Fuuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh lamanya tak update blog... anyway happy new year semoga tahun ini lebih baik dari tahun² yang sebelumnya. Di beri kesihatan yang baik untuk melakukan segala amal ibadat, membesarkan anak² menjadi anak yang soleh dan solehah... mudah-mudahan, menjadi seorang isteri yang solehah... aminnnnnn
Celebrate new year from Langkawi this year...
Happy new year..
CtEida Life's Style
Inilah kisah hidupku!!! Ikutilah kisah hidupku sebagai seorang Ibu dan Isteri kepada keluargaku yang tercinta. Semua akan kupaparkan di blog ini. SEKIAN!!!
18 January 2016
06 October 2015
Krabi Percutian Bersama Keluarga - Part 1
2 - 5 Jun 2015, memang dah plan bercuti bersama keluarga ke Krabi, kali ni family Induk Siah ikut itupun pakcik, induk dan Faiz. Eida lak bawa mak, mak lui dan adik zaty ikut sekali. kiranya kitorang 10 orang lah semuanya. Flight kitorang petang pukul 4.15 PM, sesampai kat airport berkumpul dah masuk luggage boarding terus, cuaca pun ok aja , Alhamdulillah selamat sampai Airport Krabi pukul 4.45pm waktu sana, delay 1 jam dari time Malaysia, Kak Long Fatin dah book kan kereta sewa utk kami dibawa ke Hotel. Dah sampai sana terus naik kereta besar betul selesa sungguh utk ke hotel. memang pilih hotel dekat ngan pantai je. Dah check in lepas dah mandi² bersiap keluar makan dah kepenatan hari ni jalan² kat area situ jer. Kakak Hasya batuk dan semput lak, aduh hai risau gak dah la esok nak naik boat pergi ke pulau² tu, dah ambik package pun. Nak tak nak hantar klinik, emm kena 2400 Bath, mak aii mahalnya, asalnya dia charges 3250Bath tapi kitorang tolak 1 ubat sampai 2 botol dibaginya kuranglah sikit. Dah ambik ubat dan neb baru dia lega sikit balik hotel tido.
Pagi lepas subuh, terang dah pun kat sini, terus gi cari breakfast, banyak kedai tak buka pagi so naik tuk tuk dia yg bawa kitorang gi cari breakfast kat area masjid tu ada kedai islam. Lepas dah minum tunggu van ambik nak pergi jalan pulau ke pulau lepas ni. Phi Phi Island Tour
Mula-mula kitorang gi ke Bamboo Island... memang cantik sungguh pantai dan pasir pantainya... seluas mata memandang. Indah sungguh ciptaan Allah
Pagi lepas subuh, terang dah pun kat sini, terus gi cari breakfast, banyak kedai tak buka pagi so naik tuk tuk dia yg bawa kitorang gi cari breakfast kat area masjid tu ada kedai islam. Lepas dah minum tunggu van ambik nak pergi jalan pulau ke pulau lepas ni. Phi Phi Island Tour
Mula-mula kitorang gi ke Bamboo Island... memang cantik sungguh pantai dan pasir pantainya... seluas mata memandang. Indah sungguh ciptaan Allah
Lepas tu naik bot lagi meneruskan perjalanan ke pulau seterusnya yg ni khas utk snorkeling Pileh Bay @ Lohsamah Bay
Destinasi seterusnya ialah Viking Cave... pun cantik gak tempatnya. Pernah buat penggambaran filem Titanic disini... dimaklumkan macam tu lah.
Dah tengahari berhenti makan, ambik package memang dah masuk untuk lunch sekali, memang sedap masakan Thai ni tomyam confirm ada. Di atas bot disediakan buah-buahan tempatan dan air. Dah panas² macam tu sedap jer makan buah-buahan yang disediakan tu. Seterusnya ke Maya Bay : Phi Phi Island ni... yang ni pun tersangat cantik dengan dua pulau ditengah²... pasal itu dikenali sebagai Phi Phi Island
Sukan Tahunan SKBRP kali ke 15
Tahun ni sukan tahunan sekolah Kakak Hasya dibuat pada 30 Mei 2015 hari Sabtu, sekolah pun pandai buat sukan hari sabtu merangkap sekolah ganti, pagi² Kakak pergi sekolah dulu, nanti Ummi datang kemudianlah lagipun awal sangat nak buat apakan. Masa kitorang sampai sana Kakak dan beratur ikut rumah sukan masing², Kakak masuk 2 acara sukan utk Tahun 1, tapi acara sukan Tahun 2 tak cukup sorang, cikgu dia pilih Kakak Hasya untuk ganti, padahalnya ramai lagi murid tahun 2 yang lain, pergi jer lah kakak.Nasib baik menang dapat No. 2 Lepas tu acara sukan Tahun 1, kali ni rumah sukan kakak dapat No. 1, amboi 2 kali kakak naik pentas ambik hadiah. Utk acara sukan yang satu lagi kalah, muka tak puas hati jer. Tapi sekurang-kurang dah 2 kali naik pentas ambik hadiah dah la. Dah habis acara kakak tak tunggu dah la terus balik ke rumah sebab petang ni nak balik kampung ambik Uwan Talang dan Uwan Loi nak bawak ke BRP. Nanti nak pergi bercuti.
Berkumpul di rumah sukan masing²
Kakak dah siap sedia nak bertanding
Kakak menang dapat No 2
Sukan yang kedua.. ni baru utk Tahun 1
Team kakak dapat No. 1
Ni lah team Kakak Hasya
Bersama kawan kakak
21 September 2015
Happy Anniversary To Us...
Tahun 2015 genaplah 11 tahun usia perkahwinan kami, semoga ianya kekal hingga ke Jannah. Semoga Allah melindungi kami sekeluarga. Semoga suamiku tabah melayan karenah isterinya ini bersama anak-anak yang tersayang.
Syukur atas nikmat yang dikurnikan Allah selama ini.
Simple celebration makan² kat Vasco Hilton, KL Sentral. Suprised dari abang, tetiba ajak dinner kat situ, tapi bukan berdua, bawa anak² sekali. Tak sampai hati lak nak tinggalkan anak²... so bawak ajalah sekali.
Syukur atas nikmat yang dikurnikan Allah selama ini.
Simple celebration makan² kat Vasco Hilton, KL Sentral. Suprised dari abang, tetiba ajak dinner kat situ, tapi bukan berdua, bawa anak² sekali. Tak sampai hati lak nak tinggalkan anak²... so bawak ajalah sekali.
14 September 2015
Happy Birthday Aqil... now 6 Years
Tarikh 20 April genaplah usia Aqil yang ke 6 Tahun, sekejap jer masa berlalu.... dah besar anak Ummi. Kali ni celebrate birthday pun simple² jer, hanya kami anak beranak jer. Dah biasa diajar begitu dari kecil so dorang tak kisah sangat pun.
Kebetulan pulak 20 April tu hari Isnin, merangkap hari bekerja dan hari sekolah. Plannya malam ni keluar makan dan potong kek birthday. Yang penting anak Ummi menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat.
Kebetulan pulak 20 April tu hari Isnin, merangkap hari bekerja dan hari sekolah. Plannya malam ni keluar makan dan potong kek birthday. Yang penting anak Ummi menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat.
Ni masa Aqil dari baru lahir sampai umur 6 tahun
Simple Celebration @ Tree Steak House Sg. Buluh
Subscribe to:
Comments (Atom)

























