
Apa menatangnya E471 ni?
Sebelum ni aku ada pernah terdengar-dengar jugak berkenaan status halal elemen E471 ni. Ada yang kata halal tapi banyak yang kata haram.
Kalau mana yang tak tau, E471 ialah emulsifier iaitu sejenis bahan tambahan dalam makanan. Ada banyak jenis makanan yang ada E471 ni seperti aiskrim, kopi & juga kopi. Sebut pasal kopi ni la pagi semalam aku nak bersahur terpandang kopi yang aku bancuh ni ada tulis E471 pada bahan-bahan dia.
Aku terus tak jadi minum, bukak Internet, Google dulu apa yang patut.
Terus la jumpa blog saudara kita ni
“Emulsifier E471
Pernah satu ketika kita dihebohkan ada sesetengah produk makanan tidak halal kerana dikatakan mengandungi E471 yang kononya adalah bahan berasaskan khinzir.
Ingin saya betulkan disini bahawa ini adalah tidak tepat sama sekali.
Sebenarnya E471 adalah merujuk kepada bahan emulsifier makanan yang bertujuan sebagai aditif makanan, biasanya digunakan untuk makanan yang melibatkan lemak dan air contohnya ais krim, kek, coklat dan lain-lain.
Berfungsi untuk memudahkan percampuran bahan yang berasaskan minyak dan air bergabung, kalau tidak kita tak dapat makan ais krim yang sedap, Kerana nanti susu dan air berpisah, sterusnya akan menjadi “ais krim Malaysia” yang keras tu..
Sumber untuk pembuatan E471 ini sama ada tumbuhan atau haiwan. Jika tumbuhan tiada masalah..tetapi jika haiwan (tidak semestinya khinzir) perlulah dipastikan haiwan yang halal atau tidak dan disembelih atau tidak..
untuk maklumat semua, produk yang telah mendapat sijil halal Jakim (Malaysia) / Produk Malaysia adalah menggunakan E471 yang diperbuat daripada tumbuhan iaitu dari minyak kelapa sawit, oleh itu tidak perlulah kita risaukan..
Moga artikel ini dapat membantu kita membuat pilihan untuk membeli produk makanan.“
Fuhhh lega, terus sambung minum kopi sambil makan kuih keria 2 ketul. Lepas tu aku dah tak boleh nak tidur, maka terpaksa lah aku datang awal ke pejabat semalam.
Ada kebaikan jugak kopi E471 ni yek!
Kredit: Halal Genius
Tukang Komen