SELAMAT DATANG

azimachocz sedia menerima tempahan untuk 'door gift', hari jadi, hari guru, kenduri kesyukuran, majlis cukur jambul atau apa saja majlis. Jangan gusar, jangan bimbang, coklat yang kami gunakan dijamin halal.




Lambaian Kaabah

Assalamualaikum kepada semua rakan dan pengunjung blog...sudah agak lama juga ummi tak update blog ni..sibuk memanjang dengan tugas2 seharian.
Untuk makluman semua, ummi dan suami akan bertolak ke tanah suci Mekah pada 31 Okt 2010,bagi menunaikan ibadah haji. Mohon doa restu semua untuk mendoakan keselamatan, kesihatan kami suami isteri, dipermudahkan segala urusan kami di sana nanti, dan doakan juga kami mendapat haji yang mabrur.
Di kesempatan ini juga, ummi ingin memohon maaf kepada semua atas sebarang kesilapan yang mungkin ada. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sokongan yang diberikan kepada ummi. Hanya Allah yang akan membalas budi baik anda semua.
Sekian, Wasalam.

Wishing U All The Best

Salam.
N3 kali ni tempahan daripada Nasrul, SAMER, dan Puan Anita Tajudin , tuan punya Summery Living.Image
Image
Image Terima kasih daun keladi....


Reunion

Salam. N3 kali ni ialah tempahan lama daripada anak buah ummi, Dr. Hanie Abdullah.Image
Image

Image Terima kasih daun keladi. Lain kali sudi2 ode lagi ye.


Hari Lahir

Salam untuk semua.
N3 tengah malam ni ialah tempahan daripada Dr. Hanie untuk ulang tahun kelahiran anaknya yang ke-4.Image Milk choc - ada bear, botol susu, kasut, biji kopi....macam2 la...
ImageImage
Image TQ Dr.

Image Yang ni untuk Cik Wanie dari SEMEKAR. Set 3 pcs dalam kontainer plastik.

Image Lolichoc Smiley, love n flower, juga daripada Cik Wanie.
Terima kasih daun keladi, oder lagi ye.






Biru Pink

Salam untuk semua.
N3 kali ni tempahan daripada Linda dan Ayu.Image Penutup coklat (dark choc.) dengan almond nib.
Image Milk choc berisi badam.

Image Choc. box ni hadiah daripada Linda untuk adik iparnya yang tamat pengajian PHD di UK. Tahniah Doktor Mazliana Ahmad Kamarudin. Comel sangatla kak oi...lain kali hadiah yang besar sikit no.


Image Yang ni pulak daripada Ayu, sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-3 pada 7 Julai 2010. Nak kale biru pink dengan filing campur-campur.

Image Kat penutup pun ummi boh almond nib.

Image
Image Selamat berbahagia hingga ke akhir hayat buat Zam & Ayu. Ceria-ceria selalu. Terima kasih daun keladi, lain kali boleh la tempah lagi ye.







Majlis menyambut menantu

Salam untuk semua.
N3 kali ni , 50 kotak door gift untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan pengantin Dr. Ahmad Arieff . Kotak biru (disumbangkan oleh adik ummi yg ditempah khas dari Bangkok) berisi dengan 2 biji praline - dark n milk choc. beserta kek lapis (sumbangan kakak ipar dari Pontian)
Image
Image Yang ni 3 biji praline dibalut dengan kertas aluminium pelbagai warna dan diisi ke dalam kotak (300 kotak) untuk tetamu-tetamu cilik.
Tahniah buat ibu bapa pengantin yang mendapat menantu sulung.

Selamat Pengantin Baru

Salam untuk semua.

N3 kali ni ialah sumbangan ikhlas ummi untuk anak Kak Ani, jiran sebelah rumah yang melangsungkan perkahwinan pada 5 Jun 2010. Design ditiru dengan izin tuan punya Kokolait. TQ Mariah, moga Allah melimpahkan rezeki yang melimpah ruah buat Mariah sekeluarga.Image

ImageSentuhan akhir...SELAMAT PENGANTIN BARU buat Farhana & Faizal. Moga bahagia hingga ke akhir hayat.

Image Lolichoc pelbagi bentuk ni ummi hadiahkan juga kepada kak Ani, untuk diberi kepada tetamu-tetamu cilik.


Image