Sejak kahwin ni, dah lama tak menulis blog. Menulis dari hati. Meluahkan apa-apa keinginan. Sejak ada Instagram dan Tweeter aku perasan dah jarang orang-orang yang dulunya rajin update blog, lagi rajin update Instagram dan Tweeter. Maklumlah, Instagram pun life journey jugakan.
Kahwin. Kalau orang tanya lepas kahwin seronok ke tak, aku jawab..orang gila pun kata kahwin tu seronok. Jadi janganlah tanya soalan tipikal untuk niat beramah mesra. Tanyalah macam mana kenduri. Macam mana arrange masa. Aku nak jawab pun tak terkulat-kulat. Apa pun menjadi teman sebilik kepada dia adalah kenangan terindah dalam hidup aku. Haha. Gaduh-perang mulut biasalah. Maklumlah aku ni kan tak penyabar. Lepas tu suka melawan. Bersyukur dapat dia yang sentiasa sabar melayan ketidak sabaranku. Walaupun tak sempurna tetapi saling melengkapi. Aku tetap kata dia sempurna sebab yang saling melengkapi itu yang menyempurnakan kehidupan suami-isteri. Lelaki paling penyabar pernah aku jumpa 🙂
Kerja. Aku balik 4.30 pm. Memang aku pilih balik awal. Senang. Kalau dia balik awal, boleh aku spend masa di rumah. Tapi tak ada lah hari-hari aku balik awal. Kadang-kadang ada juga 6.30 pm baru buka pintu kereta nak balik rumah. Kerja macam biasa walaupun ada masanya aku kecil hati juga dengan budak-budak office sebab macam-macam benda yang aku tak faham fikrah derang. Sebab tu aku tak ambil port sangat untuk bersosial. Aku memang tegas kat office. Kalau aku rasa benda tu salah, aku cakap salah. Aku tak suka nak berputar belit. Kalau rasa boleh buat, buat. Tak yah ko nak pusing bagi tahu itu ini etc. Cakap je kau malas nak buat! Aku paling tak suka orang lembap buat keje, orang senyap yang tak kena tempat dan orang yang sambil lewa. Mungkin 2,3 bulan aku boleh terima. Tapi kalau dah lama kualiti masih di takuk lama, aku malas nak layan. Lantak engkau lah. Kadang-kadang aku tak faham benda yang simple pun nak tanya bos. Walhal bos banyak lagi kerja lain nak buat. Bos pula selalu mengadu pasal yang senior officer ni buat kerja bla -bla-bla which is semua dia nak cater. Aku nak kata apa lagi. Senyum je lah. Sebab aku dah bosan!!!!! Benda yang sama masih berlaku setelah hampir 2 tahun kerja di bawah satu bumbung. Entahlah, walaupun orang kata kita kena help each other, itu teamwork. Tapi agak-agaklah teamwork kebenda kalau benda paling simple pun jadi macam tu. Sebenarnya aku tak nampak teamwork dalam research group aku. Masing-masing buat kepala masing-masing. Termasuklah aku. I means, bila orang buat derk, tak kan aku nak pergi menyibuk. Working culture in my office tak berjaya upgrade ke level yang diharapkan. Â Aku dah tunjuk jalan, bagi hint, bagi contribution tapi lepas juga dari pandangan. Kadang-kadang sakit hati coz, benda yang sepatutnya perlu rujuk & bawa berbincang dengan aku tak buat. Bila aku nampak senario macam tu, aku buat tak kisah terus. Tapi bila aku fikir kena tunjukkan jalan kat derang ni, terpaksalah tebalkan muka. Bos pula suruh perturunkan ilmu..tapi nak turun macam mana kalau orang tu tak pernah tanya & minta bantuan. Working culture kat sini yang aku tak suka ialah, buat kerja tu kerana terpaksa, enforcement kena ada. Tipikal rakyat malaysia. Bila minta baru nak bagi. Bila tanya baru nak bagi tahu. Kalau tak ketuk, tak buatlah. Then itu ke namanya team work?????? Team work ni kita saling membantu & saling ingat. Aku tak pernah nak judge orang dan kutuk2 kalau tak pandai. Tapi ada effort, rajin tanya, proaktif, aku layan orang tu. Hmmm, tak taulah. Karang kalau kita asyik salahkan orang, orang kata kita tak nampak kesalahan sendiri. Asyik nampak salah orang je. Tapi itulah, penyudahnya aku yang muhasabah tanya ” AKU KE YANG TERLALU AMBITIOUS ATAU CEREWET”
Sekolah. Bila dah environment kerja macam tu, aku nak back to school. Pursue my PhD. Mak tak bagi pergi oversea. Aku pun tak kisah sangat sebab parents tak pergi haji lagi. Kalau aku pergi tahun 2015, nanti terlepas peluang nak hantar derang. Anyway aku prepare je mana yang patut. Alhamdullilah dapatlah feedback satu Brisbane, satu lagi Notts Semenyih. Cuma belum interview dan get more serious. Aku cuak juga nak sambung sebab aku beria-ia sedangkan giliran aku belum tiba. Tapi bila fikir environment kerja yang i gain nothing lepas boss besar naik atas, I think I should move. Cari ruang & peluang yang mengembangkan kemahiran dan bakat aku. Hmm istikarah pula tak buat lagi.