I thought my plan went out with Eda to KLCC was cancelled. Btw, we make it today. At 12 she called me and we met at Serdang. Something happenned with Eda’s car. Luckily KA was here to helped us. After settled down everything, we straighted to KLCC.
Bila dah jumpa Eda banyak sangat updated story. Most of the thing we shared together. From relationship to research, family and..bla..bla… Haruslah macam tu. Eda akan balik ke Lawas Selasa ni. Lepas ni entah bila boleh jumpa.
Jumpa hari ini aku dapat idea menarik.
1. Mahu ikut Eda buat sampling di Lawas.
2. Research project related too marine area.
Secara jujurnya tak pernah pergi KK. Tapi entah kenapa mentol kepala menyala beri cadangan pada Eda untuk serta dia buat sampling sekitar Lawas. Eda cuma bayar transport (guna duit geran je) . Sara hidup aku tanggung sendiri. Sebenarnya saja nak merasa pengalaman jadi marine people and enviromentalist. Eda awal-awal lagi dah cerita bimbang aku tak tahan buat sampling. Terdedah pada panas. But I don’t care. Topi kan ada. Ala..aku ni bukan sun burned teruk macam orang lain. Selama hari ini mandi berjam atas laut pun tak terbakar sangat. Walaupun kulit aku agak sensitif. Tapi bila bab2 terbakar dek matahari dia ok pula. Harap dipermudahkan idea ni. Insya ALLAH selepas research aku siap.
Marin satu bidang yang menarik terutama bagi mereka yang cintakan alam semulajadi. Sebelum ni aku tak cenderung sangat kepada bidang ini. Sekadar tahu dan gemar menikmati keindahan pantai. Itu saja. Sekarang bila Eda dah bercerita tentang bidang dia, buat aku tertarik. Tapi tak bermakna nak tukar bidang. Apa yang aku nampak di sini aplikasi bioinformatik dalam marin. Yes, aku dah nampak apa yang boleh buat bersama dengan Eda. Tapi terlalu awal untuk diceritakan. Tambahan ilmu pun tak penuh di dada. Tapi perancangan tu sudah ada. Insya ALLAH…dengan usaha, doa dan tawakal..moga jalan dipermudahkan..Amin π
Relationship! Wow, topik ni memang hot dikalangan gadis-gadis sekitar 23-29. Sampai sekarang aku pun tak pasti bila akan beri komitmen dalam relationship. Aku dan Eda sependapat. Tapi off record lah tentang pendapat tu. Cuma yang pasti tak suka nak terlalu bergantung pada lelaki. Memanglah lelaki itu diciptakan sebagai pelindung kepada perempuan. Itu tak aku nafikan. Tapi aku tak akan mencari lelaki semata-mata kerana pekerjaannya..hanya kerana wang nya atau kerana kestabilannya. Aku tak nak jadi perempuan..yang nak beli majalah pun minta duit suami. Nak beli gelang tangan pun pujuk-pujuk lelaki. Segan dow nak minta. Aku lebih suka bila nak beli sesuatu, pap! aku keluar duit aku sendiri. Jadi bila macam tu kita sendiri perlu ada kestabilan dari segi kewangan. Aku tak materialistik tapi realistik bahawa segala-gala dalam hidup ini memerlukan wang. Bagi aku lelaki diperlukan sebagai pelindung dari segi keselamatan dan sebagai penenang jiwa. Bukan sebab nak beli BMW ke, nak minta itu dan ini. Well, apa pun setiap orang ada pendapat masing-masing. Ini cuma pendapat aku. Aku tak menafikan hak wanita di sisi lelaki. Tetapi hidup dalam dunia yang makin hari makin mencabar kita harus bersedia dari pelbagai segi.


