
Negeri Cina kepunyaan kami, Negeri arab kepunyaan kami,
Al-Islam adalah cara hidup kami, India milik kami dan kesemuanya milik kami,
Seluruh dunia adalah tanah air kami, Mentauhidkan Allah cahaya kami,
Kami sediakan roh utk menyambutnyaa, Dunia kan hancur tetapi tidak akan terpadam (keagungan kami) dari catatan zaman,
Bumi ini rumah peribadatan kami. Rumah yg pertama ialah ka’abah kami,
Itulah rumah pertama yg akan kami jaga, Akan kami jaga dgn hayat n roh,
Dibawah naungan Islam kami dididik, Kami bina kedaulatan Negara kami,
Alam Islam yg telah berlalu, Menjadi kebanggaan kebesaran kami,
Seruan muslim telah menyebabkan, Kegemparan dibarat kerana kemuliaan kami,
Katakan kepada langit sesungguhnya,Ketinggian kami melebihi bintang,
Wahai sejarah kau telah menguji dengan.. Api kesulitan keatas keazaman kami,
Taufan kebatilan gagal mengaramkan.. Kerana ketakutan kekuatan kapal kami!
Wahai naungan taman andalus, Lupakah kau yg kita pernah bersama,
Dan dahan-dahan serta sarang burung, Memenuhi kebangkitan perlembagaan kami,
Wahai dajla sudahkah kau tuliskan, Diatas pantaimu tanda-tanda kebesaran kami,
Ombakmu memberi sumbangan kepada dunia, Dan mengulangi mutiara sejarah kami,
Taman islam dan pohonya yang rendang, Darah kami telah membasahi tanahmu…


