Sudah 2017. 4 tahun sejak kali terakhir aku post sesuatu dalam blog ni. Aktiviti alam maya sudah banyak dimbilalih oleh facebook. Blog sudah amat jarang kusinggah. Yang melawat pun, barangkali langsung tiada.
Aku sudah berpindah ke Layang-Layang, Johor. Sejak Mac 2016 lagi. Semua. Isteri dan anak-anak kami. Kami menyewa di sini. Rumah satu tingkat di kawasan perumahan kecil.
Baiklah. Hingga ketemu lagi. Pendek saja cukup untuk post pertama dalam 4 tahun :)
~ Malam Bulan Dipagar Bintang ~
Chronicles of Yushida03.. blog merapu whateva suka ati aku la..
Saturday, March 25, 2017
Mac 2017
Assalamualaikum.
Sudah 2017. 4 tahun sejak kali terakhir aku post sesuatu dalam blog ni. Aktiviti alam maya sudah banyak dimbilalih oleh facebook. Blog sudah amat jarang kusinggah. Yang melawat pun, barangkali langsung tiada.
Aku sudah berpindah ke Layang-Layang, Johor. Sejak Mac 2016 lagi. Semua. Isteri dan anak-anak kami. Kami menyewa di sini. Rumah satu tingkat di kawasan perumahan kecil.
Baiklah. Hingga ketemu lagi. Pendek saja cukup untuk post pertama dalam 4 tahun :)
Sudah 2017. 4 tahun sejak kali terakhir aku post sesuatu dalam blog ni. Aktiviti alam maya sudah banyak dimbilalih oleh facebook. Blog sudah amat jarang kusinggah. Yang melawat pun, barangkali langsung tiada.
Aku sudah berpindah ke Layang-Layang, Johor. Sejak Mac 2016 lagi. Semua. Isteri dan anak-anak kami. Kami menyewa di sini. Rumah satu tingkat di kawasan perumahan kecil.
Baiklah. Hingga ketemu lagi. Pendek saja cukup untuk post pertama dalam 4 tahun :)
Tuesday, July 15, 2014
Piala Dunia 2014 dan Ramadan 1435H
Piala Dunia kali ni kebetulan jatuh bulan Ramadhan. Bulan puasa. Bagun sahur sambil layan bola. Ataupun kalu ada game pukul 12, memang aku tak tidur la jawabnya. Tapi tak apa, sebab seperti biasa aku layan game yang melibatkan Jerman je.
Pendekkan cerita, kesudahan edisi kali ni amat menggembirakan. Jerman juara beb, selepas 3 kali berturut2 gagal last minit. Ada la detik cuak, terutama masa kena lead dengan Ghana masa group phase dan struggle lawan Algeria di pusingan kedua. Menang 1-0 je dengan pasukan Perancis yang bagus pada kali ni kat suku akhir. Namun semua itu semua keraguan terhapus bila Jerman mempamerkan persembahan menakjubkan bila membelasah Brazil 7-1 di separuh akhir. Banyak rekod dipecahkan pagi tu. Menang besar lawan tuan rumah beb, Brazil pula tu. 'Raja' bolasepak dunia. Walupun dibantu persembahan di bawah par Brazil, namun ia tetap kenangan manis, tambahan pula Miroslav Klose pecahkan rekod gol Ronaldo dengan gol Piala Dunia ke 16 nya untuk menjadikan kedudukan 2-0 buat seketika.
Habis separuh akhir, dub dab dub dab menunggu Argentina di Final. Ye la, meminjam kata Toni Kroos, "World Cups are not won in semi finals". Risau, takut Jerman 'peak' terlalu awal dalam game lawan Brazil. Alhamdulillah, walaupun struggle dan ada peluang2 Argentina yang sikit lagi nak goal, namun kedudukan kekal 0-0 90 minit sehingga pemain reserve Mario Goetze skor gol kemenangan pada minit ke 113. Jerman menang 1-0. jadi le. Lepas 24 tahun sejak last julang World Cup. Akhirnya, barisan pemain yang digelar skuad terbaik Jerman ini mampu berdiri setaraf dengan pasukan hebat zaman lampau. Walaupun belum terbukti karisma mereka jika ketinggalan dua atau tiga gol, namun barangkali karisma mereka terletak pada kemampuan mereka untuk tidak membenarkan lawan mendahului. Tahniah buat Philipp Lahm and co dan coach Joachim 'Jogi' Loew.
Selaku peminat Jerman sejak 1986, sejak zaman Jerman Barat, zaman Rummenigge and co lagi, aku puas. Jerman sekarang bukan lagi seperti Jerman dahulu yang kurang popular. Jerman sekarang dah ramai peminat, main dah best bukan boring. Dan yang paling penting, bukan main saja menarik tapi juga mampu menang Piala.
Danke, Jungs!
Friday, January 31, 2014
Aku perlu kaunseling
Kerja.
Satu isu yang tidak sudah menghantui hidup dan mengganggu emosi ku.
Aku baru hantar emel kepada pihak HR, mohon jika mereka mempunyai khidmat nasihat kaunseling. Aku perlukannya. Aku mahu tahu jika aku betul-betul menghidap some sort of anxiety disorder, atau aku memang kena akui yang aku memang seorang yang malas dan lembab. Reality check amat menakutkan. Minggu depan kena bercakap in public, antara situasi yang paling aku benci. Ya Allah bantulah aku tabahkan lah hatiku.
Sunday, September 8, 2013
Sarapan Pagi Selasa di SMSTMFP
Walaupun hari ini Ahad, aku teringat pagi Selasa.
20 tahun dulu, setiap pagi Selasa hari persekolahan, sarapan pagi adalah telur separuh masak dan juga roti dengan kaya dan jem. Air selalunya teh O panas.
Telur 6 butir. 2 butir dimakan begitu sahaja, 2 butir dimakan dengan kicap. 2 butir lagi dimakan cicah dengan roti.
Kalu masih rasa lapar, baru makan roti sapu kaya dan jem.
Malam tu, makan malam lauk ayam goreng.
Pehh nikmat.

Wednesday, July 24, 2013
Nasi Lemak
Status makanan.
Saya sudah biasa makan nasi lemak tanpa diletakkan kacang, daripada kecil sehingga umur 18 tahun apabila saya melanjutkan pelajaran ke sebuah IPTS di Selangor. Nasi lemak bagi saya adalah nasi (lemak) berlauk sambal ikan bilis, telur rebus dan timun. Kalau ada variasi pun hanyalah tambahan telur goreng. Atau satu lagi variasi iaitu sambal dan ikan bilis yang digoreng berasingan. Itu sahaja definisi nasi lemak bagi saya.
Disebabkan itu, sampai sekarang saya tidak boleh makan nasi lemak bersama kacang, seperti resepi biasa nasi lemak di luar Kelantan. Kalu saya beli di kedai dan diletakkan kacang, saya akan asingkan dahulu kacang tersebut. Namun begitu saya boleh pula menerima perubahan/penambahan lauk-pauk lain seperti ayam goreng atau sambal sotong/udang/kerang.
Terima kasih.
Monday, July 22, 2013
Julai 2013
22 Julai 2013. Cukup 12 tahun 1 hari majlis graduasi ijazah pertama aku di Universiti Tenaga Nasional (Uniten). Ijazah aku, Bachelor of Electrical Engineering (Honours) atau BEE (Hons). Ini ijazah aku yang pertama, dan tiada ijazah kedua dan seterusnya. Sebab aku rasa burnt out giler lepas abis final paper aku untuk ijazah pertama ini. Aku langsung tiada keyakinan untuk menyambung pelajaran ke tahap lebih tinggi untuk ijazah sarjana dan seterusnya.
Thursday, May 9, 2013
Malu Tak Bertempat
Aku ni memang jenis pemalu tak bertempat la. Ada saham syarikat offer kat aku. 10,000 unit. Nak kena exercise, baru dapat cash. Kalu dapat RM1 atas 1 unit, dah dapat RM10,000.00..
Tapi aku tak tau macam mana proses untuk exercise. Dulu, anak buah aku rajin dia tolong buatkan. Ini kali segan la nak minta tolong dia balik. Nak tanya pun, aku malu. Jeng!
Tapi aku tak tau macam mana proses untuk exercise. Dulu, anak buah aku rajin dia tolong buatkan. Ini kali segan la nak minta tolong dia balik. Nak tanya pun, aku malu. Jeng!
Subscribe to:
Comments (Atom)