Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Image

My Babe!

A single rose can be my garden. A single friend, my world. by Leo Buscaglia

Image

Heeeee~

I value the friend who for me finds time on his calendar, but I cherish the friend who for me does not consult his calendar. Robert Brault

Image

Welkam Dear Sis n Bro

I love jotting down ideas for my blog, so I doodle or take notes on all kinds of stuff that inspires me.

Image

Captured!

Life is like an ice cream. Enjoy it before it melts!

Image

Buddies

"Kami Buddies. Takkan Terpisah. Hee ” – DIGI

Image

KP

"Litang-pukang lari dari lipas, cantek kan banner kat atas. Haa?? ” – oNie

Tuesday, July 5, 2011

Baki Terakhir di Tahun 2


Assalamualaikum..

こんにちわ..

Menghitung hari untuk pulang ke kampung halaman...

Hari ni seorang demi seorang melangkah keluar dari rumah sewa. Menuju ke destinasi yang terchenta. Aku yang tak larat nak buka mata hanya mampu say goodbye dalam mimpi. Babai Sha..babai Amalina..babai Irna..take care ye. Yang tinggal hanya aku, Anis dan Mirad. Esok giliran kami plak nak tinggalkan Parit Raja. Wehooo~tak sabar rasanya nak balik kampung. Bila lama tak jenguk Umi dan Abah kat kampung, rasa rindu plak. Maklum la balik setahun dua kali je. Bagus anaknya ni..haha.. Itulah~study jauh2..

Malam:
Malam ni dinner kat mcD je. mcD Parit Raja... Makanan cepat siap. Laparrrr~ Makan sama2, Jep, Mirad, Anis, dan Eyqa Rahman memang seronok. Kebetulan Jep memang nak ajak kami makan kat mcD. Malam last kami kat sini. Lepas makan sembang sampai lemau kat mcD tu. Balik umah sewa sambung packing beg. Esok mau pulang sudah~ sambil diiringi lagu Balik Kampung by Sudirman..masyukkk;p

Dah siap sambung fesbuk plak, baru tido..ZZZzzzz~

p/s: Bermulanya cuti kami bermakna berakhirnya tahun 2 kami di sini. Selamat datang tahun 3, selamat datang semester baru..heeee

Saya Budak Baru Belajar


Assalamualaikum..

こんにちわ..

Yeay!! Banzai~ Dah boleh start cuti. Short sem dah tamat dengan jayanya.
Malas nak tulis panjang2. Mari kita interview dengan ringkas je:


Apakah plan cuti anda?

Nak master Photoshop
Nak master Flash
Nak master sume yang ada pada adobe lah senang cerita
Nak asah lagi bahasa Jepun yang dah hampir2 nak lupa
Last sekali nak buat beberapa projek..ngehehee
Yang penting dapat berguru dengan Uncle Reed untuk master sumer tu.


Apakah harapan anda?

1) Harap dapat grad lah untuk dapat master seperti yang dinyatakan di atas.
2) Cepat2lah raya. Dah tak sabar ni.


Yelah.. Aku ni kan budak IT. Majoring multimedia lak tu. Malulah kalau tak pandai sume benda alah tu. Lagipun memang dah jadi satu kewajipanlah untuk masterkan semua. Ni takat tau guna sikit2 je buat apa. Adik aku pun tau guna. hahaa..dush2 Tu la..dulu malas nak amik tau, sekarang amik kau. Baru reti berjalan la gamaknya. Takpe la..slow2 kita belajar. Usaha tu tangga kejayaan. Kan bagus tu ada plan masa cuti dari cuti terbang macam angin je buat apa. Apa dapat? Haaa..mari2 kita buat tuisyen kat rumah. Lailailaiii~


ImageNi jadual tulisan hiragana yang aku belajar dulu2. Kacang je. Macam ABC. kih3..


Monday, July 4, 2011

Majulah Entri Untuk Blogger


Assalamualaikum..
こんにちわ..

Marilah kita sama-sama majukan sukan untuk negara. Eh tak..majulah entri blog untuk blogger..wahahaa

Tak kisah la apa pun..hmmm~Apa pun tak boleh.. Menyedari bahawa aku sudah lama tidak mengupdate entri, jadi malam ni aku ambil sedikit kesempatan untuk memajukannya. Bak kata oNie aku sendiri la tu.. Majulah entri untuk blogger.ngeeee... Banyak yang aku nak kongsi tapi aku ni busy mengalahkan menteri sampai sebulan lebih aku tak on blog. Melepas bulan Jun aku. Habuk pun takde. Yang lepas tu biarkan jelah kan. Jangan dikenang2 lagi. Tak elok orang cakap.

Untuk mengisi masa lapang yang ada ni, marilah kita interview tuan empunya blog ini. Apa cerita yang dia ada. Jom!!


Apa plan masa akan datang terhadap blog anda?

Mau update entri yang lepas2.
Mau upgrade blog kasi cerah mata tengoknya.
Kemaskan yang mana patut pada blog.
Cari template baru kat Incik G (google).


Image
Okeh..agak buruk sikit di sini yer. Sebenarnya gambar ni khas aku conteng untuk entri ni. Tapi tersilap conteng daun tu plak. Apa2 pun lain kali aku janji daun tu takde. Peace!!

Image
Tiba2 aku edit lagi.. So, macamana?