Marilah Semua Atur Langkah Bersama Ansarallah! – Winter Gathering 2008. Selamat Berprogram!

Image

Marilah semua atur langkah bersama ansarallah
Marilah semua atur langkah bersama ansarallah

Dengan kekuatan ini kami datang,
Dengan keikhlasan ini kami berjuang
Dengan pengorbanan kami pasti menang
Dengan pengorbanan kami pasti menang

Continue reading

Ahlan Wa Sahlan Mujahid Dakwah Akh Amran!

“Burika laka fil Mauhub. Wa syakarta al Wahib. Wa ruziqta birrahu. Wa balagha asyuddahu”

“Maksud: Moga Allah memberkati si bayi, kamu mensyukuri Pemberinya dan bayi tersebut berbakti kepadamu” (Hadith Kelahiran). Amin

Dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ahad lepas, saya sekeluarga sempat menunaikan ziarah meraikan kelahiran mujahid dakwah Akh Amran. Sebetulnya beliau juga seperti saya pernah belajar di Melbourne Australia tapi kami tidak sempat bertemu satu batch di sana. Kami dipertautkan ukhuwah di Malaysia melalui AUSIS dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Ukhuwah Fillah.

Image

Image

Image

Jangan Kau Lalai Jangan Kau Lupa, Tugas Dakwah dan Perjuangan!! – Barakallahu lakuma

21 Jun 2008

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa ang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (at-Tahrim:6)

Akh Zul Alwi dan Ukht Mastura selamat bernikah di jalan dakwah tepat jam 232 petang dengan sekali lafaz. Barakallahu lakuma. Taman Bukit, Kajang.

Image

Image

Ma’a Taufiq Wannajah Fil Imtihan

Image

Ucapan ini saya tujukan kepada semua kenalan yang berada di IPT dalam negara dan luar negara (UK, Ireland, Rep Czech, Germany, France, Russia, USA, Canada, Mesir, Madinah, Jordan, Yaman, India, Korea, Jepun, Indonesia, Australia dan NewZealand).

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?” [QS 29:2]

Kita dituntut menguasai bidang yang kita berada sekarang.

Ma’a Taufiq Wannajah Fil Imtihan.

Salam Ukhuwah Fillah.

Ahlan Wa Sahlan Ash-Shifaa’!

Ini pula beberapa gambar yang saya ambil di http://thekhalifah.fotopages.com/. Kelahiran seorang lagi mujahidah dakwah pasangan Akh Dr Zairil dan Ukht Dr Firdahanis bernama Ash-Shifaa’ seberat 3.52kg dan 51cm di Perth, Australia pada 31 May 2008 yang lepas. Sebetulnya saya dan Dr Zairil kenalan yang sangat rapat ketika kami bersama-sama di Melbourne dahulu.

Saya menerima sms ketika Ash-Shifaa’ dilahirkan dengan penuh rasa kesyukuran dan rendah diri. Ya Allah, bimbinglah pewaris-pewaris kami di jalan dakwah ini. Amin

Kita berdoa:

“Burika laka fil Mauhub. Wa syakarta al Wahib. Wa ruziqta birrahu. Wa balagha asyuddahu”

“Maksud: Moga Allah memberkati si bayi, kamu mensyukuri Pemberinya dan bayi tersebut berbakti kepadamu” (Hadith Kelahiran). Amin

Image

Image

Continue reading

Ahlan Wa Sahlan Auni Insyirah!

Image

Khamis lepas, 12 Jun saya dan keluarga menunaikan ziarah kali kedua kepada pasangan Akh Lukman dan Ukht Hidayah Ismail. Kali ini di rumah mereka berlokasikan Kampung Lapan, Melaka.

Memang sudah menjadi budaya Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang mana akhawat yang berpengalaman akan membantu akhawat yang baru bersalin terutamanya dalam mengharungi pengalamannya kali pertama ini. Pernah di kawasan lain, akhawat akan membuat jadual bergilir-gilir setiap hari untuk menunaikan hak ukhuwah fillah ini.

Sudah tentulah pengalamannya berbeza drpd zaman sebelum. Bayi yang menangis laparkan susu, sakit, umi dan abi yang tidak lena tidur malam, dsbnya. Maka beruntunglah saudara saudari pembaca budiman sekalian bersama dalam gerombolan yang sanggup melebihkan orang lain daripada diri mereka sendiri ini.

Sesuai dengan ungkapan al-Banna kepada Ikhwanul Muslimin yang sangat menyentuh hati saya tentang takrifan ukhuwah ini:

/ “Yang saya maksudkan dengan ukhuwah (persaudaraan) ialah hati dan jiwa terikat dengan ikatan aqidah. Aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan bernilai. Ukhuwah adalah saudara iman, sementara perpecahan pula adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan dan tidak ada perpaduan tanpa kasih sayang. Darjat kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan jiwa terhadap saudara seislam (berlapang dada) dan darjat yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain daripada diri sendiri (ithar).”

Firman Allah swt:

“Dan sesiapa yang dipelihara daripada kebakhilan dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung”.

“Al-Akh yang benar merasakan saudaranya lebih utama daripada dirinya sendiri kerana sekiranya beliau tidak bersama mereka, sudah tentu beliau tidak akan bersama dengan orang lain. Sementara saudara-saudaranya, sekiranya tidak bersama dengan beliau, mereka tentu akan bersama dengan orang lain. Sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang terpisah daripada kumpulannya. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain diibaratkan seperti satu binaan yang saling kukuh mengukuh di antara satu sama lain”.

Firman Allah:

“Orang mukmin itu (lelaki dan wanita) sebahagiannya menolong sebahagian yang lain”

Sikap Beginilah Yang Sepatutnya Wujud Di Dalam Diri Kita”. / Risalah Ta’alim

Saya mewakili Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Melaka menyeru semua mendoakan Auni Insyirah yang dimasukkan ke Hospital Pantai 4 hari yang lepas akibat demam kuning yang tinggi. Alhamdulillah, sekarang sudah semakin reda.

Salam Ukhuwah Fillah

beberapa gambar lagi buat tatapan semua….

Continue reading

Kelahiran Mujahidah Dakwah Akh Lukman & Ukht Hidayah Ismail

“Burika laka fil Mauhub. Wa syakarta al Wahib. Wa ruziqta birrahu. Wa balagha asyuddahu”

“Maksud: Moga Allah memberkati si bayi, kamu mensyukuri Pemberinya dan bayi tersebut berbakti kepadamu” (Hadith Kelahiran). Amin

Saya menerima berita gembira melalui sms daripada sahabat rapat tepat jam 7:24 petang tadi berbunyi “Alhamdulillah zaujah ana selamat melahirkan puteri pertama kami seberat 2.48 kg pada jam 7.07pm di Hospital Pantai, Ayer Keroh Melaka. Terima kasih di atas doa dan sokongan semua.”

Saya sekeluarga bergegas ke hospital selepas maghrib tidak sabar meraikan kelahiran mujahidah ini.

Image

Image

Rehat Bagi Da’i Adalah Bukti Kelalaiannya

Image

Ini pula kerehatan kami sekeluarga pada hujung minggu lepas:

Continue reading

  • Mutiara Kata

    Sesungguhnya perjalanan seorang daei itu sangat panjang dan melelahkan. Ketika itu org lalai akan hairan melihat daei menyengsarakan diri dlm kelelahan & bertanya "sampai bila kau akan melelahkan diri?". Dijawab daei dgn pasti, "sebenarnya aku mengharapkan pengistirehatan (syurga)" al-Fawaid-Ibnu Qayyim
  • My Nasyeed


    Image
Design a site like this with WordPress.com
Get started