Wednesday, September 24, 2014

Cakap Bisnes 3 : Lagi Ramai Pesaing,Lagi La Saya Suka!

Beruntungnya saya disebabkan ayah yang sangat supportive dalam dunia perniagaan. Walaupun beliau tidak ajar saya secara lansung,dia selalu suruh saya naik ke KL dan jumpa kawan-kawan dia yang lejen!

Saya jumpa seorang taukeh besar di Lowyat,senang cerita,kedai-kedai kecil di Lowyat yang dimiliki oleh Pakistan,semua ambil stock dengan dia. Pagi-pagi Paki-Paki ini beratur depan Ofis dia untuk ambil pricelist terbaru untuk kemaskini harga dan stock. Bukan itu saja, kedai-kedai Online yang murah-murah hampir kesemua ambil stock dengan dia. Jadi,atas pertolongan ayah saya,saya dapat berjumpa dan belajar dari taukeh ini. Namanya T.

Em,ketika berborak dengan dia saya sebenarnya dalam keadaan bimbang. Mana tidaknya, syarikat IT paling besar di Malaysia sudah mula buka di KBMall,jadi pesaing saya sangat besar sekarang. Saya tanya nasihat T,macamana dia boleh lawan syarikat tersebut.

T : Kenapa you mahu takut?
Saya (S) : Ya lah,nanti dia curi semua pelanggan saya ma~
T : Aiyo,tak perlu takut. Sepatutnya,u patut terima kasih kepada dia.
S : Kenapa?
T : U try imagine,kalau satu Mall u seorang yang punya. Pelanggan takkan ramai sebab u sorang. Tapi kalau ada banyak kedai,mesti ramai orang datang sebab orang suka survey-survey. Masa dia survey, u tangkap la masuk dalam poket!
S : Oh,betul juga
T : Lagipun, ada mungkin pelanggan kedai itu datang kedai u beli sebab tak puas hati layanan ma. So, u patut happy bila banyak kedai buka,bukan takut. U mesti lawan itu orang,bukan tarik diri!
S : Em,betul!

Sebenarnya nasihat T bukanlah pertama kali saya dengar dari kawan-kawan bangsa Cina,tetapi sudah berkali-kali. Itulah perbezaan orang Melayu dan Cina,orang Melayu dalam bisnes kita takut untuk bersaing tapi orang Cina sangat suka bersaing.

Dan saya matikan post kali ini dengan;

Teruk-teruk orang Cina dalam bersaing,dia turun harga,simbah cat merah saja.
Teruk-teruk orang Melayu dalam bersaing,dia panggil bomoh siam!

Sunday, September 21, 2014

Cakap Bisnes 2 : Tips Lompat Kerja

Budaya lompat kerja adalah sesuatu yang normal di Malaysia,atas sebab inilah mereka yang ada master sangat susah diterima masuk ke mana-mana syarikat.

  1. Gaji mesti tinggi
  2. Mesti tidak loyal sebab kemungkinan dapat offer lagi tinggi
Em,bagi saya lompat kerja tidak salah kalau kena dengan cara dan sebabnya. Cuma,apa yang saya nampak dan ingin saya nasihatkan;

Jika gaji yang ditawarkan di tempat baru itu berbeza hanya RM100 hingga RM500,jujur saya kata, tidak berbaloi untuk anda lompat kerja. Hal ini kerana ;
  • Kita tidak tahu lagi suasana kerja di tempat baru,mungkin lebih teruk dari yang sekarang
  • Kita tidak tahu kemampuan majikan baru. Kemungkinan bila kita lompat,gaji besar hanya janji manis tapi bila lompat,3 bulan gaji tak mampu dibayar!
Jadi,fikir dulu sebelum lompat. Anda boleh ambil kira perkara-perkara di bawah sebelum buat keputusan untuk berhenti kerja dan bertukar ke tempat baru;

  1. Servey suasana kerja dengan mereka yang sudah berkerja di sana
  2. Google nama syarikat anda dan kemungkinan keluar komen-komen buruk manis tentangnya
  3. Check kewangan syarikat baru yang anda ingin masuk,pastikan cashflownya berjalan lancar
  4. Perhalusi Job-Scope yang anda perlu buat sebelum anda dikambing hitamkan
Jadi,selamat jadi kangaroo~



Tuesday, September 9, 2014

Cakap Bisnes 1 : Perangai Dua Kaum

Hello,Hello,Test 123,Test..

Ehem..

Bismillah.

Saya sekarang berkerja di Monaliza,Family Company,yang fokus pada dunia IT. Bila sebut dunia IT, atas-atas kita hampir kesemuanya orang Cina jadi saya memang berkawan baik dengan orang Cina.

Cerita semalam. Saya ke KL atas 1 presentation dengan pihak Apple dari pukul 1230 hingga pukul 230. Flight saya pada pukul 9 malam. Saya tidak ingin bazirkan masa saya di KL,jadi saya mesej supplier saya,Cina,secara mengejut;

"Bro,Im in KL now. If you want to meet me,come to Subang Airport from 5 oclock."

Supplier terus Call. 

"Bro,im in meeting now but I will do something to meet u!"

Pukul 7 dia sampai di airport dan kami berurusan.

Ini perangai kaum pertama.

Cerita sebelum itu,saya didatangi satu mesej perkenalan dari seorang lelaki Melayu,menerangkan pasal syarikat dia yang buat item X. Katanya,syarikat dialah satu-satunya syarikat Melayu yang buat item X. Ya,saya setuju. Dia ingin berjumpa dengan saya tapi disebabkan saya berada di KL,saya suruh dia jumpa hari ini (Selasa). Pagi tadi dia mesej;

"Salam tuan,bila boleh jumpa?"

Saya jawab pukul 5.

"Pukul 5? Tak boleh ke awal sikit sebab saya habis kerja pukul 5."

Lepas itu saya tak reply.

Eh Cerahjeff,betul lah apa dia buat,tak ganggu kerja dengan kehidupan.

Em,mungkin betul tapi pada pendapat saya yang berbisnes,tindakan itu tidak betul. Sebagai supplier, mereka yang kena betulkan masa mereka berjumpa dengan customer mereka. Kami yang ingin keluarkan duit,tolong mereka jual barang mereka,jadi mereka kena ikut jadual kami.

Jadi,ini perangai kaum ke-dua.

Kepada pro-Melayu,saya tulis post ini bukan sebagai kutukan,tetapi sebagai teguran.

Terima kasih.

Tuesday, December 10, 2013

Tetamu Yang Tidak Diundang Bahagian 3

Malam itu kami tidur di bilik lain,di Wing lama supaya jika ada masalah,senang panggil orang lain. Saya yang biasanya kena tidur tutup lampu,terpaksa tidur dengan semua lampu terbuka kerana ketakutan. Hati sentiasa resah,rasakan ada sesuatu sedang mengekori.

Malam yang sangat panjang kerana tidak boleh tidur.

Pagi itu saya bangun dengan mata yang sangat segar dan sangat bertenaga,saya ingin ke tempat kerja dan kerja dengan ceria. Tapi entah mengapa, bila tiba di meja makan untuk makan pagi,saya tiba-tiba mengantuk dan tidak bertenaga. Dan saya tiba-tiba menangis.

Abah yang berada di tempat kejadian menyuruh saya rehat dan tidur.

Bila saya bangun tidur,saya dapat tahu sepupu saya kemalangan dan ada di rumah saya. Dia dan saya dibawa berjumpa dengan seorang ustazah untuk berubat.

Sepanjang perjalanan,memang saya mengantuk,sangat mengantuk.

Bila dibacakan ayat-ayat al-quran oleh Ustazah dan dimandikan air cuka,saya menjadi segar.

Bila ditanya Ustazah apa yang mengganggu saya,jawapan Ustazah sama dengan Ustaz sebelum ini, ada benda yang 'mematuk' saya. Cuma,kali ini ada benda yang terpikat pada saya dan lepas dibacakan ayat Al-Quran,benda itu sudahpun pergi. Yang tinggal hanyalah 'bisa'.

....

Monday, December 9, 2013

Tetamu Yang Tidak Diundang Bahagian 2

Malam itu saya tak dapat tidur walaupun tidur ditemani adik-beradik. Isteri saya ketika itu berada di Kuala Lipis,pulang menemui keluarga untuk berehat. Tiada siapa yang sangka perkara sebegini akan terjadi kepada saya.

Esoknya saya bangun,mandi ditemani oleh umi. Pintu tidak tertutup,seperti kanak-kanak mandi ditemani ibunya. Hati saya serabut,resah,sedih dan gembira. Ya,saya pun tidak tahu apa yang saya rasa. Tiada kata yang dapat saya gambarkan,apa yang saya tahu,saya tidak tenang.

Petang itu,abang bawa saya jumpa dengan seorang Ustaz di Wakaf Bharu.

Saya ceritakan apa yang berlaku dan beliau suruh saya duduk berlunjur ke hadapan. Ustaz mula menekan sendi-sendi saya,saya meraung kesakitan. Entah,saya tidak tahu sebab sakit ditekan atau apa,yang saya tahu, tekanan itu sangat sakit.

Kata Ustaz,ada benda yang mengikut saya,Hantu Raya. Bagaikan ular yang menunggu mangsa untuk dipatuk, begitu juga Hantu Raya yang merasuk saya. Bila saya buka sahaja pintu -PAP!- Dipatuknya.

Selesai berubat,saya pulang ke rumah. Saya pun tidak tahu samada sudah sembuh atau tidak,mungkin perasaan takut yang ada sekarang adalah perasaan trauma atau,mungkin juga saya belum sembuh.

Bila difikirkan semula apa yang saya nampak di dalam bilik itu,entah,saya pun tidak tahu. Tapi saya rasa apa yang saya nampak ialah;

Saya sendiri yang sedang menunggu saya

Malam itu isteri saya sampai di Kota Bharu,dia balik dan terus mendakap saya. Menangis minta maaf kerana tiada di sisi saya ketika saya diuji.

Dan..

Cerita ini belum tamat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...