Ada hadith mengatakan bahawa; Tajdid akan berlaku setiap perubahan dan tempoh yang dikatakan perubahan itu pada setiap seratus tahun: mafhum. ITS ME adalah perubahan baru dalam blog ini. Melalui pelbagai faktor yang lebih menguji ketahanan manusia, alternatif diambil bagi membiak- ruah ide-ide baru yang sesuai untuk sekeliling.Ide ITS ME ini menunjukkan keperibadian penulisan dalam menangani isu-isu semasa, ketidak stabilan diri, kehendak sekeliling, genre yang lebih luas dan lebih mendominasi kepada hak cara individu berfikir. Segala pandangan dan coretan yang dilukiskan di medan blog ini tidak membabitkan pandangan luar "melainkan INTUISI sendiri-. ITS ME adalah kata cenderong peribadi dan hidupnya. Segala genre yang dibincangkan samada politik, kebudayaan, sastera, ekonomi ataupun pentas-pentas yang lebih flexsible; adalah pengaruh sekelilingnya. Goenawan Mohamed, dalam konflik kesusasteraan Indonesia -telah meletakkan sesuatu keikhlasan perjuangan perlu dikaji di segenap situasi,pelusuk diri, sosial semasa mahupun berkaitan konsep agama. Dan untuk golongan seni; Seni untuk Seni adalah ketelusan genre tersebut tanpa dieksplotasi oleh faktor-faktor lain yang melibatkan ideologi. Misalnya, seni untuk masyarakat atau Seni itu berpolitik. Dengan konsep bergelendangan berperinsip, ITS ME mengenengahkan lukisan secara global yang dikaitkan pada setiap displin ilmu mahupun lebih metafizik. Tenkiu.