hajat, ktorg turun berkumpul untuk mulakan umrah wajib. Tgk jam dah pukul 12mlm. Bergerak kami sekumpulan berjalan kaki menuju Masjidil Haram. Alhamdulilah sekali lagi, jaraknya tak jauh, sekitar 150m dari hotel. OK. Post seterusnya, akan aku cerita pengalaman mengerjakan umrah wajib. |