Esok 2013, jadi malam ini aku merajinkan diri menulis blog sebagai simpanan dan ingatan
utk diri sendiri pada masa depan. Recap 2012 yang bermacam-macam utk aku coretkan di sini.
Last year before jump to 30 series.
1. Episod sedih/pahit
Pastinya kehilangan opah tersayang merupakan perkara yang paling pahit dalam hidup aku.
Manalah tak pahit bila aku tak sempat tatap muka arwah utk kali yang terakhir.
Perkara yg memang aku paling sesal sekali sampai bila-bila.
Sampai sekarang aku masih rasa sunyi sangat tanpa arwah.
Balik kampung pun rasa lain pasal arwah dah tak ada. Aku sekeluarga tak pernah jauh dengan arwah.
Memang rasa lain sangat bila arwah dah tak ada ni. Kesannya sangat mendalam.
Sejak arwah pergi pun macam-macam hal jadi yang buat aku lagilah sedih.
Aku cepat je menitik air mata bila ingat pada arwah. 6 bulan arwah pergi rasa macam sekejap sangat
aku dengan arwah. Semoga opah tenang di sana dan hakikatnya sampai bila-bila pun aku tak dapat
lupakan opah yang selalu ada dengan aku.
2. Episod manis
Aku dah lama bercita-cita nak pergi EBI. Tak kisah sama ada di Cambridge atau Heidelberg.
Alhamdullilah, Allah makbulkan aku ke sana masa Jun yang lepas.
Walaupun singkat dalam 10 hari tapi pengalaman tu sesuatu yg berharga.
Pergi dengan funding derang which is aku work hard utk jawab soalan n ada buat sikit essay utk
dipilih sebagai peserta merupakan antara personal achievement aku.
Terima kasih Allahh atas segala nikmat. 2013, aku tak tahu nak pergi mana lagi 🙂
3. Episod personal achievement
2012 menyaksikan 5 artikel berjaya diterbitkan di D.Kosmik.
3 artikel maklumat dan 2 lagi cerpen sains fiksyen.
Aku anggap ia sebagai salah satu tanggungjawab sosial. Chewah, poyo habis.
Ye lah, dah jenuh belajar n kerja guna payment tax payer so aku bayar cara macam ni la :p
Overall kalau dikumpul kelima-lima artikel tu, dah dapat rm1500.
Tapi manusia seperti aku ni bukan kaki menyimpan. Daku simpan di kedai2 :p
Kalau setahun boleh dapat RM3600. Rezeki Allah beri. Untungla :p
Semoga 2013 aku terus dikurniakan idea yang bernas dan tuntas dalam berkarya
4. Episod suam-suam kuku
Episod ni lebih pada 50-50 rasa terkilan dan redha sajalah.
Itu sebab aku bagi nama suam-suam kuku.
1st: Dah viva tapi correction tak siap lagi. INI SALAH AKU.
2nd: Plan nak akhiri zaman bujang tapi postpone 2013. NO COMMENT. Sesungguhnya perancangan Allah lebih baik. Plus aku pun tak ready due to others thing. Walaupun org kata nak tggu ready sampai bila-bila pun
belum tentu. Tapi KAMI adalah KAMI yang lebih tahu apa yang KAMI nak. Hihi.
Begitulah cerita 2012. Banyak lagi. Tapi ini antara yg paling memberi kesan dalam hidup aku.
Last but not least :
this is the end. hold your breath and count to ten. 2013! it’s just another year, i’m getting old, at least .but looking forward better achievement, better position & a better person 🙂