Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Image

My Babe!

A single rose can be my garden. A single friend, my world. by Leo Buscaglia

Image

Heeeee~

I value the friend who for me finds time on his calendar, but I cherish the friend who for me does not consult his calendar. Robert Brault

Image

Welkam Dear Sis n Bro

I love jotting down ideas for my blog, so I doodle or take notes on all kinds of stuff that inspires me.

Image

Captured!

Life is like an ice cream. Enjoy it before it melts!

Image

Buddies

"Kami Buddies. Takkan Terpisah. Hee ” – DIGI

Image

KP

"Litang-pukang lari dari lipas, cantek kan banner kat atas. Haa?? ” – oNie

Tuesday, December 31, 2013

Hello 2014! Bye Bye 2013!

Assalamualaikum..

2013 kini akan melabuhkan tirai.. Sekejap je masa berlalu. Sekelip mata!


Image

Kata-kata yg dipetik dari FB Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah sangat memberi suntikan yg maksima untuk tahun2 mendatang supaya tahun 2014 adalah tahun yg terbaik dari tahun2 yg sudah. 

Moga thn 2014 jadi thn yg terbaik, seandainya kita bertemu Allah thn depan. Ramai org yg buat azam thn baru di awal thn. Ikut kajian, sekitar 95% yg gagal mencapai azam yg di bentuk. Antara tip utk menjayakan azam:
1. Doa sungguh2 & bentuk GAMBARAN yg jelas ttg matlamat yg ingin di capai. Kita bertindak ikut GAMBAR yg terbentuk dlm minda.
2. Lakukan perubahan secara berpakej agar JADI ORG BARU yg mampu mencapai azam yg di bentuk. Berubah secara pakej = murnikan hati, positifkan minda, betulkan setiap tindakan, tingkatkan ibadah, mantapkan & luaskan jaringan hub, tingkatkan penampilan & bentuk tabiat baru yg +ve.
3. Berterusan cari ilmu & sentiasa berdamping dgn majlis ilmu.
4. Cari support group yg berwibawa yg mampu bantu & dorong kita.
5. Tingkatkan disiplin diri & buang sifat buruk yg boleh sabotaj usaha kita utk berubah & capai azam yg di bentuk.
6. Bantu org lain utk capai azam mrk & Allah akan bantu kita utk capai azam kita.
7. Lakukan amalan baru selama 40 hari agar menjadi TABIAT.
8. Cari keberkatan REZKI (kerja rajin krn nak dpt rezki yg halal & redha Allah), ILMU (fahami, hayati, amalkan, dakwahkan & doakan guru) & MASA (ada masa utk kegiatan duniawi & ada masa utk amalan akhirat).
9. Bentuk modus operandi (rangka tindakan) yg jelas & praktikal.
10. Cari mentor/ penasihat yg dpt di rujuk bila ada masalah berkaitan azam yg ingin di capai.
11. Mesti seronok dgn perubahan yg di lakukan & azam yg ingin di capai. tanpa keceriaan, sukar utk berjaya!
12. Serasikan niat, doa, fikiran, lisan, tindakan & persekitaran utk capai kejayaan. Jika ada yg bertelagah, akan terbantut azam!
13. Jgn fikir langsung ttg kegagalan. In sya Allah takkan gagal!!!
14. Nilai pencapaian pd setiap tahap & lakukan penyesuaian mengikut keperluan agar tak terbantut azam.
15. Setelah mencuba yg terbaik, bertawakkal kpd Allah.


Moga Allah rahmati & bimbing kita mencapai azam yg di bentuk. Aameen, wassalam.

Saturday, May 18, 2013

Keseronokan Dalam Teknologi Pendidikan

Assalamualaikum..     
こんにちわ..

Siap satu blog yang baru dibangunkan. Cantik tak? Ada rupa macam blog aku x? Well..aku suka yang rupa cenggini je. Simple but nice! Tinggal nak masuk isi-isi kandungan je. Harap kadungannya sangat bermakna dan cepat penuh..

Boleh layari link di bawah..

Image
edutech4fun.blogspot.com

Thursday, May 16, 2013

TerINSPIRASI

Assalamualaikum..     
こんにちわ..

Cerita kali ni adalah mengenai kisah inspirasi aku.. kalau nak diikutkan banyak lagi kisah2 yang beri inspirasi pada aku. Tapi yang ni cerita yang masih lagi panas2 GORPIS. Gorpis tu goreng pisang..haha.. Teringat lak lecturer aku masa diploma dulu. Selalu guna contoh2 dengan perkataan gabungan pendek camtu masa mengajar..hee..

Image




Kalau dulu aku memang tak minat betul sejarah. Aku rasa sejarahlah subjek yang paling aku lemah. Sejarah la yang paling aku tak suka. Bukan cikgu2 takde ajar. Aku ada belajar sirah yang memang sejarah2 Islam. Ada jugak sejarah2 melayu bagai. Yela..subjek sejarah masa sekolah PMR SPM dulu ni. Tapi ada belajar sirah sebab amik PMRU dan SMU. Alasan utama aku tak minat sejarah sebab dari dulu lagi aku memang susah betul nak ingat fakta2 sejarah bagai nih. Banyak plak tahun2 aku nak kena ingat. Nama2 orang2 lama dsb..fuhh..banyak2.. <-alasan je="" p="" sume="" tu="">
Tapi sekarang ni aku sedikit terrrr inspirasi oleh orang2 sekeliling aku (Ada la sorang pensyarah aku ni dan jugak sorang kawan aku ni, minat betul dorang dengan sejarah. Seronok plak aku tengok dorang). Sebeb tu ada jugak la terdetik minat dengan fakta2 dan sejarah. Daripada aku nak ingat benda yang fantasi baik aku ingat yang realiti kan. Ada gunanya jugak dengan dengan belajar fakta ni. Berguna di masa depan kita..

Selamat Hari Guru 2013

Assalamualaikum..     
こんにちわ..


Image

Untuk semua GURU yang mulia, jasa kalian akan selalu kami kenang. Tetaplah menjadi pelita untuk anak bangsa..

Cikgu Umi
Cikgu Abah
Tadika masa 5 tahun(lupa nama skolah..eheh)
Tadika Abim Pgkln Chepa
SK Tapang
SMUA Darul Anuar
SMUA MM(P)PP
UDM(UNISZA)
UTHM
dan 
banyak lagi cikgu2 secara tak langsung

Terima kasih tak terhingga kerana saya telah menjadi saya pada hari ini.. :)


Sekali lagi..

Image

Wednesday, May 1, 2013

Wordless Wednesday :: Hari Pekerja

Assalamualaikum..      
こんにちわ..


Kata dari usahawan yang dikenali, "hari ni hari pekerja...semua pekerja CUTI. Tapi saya kena pergi kerja sebab saya bukan pekerja saya BOS kepada pekerja...semua bos-bos jom pergi kerja, bila semua pekerja kita sedang cuti."- Baharuddin Mohamed

Gitu la gamaknya kan. 
Kepada peniaga2, usahawan2, dan sesiapa je yang mahu kaya & berjaya di dunia & akhirat, 
JOM KERJA!

Friday, April 26, 2013

Don't Make Me Think!

Assalamualaikum..      
こんにちわ..
 

Image


Tengah cari buku ni.. Harap2 jumpa.. Kalau jumpa BAGUS! Kalau tak jumpa nak buat camne kan.. Direkomenkan orang macam aku untuk baca. Macam nak try baca tu yang nak cari. Katanya bagus untuk orang yang buat website macam aku ni. Baik luaskan pandangan, pengetahuan dan pemikiran!


Image

Whataya Want From Me?

Assalamualaikum..      
こんにちわ..

Salam Jumaat semua!! Hehe..macam biasa la aku nih. Bersawang naa blog ni baru kalut nak cuci! Jom kasi BERSIH!!

Yelah..sejak aku dah jadi student balik ni memang takde maknanya rilek2 lagi. Baru kau tau bz tara mana sambung ngaji tinggi2..haha! Tapi kali ni status aku lain sikittttttttt je. Aku orang yang bekerja. Tapi pada masa yang sama aku juga seorang pelajar. Maknanya? Aku kerja sambil belajar la.. Takpun belajar sambil kerja..haha..mana2 la kan. Dua2 pun aku buat.

Aku kerja sendiri je. Tapi tujuan aku kerja, satunya aku nak timba pengalaman. Duanya, aku nak jadi jootawati..haha.. Tiganya nak jadi uasahawan muda berjaya! Empatnya nak kerja sendiri. Limanya nak bina kerjaya sendiri. Enamnya nak tolong orang lain. Tujuhnya beri nilai pada orang lain. Lapannya sebab memang nak kerja. Sembilannya tambah network. Sepuluhnya mesti la nak sara diri dan belajar nih..hehe;p

Tujuan aku post entri ni lak sebab tanak kasi bersawang! Duanya tanak bagi kosong bulan april. Tiganya memang nak kena tulis gak apa2 entri baru.. Empatnya takkan la nak bagi blog aku ni sepi kan? Ye dak?

Image
Maaf! Gambar hiasan je..haha

Kan pasal sawang ni.. Ni la sawangnya :)

Friday, March 15, 2013

Freelance

Assalamualaikum..      
こんにちわ..

Semasa LI kerja aku mambangunkan website syarikat. Membuat penyelenggaraan website.  Update website.  Promosi website dsbnya. 


Image
Buddies Trip
Perlancongan dan Kereta Sewa


Selepas tamat LI pun aku tetap lagi dengan website. Tapi aku buat secara fulltime. Sebab tu je kerja aku time tu. Aku buat bisnes sendiri berdasarkan dari pengalaman aku. So, siapa2 je nak aku bangunkan website aku boleh buat. Sekarang pun aku masih lagi bangunkan website secara freelance walaupun aku bergelar pelajar semula.

Antara website yang telah dibangunkan dalam masa terdekat ni:


1) K-UTECH Edu Sdn. Bhd. 

2) Buddies Venture
3) Buddies Training and Consultant
4) Buddies Trip
5) Coach Bahar
6) Buddies IT Centre and Services (masih dalam pembangunan)


Untuk pertanyaan boleh dibuat melalui Buddies IT Centre and Services:


1) Hubungi HP: 013-901 0465

2) Hubungi pejabat: 07-453 5141
3) Emel: [email protected]

IT Expo UTHM

Assalamualaikum..     
こんにちわ..

Image
Sambutan hangat di IT Expo UTHM
Sebab dah dapat baucar buku..ramai la yang datang..
Samalah aku pun..hee

Bengkel Business Plan Canvas

Assalamualaikum..   
 こんにちわ..


Image
Sesi Bengkel "Business Plan Canvas"
bersama Coach Bahar

Berlansung di Shah Alam. Time ni aku datang untuk membantu (bantu sikit2 je..haha). Datang untuk belajar macamana Coach Bahar handle bengkelnya dan melihat sambutan bengkel ni.

Layari http://www.coachbahar.com.my

Siapa Kita 10 Tahun Lagi


Assalamualaikum..   
こんにちわ..

Image


"Siapakah diri kita 10 tahun lagi? Adakah kita akan menjadi seorang pengurus? Adakah kita akan tetap menjadi seorang kerani? Adakah kita akan menjadi individu yang lebih berjaya daripada hari ini? Pilihan semestinya ada di tangan kita, samada kita mahu ada peningkatan di dalam hidup atau 10 tahun lagi, kita terus-terusan berada di kedudukan kita sekarang."
- Hamirudin Hamidi

Buku ini akan merungkai jalan-jalan yang sepatutnya dilalui secara nyata untuk mencapai kecemerlangan pada masa akan datang. Tak rugi pun baca!

IMKK 2013

Assalamualaikum..   
こんにちわ..

Aku memang suka kumpul then buka cerita lama jadi entri baru kat blog ni. Sape2 follow aku memang dah tau la aku camne..(macam ramai je orang baca blog aku..kuang3). 

Aktiviti kali ni masa awal bulan Februari aritu. Program 4 hari di Setia Alam, Shah Alam. Jenuh nak cari tempat ni. Tak jumpa dalam gps..hehe.. Tujuannya adalah untuk menuntut ilmu dan ilmu tu bukan sebarang elmu. Jom aku share sikit (nak banyak? nak banyak nanti boleh join sendiri imkk tahun depan 2014 plak..hehe). 

Perkara yang paling penting dalam hidup kita untuk terus berjaya dan mencapai segala impian kita adalah menetapkan  MATLAMAT! Apa matlamat kita? Tentukan! Ambil pen dan tulis! Tuliskan segala apa yang kita hasratkan/hajati. Matlamat kita mestilah jelas. Nyatakan apa, bila, bagaimana, etc. 

* Ini pendapat aku dari apa yang aku pelajari, tuntut dan baca! Secara jujur, aku tak reti nak cerita balik sebab takut nanti tak sampai plak apa nak disampaikan. So, baik buat sendiri..hehe


Image
Tak boleh ketinggalan ambil gambar kat depan pintu..hehe

Image
Cover fail yang BERANI!

Image
Bila diberi peluang untuk ambil gambar..camni la rupanya..hee
(Termasuk aku :p )
Image
Gambar kenangan bersama Pn.Anita

Image
Nilah talent part time kat dewan tu..haha

Angin Melaka

Assalamualaikum..   
こんにちわ..

Sempat jugak aku pegi jalan2 kat Melaka.. Jangan tak tau..hee


Image
Sempat singgah tempat popular kuih keria di Melaka

Image
Rumah Perlis di Taman Mini Malaysia & Mini ASEAN, Melaka

Image
Zoo Melaka

* Aku ke Melaka sebab ada hal.. lau tak, tak sampai jugak aku..

Best Day

Assalamualaikum..   
こんにちわ..

Cerita seterusnya..



Image
Sweet xxth..hehe
Sweet ke lagi??


Image
Haa.. ni la tuan punya suwit xx tu..
Umur adalah rahsia..kih3 (rahsialah sangattt)

* Terima kasih banyak2 kepada yang beri ucapan hari lahir pada aku. Terima kasih juga untuk kek tidak kira kek real ke kek dalam gambar. TQVVVVVVM!

Buddies,
Tuan Punya Belog >_<

Masuk Opis

Assalamualaikum..  
こんにちわ.. 

Sebab dah free n bekerja sendiri secara fulltime selepas tamat LI, aku fokus kepada perkara2 baru (ada jugak yang lama..saja nak gempak! hehe..). Apa aku buat?

Image
Usaha menghabiskan buku2 ni..
Buku sendiri n buku pinjam
(sharing is caring  kannn)

Image
Set up opis kami BUDDIES a.k.a kemas2

Image
Meja aku..hehe

Image
Ni la tempat bekerja
Image
Baju kat belakang tu baju jualan oke..
Sape nak beli boleh gtau  Buddies Collection
Image
Taraa.. dua meja untuk dua orang je..
Staf lain sila angkat meja anda sendiri..hehe


Keroncong Yang Tidak Berbunyi Kini Kembali

Assalamualaikum..
 こんにちわ..

Last aku cakap tentang azam2 dan keberanian yang bakal terlaksana pada awal 2013 ni.. Bagaimana? Terlaksana atau tidak? Fikir2kanlah,, Renung2kanlah..hehe

Keroncong kini bergema kembali, begitulah yang selalu terjadi setelah sekian lama menyepi (perghhh..ayat xbole blaaa ;p). 

Aku pun baru sedar dah nak masuk 2 bulan rupanya aku tak tulis entri baru.. Busy sangat kot (bz lah sangattt..hee). tapi memang betol. Tak tipu ni.. Meh sini aku kongsi sikit aku buat apa..

Tahun lepas aku LI (Latihan Industri) dan baru je tamat betul2 hujung tahun 31 Disember 2012. Tu pun dah drag 3 hari lambat dari tarikh yang sebenar tamat LI. Sebabnya aku perlu bantu pihak syarikat untuk uruskan pendaftaran Program Persediaan Diploma UTHM kemasukan Jan 2013. Boleh tahan jugak la pendaftaran kali ni. Seramai 321 orang pelajar yang layak daftar untuk pendaftaran ni. Aku plak uruskan bahagian Fasilitator untuk Minggu Suai Kenal (MSK), sediakan bahan2 yang diperlukan untuk LDK yang akan dijalankan oleh fasilitator yang dilantik.

Suka kat sini aku cerita satu2 cerita dalam satu entri saja. Untuk cerita seterusnya akan aku ceritakan dalam entri yang seterusnya..hehe

Tapi aku share la sikit kenangan2 yang ada.. ;p



Image
Gambar muqaddimah..hehe
I'M BACK!


Image
Set up untuk bergambar beramai2
Image
Sebahagian pelajar Persediaan Diploma..
Eh sempat lagi bergambar ea..
Image
Sesi LDK
Image
Pada hari pendaftaran.. Urusetia n Trainer yang bertugas
Image
Eh terselit lak gambar ni..
Kaki melecet sebab jalan banyak sangat

Wednesday, January 2, 2013

BERANI 2013

Assalamualaikum..
こんにちわ..

Apa tu BERANI 2013? Bagi aku, aku anggap BERANI 2013 sebagai matlamat dan azam baru aku. Tapi hakikatnya ia adalah sebuah seminar yang dianjurkan oleh Richworks International Sdn. Bhd.. Seminar Dr. Azizan Osman. Free aje seminar ni. Apa2 pun banyak yg aku dapat dari seminar ni. Ia membakar semangat yg ada utk berubah dari tahun 2012 ke tahun 2013 yang lebih baik, kaya dan berjaya! Ada berani?
Seminar ni sebagai tambahan untuk Berani 2013 versi aku punya. 2013 adalah tahun yang bakal aku lakukan perbuhan dalam hidup aku. Pertama, aku dah tamat LI. So, maknanya aku dah tamat belajar walaupun hakikatnya aku belum abes sem.haha.. Kebetulan plak nak masuk tahun baru kan. Kedua, bermula la azam dan matlamat baru aku yang pelik2 tu dengan Berani 2013. Ada berani ka? Berani 2013 aku dah tersenarai masa Awal Muharam yg lepas lg, tp bakal dilaksanakan pd awal 2013. Amacam?
Berani 2013 bakal menjadi perubahan yg besar dalam hidup aku samada dalam kerjaya atau kehidupan. Tunggu dan lihat! Berani berubah! Berani bertindak!

Image
"Tanpa keberanian mimpi tidak akan menjadi kenyataan!" Afdlin Shauki, Soal Hati

BERANI 2013 dalam Nasi Lemak Kopi O: http://www.youtube.com/watch?v=1AX_DB0crMM&feature=youtu.be

 * Tapi kita tiada pilihan lain selain dari kaya dan berjaya di dunia dan akhirat!

At The End of 2012 :: LI

Assalamualaikum..
こんにちわ..

Yer..sekarang dah masuk hari kedua 2013 dah pun. Aku tau tu. Disebabkan kekangan yang aku hadapi sejak seminggu yang lepas, segala yang berkaitan dengan social network aku terpaksa tolak ke tepi dulu, fb, blog, twitter, sms bagai. Termasuk la kerja2 pembangunan laman web aku tu. Aku kena fokus pada kerja yang perlu aku tamatkan dalam masa beberapa selepas tu. 

Kawan2 yang lain tamat latihan industri dengan senang hatinya. Atau dengan kata lain, boleh bernafas dengan senang selepas lawatan kedua dari penyelia fakulti. Tapi aku? Aku makin sesak! Siang malam kerja. Sesak dengan tugasan2 yang perlu diselesaikan dengan cepat. Takut nanti tak sempat siap sebelum program berjalan. Tambah lagi dengan aku nak freekan masa 29hb tu. Sebab aku ada aktiviti lain selain hari Pendaftaran dan Minggu Suai Kenal (MSK) 30hb-31hb tu.

Banyak peristiwa MANIS2 belaka sebelum 2012 abes! Antaranya majlis penghargaan kami2 iaitu aku pelajar praktikal n staf yang tamat kontrak Mak Yah. Meh aku share gambar time tu. Check this out!



Image
Majlis Penghargaan a.k.a hari last aku kat opis

* Kena bagi ucapan sebab dah hari last praktikal, ntah apa terpacul kua dari mulut aku pun tatau la.