16 December 2009

Kereta Baru....

Akhirnya tercapai gak hajat kami sekeluarga untuk ada kereta MPV, emm actually dah booking ALZA tapi memandangkan ianya kecik, Abang terus cancel nak beli. SO carilah yang lain lak, emm hajat nak pakai kereta baru tak kesampaian.

Emm Abang cari MPV lain lak yang second punya, emm jenuh gak dapat lah Honda Odyssey dengan harga yang amat berpatutan dan condition yang cukup cantik. Al maklumlah kereta orang kaya kat Shah Alam yang guna. Puas hati bila tengok kereta ni dan kitorang terus booking confirm nak beli ngan kakak tu. Owner perempuan faham-faham ajalah....

30 November 2009

Hasya Lak Yang Sakit.....

Memang balik raya kali ni anak-anakku sakit belaka... emm satu hari raya tu, hasya sakit perut sebab bila dia menyusu aja dia berak cair, habis keluar. Lepas tu dia boleh muntah pulak lepas tu. Kasihan betul nengok eh!! tapi nak buat camana. Masa tu perasan dia kena masa kat rumah Mak Lui, pagi tu dia cuma demam dan bawa dia ke klinik murthi sebab itu aja klinik yg buka cuti² raya ni. Dah tu balik bagi ubat dia muntah, emm tak boleh masuk ubatlah jawabnya, ayah dia sibuk gak ajak jalan ke Lui, bawa lah dia ke sana, sampai sana dia muntah lak.... lepas tu ingatkan ok, dah muntah dia makan kuih lepas tu berak lak cair dan habis baju seluar dia sekali. emm nak kata apa, cuci dan nasib baik ada bawa baju tido sepasang, terus pakai baju tido ajalah jawabnya. Balik lak singgah kat rumah paktih, hasya berak

Aqil Kembung Perut... huhuhu

Nak dijadikan cerita balik kampung kali ni tak tahu nak cerita macamana dah!!! Mula-mula Aqil kembung perut yang menyucuk² sakit tu, sampaikan menangis tak berhenti².... aduh hai ingatkan kenapalah dia nangis macam tu sekali, dah memacam cara buat nak cuba hentikan dia nangis, sampaikan mak dah sapu bawang putih kat badan² dia.... tak jugak ok, lepas tu sapu lak bawang merah.... emm still tak jugak...

Emm dah tak boleh nak buat apa, bogelkan dia dan tengok lak seluruh badan.... rupanya kembung yang datang menyucuk² tu sampai kejang kaki dia menahan sakit. Eida dah sapu ubat kat perut dan siap urut² perut lagi tak keluar gak angin tu... jenis angin yang degil.... So dah habis ikhtiar buatlah air halia utk buang angin tu, mak buat suam² dan letak gula sikit... emm memula dia minum rasa lain macam lepas tu dia suka lah pulak.
Kena tak sampai 5 minit lepas tu dia pun kentut keluar angin tu.... fuh lega sungguh nengok dia lepas tu dah boleh senyum... emm lega rasanya. Barulah aqil boleh senyum dan main². Bagi susu lepas tu dia pun boleh tido lena, bangun pun nak menyusu aja....

Raya Korban

Raya Haji kali ni balik kampung aku lah pulak, walau tak semeriah mana pun tapi tetap seronok bila balik ke kampung sendiri, macam biasalah lepas

17 November 2009

Kursus Di Langkawi

Emm dah lama tak kursus jauh² ni sebab ada anak kecik, malas nak pergi kursus jauh² ni. Bahagian eida buat kursus lak kat Langkawi 13-15 nov ni, emm kalau ikutkan hati malas nak pergi sebab kat kampung ada kenduri sepupu kahwin. Tapi diwajibkan pulak, aduh hai!! dah lah baru dari mc yang panjang sakit mata. Ish !! serba salah nak mengelak, so nak tak nak terpaksalah eida pergi jawabnya.

Emm pergi naik bas sebab melibatkan satu Bahagian, emm dah lama sungguh eida tak naik bas macam tu, tapi kasihan anak² sebab aqil tinggal ngan mama dia, hasya lak makcik ku bawa balik kampung, emm sabar ajalah jawabnya.

Emm kursus tak lah seberapa sangat yang lebihnya berjalan aja, eida lak dah habis pusing langkawi tu so tak kisah sangatlah. Cuma mama diorang pesan beli kuali buat roti jala, emm tak kisah bebenar eida boleh carikan dan jasa dia lagi besar masa jaga aqil tu.

emm lam jugaklah eida

Jalan-Jalan ke Fraser Hill 7-8 Nov

Weekend ni memang dah plan nak ke Fraser Hill sama dengan family abang, emm macam biasalah pepagi lagi abg dah sibuk kejutkan suruh bangun dan bersiap sebab nak gi ambik mak kat rumah along, anip tak leh pergi so tak cukup kereta nak bawa diorang ni semua. So abg terpaksalah berkorban pergi ke sana ambik dan bawa mak.

Emm keluar rumah dah pukul 9.00am sampai rumah along dalam pukul 10am, yang naik ngan kitorang Dik Nas, tak kisahlah, kalau nak bawa ayah susah lak, anak aku bukan jenis duk diam so susah nanti. Dah ambik bawa diorang ke Fraser Hill, Hasya biasalah buat perangai tak leh duk diam, Aqil lak ntah kenapa di bantainya menangis sepanjang jalan sampai tahap buntu eida dibuatnya. Emm masa berhenti ok lak tu. Sampai sana lega sungguh rasanya. Emm memang tak keluar kemana² pun sebabnya makanan dah ada, lagipun memang tak ada tempat nak jenjalan pun kat sana.

Malam lak kitorang buat BBQ, emm puas hati sebab banyak makanan. Punyalah cepat membakar ayam dan ikan tu sebab gara² bola sepak malam ni, diorang nak nengok nanti. Lepas dah masak kitorang makan. Eida dah makan awal lagi masa diorang tengah membakar lagi. Lepasa tu lepak nengok bola, Piala Malaysia NS lawan Kelantan. Puas hati bila NS menang, tapi ganas sungguhlah penyokong² kelantan tu.

Ahad lak, minum pagi masa eida nak makan dah tak ada apa, so eida ajak abg keluar makan, lagipun yang lelain dah kenyang. Lepas eida mandikan bebudak ni eida pun bersiap. Abg lak dah mandi kitorang keluar, emm sampai kat Padang Golf kereta abang buat hal lak, nasib baik dah sampai kat pekan tu, so kitorang jalan kaki aja gi makan kat masjid tu. Tapi tak sedap langsung dan tak byk pilihan. Nak buat camana makan ajalah apa yang ada. Lepas makan abg settlekan batery kereta dia dan nasib baik leh jalan semula. Kitorang balik ke bunglo dan bersiap nak check out dan balik. tapi kena tunggu turun pukul 2.00pm, sementara tu kitorang pun pergi makan kat tempat biasa. Orang ramai lauk banyak dah habis, so makan apa yg ada sahaja. Nak order lak takut lama sangat lak nanti tak sempat nak turun pukul 2pm, jenuh lak menunggu jawabnya.

Dah selesai makan kitorang balik dan sampai kat bawah kereta buat hal lagi, aduh hai. So jalan ajalah tanpa air cond. Akhirnya sampai gak ke rumah. Lega sungguhlah rasanya. Inilah percutian ke Fraser Hill yang teruk rasanya... !!!

Sakit Mata

Jadi sejarah family kitorang kali ni sebab serangan sakit mata. Punca dari Hasya dapat dari rumah Pengasuh dia. Aduh hai sabar ajalah bebanyak jawabnya. Emm yang mula² kena dia, lepas tu jangkit kat Eida dan Aqil dan last sekali ayah yang kena.

Hehehe kelakar pun ada masa semua sakit mata, sebab dah lah tak boleh nak keluar kemana duk kat rumah ajalah jawabnya. Emm risau gak ni sebab kitorang dah plan nak pergi Fraser Hill sama family abang. Emm tak tahulah jadi ke tak ni, kalau teruk camana lak nanti. Tapi kalau tak jadi rugilah sebab dah booking dan bayar. Lepas tu kasihan lak kat diorang yang dah bersemangat nak pergi tu. Macam kitorang ni tak heran sangat dah lah sebab dah pernah pergi.

Emm nasib baik masing² sakit mata tak lama sangat ambik masa dalam 3 hari aja, Aqil pun tak kena teruk sangat tapi yg paling teruk eidalah yang kena sampai mc 4 hari + sabtu dan ahad jadi 6 hari. Tak seronok pun sebab cuti sakit mana best.... BOSAN adalah.....

28 October 2009

Zoo Negara

Image
Oh!!! punyalah lama tak pergi ke sana, disebabkan kebosanan yang teramat sangat weekend lepas kitorang bawalah anak² ke sana. Macam biasalah, dalam pukul 10 lebih baru dapat gerak ke sana, bukan nya apa nak menyiapkan anak² aja sekian lagi. Dalam pukul 11 kitorang sampai sana, bukannya jauh sangat pun kalau nak diikutkan. Hasya lak sekarang ni bukan main seronok kalau nengok binatang² dalam tv tu channel Animal Planet, so saja ajalah baawa dia jenjalan kat sana. Emm sampai sana masuk kena bayar tiket RM20 per adult, aduh hai mahal sungguh dah tiketnya, ingatkan dalam RM15 aja. Nasib bebudak ni tak kena bayar sebab baby lagi. Lepas tu masuk jenjalanlah.



Mak aii ramai sungguh orang ngan rombongan sekolah lagi, emm apa nak dikata dah masuk jalan ajalah. Memula hasya seronoklah tapi dah penat jalan kitorang cari restoren berhenti minum dulu, dan nak bagi Aqil makan sebab memang time makan dia pun. Dah rilek minum dan makan² ringan aja sebab kenyang lagi. Kitorang sambung jalan semula, emm kelakar lak hasya dah penat, kitorang gilirkan dia dengan Aqil. Ayah dukung Aqil dan masukkan dia dalam stroller. Emm dah tengahari, cuaca nasib baiklah tak panas sangat so kitorang pun nak balik dah lah. Balik singgah makan kat Wangsa Maju, lepas tu terus balik rumah. Ni lah gambar² kitorang kat sana....


20 October 2009

Open House Lagi...

Hehehe last Sunday 19/10 open house terakhir kitorang pergi (rumah mama Hasya dan Aqil)... serba salah pulak tak pergi, dah lah dekat ngan rumah. Macam biasalah kalau dekat malas nak gi awal². So kebetulan kitorang nak pergi Puchong rumah adik ipar ambik stok susu anak-anakku. Emm dalam pukul 6pm ++ kitorang ke rumah mama hasya, mak aii ramai lak orang masa tu. Tapi dah sampai depan pintu tak kan nak patah balik kot. So nak tak nak kena jugaklah masuk. Aqil lak menangis, emm harap maklum kalau anak bujang ku itu menangis, tak selesa rasanya. Tapi dah kat rumah mama dia, mama dia ambik dan dukung. Lepas tu dia OK, mama dia suruh aku makan dulu, emm handsome anak bujang ku itu.

Menu yang ku makan buah²an cocktail dan mee kari aja. Perut kenyang sebab tadi makan tengahari dah lewat, kat rumah selagi ada makanan suap aja ke mulut, habis tu camana perut tak kenyang. Makan jugaklah sikit² sambil suapkan Hasya makan, lepas makan sembang jap kitorang pun minta diri. Mama diorang ni siap bagi cenderahati lagi. Bukan main lawa lagi, lepas tu bagi lagi anak² duit raya, eida pun hulurkan jugak utk anak-anak dia. Emm rupanya dia bagi baju sepasang.... emm nasib baik masa nak raya tu eida bagi gak dia kuih raya dan tudung. Kalau tidak malu gak dibuatnya.

Kitorang terus ke rumah adik ipar lak, sampai sana dah malam, lepas tu makan malam dia hidang nasi dan lauk lagi. Aduh!!! penuh sungguh perut ku hari ni. Tapi tak mengapalah aku makan gak sikit, nanti apa lak kata tuan rumah. Dah makan dan rilek kitorang pun balik ke rumah. Anak-anak pun dah keletihan. Cepat masing-masing tido malam ni.

14 October 2009

Lepak kat Ali Maju.....

Plan yang secara tak sengaja boleh jadi betul²... ini semua gara² dalam FB memasing citer pasal lepak kat Ali Maju... actually itu memang salah satu tempat lepak kitorang EX JPJ dolu-dolu.. hehehe sekali jadi apa, just sms memasing malam tadi dlm 9++ jumpa kat sana, aku yang ada anak kecik ni pun leh joint. Tapi nasib baiklah anak ku memang baik, sesapa ambik dia nak, kalau Kakak Hasya tak leh nak kata apa dah lah. Dia bukan boleh duduk diam, memanjat kerusilah. Aduh hai, nak kata camana dah dia memang lasak.
Memain sama anak Anis sampai jatuh tergolek, nangis lah apa lagi. Tapi nasib baiklah sekejap aja. Lega sungguhlah rasanya. Kitorang lak dapat sembang mana sedar emm kasihan Aqil sampai terlena dalam pelukan eida. EMmm dah dia baik aja eida biarkan aja. Sampai pukul 11pm gak lah lepas tu barulah kitorang balik ke rumah. Sampai rumah Aqil memang dah lena, tapi hasya macam biasalah main² dulu, lepas tu dah bagi susu betul² mengantuk barulah dia leh tido lena sampai ke pagi.

13 October 2009

Jenjalan kat The Curve

Every week kitorang kalau tak kemana² mesti bawa anak² jalan kat The Curve. Bukannya apa saja jer nak keluar dari rumah. Kebetulan hari sabtu ni memang tak ada kemana².... ada open house pun jauh, malas lak nak pergi. Petang tu bawa diorang ke sana, yang paling seronok Hasyalah boleh lari² jenuh mengejar dia aja.

Ni lihatlah aksi Hasya kalau dia posing.... Aqil lak dalam stroller aja, senang tolak aja kemana kitorang pergi. Emm ikut ajalah jawabnya....

Open House Cum Kenduri

Minggu ni punya open house, malam sabtu kat rumah Pak Uda di Ampang, emm dah Induk ajak gi sama, so nampak gayanya kena pergilah. Inform abang, dia ada urusan lak sebab jadi saksi kawan dia jumpa Imam masjid, sebab kawan dia nak kahwin guna alamat KL. Dia pergi sebelum magrib, hopefully settle cepat sebab nak ke Ampang bukanya dekat. Dah janji ngan pakcik pukul 8.00 malam gerak ke sana.
Emm lewat gak abang settle urusan kawan, so gerak dlm 8.30pm, jalan Ampang tu tahu ajalah jammed teruk, dah tu kitorang sesat lak, nak tak nak patah semula call dan tanya. Akhirnya sampai kat rumah Pak Uda dalam pukul 10.oopm emm nasib baik anak-anakku dah tido jap tadi so tak adalah dia mengamuk. Cuma Aqil aja nangis kuat sikit sebab tak biasa kat sini. Tapi lepas tu dia dah ok dah la.
Emm sampai² aja ramai mak saudara kat sana. Dia tolong pegangkan Aqil, eida pun makan sambil suapkan Hasya makan. Itupun dia makan sikit aja, lepas tu dia leka main, eida makanlah lepas tu pulak. Dah makan eida sembang² dan layan Aqil. Hasya dapat main basikal langsung tak heran dah lah.
Leka bersembang sampai pukul 12am gak baru gerak balik rumah. Tahan mata anak² aku, masuk kereta on the way balik lena. Sampai kat rumah bila dah kena angkat pun memang tak sedar dah lah.

08 October 2009

Anak Buah Ku!!!!!

Aduh hai !!! susah betul jadi bos ni!!! anak buah punya masalah kita yang kena tanggung, tapi nak buat camana kenalah jawabnya.



Bebudak ni pun satu hal, bayangkan lah ada ker patut diorang ni ada masalah disiplin kita lak yang kena buat report dan sebagainya. Emmm kena panggil ngan bos kita pun kena panggil sekali, macam aku lak report. Pada halnya bos tu nampak sendiri apa yang diorang buat....



Ada lak yang patutnya membantu keja-keja aku ni, tak boleh diharap langsung. Bayangkan lah bagi keja apapun tak jalan, habis tu macamana. Kalau ada pun tak lekat kat ofis, aku masuk meeting dia boleh keluar menular. Bengang betullah dengan dia ni. Emm sekarang nama kau pun dalam list pengarah dan timbalan pengarah.



Aku tegur dia melawan, apa jenis manusia lah tu. Dah lah keja tak tahu nak buat lepas tu melawan lagi tu. Emm lantak kau lah aku tak kuasa nak tegur dan pedulikan kau lagi. Aku report kau tak ada keja ajaalah.....



Emmm entahlah..... manusia ni macam-macam jenisnya....!!! sabar ajalah bebanyak.

06 October 2009

Kereta Ku!!!!

Aduhai!!! lepas² raya ni nak kena hantar servis kereta lak, emm dah lama tak buat major servis, so terpaksalah, mulanya duit ni nak simpan dlam ASB tapi dah memandangkan kereta penting untuk di servis, kenalah dahulukan yang itu dulu.

Pepagi abang dah keluar beli spare part dulu, lepas tu terus hantar ke bengkel yang dia selalu hantar tu, emm dah ambik masa lama nak baiki abang balik rumah naik teksi. Emm jauh tu memang patut kena tambang teksi sampai RM20.00

Emm menurut kata abang banyak benda yang perlu ditukar, aduh hai budget RM 1K aja ni, kalau lebih emm larilah budget jawabnya. Tapi apa-apapun kena tunggu sampai malam esok. Sebab dah janji nak ambik malam esok.

Esoknya malam, lepas kitorang balik dari Klang (Rumah Along) abang keluar gi ambik kereta lak, minta tolong kawan dia bawa kete dia dan dia akan bawa balik kete eida. Emm risau gak duit tak cukup, eida bagi kad atm pada abg keluarkan duit kalau tak cukup. Emm lepas dah kira dan bayar kena RM 1250.00 emm aduh hai banyak tu, tapi abang kata semua dah tuka rbaru so memang tak ada masalah dah lah. Kalau tak tukar nanti kalau problem nanti lagi banyak kenanya. Abang maklumkan macam tu lah katanya.

Emm redha ajalah, tinggal budget ni pun ngam² ajalah jawabnya. Aduh hai tak leh nak shopping² sangat dah lah.... sabar ajalah jawabnya.

28 September 2009

Raya.. Raya.. Raya Lagi

Inilah cerita rayaku : SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DARI KAMI SEKELUARGA.....
Tahun ni raya dah jadi berempat.... sebab dah menambah bilangan keluarga, maka dengan ini belanja keluarga otomatik meningkat naik....


18 Sept kami pepagi lepas solat subuh dah bergerak balik ke kampung dah, anak-anak balik dengan baju tido aja, tak payah nak mandi nanti lagi lambat sampai, lagipun nak mengelakkan jammed. Raya tahun ni turn rumah Hubby, tapi memandangkan dah lalu simpang rumah aku dulu, so cakap ngan hubby nak singgah rumah hantar barang dan esok baru balik ke rumah dia. Nasib baiklah hubby setuju sebab dia ada urusan lain, nak singgah kat rumah nenek dia nak tolong kemaskan rumah apa yang patut. Awal sampai kampung ku dalam pukul 9 lebih. Adik ku Mira yg belajar di UUM ni pun baru sampai pagi ni. Hubby kejap aja lepas tu dia pergi rumah nenek dia dan pesannya nak berbuka pose kat sana. Aku ok aja kalau kat rumah sendiri. Anak-anakku ramai yang boleh melayan dia. Patang tu hubby call bagitau ajak balik rumah mak dia malam ni pulak, emm ikut ajalah lagipun apa salahnya. Malam lepas berbuka pose aku pun siap nak balik kampung hubby lak, sebab esok dia nak belikan lauk utk mak dia lak.....

19 Sept Kat rumah hubby, hari ni sibuk masak lemang, buat rendang dan masak sup tulang, emm pepagi lagi biras aku 2 orang pergi beli lauk untuk dimasak, tugas abang ipar aku pulak pergi beli barang rumah sebab semua brg dah habis. Aku tak dapat nak menolong sangat sebab aku ada hero dan heroin yang perlu dijaga. Emm bukan alasan tapi itulah hakikatnya.... tak kisah sangat diorang pun faham, emm banyak keja dan penat sungguh hari ni. Dengan cuaca panas lagi, jenuh menjaga api lemang dan masak rendang dan sebagainya.... waktu berbuka pose tu makan nasi dengan sup dan rendang. Anak daraku suka betul makan nasi lauk sup, banyak jugak dia makan...

1 hari raya, pagi ni bangun aku siapkan anak-anakku dan diri ku. Baju hubby semalam dia dah ironkan so pagi ni boleh terus pakai aja. Baju melayu anakku tak siap, ini gara-gara menempah pada kakak ipar, nak buat camana tak kan nak marah lak, nasib baik baju kurung anak perempuan ku disiapkannya. Lepas solat raya kitorang bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Aduh hai bapa mertua ku sakit, senang sangat air mata dia mengalir, habis semua menangis, aku pun ikut samalah. Dah bermaafan sesi bergambar pulak lepas tu. Masa turn aku minta maaf pada Hubbyku macam biasalah, tak sangka hubby bagi jugak duit raya pada diriku ini. Lepas tu kitorang tak jalan kemana pun hari ni. Emm bosan betul lah, sampai aku tukar baju sebab rimas pakai baju. Lagipun aku nak cuci pinggan mangkuk kat dapur bersepah dan berterabur tu sementara kedua-dua anak ku tido. Petang tu lapar aku ajak hubby keluar gi Bahau, hehehe kitorang gi makan KFC. Lepas makan kitorang balik ke rumah semula, macam biasalah....

2 hari raya - hari ni dah pesan ngan hubby ajak gi jln sebab bosan lah kalau duduk kat rumah aja. Dia pun suruh bersiap, lepas dah siapkan anak-anak eida bersiap, emm menunggu adik ipar ku pulak, dia kalau bersiap mesti lambat, dalam tengahari gak lah baru keluar rumah, 2 buah kereta aja, mak tak dapat nak jln sebab ayah sakit, along lak kena masak sebab ada org nak dtg rumah. So mana yg dapat ajalah berjalan, Anip bawak kitorang ke rumah awek dia, lepas tu kitorang berjalan ke rumah Angah kat Tampin, Rumah Mak Ngah dan Ruwan Uwan kat Johol. Emm penat jalan sebab jauh² antara satu sama lain, mlm ni pulak ada BBQ kat rumah ku, kalau ada ihsan abg nak balik mlm ni aku bersiap aja. Dia suruh aku buat keputusan, so apa lagi aku mestilah nak balik sebab semua ada sekarang ni, sampai aja aku bersiap dan mandikan anak-anakku lepas tu terus balik ke rumah. kat rumah meriah semua ada, eida sampai aja terus masuk sembang dan lepak². Aqil dan Hasya bulat mata dia dah bangun dari tido. Dah semua balik, barulah bebudak ni tido dan eida pun tido lena sampai ke pagi.

3 Hari Raya - Pagi ni kitorang gi jalan raya ke rumah Induk Juriah, dah bersiap lepas tu gerak ke sana bukannya jauh sangat pun, sampai sana dah tengahari memang time makan tengahari. Induk Juriah memang rajin.... macam² ada. Lepas dah makan dan rilek jap balik ke rumah, sampai rumah cam biasalah. Induk Siah pun dah siap² nak balik KL, emm dah tak berapa meriah dah beraya di Kampung.

4 Hari Raya - Pagi ni memang plan nak ke Purun jenguk uwan, setahun sekali aja. Lepas tu eida pun bersiap, ayah dan mak ikut sekali. Sampai sana diorang tak ada, yg ada maktih sorang tapi tak kisahlah janji kitorang datang. Emm makanan sentiasa ada, lepas makan tengahari kitorang terus gi ke rumah paktih, emm jalan 2 buah rumah aja hari ni tapi sampai ke petang gak lah. Nak jln ke lain dah malas dah lah, balik rumah rilek sampai ke malam.

17 September 2009

Berbuka di Klang, Bersahur di Lui Timur

Hari ni aku sekeluarga telah pergi ke rumah Along, kononnya nak mengambil baju raya ku sebab nak beli tudung, emm hampeh!! rupanya kakak ipar ku tak siapkan lagi baju ku itu. Nak kata apa tak kan nak marah lak, emm dari 6 pasang yang ku tempah dia boleh siapkan 3 pasang aja.... aduh hai!!! tapi tak kisahlah janji ada baju. Lepas tu dah alang-alang datang sana, kitorang berbuka kat sana... malam lepas berbuka dan solat, kitorang pun gerak balik ke rumah. Apa yang mampu ku bawa adalah perca kain, sebab nak beli tudung kena match ngan kainnya. On the way nak sampai ke rumah Along call Abang, katanya ayah sakit dan tak boleh nak cakap, air liur pun dah meleleh aja. Lepas tu dah tak boleh nak gerak dah!! confirmlah abang risau, terus buat decision balik kampung malam ni jugak.

Emm aku nak kata apa!!! dalam hati aduh hai!! confirm penat balik sini nanti sebab dah lah baju tak cuci lagi utk ahad punya stok. So aku pun sampai aja kat rumah terus mengemas barang. Yang penting baju anak², setakat baju aku dan abang tak adalah kisahkan sangat. Dah siap mengemas kitorang terus gerak balik, abang betul² berhenti masa isi minyak aja. Aku lak duduk kat belakang apa lagi tido ZzzZzz sama anak² mana tahan mata ni. Kasihan gak pada abang tapi dah siap pesan awal² kalo ngantuk berhenti tido jap.... hehehe (sayang abang aku tu)

Sampai sana pukul 1am, emm bukan leh tido, tambahan bila along satu family dah sampai, anak² ku memang ku paksa tido. Kalo tidak lagilah susah nak tido nanti... Emm sejarah hari ni aku sekeluarga apa tak nya berbuka pose kat rumah Along di Klang, dan sahur pagi kat rumah mak di Lui Timur.....

07 September 2009

Shopping Raya....

Hehehe.... akhirnya 4 hb September, misi shopping ku selesai gak.... tertunggu² bilalah S*G* punya members day.... akhirnya terjawab jugak. Macam biasalah aku siap cuti lagi sebab nak gi yang first day punya, kalau gi sabtu dah lah lagi ramai org dan dah tak byk sangat pilihan. So tiap² tahun memang aku terpaksa berkorban jawabnya. Emm pukul 8 keluar rumah hantar anakku dulu kat rumah baby sitter, lepas tu terus gi, jln jammed macam biasalah, sampai sana terus cari parking, nasib baik kat B1 still ada parking lagi. Emm lepas tu queue nak masuk, mak aii dah panjang queue.... emm ada lagi 25 minit nak buka pintu, aku siap duduk kat tembok tu sementara menunggu. Ada kakak kat sebelah tu sempat sembang macam² dengan dia tapi tak tahu nama dia sapa....

Dah masuk aja, misi aku naik level 4 baju untuk anak² ku emm berapa kali aku round mencari dan capai mana yang aku berkenan nanti aku sorting kemudianlah jawabnya. Mak aii ramainya orang sebab kali ni aku rasa ramai sangat yang cuti agaknya. Pepagi macam tu dah penuh level 4 tu. Dah 3 round aku pusing aku pun duk tepi tu sorting mana baju yang nak aku pilih. Lepas dah pilih² aku beratur gi bayar.... emm siapkan ajalah duitnya. Ni baju anak-anakku yang telah dipilih.
Image Image
Lepas tu aku turun pergi ke level men's emm aku belikan baju kemeja abang 2 helai dan seluar sehelai, lepas tu aku belikan baju dan seluar untuk ayah aku dan abang kirim belikan baju untuk Dik Nas kemeja sehelai. Dah selesai bayar aku dah kepenatan. Dah lah berat barang nak diangkat tu, so aku pun keluar gi hantar masuk dlm kereta dulu.... hehehe giler shopping betul aku ni. Ni pulak baju utk Ayah, Adik dan Adik Iparku


Image
Lepas dah selesai untuk semua orang yang lain barulah aku gi cari untuk keperluan aku lak, aku memang target nak beli hand beg dan kasut baru. Emm dah dapat naik lak level 1 ladies nya, sempat gak beli slack dan t'shirt sehelai.... dah selesai barulah kira.... emm ngam² RM600 lebih sikit so leh claim voucher RM60... Mareld call katanya sekarang pakai sistem nombor... aduh hai sampai turn aku ntah nombor berapa lak nanti. Masa aku naik dapat nombor 1901, sedangkan tengah running nombor 12++.... aduh hai berjam agaknya aku duk sini nanti.... emmm akhirnya dekat pukul 4 baru dapat claim vouvher itupun minta tolong org sebelah joint sekali....

Balik rumah kul 5 sampai rumah sebab aku singgah bhgn suparmarket beli brg dapur lak.... huhuhu serupa macam keja gak aku hari ni.... aduh hai

Sambut Pose....

Minggu nak sambut pose ni aku dan makcik aku memang dah plan nak balik kampung dan sambut sesama. Emm seronok gak tu, mak dan ayah aku lagi suker nak pulak anak cucu diorang balik. So kitorang sesama cuti hari jumaat, abang tak leh cuti satu hari dia ambik 1/2 day aja. Tapi tak kisah sangat sebab asalakan leh balik hari jumaat tu jugak. Macam biasa pagi aku hantar anak-anaku ke rumah pengasuh sebab aku nak mengemas rumah. Kalau diorang ada sah dah aku tak leh nak buat apa....

Lepas jumaat abang balik, kitorang makan siap² sebab senang tak payah nak singgah kat mana² nanti. Makcik ku offer nak bawakan Hasya (anak sulung ku) emm aku bagi aja senang sikit dlm kereta nanti. So lepas jumaat ambik diorang kat rumah mamanya, lepas tu hantar Hasya kat Uwan dia (Makcikku) dan kitorang terus balik ke kampung. Emm macam biasalah kitorang sampai dulu, rupanya makciku banyak lak persinggahan dia. Patutlah tunggu² anakku tak sampai²..... diorang sampai lebih kurang pukul 7 lebih....

Emm dah semua balik macam biasalah, malam ni first utk pose, so memasing sibuk gi masjid nak solat terawikh, aku tak leh jointlah sampai anakku besar sikit. Emm tak apalah nampak gayanya... makan malam pun lewat lepas diorang balik, siap makan lemang sekali, rajin mak aku masak lemang dan rendang sebagainya.

18 August 2009

Kakak Hasya Potong Rambut....

Emm tetiba balik dari kerja hari tu, abang dan hasya lambat naik ke rumah, ingatkan kemana aja?... rupanya dalam 1/2 jam kemudian naik kakak hasya dah potong rambut, emm penuh rambut kat baju dan towel yang dipegangnya. Emm sabar ajalah terpaksalah eida mandikan. Baju dan seluar yang dipakai tak leh masuk dlm bakul kainnya, kalau tidak semua kena rambut nanti. Aduhai ayah dia ni pun, kalau nak potong rambut anak ni, pakaikan baju yang tidak melekat rambut. Ini tidak.... Sabar ajalah bebanyak jawabnya...

Ni lah gambar Hasya yang rambut pendek sekarang ni.... senang nak jaga sebab sebelum ni rambut panjang dia bukan nak ikat pun, tak leh nak melawa betullah anakku itu...

17 August 2009

Hujung Minggu (15-16 Ogos)

Minggu ni memang bersejarah bagi family ku sebabnya tidak keluar kemana² dan aku rasa macam aku jadi suri rumah sepenuh masa... apa tak nya sepanjang hujung minggu aku masak untuk makan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.... Kalau keluar pun abang aja, itupun sebab nak membeli barang rumah. Selain daripada itu kitorang duk lepak kat rumah. Seronok gak, tapi kasihan kat anak-anak aja. Sebab dah lah tinggal kat rumah macam tu, memang tak jejak tanah langsung. Memandangkan kesihatan anak pun tak lah seberapa baik benar, ada eloknya kitorang tak kemana²... anak-anakku kena selsema, yang adik kekadang badan panas sebab demam, tapi cegah awal gi klinik check dan didapati demam biasa aja.... biasalah anak tengah nak membesar.

10 August 2009

Bercuti Di Port Dickson (8-9 Ogos)

Image

Minggu ni memang dah plan ngan family abang nak pergi bercuti di Port Dickson, anak kecik lagi so tak leh nak jalan jauh² setakat dekat² sahaja. Pagi dah bersiap kitorang bertolak, abang nak cepat tapi dia sibuk gi beli ayam dan ikan nak buat BBQ malam nanti, nak cepat camana kalau anak tak ada orang nak jaga, kena tunggu dia balik jugaklah baru boleh bersiap. Dah bersiap barulah leh gerak itupun dah pukul 11 lebih, sampai sana terus check in kat Rumah Peranginan Persekutuan. Apartment 2 bilik, eida booking 1 bilik sebab memang tak bawa toto pun. Dah masuk tu tengok sempit kalau reramai nanti. Emm pepandai koranglah adjust nanti. Bab eida dah selesai dah lah. Bila dah sampai semua padat jugaklah... aqil lak susah nak tido sebab dah bising dan reramai tu. Itupun puas Eida control tak bagi diorang masuk bilik tu kacau Aqil Haqimi. Acara makan² dulu, memasing bawa bekalan makanan, dah kenyang makan lepas asar semua turun pergi ke pantai, termasuklah bawa Aqil Haqimi tu. Nasib baik mak tak mandi dia tolong pegangkan Aqil, Hasya dah siap pakai bikini dia tu, sanggup eida belikan semata-mata nak pergi PD ni. Beli kat Sogo, anakku pakai baju yg branded aja. Seronok betul Hasya Dini... tengoklah aksi anakku main pasir kat pantai tu.... Ayah sibuk main bola ngan yg lelain.... bantai ajalah walaupun tak cukup orangnya....

Image

Malam lak kitorang buat BBQ, abang orang kuat yang start buat api dan membakar ayam dan ikan, emm best jugak, nasib baik malam ni aqil baik dia tido aja. Bolehlah Eida melayan Kakak Hasya yang tak kenal erti penat tu. Aduh hai berpeluh melayan dia aja, malam ni diorang celebrate birthday ayah, anip dan aty. Emm eida tak joint pun sebab aqil tido dan eida bawa hasya naik sekali nak suruh dia tido dan bagi susu. Dah habis acara tu diorang naik nak tido dah lah, penuh giler rumah tu, confirm orang pelik nengoknya. Nasiblah hai, eida malas nak kata apa dah lah.

Pagi Ahad pulak lepas dah breakfast diorang pergi pantai semula, eida malaslah nak pergi. Tapi kakak Hasya tetap turun sama dengan ayah dia. Emm anakku itu langsung tak takut... bagus betullah tapi tak leh dibiarkan, emm ntah berapa dah tertelan air laut pun tak tahulah tu.... dah puas mandi laut pukul 12pm kitorang gerak balik, sebelum tu bergambar reramai dulu... ni lah family sebelah abang.... ramai kan????

05 August 2009

Demam....

Hari ni balik dari kerja rasa badan lain macam aja. Sampai rumah lepas dah menyusukan Aqil, dia pun tido, eida pun membaringkan diri, sebab kaki rasa sejuk sangat dan dalam rasa panas..... Pada awalnya abang buat tak tahu aja.... tetapi dah perasan baru dia rasa badan eida yang dah kepanasan ini..... emm malam ni eida makan sup yang abang belikan. Lepas dah makan eida makan ubat dan baring. Nasib baik Aqil Haqimi pun sama tido.... cuma kakak hasya aja yang tak mahu tido awal. Emm suruh ayah dia jagalah kalau tidak dia akan kacau eida...... akhirnya lena jugak sampai ke pagi.....

03 August 2009

Mak Datang Umah!!! - 31 Julai

Hari ni Mira bagitahu dia dan mak nak datang ke rumah, emm seronoknya dalam hati bila mak datang.... macam biasalah eida terus inform abang. Dah bagitahu petang ni tak sabar nak balik ke rumah. Tapi Mira inform lambat lak sikit sampai, so eida pun terus balik ambik anak dulu, nampak gayanya kenalah abang yang gi ambik diorang nanti. Emm sampai rumah dalam 6.30pm Mira bagitahu diorang dah dekat sampai stesen komuter kepong central. Abg keluar bawa Hasya sama. Emm sempatlah eida mengemas bilik tu sebab penuh kain baju tak berlipat atas katil tu!!! emm maklum ajalah aklau hari kerja mana sempat nak melipat kain dan sebagainya. Sampai aja mak, mira dan zaty kat rumah, hasyalah paling suka sebab ada orang nak melayan dia. Aqil pun sama ada aja yang melayan dia bersembang, dapatlah eida buat keja eida. Malam ni eida masak kan utk mak dan diorang semua. Dah masak hidang untuk makan malam.... Syoknya bila mak ada kat rumah....

31 July 2009

Atuk Meninggal......

Tarikh 10 Julai.... adalah pemergian Atuk Abang ke Rahmatullah..... emm sedih sebab kononnya kitorang memang plan nak balik hari tu sebab dengar berita dia sakit.... Rupanya kami tak berkesempatan berjumpa dia buat kali terakhir.... Mesti abang rasa terkilan, tapi dah ketentuan Allah nak buat camana kan? Dapat aja berita tu kitorang terus bersiap balik, anak-anak pun tak sempat nak dimandikan. Bawak balik barang pun main ambik aja, kalau ada yang tercicir tak tahu nak kata camana dah lah... Abang terus balik... minum pun beli kuih aja makan dalam kereta..... emm punyalah laju bawak kereta sampai eida naik risau...
tapi kalau dah laju sangat eida akan ingatkan dia jugak nanti..... macam tu lah nampak gayanya....

sampai sana orang dah ramai ziarah, lepas tu eida macam biasa melayan anak eida, abng lak usah dikacau sebab dia dah sibuk nak uruskan jenazah atuk tu.... emm dah jadi macam ni tak leh nak kata apa dah lah. Lepas tu dah selesai pengebumian, barulah boleh masak kat rumah, perut lapar tak leh nak kata dah lah, eida dah lah menyusukan Aqil, punyalah lapar perut ku ini. Dah masak makan tak ingat yg lain, abang pun eida tak ingat, hanya Hasya yang Eida suapkan sama sekali.... emm berkumpullah semua hari ni.

Malam lak ada kenduri tahlil, emm eida mana dapat menolong bebenar sebab anak kecil. Yang eida tahu dah hidang eida makan itupun lepas abang atau sesapa tolong jaga Aqil, kalau tak ada sesapa yang nolong tak dapat makanlah eida jawabnya.....!!!!

21 July 2009

Aqil dah Botak

Image
Hehehe.... sekarang ni lihatlah gambar Aqil terbaru dah botak dah ni.... alamak sebijik macam kakak masa botak dulu. Emm dah adik beradik macam tu lah nampak gayanya. Ni lepas dah mandi dan tido dalam buaian. Aqil botak pun hantar kat sallon.... emm lain betul muka aqil dah botak ni...
Kakak pun gunting rambut gak tapi kakak gunting rambut menangis sakan... macam orang kena cubit... Aqil yg botakkan rambut pun kakak yang nangis.... aduh hai!! sempat potong rambut depan kakak aja, yang sebelah belakang tak dapat nak potong sebab dia dah tak mahu.... aduhai bilalah agaknya kakak nak ok.....

17 July 2009

First Day di JKM WPKL

Hari ni first day aku melapor diri di JKM KL.... pergi lambat sikitlah lagipun bukan kena punch card pun hari ni. Hantar anak ke rumah mama dia pun lambat jugak. Dalam pukul 8.30am baru pergi. Tapi memandangkan perut lapar eida turun gi breakfast dulu, makan roti canai kat kedai mamak depan tu. Mulanya nak ajak abang tapi takut lak dia nak cepat... so tak jadilah. Lepas dah minum eida pun gerak gi keja. Ikut Jalan ipoh, sebab jalan itu aja yang eida tahu. Sampai kat area sana dalam 9 lebih, eida pun masuk parking bayar RM6 per entry. Dah masuk eida pun cari nak ke ofis. Masuk kat lobby Hotel Grand Season, tanya kat kaunter mana lift nak ke JKM KL. Emm dahsyat ofis dalam bangunan hotel, tapi bila naik atas.... Allah hai kasihan sungguh nengok keadaan ofis padat giler, partition pun kecik sesangat.
Emm eida masuk tempat utk eida pun tak ada, aduh hai sadis sungguh rasanya. Lepas tu eida jumpa bebudak bawah eida. Seronok diorang sebab dah ada bos ni, emm tak tahulah camana nanti eida kat sini, tapi eida tahu tak ada sesibuk mananya kat sini....
Inilah pengalaman first day eida keja kat sini.... banyak perubahan eida kena buat ni. Kasihan diorang ni asyik kena buli aja kat sini yer......
Tengok ajalah nanti camana.....

30 June 2009

Kenduri Akikhah dan Cukur Jambul Aqil Haqimi 28 Jun 2009

Image
Hari ni adalah kenduri akikhah dan cukur jambul Aqil Haqimi.... pepagi lagi ayah dah bising suruh bangun cepat!! emm nak tak nak bangun ajalah.... terus mandi siap² nanti ramai orang susah lak. Bila eida dah mandi senang nanti uruskan anak aja. Anak dah berdua ni kena cekap sikit buat kerja, kalau tidak nanti... emm sendiri mahu ingatlah...
emm pagi ni dalam pukul 10pagi acara berandoi utk Aqil, masuk dalam buaian tu.... seronok aja dia tido... nasib baiklah kalau tidak sure nangis dan marah. Lepas tu eida ayunkan aja. Hasya lak ramai yang melayan dia tak adalah dia kesahkan sangat pada eida. Kasihan anakku itu, tapi nak buat camana... sayang anakku itu. Lepas dah berandoi, masa berzanji bawa Aqil untuk cukur jambul, emm habis kepala basah dek air tepung tu!!! cian anakku dah selesai kat atas bawa lak ke bawah... punyalah dia marah sebab rimas agaknya. Dah selesai bawa Aqil masuk dan netekkan dia, lepas tu buka seluar jeans dan kasut dia sebab kepanasan. Tadi aku pakaikan sebab nak nampak handsome anakku itu....
Petang dah selesai kenduri barulah lega rasanya. banyak gak habis duit buat kenduri macam tu makan gak RM 2 - 3 Ribu. Tapi memang dah lega betul sebab kedua² anak dah buat dah pun.
Dah kepenatan Aqil tido ajalah jawabnya. Nanti aku masukkan gambar masa majlis tersebut.... orait

24 June 2009

Kembali Bekerja

Tanggal 22 Jun hari pertama memulakan kerja setelah bercuti 2 bulan!!! emm malasnya dah lah semalam baru balik dari kampung sebab kenduri rumah atuk. Hari ni dah lah hari first aku bekerja... nak buat camana kalau tidak disebabkan ada kenduri memang tak baliklah jawabnya... sampai ofis macam biasalah... tiada ada yang menarik, suasana macam biasa dan tidak ada benda yang havoc.... cuma suasana ofis sunyi sepi sebab ramai yang outstation.... nasib tak baik pagi ni ada meeting pasal aset.... confirm aku kena masuk sebab aset komputer aku yang jaga.... bersabar ajalah... naknya kalau TKP yang chair the meeting. Oh !! ramai yang tegur badan kurus semula lepas bersalin... mahu tak nya semua ku jaga sebab tak mahu badan jadi gemuk lak nanti..... hari ni berlalu dengan keadaan ku yang teramat kepenatan.... terima ajalah!!!

23 June 2009

Berpantang.... Waduh!!!

Image
emm sepanjang berpantang, mak aku yang jaga dikampung.... memang seronok semua di sediakan tapi bab makan aja yang aku tak suka.... sebab semua tak leh!!! nak buat camana ikut ajalah. Dah lah aku c-sec lagilah!!! kena makan lauk ikan haruan sebab nak bagi luka cepat baik.... nasib baik tak kena minum air urat kayu yang pahit giler tu.... aku makan produk Salindah so far ok dan serasi... masa anak pertama pun aku makan itu jugak, boleh slim macam asal... emm tapi bila dah hari ke 42 balik semula ke rumah di Sri Damansara. bila sampai rumah terus tangkap gambar Aqil Haqimi tido dalam buaian. Ni lah dia!!! Dah tembam dah.... macam sama dengan kakak dia masa umur macam tu.

Second baby @ DDMC

ImageImage

Emm lama tak update blog ku ini.... tapi nak buat camana dah namanya cuti bersalin.... so baru hari ni berkesempatan.... pada 20 hb April 2009 lahirlah second baby yang diberi nama Aqil Haqimi. Emm c-sec lagi sebab tak boleh bersalin normal, maknanya aku memang tak merasalah sakit bersalin normal.... habis tu nak buat camana. Sakitnya c-sec bila ubat bius dah habis.... masa tu sendiri mau ingatlah, dua hari confirm tak leh bangun.... tapi nasib baik aku bersalin kat swasta Damansara Damai Specialist selesa sebab bilik sorang aja. Hubby pun leh teman dalam operation room.... Alhamdulillah selamat semua nya..... ni lah dia gambar baby ni pun dapat ambik pada hari ke-5 bila keluar hospital....

01 April 2009

Check-Up lagi

Check-up kali ni dah masuk 9 bulan, sekejap aja rasanya tapi memang tak sabar nak kuarkan baby yang aktif dan lasak dalam perut aku ni... emm macam biasalah malas nak gi keja check-up terus minta mc, senang aja nak dapat sebab mengandung ni...

So far semua ok, baby ok, umi baby pun ok... Alhamdulillah, cuma Dr.Kamal suggest buat x-ray nak tahu samada kali ni aku boleh bersalin normal ker tak?? Dia suruh datang semula pukul 3pm tapi tak kan abg nak keluar lagi kot, so kitorang kata may be dtg mlm lah kot... dia kata dia bertugas sampai mlm, emm kira oklah tu...

Lepas abg balik keja terus pergi sebab mlm ramai org... sampai sana lama lak menunggu hai, so dah dapat masuk jumpa doktor kena pergi bilik x-ray lak, dah selesai Dr.Kamal check dan ukur, aduh hai!! confirm kena operate lagi sebab tulang punggul kecik sangat... sepatutnya laluan baby keluar 12 - 12 - 12 tapi aku punya ukuran 12 - 11.4 - 9 (dah tolak lemak, usus dan sbgnya 2 tinggal 7) mana boleh baby nak keluar.... emm terus doktor suggest pilih date... emm dalam hati melayang lagilah 5K ni.....

31 March 2009

Pergi ke rumah Along - 28 Mac

Emm abg ajak ke rumah along pagi ni... tapi sebelum pergi kena kemaskan rumah dululah jawabnya. Dah siapkan semua termasuk bekalan baju hasya kitorang gerak kesana. Sampai aja bukan ada apa yg menarik pun, along sibuk menjahit, mak pulak sibuk masak kat dapur, eida duk rilek melayan kerenah hasya ajalah. Dah masak mak masak ikan masak lemak cili api + terung dan sayur campur, sedap aja eida makan, hasya lak makan lauk kicap dan telur dadar. Emm banyak gak hasya makan. Lepas makan kitorang mak dan ayah pergi ke rumah anjo. Ajak kitorang sekali, tapi malaslah nak ikut lagipun tak ada apa yang menarik kat sana.....

Bosan lak abang ajak along gi ke rumah abang sidol. Call dia ada kat rumah kitorang ke sana, emm sampai sana lepak dan makan² ajalah.... Kak Shidah masak goreng pisang, lepas tu abg ada beli mihun suruh masaklah tu.... eida rilek aja

Lepas makan kitorang balik, singgah kat hentian Jejantas Sungai Buluh sebab abg nak bawa hasya jenjalan. Emm berhenti makan KFC.... lepas makan balik rumah... Mak aii Penat giler badan ni. Dah mandi layan tv jap lepas tu hasya dah mengantuk terus tido lena sampai ke pagi...

27 March 2009

Hasya Potong Rambut

Emm anakku rambutnya panjang sungguh, naik rimas lak nengok eh, petang ni lepas balik dari kerja, kitorang makan dulu. tengok² kedai salon kat rumah tu buka lagi terus bawa Hasya masuk, kiranya Hasya last customer hari ni. Sebab dia nak tutup dah, tapi dengan kitorang dia bagi masuk gak, Nasib Baik gak lah....

Ayah yang pegangkan Hasya, mula² tu ok aja dia duk diam sambil seronok tengok muka kat cermin, bila dah lama sikit dia dah bosan... Alamak!! Hai bersilat ngan Hasya. Susah betul Cina tu nak potongkan rambut Hasya... emm yang susah belah tepi telinga dia kiri dan kanan... Tapi akhirnya dapat jugaklah menyudahkannya walaupun tak berapa sama sangat. Hehehe!! kitorang ni tak adalah berkira sangat janji nampak OK.... murah lak bayaran yg diambilnya RM3 aja... dah bayar balik rumah, terus mandikan Hasya.... Hehehe!!! comel dah hasya rambut pendek, macam boy lak nampaknya..... ni lah dia Hasya Rambut Pendek..... !!!!

24 March 2009

Balik Kampung Johol

Emm jumaat pagi kononnya nak gi keja 1/2 day sebab ptg nanti nak balik kampung, tapi Hasya demam lak, terus ambik cuti 1 hari... emm sejak akhir² ni kerap lak Hasya demam baru baik dlm 2 minggu lepas. Duk rumah jaga dialah jawabnya. Petang lepas jumaat kitorang gerak balik, abg sempat lagi nak gi main bowling ngan Anip tu, ish!! risau gak dah lah tak berapa sihat ni.. tapi layan ajalah.

dah habis 2 frame kitorang balik kampung, sampai aja dah malam... kalau tak ada kenduri sepupu abg kahwin sure tak balik ni dah lah sarat sekarang ni, Hasya lak dah lasak.... Aduh !! Sabar ajalah bebanyak.

Sabtu kenduri kahwin Fazli, eida lepak kat rumah uwan sama hasya lah, pergi sana tunjuk muka jap lepas tu datang time makan. Hasya meragam aja, dah lah tak nak kat orang lain, kalau dia nak sure senang eida sebab semua orang nak ambik dia....

Ahad lak pepagi lagi lepas breakfast kitorang balik kl nak elak jammed balik petang nanti, sempat singgah Talang sekejap aja sebab mak dah lama tak jumpa cucu dia ni. Dah jumpa sekejap dan sembang² lepas tu kitorang balik terus ke KL.

Dalam pukul 4.30pm keluar lak ke Sri Pristana tengok rumah nak beli kat sana, direct deal dengan owner rumah tu. Sampai sana diorang dah ada masuk rumah memang kosong tak ada apa, berkenan dah lah. Lepas tu eida kata kalau confirm kitorang contact dan deal lepas ni dengan lawyer terus ajalah.... dah settle balik, hasya lak kena meruam muka dan badan. Aduh hai kasihan anakku itu. Balik rumah terus mandikan dia dan sapu ubat. Barulah lega nampaknya.

17 March 2009

Weekend 14 Mac - 15 Mac

Sabtu ni abg dah ajak gi jumpa ejen Rumah Lelong yg kat Sri Pristana tu, tapi ofisnya kat Bukit Beruntung. Aduh!! jauhnya tapi nak tahu punya pasal pergi gak lah, pagi dlm pukul 11 gak lah baru gerak kesana. Sampai sana call org tu utk bawa kitorang ke ofisnya, kalau tidak kitorang manalah tahu. Sampai sana anakku Hasya Dini macam biasalah bukan reti duk diam nak berjalan tapi kena pimpin, aduh hai letih tak yah citerlah. Memang aktif sungguh anakku itu.... semua yang nampak Hasya puji dia comel, memang anakku comel pun, bangga bawa kemana-mana. Dah discuss dengan orang tu dah tengahari perut dah lapar terus singgah makan kat restoren yg berdekatan. Sedap lak masakan kat restoren tu.

Dah makan alang-alang dah sampai Bukit Beruntung, abg ajak pergi ke rumah adik dia kat Tanjung Malim, aku ok aja lagipun tak ada nak kemana pun. So kitorang terus kesana, sampai sana beli kuih sikit. Emm seksanya nak membeli makanan kat area rumah tu, tak ada apa!! Ah!! kalau aku duk sini sure boring giler, so dapatlah beli goreng pisang dan popia. Sampai sana macam biasa lepak sampai ke malam gak lah baru balik rumah. Oh!! Anakku seronok aja kalau dibawa berjalan....

Ahad lak, lepak kat rumah aja, mengemas sebab rumah pun dah kotor sesangat dah lah.....
Malam dah boring ajak abg gi pasar malam kat taman tun, sure beli buah sebab murah dan fresh!! hehehe sambil tu buahnya boleh dirasa lak tu....

10 March 2009

12 Jam - keluar (Ahad 8 Mac)

Hari ni dlm tengahari kitorang keluar gi survey rumah kat area Saujana Utama, emm itupun kena tunggu Hasya bangun tido baru leh keluar, dah keluar sampai sana survey dan ambik semua contact number yg tertampal utk tanya pasal rumah yg nak dijual tu.... emm dah pukul 1.30 aku dah lapar, ajak abg gi makan. Sebab nak gi ke rumah Along, so lalu guthrie tu singgah R&R tak ramai org dah lapar so makan yee mee, abg lak makan roti john, hasya aku belikan roti dan mushroom soup. lepas makan terus ke rumah along. Sampai sana bukan ada apa menarik pun, abg sibuk ajak ke sana sebab dia nak memancing, emm dia dah keluar tinggal eida dan hasya kat rumah along. lepak dan sembang² aja. hasya ni nasib baiklah tak kisah dibawa kemana pun. Abg memancing bukan dapat ikan pun.

Malam lepas magrib dan makan Abg nak main bolwing lak ngan Anip, Abg Sagap dan kengkawan eh, balik dari rumah along terus masuk bowling lak, Hasya ok aja asalkan dia leh main, org agah dia tersengih memanjang aja. emm sampai ada yg bagi nugget kat dia. Anakku itu senang dibawa kemana saja.

Emm habis abg main 3 games dia aja yg leading, lepas tu gi minum lak dulu. Hasya ok aja siap gi kacau anak org lain ajak main, selamber aja anakku itu. Lepas tu dah dekat pukul 12 balik rumah, dlm kereta hasya dah lena penat lah tu kot. Hehehe dari 12 tengahari keluar sampai 12 tengah mlm baru balik.... 12 jam keluar untuk hari ni

07 March 2009

Weekend 7 Mac

Hari ni cuti weekend dan Isnin ni pun cuti gak!! - cuti Maulidur Rasul, seronok rasanya. Memang tak ada plan apapun, cuma nak survey rumah kat area Saujana Utama nak cari teres, rumah yg kononnya kitorang nak beli kat Subang Puteri tu ada masalah lak, owner lama tak tukar nama, so kalau kitorang nak beli guna loan gomen ada masalah!!! ambik masa yang lama utk settlekan, dah suruh agen tu settlekan dulu, emm nak deposit lak sampai 10% dari harga rumah tu. Aduh !! Hai banyak tu deposit aja dah kena bayar RM22.5K, kitorang offer bayar RM10K dulu, tak tahulah samada setuju ker tak?? So dah berkira sangat kitorang cari rumah lain ajalah.... lagi pun bila pikir2 balik kat area tu sekolah pun tak ada so susah lak anakku nak sekolah esok2.... semuanya kena ambik kira gak ni... Hari ni kesudahannya sampai ke petang tak kemana, lastnya lepas asar kitorang bawa Hasya keluar ke The Curve, emm sesak jalan lastnya parking kat Tesco senang sikit sebab ada baby dapat parking ada baby senang sikit. dah dapat parking terus jenjalan masuk the curve ada sales lak kat metrojaya, emm abg tengok² ada lak sales baju valentino creation, emm try berkenan terus beli murah aja lagipun. Dah beli jenjalan letih betul tunggu Hasya dah pandai jalan tapi slowlah. Emm dah penat dia duduk dan merangkak. Aduh!! hai anakku itu selamba aja. Dah penat jalan masuk tesco beli brg rumah sikit lepas tu makan dan balik rumah. Aduh letih betul tapi seronoklah tengok Hasya!!!

04 March 2009

Check-UP

Isnin 02 Mac 2009, emm badan penat gara-gara gi bercuti di Fraser Hill, hari ni kononnya nak gi keja lambat sikit, dah minum dan mengemas akhirnya malas punya pasal gi klinik ajalah buat check up dan minta mc sekali. Emm !! sepanjang mengandung baru hari ni nak minta mc ni. Call abang suruh dia balik tengahari ni sebab nak ajak gi klinik, sebelum tu aku dah call klinik, Dr. Kamal memang ada hari ni. Emm abg balik tengahari terus gi sana, sampai sana memang tak ramai orang dapat nombor tunggu sekejap dan jumpa doktor, emm check semua ok, baby sihat dan besar pun normal, seronok rasanya bila doktor confirmkan memang baby boy.
Lepas dah selesai minta mc, bagi 2 hari tapi tolak nak sehari aja, emm bagus betul aku ni, tapi memikirkan banyak keja malas lak nak mc sampai 2 hari.
Emm tak sabar nak bersalin baby ni, lepas ni aku nak rehat panjang.... kalau tidak rehat terus pun tak apa......

Bercuti di Fraser Hill

Image
Sabtu lepas 28 Februari kami sekeluarga telah pergi bercuti di Fraser Hill. Nak celebrate birthday suami dan anakku sekali. Ini kali pertama aku menjejaki kaki ke sana. Ya Allah jalan ke sana memang berliku²... Tak pernah rasa pening jalan macam ni, ni first time kena kat aku, dah lah anakku tak tahu duk diam dlm kereta, dengan keadaan ku yg sarat mengandung jugak kot!! menyebabkan aku rasa pening.... masa nak naik ke sana jalan one way aja, dah tutup utk masa naik, buka semula pukul 1ptg, kitorang lak sampai sana pukul 12pm... emm!! sejam duk menunggu.... tapi kedinginan Fraser Hill dah terasa dari tempat kitorang menunggu tu!!! emm bila dah boleh naik dlm 15 minit dah sampai pekannya


Alahai!!! kecik aja pekan fraser hill... tak ada apa sangat, cari lak rumah persekutuan, jalan ke sana macam tak pernah lalu, rasa was-was kitorang samada betul ker idak agaknya?? emm akhirnya sampai jugak, wah!! kitorang booking bilik kecik RM40 aja, rupanya bilik tu dlm bunglo, tapi punyalah besarnya bunglo tu, seronok anakku main sebab semua carpet dan mewah betul kat sini.
Emm seronok betul tapi nak sampai ke sini punyalah seksanya..... Hanya Tuhan yang tahu ....
Tapi hajatku nak beli kek untuk celebrate birthday suami merangkap anakku tak jadi sebab tak ada kedai kek kat sini nak dibeli, nampak gayanya esok balik kl beli kat sana dan potong kek kat rumah ajalah nampak gayanya.... :-)

26 February 2009

Image
Hari ni birthday Hasya yang 1 tahun, "Happy Birthday Hasya Dini" Dah besar anak Umi ni.... emm tak ada nak celebrate apapun, cuma pagi tadi bagi kek sebiji pada pengasuh dia untuk potongkan dan bagi pada kengkawan Hasya kat rumah tu. Weekend ni baru nak celebrate birthday Hasya dan Ayah sekali kat Fraser Hill.... Emm tempat sejuk lagi, suka sangat gi tempat² macam tu sekarang ni... any way tak kisahlah janji keluar dari KL dan rehatkan minda dan badan!!! Gambar Hasya potong kek tak ada tapi gambar kek yg bagi kat pengasuh dia adalah ni!!!

25 February 2009

Hari ini birthday adikku Mira dan esok anakku Hasya Dini.... emm sekejap aja dah setahun umur anak ku dan bakal menjadi kakak dalam tempoh 2 bulan lebih kurang. Emm risau gak masih belum boleh berjalan sendiri tapi dah pandai berdiri.... nanti akan ku update gambar terbaru anakku. Tengahari lak nak cari makanan masuk kedai baju, emm sempat gak beli 2 helai baju baru... emm memang diriku kaki shopping tak leh pergi mana ada aja, sebaiknya aku duduk diam² aja kot.... tapi aku berpuas hati... itupun member ku Mareld ingatkan JCard Day kat Mid Valley, nasib baik jauh sikit kalau dekat ngan ofis mahu ku pergi agaknya....

Emm hari ni dengan selamber aku cakap kat bos IT Kementerian meeting esok aku tak nak pergi. Sebab yang kena pergi semua bos² aja.... so pepandai koranglah jawabnya.... Hehehe nasib baik tak jadi bos aku kalau tidak emm sendiri mau ingatlah SKT jawabnya...

23 February 2009

Weekend ni, emm tak tahulah nak buat apa. So hari Sabtu kitorang pun keluar gi ke Mid Valley, kebetulan ada pameran jualan hartanah. Memang nak eli rumah teres sekarang ni. Dah jumpa yang berkenan di Subang Puteri second owner tapi rumah tu pulak, pemilik sebelum ni ada masalah so kalau nak beli ambik masa dan banyak songeh sikit nak settlekan. So kot ada lak rumah baru yang senang nak dibeli, kitorang saja jer lah nengoknya. Emm!! sampai Mid valley nasib baiklah dapat parking tak jauh dari entrance masuk. Masuk ke I-Property punya pameran nak cari rumah teres tapi tak byk pilihan, kalau ada pun dalam range yg kitorang mampu jauh bebenar lak dari tempat kerja, so tengok² ajalah. Lepas tu dah lah penat dukung Hasya sebab dia tak mahu naik stroller dah, emm perut pun dah lapar, so kitorang masuk cafe kat Jusco. Emm!! standard sana makan nasi lemak ataupun laksanya aja yang popular. Makan ajalah, lepas makan jalan² windows shopping lepas tu balik rumah!!!....

18 February 2009

Hari ni aku cuti.... tapi anakku tetap di hantar ke rumah pengasuh, barulah dapat aku buat keja-keja mengemas rumah, maklumlah kalau dia ada sama macam tak leh nak buat keja apa dah lah!! cuti pun sebab nak hantar adikku ke Hospital HUKM appoitment dengan doktor hari ni.... walaupun aku cuti tapi gangguan telefon tanya pasal kerja mesti ada punya. Nak buat camana nak tak nak kena jawab jugak!! emm!! tak senang betul aku nak cuti.... Sabar ajalah bebanyak!!

17 February 2009

Image

Ini adalah kisah hidupku..... telah berkahwin dengan suami tercinta pada 30 April 2004
Maka pada tahun ini genaplah 5 tahun usia perkahwinanku. Kami baru dikurniakan seorang cahaya mata "Nur Hasya Dini" dan kini ku sedang menunggu kelahiran anak ku yang kedua. Insyaallah akan dengan izin Allah akan dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki pula. Syukur tak terhingga kerana dengan ini aku bakal mendapat sepasang cahaya mata !!!