Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Image

My Babe!

A single rose can be my garden. A single friend, my world. by Leo Buscaglia

Image

Heeeee~

I value the friend who for me finds time on his calendar, but I cherish the friend who for me does not consult his calendar. Robert Brault

Image

Welkam Dear Sis n Bro

I love jotting down ideas for my blog, so I doodle or take notes on all kinds of stuff that inspires me.

Image

Captured!

Life is like an ice cream. Enjoy it before it melts!

Image

Buddies

"Kami Buddies. Takkan Terpisah. Hee ” – DIGI

Image

KP

"Litang-pukang lari dari lipas, cantek kan banner kat atas. Haa?? ” – oNie

Thursday, December 27, 2012

Interesting Book :: Failing Forward

Assalamualaikum..   
こんにちわ.. 




Failing Forward - John C.Maxwell

About the book:

The focus of the book is accepting our mistakes and finding personal growth and even success inside them. It’s a good resource for business people as well as parents who’d like to encourage their children to accept mistakes and never give up. If you struggle with being perfect or never living up to standards your parents established for you, then you will benefit from the wisdom of this book.

Image
There is no achievement without failure.

* Buku ni menarik! Rugi rasanya kalau tak baca. Tapi aku nak cari yang edisi Bahasa Malaysia punya.haha..

Wednesday, December 26, 2012

Wordless Wednesday :: REINVENTION

Assalamualaikum..  
こんにちわ..

Teknik menjadikan hidup kita yang seterusnya adalah kehidupan yang TERBAIK!

Image
Need REINVENTION for you and myself

"Orang yang paling berjaya dan gembira adalah mereka yang sentiasa berpandangan jauh yang memikirkan masa depan. TIDAK mengenangkan perkara lalu dan yang tidak dapat diubah. Sebaliknya FOKUS pada perkara yang dapat dikawal dan tindakan yang dapat diambil bagi mencapai masa depan yang diinginkan".

One Step Closer

Assalamualaikum..  
こんにちわ..

One step CLOSER to achieve my GOAL!! What my goal is??

On Dec 26th; Interview session for scholarship students (Program Persediaan Diploma 2013 UTHM)

On Dec 27th; Prepare for second TOT (Facilitator Program Persediaan Diploma 2013 UTHM)

On Dec 28th; Last preparation for MSK (Program Persediaan Diploma 2013 UTHM)

On Dec 29th; Berani 2013? (Dr. Azizan Othman program)

On Dec 30th; First day of MSK (Program Persediaan Diploma 2013 UTHM)

On Dec 31st; Second n last day for MSK (Program Persediaan Diploma 2013 UTHM)

*Congratulation for those enrolled and accepted for Program Persediaan Diploma 2013 UTHM. Congratz!

Next is new year for 2013. Welcome!

BUT my REAL goal is not a single one above.

Image
My goals are set not long ago. It was on Awal Muharram. But till tonight I didn't list them out on paper yet. Its on my mind. Sorry to say~



Monday, December 24, 2012

Hebat Tanpa PowerPoint

Assalamualaikum..
こんにちわ..

Wah wahhh~ hari ni aku rasa sangat seronok sebab dapat hangout dengan kawan2 then beli buku baru! Yang paling seronok aku dapat makan Chocolate Indulgence! hehe.. *dah lama mengidam..tiba2 je...

13 Disember yang lepas, pensyarah datang ke syarikat tempat LI untuk lawatan kali kedua. Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar. Masa perbentangan tentang projek yang aku buat selama aku LI tu, bos aku pun ada sama. Dalam penilaian atau pendek kata komen dia, aku kena POLISH lagi perbentangan aku. Wahaha!! Aku akui aku memang tak terer dalam bab2 bentang2 nih. Lagipun aku jugak mengaku kat sini yang aku tak prepare pape pun nak bentang time tu. Tak sempat nak prepare pape. So, aku rilek2 jew. Eye contact dah ok katanya..cuma percakapan aku je kena polish lagi. Aye aye bos! Roger that.hehe..

Penyelesaian aku adalah; Lain kali buat preparation sebelum bentang. Sebagai tambahan jugak~

....
...
...
.....
...
......
...
..
..
....
...
... 
Tadaaaa!!

Image
Buku ni telah menarik minat untuk aku khatamkannya..

Buku ni mengisahkan bagaimana kita nak buat perbentangan dengan cara yang orang lain pun nak dengar apa yang kita ucapkan. Betul ke? Ini apa yang aku fahamkan aje dari sinopsisnya. Nak faham sendiri kena la baca jugak.. Aku pun tak baca lagi apa. Kena habiskan buku yang lain dulu..hehe

*Kebetulan jumpa buku ni masa tengok2 buku kat Popular. Buku kedua yang aku beli harini!!

Friday, December 21, 2012

Langkah di Awal Permulaan

Assalamualaikum..  
こんにちわ..

InsyaAllah masanya akan tiba. Aku masih lagi dalam langkah permulaan dalam memilih destinasi warna hidup aku..ceeeewah! Ayat tak boleh la kan.haha.. Sejujurnya sebelum ni aku tak tahu apa yang akan aku buat. Apa yang aku suka buat. Apa yang aku minat. Aku tak tahu apa kelebihan yang aku ada. Ke mana kecenderungan aku. Apa yang aku nampak semuanya PUTIH! PUTIH yang sedang menanti aku. Dan yang PUTIH tu la akan aku warnakan suatu hari nanti. Apa warna yang aku akan warnakan tu la corak kehidupan aku nanti. Perlahan-lahan aku melangkah ke arah sesuatu yang akan mencorakkan hidup aku. Dengan warna-warna yang sangat INDAH dan CERIA! Tu ke corak aku nanti ea? hehe.. Aku goreng je. Tapi itu yang terlintas dalam kepala aku. Mungkin betul itulah yang akan jadi. Agaknya.

Secara perlahan aku cuba dengan apa yang sedang aku lakukan sekarang. Dan aku rasa itulah pilihan aku. Itulah corak aku. Itulah warna aku. MUNGKIN! Yaaa~sangat POSITIF. Itulah aku nanti. Secara perlahan juga aku cuba terus gilapkan warna-warna aku tu supaya lebih penuh dengan warna baru.

Haaaa..Apa aku bebel ni? hee..Its OK kan miaw?

Image
Jadilah macam saya~ Saya nak jadi ibu mithal..nyaww

* Segala perancangan adalah dari kita sendiri dan Allah yang akan menentukan. So, GOOD LUCK dan semoga BERJAYA!  <--untuk diri-sendiri..ngahaha="diri-sendiri..ngahaha" font="font" p="p">

Thursday, December 20, 2012

10. Membantu Usahawan Lain


Assalamualaikum..
こんにちわ.. 

10. Membantu usahawan lain.

Jika anda berjaya dan cemerlang dalam perniagaan,bersyukurlah kepada Allah. Buktikan kasih sayang anda kepada bangsa dan agama dengan membantu usahawan lain supaya berjaya seperti anda. Andai anda berpeluang dan mempunyai kelapangan, manfaatkan masa untuk memberi ceramah kepada usahawan terutama usahawan baru, menulis artikel tentang perniagaan di akhbar dan majalah, menulis buku tentang perniagaan. Berikanlah ilmu, kemahiran, pengalaman dan pengetahuan kepada usahawan lain. Ramai usahawan menunggu buku karangan usahawan terkenal seperti Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Halim Saad, Datok Saleh Sulong dan lain-lain.

 
Image
Orang tua2 cakap jangan kedekut dalam berkongsi ilmu. InsyaAllah, Allah akan beri ganjaran yang lebih dari yang kita beri.

Berikan idea dan pengalaman berguna kepada usahawan lain.Sekiranya tidak mampu membantu dengan wang ringgit,berikanlah ilmu.Ini berdasarkan sebuah pepatah cina yang bermaksud “Apabila seseorang meminta ikan, jangan beri ikan tetapi berilah pancing dan ajarkan dia memancing ”.

sumber : http://travelogusahawanmuslim.blogspot.com

Dipetik dari: Mari Jadi Orang Baik

11. Menjauhi Maksiat

Assalamualaikum..
こんにちわ.. 

11. Menjauhi maksiat.

Usahawan perlu mengelakkan perbuatan dosa terutama sekali dosa-dosa besar. Melakukan pelbagai dosa dan maksiat akan menjadikan usahawan manusia yang tidak mencintai agama. Ramai usahawan menghabiskan masa bermain golf sehingga melupakan solat. Begitu juga ada yang berseronok dengan pelacur di negara jiran. Tidak kurang juga yang meminum arak, berjudi, mengamalkan sihir dan tangkal.


Image
Yes No!!


Pelbagai dosa dilakukan tanpa memikirkan implikasi di hari akhirat. Usahawan perlu menjauhi maksiat.Nikmat rezeki yang halal dan bersih tidak sepatutnya dibelanjakan ke jalan yang tidak baik dan merosakkan agama. Sayangi wang dan harta dan pastikan ia membawa ke arah kebaikan.

sumber : http://travelogusahawanmuslim.blogspot.com

Dipetik dari: Mari Jadi Orang Baik

Wordless Wednesday :: Iqra'

Assalamualaikum..  
こんにちわ..


Image
"Sifat rendah diri bermakna mengetahui kekuatan yang ada pada diri kita dan menggunakannya bagi kebaikan orang lain, ke arah mencapai matlamat yang mulia" --Alan Ross

Sunday, December 16, 2012

Simpanan

Assalamualaikum.. 
こんにちわ..

Image
Simpanan dah penuh. Dah boleh kawen!!
Ayoyo!! Cukup ka itu wang? haha.. 

*Menabunglah untuk masa depan anda. 

9. Berjasa

Assalamualaikum..
こんにちわ.. 

9. Berjasa.


Sebuah hadis bermaksud “Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling bermanfaat kepada manusia lain”. Justeru usahawan boleh menjadi manusia yang paling banyak berjasa kepada manusia lain kerana usahawan dilimpahkan rezeki yang lebih banyak berbanding manusia yang makan gaji. Pelbagai perbuatan baik boleh dilakukan usahawan jika mahu berjasa. Binalah perpustakaan persendirian di kawasan anda dan beri peluang pelajar dan orang ramai memanfaatkannya. Bantulah anak yatim dan pelajar miskin. Bantulah ibu atau bapa tunggal yang susah.


Image
Gambar Hiasan






Binalah perhentian bas. Berilah sumbangan untuk membina dewan, surau, tempat permainan dan lain-lain. Terlalu banyak perkara dan benda boleh dilakukan usahawan jika mahu menjadi manusia berjasa. Usahawan perlu mengejar keuntungan dan kekayaan, namun usahawan perlu berjasa kepada negara dan manusia lain. Jangan sia-siakan kekayaan dan keuntungan. Jadilah usahawan yang dikenang kerana kebaikan, bukan usahawan yang banyak menghabiskan harta keuntungan di tempat maksiat dan dosa.

sumber : http://travelogusahawanmuslim.blogspot.com

Dipetik dari: Mari Jadi Orang Baik



Apa yang Aku Tuju

Assalamualaikum..
こんにちわ..

Image
PhD??
Merujuk gambar kat atas tu, tu adalah note yang aku tulis masa taklimat untuk pelajar tahun akhir *aku dah lupa apa nama taklimat tu. Seingat aku taklimat time tu menerangkan ke mana arah tuju kami2 yang bergelar pelajar tahun akhir ni. Ke mana jalan yang akan kami pilih. Bekerja? atau sambung Master? atau PhD? Taklimat ni menerangkan semua perkara tu. Dan aku tak sangka note yang aku tulis tu telah masuk ke dalam salah satu  list buku hidup aku. Tapi benarkah pilihan aku? Belum tahu lagi.. Mungkin jugak aku akan kerja. Cari nafkah sendiri untuk tampung hidup tanpa bergantung dengan orang tua walaupun sekarang 85% aku memang dah lama tak bergantung pada dorang lagi. 

Pergantungan yang aku maksudkan bukan saja pada wang ringgit. Ia termasuk dengan pelbagai perkara yang lain. Selagi orang tua kita bernafas, tak mungkin kita akan bergantung 100% dengan diri sendiri. Sedar atau tak sedar, mungkin 5% atau 10% kita masih lagi bergantung dengan mereka walaupun kita sudah mendirikan rumah tangga. Siapa setuju dengan pendapat aku ni? Haaa..boleh call aku kelim hadiah ea..hehee *Hadiah terima kasih jer~

Dak Kuyus!

Assalamualaikum..
こんにちわ..

Selamat petang u ollsss~hik3 *dengan nada gediks yang teramat!

Macam dah lama aku tak post something yang macam hepi go lucky kan.. Ayat macam nak serius habes! Okay~ Aku tak nak la formal sangat. Sebab blog aku ni just personal blog je~ tak yah nak skema2 sangat pon. Tapi suka hati besar kecik aku la nak bebel n tulis camne apa rupa pon kan. *Errr..korang faham tak apa aku cakap?haha..whatever~

Tadi masa syok2 godek gambar2 dalam blog untuk entri baru..*sebab malas nak google gambar.. Aku terjumpa satu gambar lama ni. Dah lama sangat! Tahun bila tu aku tak sure. Nak cari balik kat entri mana n apa yang aku merepek pasal gambar tu pun tak jumpa2. So, apa susah kan. Aku buat la entri baru dengan gambar tu.hehe..

Jom skodeng!!



Image
Zaman aku kurus!! Dia apatah lagi haa..
Sekarang sama2 DOMOK!

*Nak tau sape mamat ni, cari la entri lama aku. Tapi aku tak sure la apa aku citer kat sana..ngahaha;p

8. Menjaga perhubungan baik dengan manusia

Assalamualaikum..
こんにちわ.. 


8. Menjaga perhubungan baik dengan manusia.

Usahawan banyak berinteraksi dengan pengguna dan pelanggan. Justeru usahawan perlu menjaga hubungan baik.Bukan sahaja bermatlamat keuntungan dalam perniagaan tetapi mahu mengekalkan silaturahim,persaudaraan dan kemanusiaan. Usahawan perlu menjauhkan sikap yang menyakiti manusia lain seperti menggunakan perkataan kesat, sindiran, penghinaan dan lain-lain. Usahawan juga tidak patut memandang rendah kepada manusia lain terutama orang miskin dan hina. Sikap sombong dan ego terutama berhadapan manusia serba kekurangan patut dijauhi. Lihatlah bagaimana kereta mewah menghimpit penunggang motosikal, begitulah sikap manusia ego dan tidak bertanggungjawab.

Image

Usahawan perlu menjaga tingkah laku dan perbuatan agar tidak dibenci manusia lain. Profesion usahawan bukanlah peluang menunjukkan kehebatan dan kebanggaan tetapi adalah cara mencari rezeki halal dan mendapat keredaan Tuhan disamping menjaga hubungan baik dengan manusia.

Sumber: http://travelogusahawanmuslim.blogspot.com

Dipetik dari: Mari Jadi Orang Baik

Penghujung MHS

Assalamualaikum..
こんにちわ
..


Tak payah nak hujung sangat la kan.. Sebelum ni tak sempat nak post entri pasal ni. Sekarang terkenang balik then wujudlah this entry..hik3

Ia merupakan Minggu Haluan Siswa (MHS) pelajar diploma aku yang terakhir sebagai fasilitator tahun 2012 ni..may be~

Sempat gak la aku snap2 time tu. So aku kongsi kat sini. Check this out!!

My Gegurls~

Image
Fesi2 yang masih lagi sedang menuntut ilmu dengan otai dorang time tu

Image
Sekarang dah terer kan~

My Bobois~

Image
Ni haa muka abg2 fesi yang macho sekarang..haha

Image
Dorang ni pon macho gak ape.. *saje nak kipas dorang..haha

My Kiddos~

Image
Ni lak anak2 aku..dah besar2 dorang..kih3

Image
Bukan anak akulah..ni adik2 fesi akuu..hehe

My BIG Family~
Image
Ni family BESAR aku yang kacak2 n jelita gitu~
Korang main ape tu?

7. Sentiasa Bertaubat

Assalamualaikum..
こんにちわ.. 

7. Sentiasa bertaubat.

Tiada manusia yang bersih tanpa noda, tidak terkecuali usahawan. Bertaubat adalah jalan membersihkan diri. Manusia sering lalai dan lupa. Manusia sering ditipu oleh nafsu dan syaitan. Usahawan perlu sering bertaubat untuk membersihkan diri. Jangan jadi usahawan yang suka menipu dan melakukan perbuatan haram, kemudian bertaubat untuk menghalalkan harta perniagaan. 

Image


Ianya taubat yang tidak bernilai di sisi Tuhan. Harta haram tetap haram. Ianya tidak akan menjadi halal walau ribuan zikir taubat dilaungkan. Justeru usahawan perlu menjauhkan perbuatan dan cara perniagaan yang haram. Amalkan cara dan panduan perniagaan berlandaskan suruhan dan ajaran agama.

Sumber : http://travelogusahawanmuslim.blogspot.com

Dipetik dari: Mari Jadi Orang Baik


Friday, November 30, 2012

6.Sentiasa Bersyukur

Assalamualaikum..こんにちわ..

6. Sentiasa Bersyukur

Kebiasaannya manusia akan gembira bila mendapat nikmat dan kecewa dan sedih apabila ditimpa kesusahan dan masalah.Begitulah dengan usahawan. Usahawan perlu belajar menjadi manusia bersyukur ketika susah dan senang. Usahawan perlu bersyukur ketika perniagaan menampakkan kemajuan dan tidak kecewa apabila mengalami kemerosotan. Usahawan yang bersyukur akan merasakan kemerosotan sebagai ujian dan dugaan dari Allah.

Image
Bersyukurlah


Menjadi usahawan yang bersyukur akan membersihkan usahawan daripada segala sifat keji dan hina seperti hasad dengki, sombong, takabbur, ego dan mementingkan diri sendiri. Sifat syukur juga akan mendidik usahawan menjadi manusia yang sentiasa merendah diri. Usahawan perlu sentiasa bersyukur agar diredai Allah dan nabi-Nya.Jangan hanya tahu bersyukur apabila mendapat kesenangan tetapi menyalahkan Tuhan apabila ditimpa kesusahan dan masalah.

Dipetik dari: Mari Jadi Orang Baik

5. Menunaikan Zakat.

Assalamualaikum..
こんにちわ..

Image
Wajib bagi kita menunaikan Zakat

Islam adalah agama sederhana dan tidak menyusahkan umatnya. Zakat adalah rukun islam,namun ianya hanya diwajibkan kepada orang yang mampu sahaja. Apabila usahawan mampu dan layak mengeluarkan zakat,maka usahawan perlu mengeluarkan zakat. Wujud usahawan yang tidak menunaikan zakat walaupun layak. Alasannya ialah mahu menggunakan wang tersebut ke arah lain seperti melancong, membeli perhiasan,membeli barang kemas dan lain-lain. 

Usahawan degil merasa rugi mengeluarkan zakat walaupun tahu zakat itu wajib. Usahawan yang mahu keredaan Allah tidak akan mengabaikan zakat. Usahawan cemerlang akan memiliki akaun untung-rugi setiap tahun supaya dapat mengesan perniagaan. Mempunyai akaun akan membantu usahawan agar tahu sama ada layak atau tidak membayar zakat. Ketika zaman nabi masih hidup, wujud usahawan yang degil dan enggan membayar zakat walaupun tahu ianya wajib. Ini menunjukkan telah wujud usahawan tamak dan rakus ketika baginda masih hidup. Apa lagi pada zaman ini.

Zakat akan membersihkan harta dan memberi banyak manfaat kepada orang memerlukan seperti orang miskin, orang cacat, fakir dan lain-lain. Usahawan perlu mempunyai akaun kira perniagaan dan membayar zakat jika layak jika mahu menjadiusahawan cemerlang dan diredai Tuhan. Malah harta zakat akan menjadi saksi nanti diakhirat kepada usahawan.


Dipetik dari: Mari Jadi Orang Baik

Seminar Rahsia 3K & Formasi Kerepek 1 Malaysia

Assalamualaikum.. 
こんにちわ..


Tak sempat nak bercerita itu hari. Gambar-gambar yang dipaparkan di bawah adalah gambar salah satu program terbesar semasa Festival Konvokesyen (FESTKON'12) kali ke-12 UTHM. Secara tak langsungnya aku terlibat juga sebagai salah seorang dari pihak penganjur program. Sebab tu la aku masukkan cerita ni dalam blog aku. Kalau tak, takde maknanya aku nak susahkan jari aku menekan keyboard lappy aku nih mewartakan cerita yang tak berkaitan dengan hidup aku. Ye tak? 

Gambar program di bawah adalah program pada hari ke-4 FESTKON'12. Salah satu program terbesar yang dianjurkan. 

SEMINAR RAHSIA 3K : HAWA1M
Penganjur: Buddies Training and Consultant & PERSADA UTHM
Oleh: Datuk Dr. Maznah Hamid (The Iron Lady)

Image
Tu haa tajuk dia

Image
Perasmian FESTKON'12 dilancarkan oleh Datuk Heng Seai Kie

Image
Bersama-sama dengan Datuk Dr. Maznah Hamid + Prof. Ir. Dr. Amir Hashim

Image
Hadirin-hadirin yang tidak sabar menunggu majlis bermula

Image
Hadirin yang terdiri daripada wanita seluruh Malaysia

Formasi Kerepek 1 Malaysia
Penganjur: Buddies Training and Consultant & Kelab Kembara UTHM

Image
Cubaan mencipta The Malaysia Book of Records

Image
Menyusun kerepek untuk dijadikan formasi 1 Malaysia

Image
Siap sepenuhnya pada hari kejadian. Datuk Heng dan VIP UTHM datang melawat.

* Seronok aku bercerita tapi sebenarnya aku tiada di hari kejadian pun. Hahaa.. Walau apa pun aku dapat beri bayangan seperti yang dapat aku bayangkan dari cerita rakan yang lain.TQ kerana sudi membaca. ;)

** Like for Datuk Dr. Maznah Hamid di SINI

Tuesday, November 27, 2012

4. Mengutamakan Hak Pengguna

Assalamualaikum..
こんにちわ..

Usahawan yang diredai Allah dan nabi-Nya adalah usahawan yang menjalankan perniagaan bukan semata-mata mengaut keuntungan tetapi juga mementingkan hak pengguna.Usahawan yang menjual daging ayam yang tidak disembelih dengan betul dan menepati syariat ialah usahawan yang tidak menghormati hak pengguna. Usahawan yang menjual dengan harga terlampau tinggi adalah usahawan yang tidak menghormati pengguna. Usahawan yang memuji kualiti produk melebihi kualiti sebenar adalah tidak bertanggungjawab.Usahawan yang menjual produk tiruan adalah tidak bertanggungjawab. Usahawan yang menjual produk yang membahayakan pengguna adalah tidak bertanggungjawab.Usahawan yang menyembunykan aib produk adalah tidak bertanggungjawab.

Image
Sumber: Mr. Google
Usahawan yang bertanggungjawab dan menjaga hak pengguna tidak akan melakukan sebarang perbuatan yang menyusahkan pengguna dan pelanggan. Ketamakkan sesetengah usahawan mencari keuntungan sehingga sanggup melakukan apa sahaja dalam perniagaan sehingga menyusahkan pengguna dan pelanggan. Malah ada syarikat besar mencipta dan menjual produk yang memberi pelbagai kesan sampingan kepada pengguna. Sebagai contoh, Viagra. Walaupun produk tersebut mampu memberi tenaga istimewa kepada lelaki tetapi telah banyak berlaku kematian dan serangan jantung kepada pengguna.Ini menunjukkan syarikat berkenaan tidak bertanggungjawab kepada pengguna.

Pelbagai jamu,pil kesihatan keluaran tempatan dan luar negara dijual dipasaran. Kebanyakan usahawan tidak mengendahkan keselamatan pengguna. Apa yang penting ialah keuntungan. Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan seperti mengharamkan produk yang berbahaya dan memberi kesan sampingan tetapi usahawandegil tetap mahu menjual dan boleh didapati di mana-mana dengan mudah.


Setiap manusia adalah pengguna.Begitulah juga dengan usahawan. Setiap usahawan perlu berhati-hati dalam perniagaan agar tidak melakukan perkara yang boleh menyusahkan pengguna.Usahawan yang mementingkan hak pengguna adalah usahawan yang diredai Tuhan.


Dipetik dari: Mari Jadi Orang Baik 

3. Sentiasa Benar


Assalamualaikum..
 こんにちわ..

Kebanyakan usahawan berpendapat jika seseorang mahu berjaya dalam perniagaan perlu belajar menjadi penipu dan pembohong.Sifat berbohong dan menipu akan melariskan perniagaan. Memang tidak dinafikan berbohong akan mudah melariskan jualan dan memajukan

perniagaan kerana pelanggan mudah percaya dan tertarik dengan apa yang dikatakan usahawan. Walaubagaimanapun sikap berbohong dan menipu adalah sikap yang dibenci oleh Allah.Islam tidak pernah menghalalkan perbuatan berbohong untuk melariskan perniagaan.

Image
Sumber: En. Google


“Berkatalah benar walau pahit sekalipun”, begitulah sabda nabi. Dan sebuah hadis bermaksud “Benar itu membawa kepada kebenaran dan kebenaran itu membawa kepada syurga”. Kedua-dua hadis tersebut jelas menunjukkan kepentingan sifat benar. Usahawan yang mahu mendapat keredaan Tuhan perlu sentiasa benar dalam apa jua yang dilakukan samaada dalam kehidupan seharian atau perniagaan. Jangan mengharapkan jualan yang laris dengan sikap berbohong. Berbohong akan menyebabkan rezeki yang diperolehi menjadi haram dan tidak berkat. Matlamat usahawan islam ialah hala dan berkat. Berbohong untuk mendapatkan keuntungan dan kemajuan dalam perniagaan tidak membawa keberkatan dan keredaan Tuhan.
Usahawan perlu sentiasa benar dalam apa jua keadaan. Jangan mengikut teladan sesetengah usahawan yang suka berbohong kerana perbuatan tersebut akan membawa musibah kepada usahawan nanti.Sifat buruk tersebut patut tiada dalam hidup usahawan islam yang mahu cemerlang.

Sentiasalah benar dalam perniagaan. Jangan menipu dan berbohong kerana tamakkan keuntungan.Jangan jadikan rezeki itu haram dan tidak berkat. Jangan campakkan diri dalam kerosakan akibat berbohong dan berdusta.



Dipetik dari: Mari Jadi Orang Baik 

Ada Apa Dengan AIR


Assalamualaikum.. こんにちわ..

Suatu ketika aku sembang dengan seorang kaunselor universiti aku di waktu petang. Hanya sharing apa2 yang menarik bersama. Bersama dengan kami juga seorang pensyarah, staf2 dan kawan2 yang lain. Apa yang aku ingat salah satu topik yang dikongsi adalah berkenaan dengan AIR.


Image
Sumber: En. Google
Katanya; 
Bila kita bersarapan atau minum diwaktu pagi, eloklah jika kita elak minum air panas kerana untuk kebaikan perut kita.
Bila mandi juga sebenarnya lebih baik kalau kita mandi air yang natural sejuk je diwaktu pagi.
Air yang diminum lebih baik minum air mineral berbanding dengan air yang ditapis dan ditadah dari mesin besar tu. Ini kerana bila air ditapis, segala oksigen juga ditapis buang. Hasil air yang ditapis itu, adalah air yang padat dan tiada langsung udara dan oksigen. 

Setelah sekian lama aku dengar dari beliau, aku masih lagi bermain dengan dengan pelbagai soalan yang aku sendiri tak dapat jawab. Tapi akhirnya, jawapan kenyataan pertama tu terjawab untuk aku dan lebih meyakinkan aku. Bila2 nanti orang tanya aku dah boleh jawab.

Jawapan yang aku jumpa;
Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Point utama kat sini adalah MENGUATKAN PERUT. Seingat aku, itulah yang disebut oleh kaunselor tu. Tapi aku lupa. Hee

*Bila sebut pasal sarapan, sarapan juga seeloknya dimulai selepas jam 9 pagi. Aku masih tak jumpa lagi jawapan untuk persoalan ini. Mengapa ya?

Friday, October 12, 2012

2. Mementingkan Rezeki Halal

Assalamualaikum..
こんにちわ..



Image 

Gambar Hiasan


Perniagaan mempunyai pelbagai cabang. Islam hanya menghalalkan segala jenis perniagaan yang bersih.Sikap usahawan yang tidak pernah mengambil berat isu halal haram adalah usahawan yang tidak mementingkan agama. Menjual dadah, arak, mengamalkan rasuah, judi, menipu, menyembunyikan aib produk,menjual produk tarikh luput, monopoli, menyorok barang adalah antara contoh perniagaan yang dilarang sama sekali.Namun segelintir usahawan mahu cepat kaya dan mahu mengambil jalan pintas.

Wujud juga sesetengah usahawan yang menjalankan perniagaan halal seperti membuka restoran dan kedai makan tetapi tidak mementingkan sumber yang halal. Ada yang menjual ayam yang tidak disembelih dengan syariat dan cara yang betul,tidak membasuh telur dengan bersih kemudian memegang dan membuat roti canai,menggunakan susu dan bahan minuman yang telah luput tarikh,menipu dalam kiraan harga, menjual makanan yang telah basi dan lain-lain. Segala perbuatan tersebut jelas menyebabkan rezeki yang diperolehi usahawan menjadi tidak halal walaupun asal perniagaan adalah halal.


Begitu juga usahawan yang menipu dalam timbangan dan sukatan kerana mahu mengaut lebih keuntungan.Ada juga usahawan yang menjual emas yang telah dicampur dan mendakwa ianya asli dan tulin. Pelbagai usaha dan langkah dilakukan usahawan untuk mengaut keuntungan tanpa mengira perbuatan tersebut adalah salah. Usahawan yang mahu mendapat keredaan Allah perlu menjalankan perniagaan dengan cara yang jujur, amanah, bersih dan suci. Usahawan yang mementingkan rezeki yang halal adalah usahawan yang diakui Tuhan sebagai usahawan yang taat dan mendapat balasan baik di akhirat nanti.


Janganlah mementingkan keuntungan sehingga mengabaikan faktor halal dan haram. Rezeki yang haram akan membawa usahawan ke neraka nanti. Berusahalah menjalankan perniagaan yang halal dan pastikan perniagaan mendapat berkat dan bersih.



Dipetik dari: Mari Jadi Orang Baik

1. Menunaikan Solat Lima Waktu

Assalamualaikum..
こんにちわ..


Image

Usahawan perlu menunaikan solat lima waktu setiap hari. Solat adalah tiang agama yang perlu ditunaikan di mana sahaja berada.Ramai usahawan mengabaikan solat lima waktu kerana terlalu sibuk berniaga. Mementingkan wang sehingga mengabaikan solat. Usahawan tidak pernah memandang nasib pada masa hadapan iaitu akhirat.

Lihatlah berapa ramai usahawan yang menjalankan perniagaan di pasar malam, kedai-kedai, gedung perniagaan dan lain-lain leka serta cuai dalam menunaikan solat. Ketika azan berkumandang, usahawan sibuk menjalankan tugas dan mesyuarat demi mengejar keuntungan dan kekayaan. Meninggalkan solat adalah perkara biasa kepada segelintir usahawan. Apabila usahawan meninggalkan solat, ianya menunjukkan usahawan tidak memahami tujuan kehidupan dan pengertian ibadat kepada Allah. Dalam fikiran usahawan hanya wang dan harta. Usahawan yang mahu keredaan Tuhan dan rasul-Nya perlu menunaikan solat lima waktu ketika sibuk, susah atau senang. Bumi Malaysia yang luas dan kaya ini tidak kurang terdapat masjid, surau untuk kemudahan orang islam. Malah orang islam boleh menunaikan solat di mana sahaja, asalkan bersih. Meninggalkan solat kerana terlalu sibuk dengan perniagaan adalah alasan yang tidak diterima Allah di akhirat.

Manusia yang sentiasa berterima kasih kepada Allah ialah manusia yang menunaikan perintah Tuhan walau di mana pun berada. Menunaikan solat adalah kewajipan kepada orang islam yang mukallaf. Menunaikan solat bukan mengambil masa yang lama dan panjang. Luangkanlah masa mengerjakan solat. Jadilah usahawan yang diredai Allah dan nabi-Nya. Apalah guna mendapat rezeki yang banyak, memandu BMW, tinggal di banglo mewah, memiliki suami atau isteri yang cantik, mendapat anak-anak yang sihat, mampu melancong sana sini tetapi di dalam kubur nanti menerima pukulan mungkar dan nangkir, manakala akhirat kelah dihumban ke neraka. Itulah balasan usahawan yang mengabaikan solat.


Dipetik dari: Mari Jadi Orang Baik

Thursday, October 11, 2012

Ciri-ciri Usahawan Yang Menepati Ajaran Islam

Assalamualaikum..
こんにちわ..


Image

Bersyukurlah kepada Allah, kerana dilahirkan Islam. Bersyukurlah kepada Allah kerana diberikan rezeki menjalankan perniagaan. Mengerjakan perniagaan adalah amalan mulia dan dituntut dalam agama. Malah Nabi S.A.W adalah usahawan yang amanah, cemerlang dan menjadi tauladan yang baik. Setiap usahawan perlu menjadi usahawan yang menjalankan perniagaan dengan mematuhi ajaran agama dengan baik dalam kehidupan seharian dan perniagaan agarmenjadi usahawan yang benar-benar diredai Allah Maha Pencipta. Usahawan dan peniaga perlu mengetahui tentang ciri-ciri usahawan islam yang benar-benar menepati ajaran islam dan diakui oleh islam serta diredai Tuhan dan rasul-Nya.


Sunday, October 7, 2012

Wake Me Up When September Ends #3

Assalamualaikum..
こんにちわ.. 

 Malamnya..

Image
KKDKian
Malam sebelum bermulanya MHS Degree 2012

Lama tak jumpa..rendu suda~

Taken: 1 Sept 2012

Wake Me Up When September Ends #2

Assalamualaikum..
こんにちわ..

Next..

Image
Kambing Bakar.. Yummy
Open House En. Bob

Taken: 1 Sept 2012

Wake Me Up When September Ends #1

Assalamualaikum..
こんにちわ
..



Image
Open House
Puan Aisyah UTHM Holdings Sdn. Bhd.


Image
 Yeah~ Kami2
Adik Aca, Aca, Fiza n Zack

Taken by me, oNie: 1 Sept 2012

Friday, September 7, 2012

Sore Eyes | 5 Days MC


Assalamualaikum..
こんにちわ..

Parodi Sore Eyes MC 5 Hari versi Nora Danish dan Adi Putra

Pernah tengok tak video kat youtube, video gedik Sore Eyes tu. Lau yang tak pernah tengok lagi kena tengok video yang ori dulu. Nanti baru la boleh tengok parodi2 yang lain. Sebab apa? sebab nanti tak paham kenapa dia ni nak kena buat macam ni. Kalau sebelum ni aku pernah tengok banyak video2 parodi yang ada dalam youtube. Kali ni ada parodi dari artis terkenal tanah air kita lak..hehe..
Tak habis tulis lagi aku dah rasa nak gelak. Dah2 jom layan parodi ala gedik ni. Pasti terhibur. JOM!


Image
Klik gambar ni untuk ke Youtube

Tuesday, September 4, 2012

Amalan Sunnah Yang Tidak Diketahui

Assalamualaikum..
こんにちわ..

Rahsia Garam
Image
Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kec
il oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .

.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Petua berdasarkan kajian

Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.


Sumber : Di SINI