Jumaat, 6 November 2009

Jom Gubah semula bunga di pasu...

Salah satu hobi saya dimasa lapang ialah menggubah bunga. Untuk menggubah bunga, tak perlu bersusah paya membeli bunga baru di kedai. Cukup dengan mengkitar semula bunga-bunga yang sedia ada di rumah kita. Sebaiknya...buangkan lah dulu habuk-habuk dengan mencuci bunga-bunga tersebut..kalau rasa ok saja...ambil saja duster..untuk membuang habuk yang ada.....
Image Sebelum menggubah semula bunga anda, pastikan ada pasu yang bersesuaian
untuk sudut yang kita kehendaki. Dan bersesuaian dengan bunga yang kita ada.
Image Seterusnya...masukkan span hijau ini untuk memudahkan kerja mencucuk bunga. Boleh juga digamkan span supaya tidak bergerak lagi...

Image ok...proses menggubah bermula...cucukkan ranting di belakang sekali...pastikan ranting cukup tinggi dan seimbang dengan pasu yang digunakan

Image Masukkan ranting pelbagai warna untuk menceriakan lagi gubahan.

Image Kemudian, cucukkan ranting assesori untuk mempelbagaikan gubahan bunga.

Image Proses berikutnya adalah..proses menyusun bunga...Cucuk bunga dalam tiga peringkat yang berbeza...tinggi , sederhana dan rendah...Pastikan susunan seimbang.

Image Kemudian, masukkan bunga kedua yang kecil sedikit dari bunga pertama.. Susun bunga menghala ke atas untuk mengimbangi gubahan bunga. Sama seperti bunga pertama, bunga kedua juga perlu disusun seimbang supaya gubahan tidak nampak berat sebelah.

Image Proses ini...bunga ketiga digubah dicelah-celah bunga pertama. Pastikan
juga bunga yang dicucuk seimbang .

Image Langkah terakhir....cucukkan daun di sebelah bawah dan belakang...pastikan daun menutupi bahagian span supaya nampak lebih kemas.

Image
gubahan bunga yang telah siap.
Ok ....senang saja kan...selamat mencuba,....!!!!









Selasa, 3 November 2009

Membuat bekas hantaran.

Baru ni saya diminta untuk menyiapkan hantaran untuk anak sedara yang akan bertunang..Jadi perkara pertama yang saya lakukan ialah membuat servey di kedai menjual alatan perkahwinan di Jalan Kuala Kangsar di Ipoh ni. di situ kita boleh mendapat berbagai idea dan dapat merangka budget yang diperlukan.. samada yang berkos tinggi atau sederhana.
Image Pilihan kakak yang anaknya bakal bertunang ialah bekas kos sederhana.. Jadi saya memilih bekas plastik ini untuk menjadi bekas hantaran. Ada pelbagai saiz, jadi kita perlu tahu apa yang hendak kita masukkan ke dalam bekas ini.
Image Langkah pertama yang saya lakukan ialah membentuk dulu bekas plastik ini. ( Dijual dalam bentuk kepingan ) Bagi sesiapa yang tiada pengalaman tidak perlu risau kerana senang sekali membentuk bekas plastik ini. Kemudian saya melekatkan reben putih seperti di atas....
Image Reben dilekatkan secara bersilang lebih kurang 1/4 dari permukaan kotak plastik.


ImageKemudian...lekatkan pembalut untuk mendapatkan corak pada bekas. Ada banyak pilihan dijual di kedai alat-alat perkahwinan. kerana saya memilih tema biru..jadi saya memilih kertas ini.



Image Hasilnya lebih kurang begini apabila telah dibalut.




Image Peringkat ini saya cuba memadankan bunga yang sesuai untuk kotak ini.





Image Akhir sekali saya melekatkan renda untuk kemasan akhir dan lace untuk kemasan bawah






Image
Inilah hasilnya..... ok selamat mencuba.






Sabtu, 24 Oktober 2009

BaTIK...WARNA DUA LAPIS

Image Pada peminat-peminat batik...mereka boleh memilih samada ingin warna selapis atau warna dua lapis...
Image Untuk mewarnakan batik dua lapis...warnakan dulu batik seperti biasa..dengan warna lapisan pertama. Anda dinasihatkan mewarnakan dengan warna-warna yang muda supaya warna kedua lebih mudah masuk..

Image


Image Biarkan dahulu lapisan warna pertama kering..



Image Kemudian tambahkan corak atau motif yang dikehendaki...


Image Masukkan warna lapisan kedua...untuk mendapatkan corak yang lebih ekslusif.

Image Kita perlu bijak memilih warna yang sesuai...supaya hasilnya lebih menarik.

Image
Hasil terakhir....satu hiasan dinding yang ekslusif.






Jumaat, 16 Oktober 2009

Mengait.....projek baru..

Image Baru-baru ni sewaktu mengemas, terjumpa sebuah buku mengandungi patern-patern untuk mengait jarum satu. Aktiviti ni sudah lama saya tinggalkan. Sedangkan di zaman remaja ia salah satu aktiviti yang paling disukai. Malah dapat menghasilkan berbagai alas meja , pakaian anak dan selimut anak serta sebagainya...
Image Sebenarnya saya terlintas nak mengait kerana terkenangkan zaman semasa menanti keputusan SRP dulu.. Pengisian masa di sekolah sebelum cuti dipenuhi dengan mengait benang untuk dijadi kan shawl, alas meja dan sebagainya. Malangnya anak-anak gadis sekarang bagai tak tahu nak buat apa dengan masa yang terluang.....
Semasa mengawas kelas Pasca PMR, saya dah war-warkan kepada pelajar yang berminat nak belajar, supaya membeli benang dan jarum, dan saya boleh ajarkan.... Kalau mereka berminat.......

Khamis, 15 Oktober 2009

Warna Latar.

Image
Sebenarnya kita boleh mewarna mana-mana bahagian dulu di dalam proses mewarna batik. Oleh kerana memilih untuk mewarnakan motif dahulu.. jadi seterusnya saya mewarnakan latar belakang atau background untuk batik saya ini.
Image Warna untuk latarbelakang sebaiknya biarlah kontra atau berlawanan dengan warna motif supaya motif lebih jelas dan timbul..

Image Gunakan berus yang bersesuaian supaya warna tidak merebak di kawasan lain. Berus yang tirus dan tajam di hujung agak sesuai berbanding dengan berus yang lebar .


Image Kita boleh memilih untuk mewarna satu warna atau pun dua warna untuk latar. Saya lebih suka mengggunakan dua warna yang harmoni tapi kontra supaya tidak menimbulkan kebosanan.



Image Rama-rama adalah unsur kontra dalam rekaan. Untuk menimbulkan satu unsur yang berbeza. Warnakan dengan warna yang kontra dengan warna latar.

Image
Hasil akhir warna latar.

ImageBagi sesetengah pembatik, karya ini boleh dianggap sebagai sebagai telah siap.Tapi sekiranya inginkan kelainan kita boleh menambah lilin dan mewarnakan lagi batik ini.







Rabu, 14 Oktober 2009

Mewarnakan Batik.

Image Proses seterusnya dalam membuat batik lukis / canting ialah mewarnakan batik.....
Image Warna yang digunakan adalah warna yang khas digunakan untuk melukis batik... iaitu remazol

Image Untuk memudahkan proses mewarna, sapukan dahulu air di bahagian yang ingin dilembutkan warna. ( Warna boleh dimudakan dengan menambahkan dengan air.)

Image Gunakan berus yang sesuai supaya proses mewarna menjadi mudah dan warna tidak terkeluar dari lilin yang dicanting.

Image Menyapu air sebelum warna disapukan...

Image Tone warna yang baik boleh menghasilkan batik yang cantik.
Image Warna yang baik memberi hasil yang cantik.
















Selasa, 13 Oktober 2009

Cenderahati untuk Kak Norini..... Batik hiasan dinding.

20 hb Oktober 2009 bakal tiba ini adalah hari persaraan bagi seorang kawan malah lebih sebagai seorang kakak..... Dan aku pun terfikir untuk menghadiahkan beliau sesuatu. Batik hiasan dinding.... aku pasti beliau mesti gembira..

Image Langkah pertama untuk membatik canting ialah memanaskan lilin....( lilin dan rosin). Tahap kepanasan mestilah betul-betul panas bagi mengelak kita mencanting lilin yang sejuk di atas kain.
Image Proses kedua adalah menyediakan kain.... untuk dicanting. Kain mestilah diregangkan untuk memudahkan kita mencanting...... Untuk mendapatkan latar belakang selain putih...hanya sapukan dengan warna yang dikehendaki tetapi warna mesti nipis. ( campuran air dengan banyak dalam warna )

Image Seterusnya..proses mencanting. Bagi yang memerlukan corak atau idea... Idea boleh diambil dari alam semula jadi, seperti flora dan fauna. Motif-motif mudah seperti bunga boleh diolah mengikut kreativiti masing-masing. Motif juga boleh diolah dari rupa geometrik.. Atau gabungan motif alam dan geometrik..
Image Motif flora dan fauna ...tetap ada peminatnya.

Image
Untuk mereka yang baru mencuba untuk membatik....anda dikehendaki menekap corak di atas kain menggunakan pensil...Kemudian barulah diikuti dengan canting.

Image Close-up....signature...
Akan bersambung ..untuk proses mewarna.....




Isnin, 12 Oktober 2009

sejambang bunga di sudut rumah...

Image Memahami tentang asas seni seperti warna, jalinan, ruang dan prinsip-prinsip rekaan seperti harmoni, keseimbangan, kontra dan lain-lain.... memudahkan kerja menyusun bunga. Dan yang lebih perlu adalah kreativiti supaya susunan lebih menarik.

Ahad, 11 Oktober 2009

Secalit warna bermula....

Image Hari ini saya mulakan blog ini...khusus untuk peminat warna dan seni.....