Kemuncak Siri Seminar Peperangan dan Kesengsaraan Umat Islam Iraq

Masjid Wilayah, Jalan Duta: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) akan meneruskan misi kemanusiaan dengan membawakan jelajah seluruh negara tentang isu perihal penderitaan dan kesengsaraan ummat Iraq hari ini. Pada ketika ini, siri jelajah ini telahpun berhenti di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor manakala tanggal 26 Julai ini, kemuncak siri jelajah ini akan menjayakan seminar sehari suntuk di Masjid Wilayah KL dengan perasmian dijangkakan akan dilakukan oleh Timbalan Menteri Luar Negeri, YB Datuk Abdul Rahim Bakri. Berita lanjut dan pamplet untuk edaran boleh didapatkan di sini.

Image

Dengan itu, sidang pembaca yang terlepas siri jelajah sebelum ini adalah dijemput hadir bersama dalam majlis ini.

Continue reading

Perkhemahan Belia Islam Nasional 2008 – Meraih Ukhuwah, Menuntut Amal, Melakar Sejarah

Image

Image

Tanggal 18 Julai – Taman Rekreasi Kampung Guar, Kuala Kangsar.

Mekah, Madinah, UK, Jepun, US, Mesir, dan Malaysia bersatu, Engineer, Akauntan, Officer, Ustaz, Doktor, dan Student bertemu lagi, meraih ukhuwwah yang jauh dan dekat, menuntut amal yang bersungguh-sungguh dan istiqamah, melakar sejarah baru dan berkekalan, di dalam Mukhayyam Pembina Nasional 2008.

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.”

(QS Ali Imran 3:110)

Amin.

Continue reading

Azzam Muhammad Fauzi Asmuni

“Burika laka fil Mauhub. Wa syakarta al Wahib. Wa ruziqta birrahu. Wa balagha asyuddahu”

“Maksud: Moga Allah memberkati si bayi, kamu mensyukuri Pemberinya dan bayi tersebut berbakti kepadamu” (Hadith Kelahiran). Amin

Image

Saya menerima email pada pukul 7.08 pagi dengan penuh kesyukuran dan rendah diri. Kelahiran seorang lagi mujahid dakwah. Inilah bukti ukhuwah dan budaya yang sepatutnya wujud dalam diri kita.

Continue reading

Gambar Kenangan Hari Keluarga ISMA Melaka & Program Iraq di MMU

Beberapa gambar di bawah ingin saya kongsikan dengan semua sempena Hari Keluarga ISMA Melaka dan Program Iraq yang lepas.

Image

Image

Semoga bermanfaat dan dicenderungkan ke arah kebaikan.

Ni’ma ajru ‘amilin..

Semoga diberikan balasan sebaik-baik orang yang beramal

Continue reading

Iraq – Antara Semalam dan Hari Ini

Image

Multimedia University, Melaka: Tanggal 15 Julai 2008, Masjid al-Irshad, Universiti Multimedia Melaka bakal mencatat satu lagi sejarah apabila menganjurkan taklimat penerangan isu Iraq hasil kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Melaka dan Kelab Sejarah, MMU. Seminar yang bermula seawal jam 8 malam ini akan membawakan secara langsung berita-berita dan statistik terkini oleh speaker yang diterbangkan khas dari Iraq.

Continue reading

Hari Keluarga ISMA Melaka 2008

Image

D’Ceria, Pengkalan Balak, Melaka: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Melaka akan menganjurkan Hari Keluarga Siri 2008 pada hujung minggu akan datang , 12 dan 13 Julai 2008 bertempat di D’Ceria chalet, Pantai Pengkalan Balak, Melaka.

Continue reading

Seminar Jati Diri Muslim – Antara Semalam dan Hari Ini

Image

Multimedia University, Melaka: Tanggal 5 Julai 2008, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dengan izin Allah telahpun berjaya menganjurkan seminar “Jati Diri Muslim” hasil kerjasama dengan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Melaka dan Institusi Usrah Football Club (IUFC), MMU Melaka.

Image

Continue reading

  • Mutiara Kata

    Sesungguhnya perjalanan seorang daei itu sangat panjang dan melelahkan. Ketika itu org lalai akan hairan melihat daei menyengsarakan diri dlm kelelahan & bertanya "sampai bila kau akan melelahkan diri?". Dijawab daei dgn pasti, "sebenarnya aku mengharapkan pengistirehatan (syurga)" al-Fawaid-Ibnu Qayyim
  • My Nasyeed


    Image
Design a site like this with WordPress.com
Get started