Friday, October 24, 2003

Kemasai


Kemasai

Hampir 3 minggu aku berhijrah sana sini. Tak sempat nak berehat dah terpaksa berkejaran ke sana untuk melaksanakan apa yang dirancang pada sebelum-sebelum ini. Ke Sinai, Damitte, Mansurah, dan balik semula kat Cairo pada jam 1.00 tengah hari kelmarin. Alhamdulillah tiba di perkarangan Haiyyu Asyir pada jam 8.15 malam, sempat juga aku mengikuti program julungnya dalam Temu Ramah Bersama dengan Tuan Guru Haj Hadi Awang ke Cairo.

Tak ada apa sangat nak di ceritakan mengenai program yang telah berlangsung kelmarin. Cuma aku banyak benda yang ingin dikongsikan dalam penulisan ini, mahupun bila berbual mesra dengan kawan-kawan lain, mengenai teks ucapan yang dilemparkan semalam.

Walaupun cukup banyak perkara-perkara konterversi yang terpaksa dijawab oleh Tuan Guru, kerana atas soalan atau desakkan para Pelajar dalam sesi soal Jawab, semuanya aku tidak memandang sepenuh pemerhatian. Dan aku tidak pula cuba mengambil berat, kerana semuanya berkisarkan politik semasa di Malaysia. Bagi aku, jika benar ingin tahu, soalan-soalan yang diunjurkan itu sudah termaktub dalam media dan tidak wajar lagi diutarakan persoalan sedemikian. Aku kecewa dengan sikap-sikap setengah pelajar yang tidak cuba memahami erti atau saat Emas yang kita peroleh semalam. Tidak diisi dengan persoalan yang baik sebagai status student dan melambangkan student yang bersifat optimis.

Lebih suka juga aku, respon dalam ucapan semalam mengenai penekanan Tuan Guru dalam perihal 'Gagasan Mahasiswa dalam merentasi Ilmu-Ilmu'. Itu rasanya tajuk yang sesuai pada malam tersebut.

Berbesar hati juga, setelah program demi program yang dilaksanakan oleh Pihak Kedutaan sepanjang tahun ini -bahawa Tuan Guru juga turut memberi infak dari kesinambungan program-program yang wujud pada sebelum ini. Alfu Syukran buat Tuan Guru.

Ya, tidak nafikan Ilmu yang kini dijejaki oleh para ilmuan, cendiakawan, para pemikir dan seluruh manusia dunia adalah asal dari sejarah peradaban yang Islam gali. Setelah beberapa Abad, dari kegemilangan Islam dan jatuhnya Uthmaniah, segala keilmuan Islam diragut, dicabul, dan diselewengkan hingga kefahaman umat manusia menjadi songsang. Songsang dalam memilih apakah Ilmu itu benar atau masih bersifat sekular...

Universal Islam tidak pula menyekat setiap perluasan bidang-bidang ilmu yang dicebur malah lebih menggalakkan demi meningkatkan Islam itu di persada dunia. Tidak pula timbul atau menjadi satu tegahan dalam mengharungi detik-detik Maya kini yang lebih tidak bersempadan untuk berterusan manusia mencapai ilmu kemajuan dalam hidup. Inilah satu-satunya jalan pintas bagi umat manusia untuk berjalan seiring dengan zaman yang berupa Globalisasi.

Tidak kurang juga, para ilmuan murni seperti para Ulama', Agamawan atau Cendikawan Islam memperoleh kesejagatan hidup dalam nilai-nilai agama. Segala bentuk kontemporari cuba diserasikan oleh agamawan demi menyelaraskan umat manusia dalam landasan keImanan, keTaqwaan dan dapat Redha dariNya. Argumen yang menjadi silap paham dan ketidak prihatinan para Agamawan membendung umat manusia, kini sudah dipengaruhi ide demi ide dalam membina ideologi modenasasi bagi manusia. Entah, kenapa sehingga kini belum cukup ramai manusia muslim atau Agamawan untuk mengisi keseimbangan menandingi kebijak-sanaan Globalisasi. Kerana Ilmu-lah umat manusia menjadi kehausan dan manusia Muslim pula menjadi tenggelam di arus yang deras.

Sekularisme, Komunisme, ****me dan isme-isme lain menjadi Tuhan bagi umat manusia kini. Agama sudah bersifat kefahaman dan berkonsepkan Material. Inilah ombak globalisasi kini. Manusia lupa dan ilmu sudahpun disalah ertikan. Kerana berleluasa ilmu diguna-pakai dalam bentuk yang tidak wajar. Ilmu sudah dimaterialkan untuk kehidupan dunia semata-mata.

Bagaimana pula para Agamawan muda kini? Moral yang disampaikan oleh Tuan guru semalam adalah merangkumi Ilmu-Ilmu yang sepatutnya direntasi oleh Agamawan. Kesilapan penafsiran dan cepat menghukum untuk membidangi ilmu adalah sifat yang sangat keji. Kerana ilmu adalah sesuatu yang tidak mungkin difahami oleh manusia selagimana tidak cuba direntasi dan dipelajari untuk kegunaan hidup. Ilmu inilah yang akan membimbing manusia, dan secara tak langsung manusia akan gemilang apabila Ilmu diserasikan dalam sifat-sifat kerohanian berkonsepkan al-Quran dan al-Sunnah.

-Cintakan Ilmu-
(ampes!! Ikut ssempat jek..Ihiks :D )

Monday, October 13, 2003

Kota Emas


Kota Emas

Penat sangat sepanjang rehlah anjuran NadiUmno. Kesimpulan yang aku dapat dalam program diorang bahawa: "Sementara memberi info untuk pelajar, msg secara murni diorang adalah menarik golongan Agamawan untuk memenuhi ruang kosong dalam perjuangan mereka".

Respon aku-Ahlan wasahlan, ,teruskan saja perjuangan masing-masing. Aku begitu setuju dengan niat mereka. Mengisi agamawan dalam parti mereka. Itu yang sewajarnya. Akan tetapi perlu ingat, Agamawan tidak sewenang-wenangnya diperkotak katikkan oleh golongan bukan dari orientasi Agama. Agamawan perlu jati diri yang kuat untuk bergelumang dalam perjuangan mereka. Agama tidak lagi bisu dan lesu sampai tunduk dengan bicara-bicara songsang mereka.

Bukan tidak setuju dengan aliran mereka. Kita ketahui, manusia berbeza, ideologi tetap berbeza, hidup pun berbeza, dan mesti sedar..mereka juga dari darah daging bersama, ketauhidan yang sama, bukan musuh bahkan saudara dekat di kalangan bangsa.

Sebagai mahasiswa, wajarlah tidak suka terpengaruh mana-mana pihak. Dan juga tidak perlu progresif untuk berpauk dengan mereka mahupun di pihak pembangkang. Ya, ,memang sudah menjadi tradeMark student Mideast sebagai para pembangkang. Ini yang silap, masih ada cita-cita meneraju parti politik sedangkan dasar hidup mengaut ILMU tidak begitu dihiraukan. Bohsan dengan manusia begini.

Kota Emas sekali lagi.
Selesai saja program diorang, aku juga punya pendirian. Biarkan aku saja aku di sini. Insetif -aku tak pulang dengan diorang. Aku tambah lagi hari-hari bercuti. Hari ini dah masuk 4 hari aku tanpa mereka, kawan2 dan biar bertemankan ketenganan Kota Emas sampai ditiup angin-angin Asia di persisiran pantai. Jelas jiwa aku tenang dan otak ku giat menghitung kebesaran Allah swt.

Kota Emas atau lebih dikenali DAHAB terletak di Selatan SInai. Satu2nya kawasan yang mempengaruhi cuaca Asia di Mideast. Kami bertiga, dan bersendirian hanya membujuk jiwa yang sudah lama berkarat di kota Cairo. Ini yang paling gemar bagi aku.

Bila hanya bersandar di kaki bukit sesekali masyarakat Badwi (Arab Sejati) berlalu dan bersenyum muka. "Ermm.. begitu hormat mereka terhadap tetamu". Di sini aku rasakan masih ada Arab yang berjiwa benar-benar Arab. Sebagai bukti bangsa Arab masih berlaku sopan dan berjiwa Islam. Teringkar sama sekali bila saja hidup di kota sana. Arab sudah menjadi barat. Arab sudah tidak ada adab. Ada, ,cuma mereka juga dari Badwi-Badwi yang berhijrah ke kota. Kota Cairo yang bising dan debu-debu artistik menjagi hegomon mereka.

Entah bila aku akan pulang. Biar saja aku di sini melurut sendi keletihan membuang anasir kegelabahan hidup di kota.

Paichowan, Dahab

Wednesday, October 01, 2003

Bila jiwa sudah berkarat


Bila Dah Berkarat

Jiwa- Adalah satu-satunya ciptaan Tuhan yang mampu mengawasi seluruh kondisi tubuh manusia. Tak kurang juga, jiwa akan berlarutan jika benih yang suci tidak disemai untuk makanan rohani jiwa tersebut.

Jiwa pula tidak seperti yang kita umpamakan seperti; kita makan waktu siang dan malam. Akan tetapi jiwa lebih bersifat hanya pada ketetapan rohani yang seringkali guyah bila tidak menepati kehendaknya. Justeru, jiwa yang tidak beralaskan keIMANan dan keEHSANan tidak mampu menjulang keunggulan sepertimana yang disebut...-"Manusia adalah sebaik-baik manusia" hanya kerana akal yang begitu pragmatik tidak dapat membendung kehendak jiwa yang senantiasa dipengaruhi oleh hawa nafsu serta sifat-sifat yang mempengaruhi unsur negatisme.

Suatu masa dahulu ada seorang teman yang pernah berkata,: "Akal diberi kekuatan untuk menentukan hal-ehwal manusia, sosio-hidup manusia. Justeru akal yang memihak dari kata jiwa akan berterusan mendapat kejayaan. Begitu juga jiwa yang menjana keyakinan dalam setiap urusan hidup".

Mungkin dari senikata yang dimaksudkan ini bersifat sekular or selular. Tidak tahu di mana titik pertemuan asas yang dimaksudknya. Tidak dapat tidak akal adalah menentukan kerasional sosio-hidup umat. Akal juga akan memberi jawapan untuk segala hal yang menjadi kerumitan manusia. Kerana akal telah membezakan antara kehidupan/makhluk yang diciptakan oleh Tuhan.

Sebagai manusia yang punya kudrat akal, keinginan, hawa-nafsu (normal)- kita masih terbelenggu dengan ideologi baharu ciptaan manusia. Kerana Hak Asasi -manusia tidak lagi mementingkan keinginan jiwa yang beralaskan pengetahuan dari HAK sebenar. Dari dasar hidup manusia kudus yang berorentasi Akhlaku l-Karim(al-Quran & al-Sunnah).

Jiwa yang berorentasi Islamik mungkin mampu membendung hal ini supaya tidak hanya menggunakan logika semata-mata, seperimana dalam hal kerasionalan tindakkan yang menekan umat Islam sekarang. Seperti juga untuk merealisasikan kehidupan sebenar Umat Islam era-kini dalam menduduki dunia Islam yang bersifat Islam sebenar (Demokrasi). Dalam hal ini mungkin lebih dekat lagi contoh yang terpaksa menjadi tohmahan pihak barat dalam menentukan lingkungan Fundamentalis-Islam yang mengakibatkan kesan dengan perikata IslamFobia.

Rata-rata hari ini kita dapat lihat, ulasan atau komentar dari golongan Intektual dalam menentukan umat manusia lebih bersikap rasional dalam hidup. Tidak dinafikan tindakkan mereka adalah untuk memberi kesedaran menyeluruh dalam membina kemanusiaan yang tidak bersifat konservatif. Bahkan dalam masa yang sama, rasional yang diunjurkan oleh golongan ini memberi kesan yang amat mendalam dalam membentuk hal sebenar kesatuan dalam Islam, sehinggakan hanya pihak-pihak tertentu disalahkan.

Sebagai contoh lagi, golongan yang memperjuangkan Jihad dituduh memikul ideologi yang bersalahan dengan konsep kesejagatan -Globalisasi. Mungkin benar dalam perspektif sosio-diplomasi sedunia, akan tetapi tanpa golongan ini mustahil Islam masih tertegak pada masa kini.

Dan perlu diingatkan bahawa, sistem yang dibawa oleh golongan yang ingin membawa perubahan (Revolusioner) dalam pemikiran manusia kini tidak lagi digarapkan dengan pegangan sebenar dalam Islam. Bahkan hanya memuja dengan kekuatan akal yang masih dijiwai oleh nafsu serta slogan keseraian antara umat dalam membina masyarakat Madani yang internasional.

Begitu juga dalam menelusi dustur manusiawi untuk menentukan hala-tuju umat dalam era kontemporasi dalam hukum-hakam agama. Seperti usul yang dikemukakan oleh Sayed Dr.Yusuff Qardhawi dalam memberi pemerhatian penuh dalam kesatuan Umat tanpa mengira keperlbagaian pegangan atau pendapat. Dan beliau lebih menitik-beratkan dalam hal Islam yang kini semakin ditindas, sedangkan umat-muslim masih lagi bersendeloka dengan aliran-aliran masing-masing tanpa melihat realiti dunia kita.

Sekalipun masih ada ketegangan dengan usul yang dikemukakan oleh beliau, akan tetapi secara realiti kehidupan dunia, umat Islam harus lebih rasional dalam hal ini, bukan hanya rasional dalam lingkungan kebudayaan serta aliran keagamaan masing-masing.

Justeru, jiwa yang sihat adalah jiwa yang mampu berdikari berpaut dengan pegangan umat Islam. Jiwa hanya memperoleh dari kesesuaian akal tidak mampu memberi natijah yang sebenar untuk membina Umat Islam. Hatta dalam keserasian hukum agama, dan perjalanan hidup yang penuh hipokrik ideologi-ideologi baru manusia.

(*Entah ape yang aku tulis -live in Cyber Cafe*)

Paichowan, Cairo
1 Oktober 2003

Monday, September 22, 2003

selamat datang!!!


Selamat datang untuk junior2 baru kat mesir...

Entah ape aku nak tulis ari ni pun tak tahu.. dua tiga ari ni buhsan jek duk dalam umah.. esok lusa orait la sket.. sebab ada banyak program nak isi.. kalo sblm ni ada gak la program2 yang diorang buat.. alhamdulillah sempat gak aku nak join..

Esok ada konvesyen politik melayu, ekonomi and pendidikan. Program ni di taja oleh JPM kaherah. ERrm... tak daftar pun.. tapi ada orang2 embessy cakap pergi je. nanti daftar kat sana.. harap2 esok tak kena reject la..

Habis program ni nak kena main bola plak. Bola sepak Futsal JPMK. Team aku duk dalam group C. Dengarnya group C power2 gak.. tensen2 .. dah la aku ni bukan *Star* pun main bola.. Boleh la.. Team aku amik name Asab. Mean.. Tebu.. hahah.. nak tergelak gak sebab buh name tu.. tapi takpe la.. sekodar jek kitaorang main..

Nanti ada perjumpaan dengan orang atasan Embessy.. Katanya pasal group ISEK (Ikatan Setia Kawan) yang kitaorang wujudkan.. lakhai.. nak jawab ape nanti.. Tapi seblum ni dah jumpa salah sorang dari mereka. Cik Ramlan name dia.. Dulu dia di bahagian Iraq. Kota Baghdad.. tapi tahun ni dah kena pindah kat sini..

Pasal student.. selamat datang la pada budak2 baru tu.. semoga sentiasa mendapat ketenangan dan kesabaran dalam merentasi medan perjuangan di sini.. Ahlan Wa Sahlan... Shalom

Thursday, September 11, 2003

Malang X Berbau.....


Cinabeng Kolusten

Selamat Hari Ulang Tahun ke 2: "Sesi Memerangi Terorism"

Masuk hari rata-rata dalam canel Televisyen ArabSat mengulas masalah T.T. Isu-isu hangat dari operasi Hamas vs Israel. Banyak korban tapi masih sepi dari kalangan kuasa Liga Arab. Hanya desus-desas beberapa canel yang mengulas kejadian bukan membantah tohmahan dari BBC/Euro News/CNN n cabel pro-Amerika.

Kelmarin dalam canel al-Arabiya mengulas kembali detik-detik tumbangnya Pusat Dagangan Antarabangsa. Banyak tragedi yang membuatkan manusia dunia berpikir buat kali yang lebih kritis untuk memahami keadaan sebenar. Ada yang masih percaya lagi bahawa segala titik permulaan kecelakaan ini berasal dari umat Islam -Fundamentalis Islam yang memberi kesan terhadap dunia dalam IslamFobia.

Tapi ada juga yang celik dan ingin mendalami lagi berita dari media-media kini. Seluruh umat tahu dari angkara siapa... Terorism -Ya benarlah semuanya dari angkara teroris. Tapi terlalu umum untuk kita mengetahui golongan siapakah yang benar mendokong ideologi keras ini... Zionis vs Islam.

Konklusi dari tahun ke2 memerangi 'pengganas':

+Amerika masih lagi mencari simbol utama 'teroris' yang dimaksudkan mereka. Bahawa mereka sendiri masih lagi sangsi untuk menangkap Ben Laden. Bukan ingin diekori bahkan ingin menghidu attar Ben Laden pun mereka masih terjerat dengan tuduhan mereka.

+Amerika masih lagi bergerak dari kata putus Mei 2002 dahulu. Memerangi pengganas dari sudut lain; Bahawa Iraq sudahpun di tangan mereka yang beralaskan teroris dari segi persiapan senjata Nuklear. Konflik ini tidak membabitkan atas alasan 911 akan tetapi atas alasan menekan pergerakkan Israel.

+Kini Iran sudah menjadi campur-tangan Amerika untuk membasmi unsur-unsur senjata Nuklear. Kononnya ingin menjadi Hero di Abad globalisasi.

+Afghanistan dan Iraq masih lagi kucar-kacir dan polimeks antara dunia antarabangsa terhadap Amerika tidak lagi menaruh kuasa terhadapnya. Amerika kini berdiri dengan sendiri (dengan bantuan kawan karibnya) dan ingin menunjukkan bahawa dunia renainsen yang diasaskan dahulu akan tetap kekal menjadi ketuanan tamadun dunia.

Haku Matata

Alam siswa Mideast agak reda sejak kebelakangan ini. Ini kerana kepimpinan baru yang menjawat pengurusan kebajikan anak-anak Melayu masih lagi giat disusun. Era baru di kepimpinan baharu kali ini amat perlu mengawasi sentimen kefahaman individu dalam menelusi kegiatan mahasiswa/wi di sini supaya tidak hanya terpauk sebagai gundik-gundik politicsm.

Lepak Jek

Adus... tah ape nak buat. Dah seminggu lepak di Aguaza. Entah buat apa aku pun tak tahu. Tapi ada kelebihan gak duk kat sana. Satunya dapat information lebih tepat dan cepat. Memang! Kalau dah bley santai kat rumah tu asyik duk nonton TV jek. Selang seli antara berita and Movie.

Semalam balik rumah di Haiyu Asyir. Ermm.. Dah standby nak selesaikan kerja-kerja yang masih bersepah. Tapi tak le serumit sebelum ini. Rilek sket la. Hanya susun-susun file kat rumah tu and tah ape lagi nak buat.. hhehe

Cukup.... dah la....

Wednesday, September 03, 2003

OstradusTil


Tak Puas la

Hah...semalam lepas lepak sorang-sorang kat rumah. Nak ikut kelas pengajian 'Syamael Muhammadiah' -pengajian Hadith. Tahun lepas pernah khatam+dapat sanad. Alhamdulillah. Just nak tajdid balik. "Eih mana kitab aku ni? Takkan ada jerangkung yang amik kat rak ni?"

Nak jadi hal (akai jek), kitab tak ada. Bad mood aku nak join kelas pagi tu. "Ala nko gi dengar je la." -Ada sorang housemate aku bagi cadangan. Kalau aku pergi saheh tertidur dalam majlis nanti. Takpe la. Aku amik trip petang je la. Sebelum Asar dah standby nak ke kelas. Singgah kejap kat kedai launch dulu. Makan apa yang patut n bergerak pergi 'Komplek Haiyu Asyir'.

Sampai je penuh sampai ke bangunan luar. Guna tikar je. "Wah... Mujahadah sket belajar cam ni. Baru alami zaman klasik makbapak kita dulu. Pusing kanan dan pusing kiri, ada alternatif planing. "Naik umah apis lepak bilik dia best gak. emm lama gak tak lepak sana".

Tak jadi masuk kelas petang tu. (Amphes!!!) Sesi malam aku nak masuk la. Tekad ni. Hahhah.. Time duk lepak kat situ, "tut.. tut... tut... " -"Oi nko kat mana ni wan?" -"Ada kat komplek, pesal?" -"Aku nak amik buletin edisi Merdeka dan aku nak ajak nko pergi jumpa kawan-kawan baru meh dari Malaysia" -"Sape" -"Ala balik la dulu.. jam 8.00 malam aku sampai umah nko". -"ok la.. wes jangan lupa bawa mineral sebutul".

Tunggu je la. Abis solat maghrib rilek jek tunggu diorang. Sambil layang new song dari Audioslave -like stone. Perati sekeliling bilik aku cam reban ayam. (Tak sempat nak kemas dua tiga hari ni). Susun buku-buku yang baru sampai dari Malaysia, meja di kemaskan. Pakaian yang dah terpakai dilunggukkan dan spray sket bagi bau clear. Tak macam reban ayam sangat. Sekurang-kurangnya cam Istana ayam pun tak apa. Jangan jadi tempat ibu ayam dah la.. mUhahahha..

Suara burung berkicau pun berbunyi.. "Cittt... Cittt.. Citt..." (bell umah aku cam tu la bunyi). Hah.. pahabaq? Lama tak jumpa.. kami pun borak lebih kurang jek. "nih.. aku nak cakap kat nko.....

-(Esokkan kemudian)-

"hehhe.(malu2 jek).. Sile.Sile.." -Borak tak panjang sekodar jek. Dari jam 2 Tghari hingga jam sekarang tak abis2 lagi. Kebetulan member aku ajak OL aku ikut jek la. Time ni agaknya tak abis lagi diorang duk borak.

Kru-kru Malaysia Airlines lepak skali hari ni. Banyak la bertukar fikiran. Macam-macam cite yang kitaorang tak tahu diorang dah inform. Banyak mende yang dapat dikongsi dan dijadikan satu bahan ilmiah nanti. ermm.. Kawan-kawan ni rupa-rupanya member aku nak kenalkan.

Abg Man, Abg Nazim, Abg Lan, k.Su,k.Rafidah, K.Emy n bla bla bla.. banyak lagi. Esok dah nak fly balik Malaysia. Tak tahu nak jumpa atau tidak lepas ni. Hope lepas ni tak lost contact la.. Still in brother n sister.. Diorang ni friendly. No hal. Apa diorang cakap, "Janji rock!!" sambil tangan dipacukan pada kitaorang dengan diisyaratkan good!!. Ape la lebih nya gengsi aku ni.. Tah la. serunuk kot bley kenal2 ngan adik2 yang orientasi Agama kat sini.. Sambil senyum je aku melihat gelagak diorang.

Dah letih nak tulis......

Paichowan, Cairo

Monday, September 01, 2003

Merdeka


Puisi Merdeka
Nafas Merdeka

Mengapa engkau tidak Merdeka..
aku pun tidak.
Tapi telah Merdeka dan Negara ku Merdeka
dari kuasa-kuasa jahat di ibu kota
di desa permai dan di celah-celah hutan hujung sana,
di pinggir-pinggir pantai timur dan barat
di selatan malaya dan utara yang hampir diranap siam,
dan kuasa penjajah juga menghulur ehsan
dari jiran dan negara matahari tenggelam
penjajah juga yang memberi Merdeka

Aku masih Merdeka
dari kuasa jajah serantau bukan sebangsa
Tapi benarkah tangan dihulur itu murni untuk Malaya
Benar! Malaya sudah Merdeka dari penjajah
walaupun Malaya sudahpun dilatah mentah-mentah
hingga habis darah hulu-balang tumpah di tanah
biar saja tanah yang memaki seranah perbuatan mereka

Ketika itu aku tiada tapi umat bersuara
"wahai bapa-bapa kami, peliharalah hak-hak kami sementara kami besar"
Ketika itu aku tiada tapi bonda berkata
"Bebaskan negara Malaya"
Ketika itu aku tiada tapi bapa bersuara
"Merdeka! Merdeka! Merdeka!"

Kini bukan lagi Malaya tapi Malaysia sudah Merdeka
langkah Malaysia sudah mendapat iri seluruh dunia..
Kini bukan lagi Malaya tapi Malaysia sorotan mata dunia
mencerna umat sehingga menjadi tokoh manusia..
Kini bukan lagi Malaya tapi Malaysia di antara gergasi Asia..
mencubit sana sini persoalan umat manusia

Hari ini ulang tahun 45
gegar-siksa umat dahulu tidak dilupa
aku, kamu dan kalian adalah generasi mereka
amanah si tua kepada si muda
membimbit obor-obor umat sebangsa dan seagama
menukar rencah juang dalam nafas Merdeka

Kenapa engkau tidak Merdeka..
tidak... aku seperti kamu, kamu, kamu dan kalian
Aku bersyukur seperti kamu, kamu dan kalian
kerna aku masih mengukur dilema dunia hukum alam
kerna dunia ini bukan miliku dan bukan milik siapa
maka, hanya Dia tahu Negara ku sudah Merdeka..

Paichowan,Cairo

Sunday, August 31, 2003

Merdeka!Merdeka!Merdeka!


Sehari di Hari Merdeka!

Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Hari keramat siot!! Kebetulan aku masuk cyber malam ni. Sambil2 tunggu order nasi+tak sempat nak standby entry artikel edisi Merdeka kat dalam ni.

Pagi tadi, ALhamdulillah ramai gak join program Sambutan Hari Kemerdekaan. Perkhh..bley tahan gak tahun ni. Tak macam tahun lepas. Ampes jek. Maybe tahun ni kepimpinan pelajar baru kira tolerate sket... ALhamdulillah Syukur.

Hari gak dapat saksi antara kepimpinan pertubuhan besar besar kat sini bersua muka. Kan elok kalo sampai ke duduk semeja. Berbaik mesra. Tukar-tukar pikiran+pandangan untuk majukan mahasiswa/wi sini. Erm. Hope nasihat dari Embessy pagi tadi masing-masing ambil berat. Tak buat donno jek.

Buletin ISEK Ikatan Setia Kawan-Cairo Edisi Merdeka dah kuar 3/4 hari lepas. Bagi student2 yang duk sini nak dapatkan meh haiyu Asyir. Kami tak ada wakil utk edarkan sebab just 4gengsi. Tapi bley la utk kawan2. -0103382069-

Nak Paste sajak Merdeka sebenarnya. Nanti hah!! lain kali jek.

Suara Sumbang

Hah!! Susahkan. Buat adik:"Jangan duk heran la kalo orang cam abg ni kerat rambut. Jadi siqoh sket. Kekkek".

Orang lain plak."Eih mamat ni dah tukar trademark ke?" "Cute la plak". Jawab:"Amphes tul la nkorang ni. Nak sedar diri sket pun tak ley ke?" (sambil ketawa)

"Eih pesal putung rambut? Dah buang tabiat ke? Ke dah tak nak rock2?" Jawab:" Ala tukar2 angin sket. Lagi pun nak jadi cam nkorang la. Aku ni takley serespect cam nkorang. Bagi nampak elok kira dah bangga la aku ngan diri aku ni"

"Wan! Pesal potong rambut?" Jawab:"Saje kak. Azam baru. Dah celebret Besday kena tukar azam la. Tahun ni nak jadi terbest utk diri sendiri"
"Wan! Ke ada orang yang suruh? Kak rasa mesti ada sape2 yang suruh ni." Jawab:"Lakhai kak ni pun. Sape la yang bley kontrol wan ni. Family sendiri pun naik angin. Jangankan orang suruh, diri sendiri pun susah nak lentok."
"Ye la. Kot2 rahsia banyak sangat ngan akak ni" Jawab:"Iye le.. Kalo ada orang tuh suruh+wan putung ni kerana dia yang suruh. Sekarang juga wan bawa kenalkan kat kak. Tapi masalahnya takde la.. kekkeke"
Dalam Hati -"Heran sangat ke aku potong rambut?"

"eih cam budak sekolah menangah la"... Siot jek suara ni. Tapi takpe le. sekurang2nye diorang terhibur ngan perpesional baru aku ni.

"Hidup baru. Aku kena reform balik dirii aku. Takley satu cetakkan jek. Bagi banyak lagi orang konfius." Muhahahahahahahh

Wednesday, August 20, 2003

Aku pUn tak Tahu


Ke Mana Menyepi~%%~~~

Dahlama aku tak OL. Agaknya hampir sebulan. InbOx aku penuh. Nak kena delete satu satu.. Wahhh.. penat siot. Dah la time ni pun aku budjet just 3O Minute. Nak sempat ke tak. Sambil-sambil drop sikit sebanyak dalam weblog ni. Kawan-kawan dah mengeluh lama tak update. Dah tak ada orang nak jenguk.

Aku serba salah. Banyak sangat kerja sejak kebelakangan ni. Sana-sini kena kontrol. Akhir-akhir ni plak kena aktif buat Buletin untuk gengsi ISEKIkatan Setia Kawan Cairo. Dalam bulan ni saja kena berkerah utk dua edisi. Pertama Ogos dan akan Edisi Mega :Kemerdekaan.

Dalam waktu ni juga, x-housemate aku minta kebenaran buat kenduri kawin di rumah aku.. Penat.. Takpe la.. Siapa lagi kalau kita tak anggap kawan itu adik-beradik kat sini. Dan lusa best-friend aku nak balik Malaysia. Terkejut berut buat keputusan dalam masa seminggu. Hilang seminggu.. timbul2 jek cakap nak balik Malaysia. Nampak gaya kena tukar planing baru plak la.

Time cam ni la ingat kawan2 lama. Tapi diorang semua dah balik. Dah gred. Aku je blom. Result plak.. ermm Alhamdulillah.. Berkat doa-doa kawan2 la bley aku bersyukur sebegini..

Dah nak balik. Esok kena prepare buku-buku nak kirim kepada kawan aku tu. Entah bila plak dia nak datang sini. Katanya perkara penting nak balik.. KAHWIN gak.. hahaha... "Nko plak bila?" ramai gak yang bertanya. Malas nak pikir. Ushar-ushar balik aku ni.. lakhai.. sapa la aku ni.. kekekk

Paichowan Cairo

Thursday, July 31, 2003

Buhsan


Close-Up

Hari ada muktamar Sanawi PMRAM. huh.. Memang semalam aku ada plan nak join skali. Tapi pk pk balik kalau masuk pun camtu je. Tak ada apa sangat yang dibincangkan. Macam tahun-tahun lepas gak. Kebetulan plak kerongkong ni kurang sihat. Asyik gatal-gatal nak batuk jek. Kena cari ubat nampak gaya.

Family aku dah balik. Baru ni aku call diorang tak ada kat umah. Aku call sepupu aku. Rupa-rupanya diorang pegi Indonesia. Hampes tak cakap kat aku. Diorang pegi sebab adik aku pernah apply belajar kat sana. Aku pun tak pasti dia belajar kat mane. Nanti aku tanya lain kali.

Kakak aku yang di Indonesia kirim msg. Dia ada bagi buku dua tiga buah. Entah judulnya aku pun tak tahu. NI baru aku nak call mak aku. Kot2 nanti ada orang nak meh sini bley kim. Ermm. entah apa aku nak cakap pun tak tahu.. hahha.. sambil2 conteng2 kosong jek.

Cerita Hari ini

+Kerajaan Israel telahpun siap membina benteng-benteng permisahan antara kedua negara Israel-Palestin.

+Librya masih lagi dalam keadaan dharurat pertempuran antara pihak kerajaan dan pemberontak

+Pihak akhbar Ahram masih lagi mengadili pemilihan setia-usaha penerbitan baru.

+President Bush;" Bagaimana untuk mengatasi masalah di Iraq dan menangkap Saddam Hussien".

+Gerak Kerja mencari bekas president Iraq masih di teruskan.

Sekian... Berita Minda Hari ini.. hheheh

Monday, July 28, 2003

Title in d'title.


Berlalu Tanpa Suara Hanya Tulisan jek

Kawan&Senja

Kelmarin
Senja menjengah. Galak berahi sebelum malam
Dia datang. Menerjah keriuhan hidup ini
Aku di antara alam siang dan malam
Membuah kerinduan suara-suara mu
Kuntum senyum mu
Di pinggir sana sekelompok teman bersama mu

Aku tahu
Kau persis 'chipsmore'
Persis lagu untuk penghibur
Persis ratu untuk penglipur
Memberi hujan tika dilanda kontang
Tapi, kenapa buat seketika sahaja?
Senja kini dia masih menyepi
Dari serpihan kota ini

Aku tahu
Kau seorang yang tanpa duka lara
Tapi, diri mu seorang senja
Senja yang mencari cinta

11.07.03
Cairo
---------------------------

Budak Hitam

Sangka ku dahulu
Ada dahan yang belok ingin patah
Hampir tersembam menghidu tanah
Tapi masih berakar ia berpaut

Wah! Kau seorang buta
Sebal mencabar dunia
Ataupun bisu sehingga kau tak pernah sedu
Walaupun pernah tertipu. Kau masih menongkah bala' dan celaka
Sungguh kau budak hitam
Gerimis tidak bermakna mengundang kelam

Aku terfikir. Kaki berjalan. Tangan tergoyang
Ada suara menerjang paksa
Nafas ku. Langkah ku. Keringat ku
Bila kau tiada bersama senja

Tapi, "hidup bagaikan roda"
Kini bersama fajar aku mengejar
Di cermin kaca aku menghitung usaha

13.07.03
Cairo

--------------------
Teman menjadi kenangan

Detik masa. Dengkur teman. Sayup kotak suara di telinga
Menerajang kepala ku
Bocah cilik berkejaran di sini
Tika diam di malam ini

Dalam kamar aku terbenah
Lemas dari suara-suara itu
Tertimbus dari ngilai ketawa-ketawa mu
Kamu dan kalian di sini kita bersatu

Tiada lagi. Sepi dan sunyi
Melukis nostalgia di puisi hari ini

13.07.03
Cairo
----------------------

Dah lama sangat aku tak menulis dalam layout ni. Hari ini pun kerna ada sebab aku kena online. Walaupun tubuh badan kurang sihat, demam agaknya. Tapi aku tetap kena masuk juga. Kebetulan tu aku nak update layout aku ini.

Diary hari ini -sejak kebelakangan ini aku memang tak ada masa untuk surfing internet. Sana sini sibuk. Dua tiga hari kelmarin ada program. Sebelum ini aku kena langsaikan satu tugas untuk ulasan seminar/perbentangan kertas kerja 'Negara Islam'. Terpaksa aku kena cari paperwork tu. Padahal masa seminar hari tu aku tak sempat nak join sama. Aku tak di invite kot, sebab tu kelam kabut sket.

Oleh kerana nak kena wat ulasan tu aku kena cari paperwork tersebut. Tapi,yang sampai berita kat aku, dalam majlis tu tak ada paperwork. Aku pun heran macammana boleh takda paperwork sedangkan dalam tentetif kata 'PERBENTANGAN'. Rupa-rupanya, time majlis hari tu ad-hoc bahagian urusan majlis tu tak sempat nak potostet p.work. So, tak ada perbentangan. Bcoz tak jadi perbentangan terjadi ceramah la plak. Isyk... ini masalahnya sekarang.

Pikir-pikir balik, student sini dah langgar AUKU kerajaan. Ah! Mungkin kerajaan pun ada atucara program macam ini. Tengok saja majlis-majlis sebelum ini. Aku pun pernah join dalam majlis diorang. Memang tidak dinafikan mereka antara yang bersekongkol dengan AUKU tersebut. Tapi sebagai manusia yang normal takkan la kerana mereka buat cam tu kita pun nak buat juga. Ini salah! Nak follow-up cam diorang gak ke? Isyk, tak best la cam ni. Tak ada ide lain ke? Apa gunanya nama mahasiswa kalau asyik meniru gaya orang jek. Amphes!

Lupakan la.. yang penting aku Non-Partisan. Kalau diorang nak terlibat lantak la. Kalau benar-benar diorang nak bersemangat kat sini. Biarkan la.. Aku akan tunggu dan lihat kat Malaysia nanti. Betul ke nak berjuang atau bersemangat tahi ayam jek. Biasa la.. darah anak muda ni. Kekadang semangat lebih tanpa guna akal. Atleast bila dah terkepit baru nak menyesal, baru nak himpun alasan-alasan untuk mempertahankan tohmahan-tohmahan orang ramai bila balik nanti. "erm.. kat sana dulu bukan main lagi. Balik Malaysia je senyap. Balik Malaysia jek baru nak ikut kerajaan. Yang teruk budak-budak sana juga. kenapa la tinggal tahi kat budak-budak sana? Kesian kat diorang".

Hah!!Susah nak faham. Korang baca pun belum tentu paham. AKu pun malas nak formalkan penulisan ni. Buat ala kodar jek. Malas nak pikir panjang-panjang pasal ni. Biar aku hidup dengan dunia aku dah la. Aku ada teknik aku gak. Bukan bersahaja cam orang tak ada akal. Aku pun manusia normal. Aku nak gunakan otak aku secara benar. Tak mudah melihat orang lekeh jek. Just keep in touch kehidupan Mahasiswa/wi Timur Tengah yang lebih bergaya dalam perjuangan mereka. Lebih formal untuk dilihat bahawa mereka adalah benar dan orang lain yang salah.. Ah.. aku pun sama gak. Habis terpengaruh ngan diorang. Amphes tul!!!

Hari ni dah makan ubat sket. Tahan la sket. Kalau semalam, lakhai.. tak larat badan. Selesema, loya2 cam nak mengandung jek.. Ihik.. Telan ubat 2 biji tidur.. Alhamdulillah bangun segar sket. Bley la nak buat kerja yang bertimbun-timbun tak siap. ermmm,...

Esok nak kena pergi Aguoza. Ada urusan pasal nak buat buliten untuk group aku. Ermm.. satu hal lagi tak selesai.. masalah ini pun rumit gak. Nak buat majalah ke, buliten ke, risalah ke, cukup susah kat sini. Demokrasi tak ada. Aku yakin lepas aku buat ni mesti ada pihak yang marah. Mesti ada yang boikot. Tak pun akan ada buah mulut kata "Wujudnya persatuan baru kat Mesir" Haha.. entah la.. cepat sangat diorang ni menghukum. Macam sebelum ni gak. MMEINS-pun sama. Kata nak pecah-belahkan kesatuan mahasiswa/wi sini. Hampes tull la diorang ni. Sedangkan MMEINS tu hanyalah 'Study Group' budak-budak sini. Isyk.. ni buletin nak wat entah apa yang akan terjadi lepas ni..

Oka la.. takat ni dulu..bye...

Saturday, July 12, 2003

Posting Posto -Dari Dunia Afrika

Suara dan corong Manusia

Dia datang kembali buat kali ke dua
Untuk apa?
Kenapa pula pada tika ini?
Sudah!.. segalanya telah dimiliki
Ada gambar dari kaca berita minggu ini...

Kelmarin singgah menghirup udara kotor
Dari talawus (pencemaran) punca mereka
Darah kita kerana mereka
Tanah kita kerana dia
Keturunan kita telah jadi mangsa
Bunyi suara ke corong-corong telinga

Hari ini
Dari corong suara itu
Katanya untuk menyatu umat manusia..
Ingin menolong manusia dunia
Kerna perbalahan, kefaqiran, pembangunan, kemanusiaan
Dan..yang jelas kerna penyakit kudis tak tersembuh
Menular sana sini tanpa henti
Pandai sungguh kaca dan corong-corong itu menukar isi

Mana pergi?
Episod cerita semua tak bertali
Kelmarin pun masih boleh jadi bukti

Betulkah kali ni?
Ataupun jadi macam episod cerita itu
Untuk telinga orang yang tuli
Dan buat tontonan yang buta

Corong itu masih berdesir
Kaca itu pula galak bergerak
Mencerita dan berlakon mesra
Penuh tumpuan dari orang-orang sini dan sana
Dari suara ke corong manusia

Minggu ini...
Aku sentiasa di depan kaca TV
Menonton aksi dunia kita dan mereka

10.07.03
Cairo
-Sempena Bush di Afrika-

----------------------------------------

Jari-jari ini seolah dah lumpuh untuk menaip segala yang akan terluah nanti. Malas, penat, letih dan macam-macam alasan boleh aku bagi. Kalau nak ikutkan, hari-hari aku 'free'. Masa banyak sangat terbuang. Tapi bila aku pikir balik, harian aku tak la terbuang. Cuma perasaan aku saja yang rasa terbuang.

Memang kalau nak ikutkan aktiviti aku tu tak la sesibuk mereka yang lain. Berkejar ke sana sini. Urusan sana sini. Masalah sana sini. Tapi aku hanya duduk rumah. Pegang buku. Pegang pen. Perah otak. Lakar planing. Plan untuk aku dan kawan-kawan. Tonton TV. Asak sana sini. Hanya otak aku saja banyak melayang. Banyak ke sana sini. Banyak buat masalah sana sini. Banyak terbuang sana sini. Sampai aku sendiri tak sempat nak kawal apa yang patut aku aturkan aktiviti bagi otak aku.

Free banyak hidup aku ni kan.. Bila dah letih sangat, tidur. Tidur pun tak menentu. Kekadang Jam 3 pagi. Kekadang tu jam 10 pagi. Malam tak tidur. Bangun pula mesti lambat. Tapi setakat sekarang tak pernah 'miss' la Zohor tu. Kiranya harian aku dalam dunia yang gelap. Hanya ditemani lingkaran cahaya putih untuk menerangi harian ku. Lelama sekali tu, aku dan kawan-kawan pasti singgah ke bandar untuk melihat kejelitaan apa yang patut. Sekurang-kurangnya dalam seminggu aku sempat berjemur cahaya pagi dan tengahari dua atau tiga kali.

Benua Afrika

Kelmarin kawan aku ada buat Dinner. Bukan jamuan besar pun. Hanya buat lama-lama sekali untuk duduk bersama. Banyak yang kami borak. Pasal diri, kampung, sini, isu, cerita dan bla, bla, bla... Paling menarik bila salah sorang dari kami (Manuala) menyentuh pasal Afrika. Keburukan Afrika. Ermm.... Memang keburukan yang berlaku di Afrika. Semua orang nampak. Aku, Hang, Kamu dan semua orang tahu. Apa yang telah membeku di Afrika.

Dalam akhbar pun bercerita perihal Afrika. Benua yang mempunyai list kemiskinan paling banyak. Banyak masalah yang tidak ditangani. Permusuhan membawa korban antara masyarakat. Bala sana sini. Kebuluran, penyakit yang makin merebak. Dan Afrika memegang draf paling banyak kes-kes negetif di dunia.

Bila kaji selidik balik, Afrika memang berhutang yang banyak. Justru, macam mana kerajaannya boleh merealisasikan segalanya? Berhutang sebanyak USD 370 bilion. Dan pesakit AIDS menjangkau 30 juta menular di Afrika. Bermakna 75% bagi keseluruhan kes-kes di dunia. Dan kes kebuluran didapati sebanyak 200 juta. Kerugian kerana kerosokan dan peperangan saudara yang dihitung per-tahun pula sebanyak USD150 bilion. Dan kes-kes pelarian dan tiada tempat tinggal menjadikan Afrika ranking paling teratas di Dunia.[Di kutip dari akhbar al-Ahram]

Sekalipun tiap kali Persatuan Afrika membuat satu anjakan untuk pembangunan dan pembasmian segala masalah tersebut, makin bertambah pula kejadian 'bangsat'. Bukan itu saja, malah dengan sokongan dari negara-negara yang membantunya, tidak dapat berganding dan turut beku dari menangani kebangsatan di Afrika.

Afrika dah jadi satu pembangunan yang bangsat. "D'Donkey shit! society. What wrong with Afrika. So incredible" -Nih satu kejian dari salah seorang kawan aku dari Europa. Sejauh mana kejian itu berkesan untuk rakyat Afrika aku pun tak pasti. Tapi yang boleh aku nilai hanyalah kekesalannya terhadap kehidupan Afrika yang masih ditahap pra-ketamadunan.

Tak tahu la apa akan jadi. HERO dah datang. Datang ke Afrika untuk menjadi doktor tumbesaran masyarakat. Pahlawan untuk negara orang. Hero dalam cerita dunia. Dan dia juga sebagai direktor untuk episod seterusnya. Berkata-kata dalam pidatonya. Menyuntik cara pemikirannya. Mengaut segala faedahnya. Dan meneroka dunia permainannya.

Mungkin juga ikhlas niatnya. Membantu umat manusia. Menebus segala dosa-dosa sebelum ini. Hanya berkemungkinan, barangkali, boleh jadi -belum pasti. Yang pasti, Afrika masih tak berlampu untuk menerangi tanah dan realti hidup mereka. Afrika masih di zaman gelap. Sampai bila dan entah bagaimana; bergantung daya usaha masyarakat dan kerajaaan benua Afrika itu sendiri.

Monday, June 30, 2003


Celik mata dah tak mahu pejam. Berlangkah menuju di sekeliling ruangan rumah. Kiri kanan di lihat. Bilik ke bilik di jajah. Hanya tinggal 2/3 orang. Tu pun bukan housemate aku. Tetamu yang datang malam semalam dari kota Dimyat.

Aku belek diari aku. "Ape planing hari ni hah". Tercari-cari ruangan yang tidak pernah lapang di lampiran buku kecil itu. Mata dikenyit beberapa kali. Terasa pedih walaupun tempoh tidur ku agak sudah lama. Masih tak puas.

Kembali membaring tubuh ke katil. "Jam 12.OO nanti ada janji ngan Sopi". Teringat sebelum tu kena pergi ke Bank Western Union....

29.6.2003- Kelmarin. Aku hanya duk diam kat rumah. Susun buku-buku yang bersepah diorang ni buat tesis. Buring betul. Lepas guna tak nak simpan balik. Ke hulu ke hilir ruangan rumah di jajah kelmarin. Sampah 2/3 plastik hitam. Habuk satu tong."Agaknya la". Kotak-kotak rokok bersepah dalam bilik aku. Fuhhh!!!

Cadar katil aku dah kena tukar. Putih dah jadi koko agaknya. Lama sangat tak tukar cadar tuh. Baju plak bertimbun tak basuh. "lho.. kan mudah carikan sorang. Bley gak urus2 pasal umah." Ada la suara-suara sumbang housemate aku. Hampes tul diorang ni. Posisi bilik aku tak berapa sesuai. Aku cuba alihkan almarin+meja studi ke posisi kanan bilik. Dan di susun rak buku-buku ke hujung kanan bilik. Katil di sedia kala. Hanya Poster Bob Marley masih di hadapkan ke arah cermin besar bilik aku.

Aku memerhati buku-buku yang disusun atas rak tersebut. "Isyk! Banyak lagi tak baca ni. Cuti ni sempat ke?" Aku mengeluh sendiri. Satu jalan jek nak habiskan semua nih. Kena rajin la. heheh.. ampes.. Insya-Allah i will.

Ini lah hidup siswa; 2/3 hari lepas ada x-housemate aku masa di Damanhor datang umah. Nak balik Kampung katanya. Datang sini membeli belah+prepare ape yang patut. Yg important nya pasal ticket. Dah di amik. Alhamdulillah satu kerja dah beres.. Nasib baik dia meh sini ngan member dari Damanhor gak. Ada gak la orang yang temankan dia nak beli belah. Nak harapkan aku memang malas+tak sempat la. Banyak keje la kunun....

Aku sentiasa lari ngan budak-budak yang nak balik cuti ni. Kenapa?HAhhaha... Saja aku larikan dia. Biasa la.. aku ni bukan kuat sangat. Kalo tak nak balik kena gunakan teknik tak nak balik la. Lagi pun aku pun buhsan orang duk cakap pasal balik-balik-balik!!! Sampai aku pun terpengaruh. So, sebab tu la aku larikan dari diorang+tak nak cakap pasal balik2 ni.

Malam -Aku bergegas ke Komplek Student Malaysia kat sini. Saja, sambil ziarah umah Apis kat tingkat 5:502(Pahang House). Lama sangat tak ziarah diorang. Sambil-sambil tu bincang2 pasal misi+visi masing2. Hahhaha.. Kekadang tu kitaorang merapu sampai ke tahap menakluk dunia.. Hahhahaha.. Saje merapu Thinking. Bakar semangat dia sket.. Kekadang manusia pun kena charge!.. Tak ley duk diam jek.. hehhe

After Maghrib ada dapat call dari Anam. Dia nak daftar Markaz Iqra' Esok(Hari ni la.30/6/03). Dia invite aku suh join gak. Aku blank waktu tu. Mane satu nak dahulukan. Nak join diskas ngan group aku or nak join markaz Iqra' tuh. Tapi best gak... So, aku wat keputusan nanti je la. Sbb september ni dah ada kelas. Nak join Ormon.

Tuesday, June 24, 2003


Ke mana Menyepi

Ke mana menyepi? Dua tiga hari ni nak langsaikan program diri pun tak sempat. Sana sini berkejaran masa. Melihat sekeliling dunia yang kian memaksa manusia lebih progresif. Aku pun salah satu dari kehidupan dunia.

Dah banyak hari aku nak Online. Nak update aku punya layout. Baru hari ini berkesempatan. Kalau dua hari lepas; berbondong-bondong tetamu datang umah aku. Semua kawan aku. Ada yang nak ucap selamat pulang. Ada yang diminta sumthin takut-takut aku nak kim barang. Ada plak datang ajak pergi umah diorang. Macam-macam.

Agaknya diorang simpati dgn pendirian aku yang tak mahu balik Malaysia. Agaknya la...hahhaha.. Tapikan, satu sudut aku cukup terharu dengan situasi baru-baru ni. Kawan adalah kawan. Kawan juga sahabat. Specialnya Kawan adalah Keluarga antara kami. Aku dan mereka adalah keluarga. Hidupku semakin bermakna. "Thank's for All. Jangan lupa ole-ole untuk aku nanti." Ketawa kecil dalam hati ni.

Pada minggu ni juga, sana sini buat kenduri. Jamuan kesyukuran ataupun orang mati semuanya ada. Tapi yang banyaknya, just suka-suka. Setakat 6 bulan kebelakangan ini aku dah hadir Jamuan Besar sebanyak 4 tempat. Serunuk. Memang Suka Hati. Pertama kat Tanta. Time tu geng Tanta buat jamuan ramah mesra antara member-member. Klasik n Unik majlis kat situ. Pastu kali ke dua makan Nasi Mandie(Nasi Yemen) kat umah Non. Di Agouza. Best!! + lepas tu, buat di rumah Anam. Kawasan Cairo gak (Masakin Uthman). Dan 2/3 hari lepas buat kat umah aku. Hanya Jamuan kenal sua kawan-kawan baru sambil bincang-bincang kosong untuk summer ni.

Otak ni penuh dengan agenda-agenda. Entah yang mana satu nak diplaning dulu. Hanya sekarang nak cari masa untuk susun balik agenda or program summer ni. Banyak sangat dah perah otak dua tiga hari ni. Hari ni, aku nak rilek. Nak update aku punya layout. Nak kongsi gak ngan kawan-kawan Jurnal pasal kehidupan aku. Nak balance balik antara alam cyber ngan alam real.

Dari Kelmarin dan Setelah

Kelmarin, aku kekurang tidur. Balik je dari umah jam 3 pagi, semua bilik dah full. Tak tahu ke mana arah time tu. Cuma aku buka pc main game. After subuh kejutkan diorang. Lepas jek bangun tak sempat aku nak park rehat aku diorang nak tidor balik. So, bagi jek la. Dan aku terus main game sampai jam 11 pagi. Tak rilek gakkkkk...

Aku cuba tidur. Tapi ayam meh kacau. Jadi tidur-tidur ayam. Hahahah.. Jam 1.30 tgh aku dah bangun. Mata rasa panas sangat. Lebih-lebih lagi memang cuaca dah panas. Tengok di ruang tamu masih meringkuk badan-badan keletihan. "Isk.. diorang ni tidur awal, aku plak bangun awal". Tersenyum bersendiri. Bilik aku tak boleh nak masuk; Sebab kawan aku dari Mansurah transit dengan Isteri dia. So, rumah aku jadi satu kawasan yang sempit sejak kebelakangan ni.

Aku masuk bilik Akasyah. Housemate aku gak. Dia ralit duk main game. Game yang aku main pagi tadi. Ada 2 kujur badan masih resah ketiduran. Kerana cuaca memang panas kelmarin. Aku capai gitar. Nyanyi dua tiga lagu dan terpaksa hentikan saja. Kenapa? Sebab moody sangat kelmarin. Dengan tak cukup tidur la, dengan panas la. Mata pedih la. Macam-macam.

Jam 3 tgh umah aku bagaikan pasar. Riuh rendah suara-suara yang beberapa jam tadinya diam. Agaknya tenaga baru dah kembali beraksi. Aku hanya diam, tersenyum melihat telatah sorang-sorang member aku. Tak aci kan. Tapi, sebenarnya aku juga turut bersuara dengan daya imaginasi dan hati aku.

Petang kelmarin aku jengah tubuh badan ku di bandar Agouza. Saja tukar angin dan kebetulan Non nak masak buat dinner kat rumahnya. Aku bertolak dari Haiyyu Asyir hanya sorang diri. Yang lain tak nak pergi sebab Cik On's nak balik Malaysia 25/6 ni. nak siap-siapkan barang n peking ape yang patut.

Di kOta sana

Aku berjalan-jalan di sebuah kota. Abbas Aqad. Itulah nama sebenar kota tersebut. Ada yang hanya menggunakan Istilah mudah untuk didengar. Abbas Saad. Realitinya memang manusia di sini sebut Abbas Saad.

Aku hanya bersendirian. Meredah kota yang penuh dengan golongan masyarakat. Tak kira dari peringkat anak kecil, remaja, dewasa, muda tua turut memenuhi kota pada waktu itu.

Pada mulanya aku datang ke kota ini, terasa satu perasaan yang cukup tidak boleh diimbangi oleh hidup aku. Takut, risau dan perlu kepada sifat berdikari. Tapi hari ini aku dah dapat hasilnya. Aku perlu mengimbangi hidupku di kejauhan kota asalku. Aku mula mengorak dan mengolah versi hidupku di perantauan.

Nanti sambung la.. (Aku tulis ni pun kat Cyber Cafe je)

Saturday, June 14, 2003

Massages

hadus!! Masak kepala otak aku. Kalau sebelum ni duk pikir pasal study. Exam dah lepas. Dunia dah berubah. Kelu kesah makin merangka keadaan yang amat susah. Dua perkara yang mencari satu reason yang baik.

Dua tiga msg plak sampai. "Abe e1! balik la semetar. Duk wat gapo sangat la kat sana tu". Lakhai, adik aku pun satu. Cam mak aku jek suruh dia hantar msg kat aku. "E1, selamat bercuti. Taksey balik ko?family sangat rindu ni. Banyak suka-duka e1 taktahu. Rasa asing e1 takdok skali kalo apa2 berlaku". ermmm.. msg ni tergugat sket jiwa aku. Sedih plak rasanya. Apa sebenarnya suka-duka tu. Berjela-jela otak aku memikirkannya. Balik atau tidak. Balik atau tidak. Balik atau tidak!!!!

"Kak Ayu rasa baik e1 balik la. Dan kalo ada rezeki e1 datang la sini ghatek. Lama dah tak tengok e1." Young Sister aku ni pun satu. Sokong sangat diorang. Pastu suh gi ziarah dia plak kalo balik. Ermm... Actually sister aku yang sulung ni tinggal di Bandung-Indonesia. Dia kahwin dengan orang sana. Dulu sebelum dia belajar kat sana, sedih gak kitaorang. Terpaksa berenggang dengan sister sorang ni. Tapi sabar je. Cabaran hidup. Perjalanan hidup. Dugaan hidup. Memang hakikatnya kena terima. Setelah dia, aku pulak yang terpaksa jauh dengan family.

Kalau dia tak kisah la. Sebab segalanya tertanggung oleh husban dia. Namun, walaupun dia jauh tetap balik ke tanah asal pada setiap tahun. Aku ni plak macam mana? Adussss..

Apa sebab aku tak nak balik hah!!! Pada mulanya hati aku memang keras sangat tak mau balik. Tapi lepas banyak sangat msg/mail+call dari family n kawan-kawan ni tergugat jugak. Kena pikir balik pendirian aku ni. Zalim sangat ke aku sampai tak hitung balik rasa hati orang lain??? Aku pun tak paham kenapa keras sangat aku ni sampai tak nak balik.

"K.ida tak halang apa yang e1 pikir sekarang ni. Balik atau tidak, masing-masing ada kebaikkannya. E1 dah besar. Pikir la sendiri. Parent pun tak halang apa kata hati e1. Just nak tahu lebih relevan kenapa tak nak balik." Huhhh.. susah gak nak bagi alasan yang paling kukuh. Kenapa hah??? isykk!!!

Pikir-pikir balik situasi ni cam kritis sangat. Padahal suruh balik je. Biasa je. Kenapa susah sangat aku ni hah?? Pastu, kenapa plak bersungguh sangat parent aku suruh balik? Atau hanya pengaruh diri aku yang dah bercampur dari virus-virus musim holiday di Malaysia. Ya la kan... Memang ramai la geng-geng n budak-budak sini balik. Sejak seminggu ni dah 3 kali pergi airpot hantar diorang. Entah la..... Poyo betull la..

Tiga Tahun

Tiga tahun. Tak la lama sangat. Orang lain lama lagi kat sini. Ada dah sampai 10 tahun tak balik2 lagi. Tapi aku ni.. lakhai.. manja sangat la plak. Tapi best gak balik ni.(Time ni kalo ada duit cash USD 500 saheh aku balik). Balik nanti bley jumpa Family, Cipong, Si bayah,Syahida and Geng Jurnal. Banyak la sangat nak jumpa. "Cipong jgn lupa kalau aku balik belanja aku"!!. Dia dah janji nak belanja aku la.. ehhehe..

Isykk.. khayal la plak. Tapi.. tapi... banyak sangat tapi ni. Adushh.. Kalau Muring balik best gak. Bley planing sama-sama. Bley jalan umah dia. Makan nasi umah dia ke.. heheh.. Ahhhhhh!! Melalut gak aku ni. Tergugat.. tergugat..

Abaikan cerita khayalan tu. Sekarang ni aku kena listkan kenapa, buat apa, ke mana, jawapan-jawapan untuk parent aku. Pertama: Aku tak nak balik sebab aku sudah planing untuk diri aku untuk summer ni (yang ni alasan tak berapa kuat). Kedua: Aku nak standby untuk sem 2003/2004. Maybe berat sket subjek yang akan datang. (alasan ni kuat sket tapi, kalo cam ni kiranya tak payah balik la bcoz tiap2 tahun dah memang kena standby untuk sem seterusnya. Takpun balik sekejap pun takpa. So, alasan ni diketogeri ala-ala kuat). Hahahaha.. alasan tarak best langsung.

Actually, aku taknak balik sebenarnya disebabkan asal usul planing aku. Secara ringkasnya cam ni. Pada 1st time holiday kat sini. Tahun mula-mula aku di sini. Aku pernah minta ngan bapa aku nak bercuti ke luar Mesir. Dan perlukan duit sket. Tapi bapak aku kata." Ermm. tak payah pergi la. Balik dulu." Aku pun merajuk la konunnya. Di sebabkan dia tak bagi 'line' aku pun tak balik. Rela duk sini jek. Habiskan sisa2 holiday kat Mesir je. Pada tahun ke 2 pulak, aku minta sekali lagi. Ke tempat lain pula. Jawapannya pun cam tu. Tapi aku masih berkeras merealisasikan planing tu dengan wang kumpulan yang ada. Tapi planing B la. Bukan planing A. (segalanya secret)

Dan tahun ni pun sama. Aku try minta skali lagi. Lain tempat gak. Cam tu juga. Aku pun putus angin cam tahun-tahun yang lepas. Aku pun tak pasti apa sebenarnya bapak aku bagi jawapan "balik la dulu". Adus.. Memang betul gak kata dia. Memang kena balik dulu. Segalanya akan dirungkai bila kat rumah nanti. Agaknya cam tu la..

Tapi itu sume hanya rajuk dari aku. Takde yang penting sangat. Sebab-sebab sebenar memang orang tidak akan tahu kenapa aku tak mahu balik. Lagipun amat keberatan aku nak stori kat nkorang. Tak tahu la aku pada sapa aku nak cerita secara benar. Takut, hampes, n bila pikir lama2 tertekan pulak. Hidup ni memang benar-benar meragut ketenangan susur aliran remaja aku.

Rindu

Semua orang merindu. Aku pun sama. Merindu kampung halaman. Segala aku rindu. Semua kawan aku rindu. Rindu wajah-wajah gadis kampung. Rindu pada remaja-remaja kampung. Rindu pada makcik-makcik di kampung. Rindu pada pakcik-pakcik di kampung. Segalanya segar di dalam kotak awangan ini. Bergerak-gerak. Bersenyum bila melihat ku. Terkejut dengan kemunculan ku. Mungkin ada yang senyum berpanjangan dan mengharapkan temu-bual yang sudah lama terpendam rindu melihat wajah dan suara ku. Mungkin juga ada yang sudah menjangka :apa yang akan berlaku selepas ini. Ini kerana tidak semua manusia sempurna.

Aku rindu pada sudut rumah. Rindu pada perkarangan rumah. Garaj kereta bapak aku. Garaj Motosikal aku(dah tukar hak milik adik aku). Rindu pada balai istirehah di tepi kanan rumah aku. Rindu juga pada pohon tamar yang tidak berbuah di hadapan balai tersebut. Pokok rambutan masam depan rumah. Rindu pada sangkar-sangkar besar sudut kiri rumah aku. Rindu pada 'kolah wudhu' di hadapan rumah. Rindu pada masjid 15 langkah di tepi rumah. Rindu pada sekolah di hadapan rumah. Rindu pada asrama depan belakang rumah. Rindu suara riang ria khalayak di harian rumah aku.

Masih kuat rindu pada kota di bandar sana. 3 bandar yang banyak melakarkan sejarah kecil-besar aku. 3 bandar yang tidak pernah aku abaikan dalam tumbesaran hidup ku. Aku pasti mencari mereka yang akan kenal aku. Melihat aku. Perubah atau masih begini hidup aku. Atau untuk lari dari mereka yang pernah kenal aku. Masih tak teguhkah aku bagi masyarakat sekeliling? Sampai terpaksa melarikan diri dari mereka yang pernah aku kenal. Menyorot di halaman kampung atau keluar lari dari daerah aku. Ini yang aku harapkan. Ini juga yang aku risaukan. Risau dari dua pihak yang sama-sama kuat. Aku yang tersempit ketika ini.

Aku punya hidup. Aku perlu merangka dan hidupkan cita-cita aku. Aku ingin pupuk generasi aku. Generasi hidup aku yang sudah disaluti globalisasi. Di kampung juga punya cita-cita yang tinggi. Tapi luar kawalan cita-cita aku. Mana satu yang perlu bagi aku. Seorang pemuda yang sudah tersekat cita-cita dari remajanya. (Nkorang takkan sampai maksud sebenar cerita ni. Sebab sahaja aku putar belitkan cerita).

Look at me friend's. Aku memang tak layak. Aku memang pentingkan diri sendiri. Pentingkan mengejar cita-cita aku secara bersendiri. Aku berhak untuk membina diri aku. Aku berhak melakar episod hidup aku. Aku perlukan sedikit masa untuk aku meyakinkan mereka yang masih mengharapkan aku. Aku perlu meyakinkan mereka bahawa aku bukan pilihan mereka. Bukan sepertimana hero-hero dalam cerita yang pernah menyelamatkan dunia. Aku hanya persis seniman yang mahukan hidupnya berintikan pancaran-pancaran seni hidup. Segala langkahan dalam kehidupan hanya satu, Keredhaan dah cukup buat mereka. Itu lah hidup aku. Bukan aku ingin lari dari dunia, lari dari masyarakat sekeliling, lari dari masa depan aku, lari dari mitos+hikayat hidup aku dahulu. Tapi inilah hidup aku sebenar. Aku ini sebegini. Walaupun masih kabur. Usaha aku perlu dipertingkatkan untuk keyakinan mereka aku berdiri sendiri dengan cita-cita aku.

Sunday, June 08, 2003


Gelanggang Kamar itu

gelangang itu sunyi
Tapi ada sesuatu yang berlari-lari
tidak berpijak, namun masih ditimpa bertindan-tindan
Bergolak-golak memukul tebing pendinding
Berjalar-jalar mengkerumuni lantai berdatar
Lalu berkejar-kejar melangkah dan mengelak
melompat-lompat tercari ilham atau kenangan
Di ruang gelanggang yang tidak sunyi dari kotak fikiran

Hanya di sudut telinga bersuara tipis
Nipis dan penuh asyik
Berdetik melakar waktu
kerna detik sudah pun melangkah baharu
Bergulung-gulung disimpan dan dibuang
Untuk esok yang mendatang

Sambil... dia di kamar itu
Menunggu suara panggilan Benar
menunggu Sang pencerna Alam terang dari kegelapan
menunggu agar segalanya terhalau
berambus dari momokan khayal dan tidurnya
Biar tenang tanpa fikiran

Wajah masih pelik dalam kotak awangan
Dalam kamar Siswa itu

3 May 2003
Paichowan
_________________________________________

Kuakkkk.. Puisi ni dah lama aku tulis. Tah apa kebenda yang duk kacau aku. Agaknya banyak sangat anasir-anasir yang parking dalam otak aku time tuh. Tak boleh duduk diam otak ni. Tak boleh kosong. Kalau dah kosong mesti buring tahap gile. Bila dah boring, semuanya nak memberontak. Atleast ada la suara-suara housemate aku berleter.

"Oi!! gila pa?? Orang duk senyap-senyap baca buku. Nko duk memekik tah kebenda. Nak kata menyanyi tak juga. Cakap sowang-sowang pun tak gak. Sana sini duk memekik jek. Nak kata siuman. Lakhai.. normal plak nko!!"

Adus!! Bahaya gak cam tu kan. Kalau orang tak kenal aku mesti kata aku ni dah putus akal. hahahh. But im ok mike! Dont worry. just bored la. Nko tahu la, kalo dah buring ni maknanya takde aktiviti. So, nak lepaskan tekanan keboringan tu aku memekik jek la. Pekikan yang memang orang gila sendiri tak paham. Tanpa bahasa, tanpa kefahaman, tanpa interaksi. Hanya bernadakan kuat. Beriramakan keresahan. Dan berasaskan perlepasan. Itu je motif aku. Takda la buat sampai terjun bangunan ataupun bunuh diri.

Sehari dua ni memang aku tak stadi untuk preparation exam. Tapi baca satu novel tu -I Know This MUch Is True: by "Wally Lamb" . Baca saja tanpa apa-apa pekdah yang dapat. Sebab otak tak berapa nak tenteram. Tak berfungsi. Kena servis balik. Apa yang dapat?!... Belek-belek tengok. Selak-selak sengeh. Tutup-buka tutup-buka. Di ulang dua tiga kali. Kiri kanan diperhati. Sama je, tanpa perubahan, tanpa daya tarikan. Radio Cairo masih berentakkan irama yang sumbang. Bukan lagu yang sumbang. Berahi aku time tu terbantut nak dengar lagu-lagu ni.

Kejap-kejap jenguk sebentar kat bilik sebelah. Diorang bagus gile. Masih stadi. Senyap sepi. Nak kacau pun memang aku tak patut. Pergi ruang tamu kejap, lepak di koridor. Budak-budak arab time malam cam ni pun masih nak main bola. Malap kesuraman lampu masjid di tepi umah aku seolah sarpot untuk budak-budak tu main bola. Senyum sendiri la plak aku. "kalau kat Malaysia, budak-budak main time petang jek. Malam tak pernah jumpa la plak".

Sambil di tangan terkapit sebuah gitar tua. hehe. Sambil memetik dua/tiga lagu bukan kegemaran aku. Sahaja aku lemparkan khayalan aku di ruang halaman rumah. Di dataran sekolah-sekolah aku jejaki dulu. Di wajah-wajah yang aku kenal dulu. Awek-awek dulu. Waaaa!!! Ada awek gak ke dulu??? Hahahah... zaman cinta beruk la kunun. Sengeh di bibir aku berantai-rantai. Mata antara pejam dan tidak. Kaki berlunjur membelah separuh koridor yang di kelilingi kucing dua tiga ekor. Kucing la sebagai penonton aku waktu tu.

Zaman Bebudak

(i)
Teringat zaman sekolah dulu... But now im so upset. Budak-budak sekolah Rendah dah lost contact. Sorang pun aku tak jumpa sampai sekarang. Dan setahu, aku sowang jek yang masuk bidang agama cam ni. entah bila la bley jumpa balik diorang. Sekolah Ken.Keb.Pengkalan Chepa. Kota Bharu Kelantan.

Sekolah menengah plak. Adus!! Banyak bidang la aku jajah. Actually after sek. rendah aku join Tahfiz. Di Rong Chenok. Institut al-Balaghul Mubim. Under scolarship Sultan Brunei. Setakat sekarang, budak-budak situ hanya jumpa beberapa orang. Tu pun tak selalu contact. Korie (Uni. Khartoum Sudan), Abu Zhar(Uni. alAzhar Syubra, Cairo), PakDin(Kerja), Asrie (Uni. Aman, Jordan), Zariff(Kolej al-Razi M'sia), Hafiz(uni. alAzhar).

Itu je yang pernah jumpa. Pernah berhubung. Yang lain memang amphes. Tah kat mana diorang. Tapi ada gak dengar ada di India. Di South Afrika. Di Indonesia. Entah mana lagi. Ada dah kawin, dah kerja.. menganggur, meninggal dan macam-macam lagi. Sedih gak la. Kalau bley nak jumpa balik bila-bila pun.

Time sekolah kat situ aku paling istimewa sekali antara kalangan kanak-kanak. I means under 17 tahun la. Sebab aku tak suka kawan dengan budak-budak baya aku. Suka join ngan senior-senior yang kepala kureng sket. Hehe.. sket jek. Diorang la sebenarnya bagus. Tak cam senior-senior yang saja berlakon baik. Amphes!! Secara tak langsung aku di letakan seasrama dengan budak-budak under 15-17 tahun. Kalau nak ikutkan aku kena duduk seasrama dengan budak-budak baya aku. Ye la kan. Time tu baru 13 tahun. So, pada mulanya memang kena letak di situ. Tapi biasa la. Bila dah tak mau mesti memberontak. Ada la hal yang tak kena time tu. hehehe..

Kenangan masa belajar kat situ tak la banyak sangat. Sekadar amphes-amphes kosong berbekam. Takde yang menarik sangat. Sebab time tu kiranya masih berhingus. Tak sempat nak set dalam memori ni. Dan takde sangat ide-ide yang best berlaku sekitar umur sedimikian.

(ii)
Aku berhijrah -pindah tempat pengajian. Tetap dalam bidang tahfiz gak. Kali ni luar tempat plak. Bukan di Malaysia. Tapi di tepi negara kita. Jiran negara la. Bapak aku yang suh aku join situ. Pada mulanya memang aku tak setuju kat situ. Dan bapak aku suh cuba dulu. Dia pun paham tentang aku. Keadaan aku. Kelakuan aku. Perangai aku. Sebab tu dia suh cuba dulu.

First time pijak situ. Bulu roma aku dah terpacak. Ngeri melihat sekeliling. Penuh dengan kepaksian hidup Islam. Sejuk mata memandang tapi kabur di hati busuk aku ni. "Isyk!! Takde gaya aku nak bebas kat sini". Agaknya time tu hati aku cakap cam tu la.

Aku masih ingat. Memula aku buat plecement test. Ketar-ketar aku mengadap tenaga pengajar kat situ. Muka nampak garang tapi hati dia baik. Sejuk hati tengok muka dia(bila dah kenal la). Nama dia Ustaz Abdullah. Orangnya kecik. Putih kekuningan. Gigi tersusun rapi. Janggut hanya sejemput. Cukup untuk rupa parasnya. Senyumnya manis. Tak suka meninggikan suara. Hidup rilek dan penuh ke'slow'an.

Ternyata, setelah beberapa detik, jam, hari dan tahun, kehidupan aku takley nak serasi ngan suasana situ. Bukan salahkan suasana atau fenomena kat situ. Tapi aku ni yang bangang. Terlalu keras kepala dan terlalu ikutkan usia muda. Rasanya tak layak aku belajar kat situ. Silap-silap hari bulan; oleh sebab aku sekolah tuh rosak. Aku tak mahu imej sekolah tu punah disebabkan aku. Biasa la, kalau nkorang pernah datang sini tahu la (Istitute Tahfiz Yala). Salah satunya Masjid terbesar di Thailand. Dan juga pusat untuk kegiatan Tabligh. Dan paling Institut paling famous kat Thailand.

Kat situ aku kurang berkawan. Bukan tak berkawan. Kurang ramah. Aku hanya rapat 2/3 orang. Aku rapat ngan budak-budak luar jek. Tuh la masalahnya hidup aku ni! Tak tetap memilih kawan. Dan terlalu ikutkan hati muda. Pasal sini -Budak-budak yang rapat ngan aku memang lost contact ngan aku buat masa sekarang. Tapi aku yakin satu hari aku dapat jumpa diorang. Sebab time aku duk Thailand dulu selalu lepak-lepak rumah diorang. Sampai kenal semua keluarga diorang. Suhaimi (Lamban Pattani) n erm....sape tah.. Tak ingat nama la. lepas ingat la. hehhe

(iii)

Bersambung deh!!!

Thursday, June 05, 2003

Gila Bayang

"Tak balik ke?Papa/Mama nak sarpot ni? Diorang frust e1 tak balik". Adus!!. Tuh cebisan dari msg yang aku terima semalam. Camne aku nak buat ek? Susah. Nak kena jaga hati orang tua. Kalau balik pun, setakat mana plak kepuasan bila balik. Dan kalau tak balik; banyak benda yang aku plan untuk holiday ni.

"Balik la. Parent nko rindu giler kat nko. Orang lain kalau dah on bley balik... Diorang akan balik terus. Tarak la pikir-pikir cam nko. Nko ni pelik la. Aku tak paham!" Masih ngiang-ngiang lagi di cuping telinga aku ni. Kata-kata dari x-housemate (Anon) ketika kitaorang tengah lepak di persisiran Sungai Nil.

"Jom la balik sekali. Apa la nko ni. Tahun ni ramai geng-geng kita balik. Kita bley bikin program ke ape ke. Takpun kita wat Gath. Geng-geng Sudan n Syria pun balik cuti gak." Tak putus-putus dia (Farhan, hmate) pujuk aku balik juga. Manis sangat tebu-tebu yang di tanam tepi bibir tu.

"Bila dah kat Malaysia semua akan sebuk. Nak berkumpul pun susah". Teringat lak kata-kata ni 'time' diorang Tiba di sini. Sudah bercuti pun banyak duk merungut. Banyak sangat cerita yang tak puas hati bila kat Malaysia. Actually pasal kawan-kawan bila dah kat Malaysia masing-masing sibuk. Pelik gak. Cuti untuk kawan ke untuk Keluarga?.

"Balik je la. Kalau balik pun bukan penting sangat diorang. Duk kampung dan hidup ngan cara nko. Takyah join la, apa la, progam la, -tak yang terhirup tebu-tebu yang ditanam tu. Kalau ada rezeki or ada masa. Boleh la makan tebu-tebu tuh."Ada juga ura-ura dari kata akal aku time ni. Kata akal tika tidak rasional. Bukan dari kata hati. Banyak juga akal merancang bilamana sudah berpijak di bumi Malaysia. Tapi masih ada yang menghalang. Satu benda yang tak bersimbol masih berlegar-legar dalam kata putus untuk diri ini.

"Buat apa balik. Kalau setakat orang tua rindu; memang semua orang tua rindu kat anak dia." Uish!! Kasarnya bahasa akal-normal ni. Entah-entah dah terpengaruh dengan keserabutan di kiri kanan realiti hidup?. Nak jadi dewasa pun masih tak relevan kata-kata sedemikian. Tuh! namanya keras kepala. Tak nak timbang balik perasaan orang lain. Isyk.. Isyk.. Isyk.. Tak patut.

"Nko tak balik ke? Bagus! Bagus!. Bley kita hidup kat sini. Main panas kat sini. Tak pun kita plan apa-apa ke. Amacam?!". Tersenyum lebar plak bila aku respon tak balik. PakYa; antara geng satu kepala gak la. Seronuk la sebab bley planing summer ni. Lagipun tak beban sangat sebab ramai bebudak lain balik bercuti. Faham sangat la aku dengan pe'el dia.

"Boleh ke aku realisasikan planing kali ni?. Nak buat satu revolusi n reformasi bagi diri aku. Nak buat persediaan untuk next term nanti. Nak buat satu usaha yang memang seblm ni aku tak pernah ceburi. Tak pernah aku bertekad sedemikian. Satu usaha yang menguntungkan diri aku dan kawan-kawan yang lain. Betul ke ni?". Kekadang hati aku pun persoal. Tak yakin ke? Aku sendiri tidak tahu. Alasan ni kukuh ke untuk reason kat parent aku?.

1st Paper (Fiqh Kontemporari)

Cerita yang memang tak best. Aku sampai Damanhor jam 10 malam. Esok sepuluh pagi ada paper. Tersenyum pada mulanya. Ingatkan 1st paper Subjek Fiqh Ahwal Syakhsiah, akan tetapi Fiqh Kontemporari. Malang betul nasib aku. Macam mana boleh tersilap jadual. Kelam-kabut aku. Blank n Blur sekejap. Nak stady dah tak tenteram. Termenung panjang melihat diri yang dah tersia-sia.

Beristighfar, salawat, tarik nafas dalam-dalam. Lepas perlahan-lahan. Basuh muka balik. Tengok sekeliling ruang kamar Delang(rumah member) tumpang sekejap time exam. Degup jantung masih tak normal. Kencang ala-ala air beralun ditiup angin. Pejam celik, pejam celik. Cuba tenangkan otak fikiran dan cari masa yang terbaik.

Jam 12 tengah malam aku mula menatap kembali buku subjek Fiqh Kontemporari. Bermula dari satu. Helai demi helai aku hayati. Dan garis makin bertindan-tindan. Berjalur-jalur menjadi comot. Stady hard di minit last ni memang jembalang. Persis Jerangkung yang laparkan darah. Habis sana sini di bolot. Tekun dari bab ke bab yang lain. Pen di jari tak pernah rehat untuk mencatit point-point penting. Mengumpul segala definasi bab-bab yang dibincangkan.

Susana tidak sunyi. Tapi aku yang dipengaruhi dengan kesunyian suasana. Kerna tumpuan aku hanya pada buku-buku yang ingin diselongkarkan isinya. Melihat jam di dinding berdetik 3 pagi. Masih lagi 7 jam peluang aku untuk meringkaskan segala isi buku tersebut. -3.30 pagi. Mata otak aku masih cergas bertekun. Tidak penat kerana bius kerisauan sudahpun tersuntik kesan dari berita mengejut tadi. Aku tidak dapat teruskan sebegini. Aku perlu sedikit rehat untuk memori otak ku. Segera buku-buku tersebut disusun ke tepi. Lampu di tutup. Dan lena............

Selesai solat Subuh. Buku dicapai terus. Sambung bacaan. Jam 8 pagi selesai. Masih ada 2 jam untuk prepare memori. Susun kembali hafalan definasi, dalil, perbincangan, n natijah setiap bab. Bertawakal sahaja yang mampu pada tika ini. Memang silap aku. Cuai sangat!!

After Exam -Otak memang dah tak mampu pikir panjang. Letih sangat. Kepala pun dah rasa denyut-denut kat belakang tengkok ni. Singgah sekejap kat rumah Haling Terengganu. Antara member rapat gak la. Istirehat di rumah dia. ........

Time exam tadi. Konfius antara dalil-dalil yang dikemukakan setiap perbincang. Ada 2 masalah ketika menjawab. Pertama dalil-dalil yang perlu dilengkapkan pada bab yang dipersoalkan. Antaranya bab Sidang Tender yang dibolehkan dalam Islam. Kedua; Masalah-masalah yang wujud dalam akad jual-beli secara deposit. Terutamanya dalam urusan jual beli antara pihak bank atau syarikat-syarikat modern.

"Bismillahi Tawakaltu Alallah" -selama 3 tahun aku tinggal n stadi kat sini. Kali pertama jawapan yang memang tak puas hati. Teruk? erm.. boleh kata teruk gak. Tapi nkorang doala. Sebab jawapan aku kali ini berpaksikan point-point tanpa huraian dari aku. Guna kuasa ingat semata-mata. Tak guna teknik atau kepakaran menjawab. Coz otak dah blank.. tak ley nak pikir panjang sangat. Silap-silap terkabur kat situ gak.

Banyak Mulut

.................

Friday, May 30, 2003

Muara Exam

Suasana 'perkarangan student m'sia' lengang. Sunyi sesepi air di kali. Tak bergolak dengan ombak-ombak keriangan. Waima angin-angin datang mendebik bangunan-bangunan tersebut, masih tidak membalas pantulan kehingaran. Dunia sepi sebegini memang menjadi kelaziman pada pertengahan, pengakhiran Mei dan awal Jun. Namun, dalam ketenangan kehidupan dunia siswa/wi Mesir tidak bersahaja sedemikian. Pergelutan hebat yang berlaku pada tiap diri siswa/wi sini tetap menjadi rahsia peribadi masing-masing.

Sejauh mana kerisauan mereka hanya aku, dia mereka dan kami sahaja yang tahu. Barangkali dalam kesibukan rasional memerah akal untuk menjamin peperiksaan yang dihadapi, mereka tidak pernah cuai membilang hari demi hari mengakhiri beban ini. Entah, menjadi beban atau tidak bagi diri aku. Memang terbeban tapi satu kemestian. Habis kenapa aku, kami di sini? Tidak dapat tidak memang tanggungjawab tersurat dan tersirat.

Sementara mentalaah hafalan mereka -...Fiqh(Turath-Muasarah), Tafsir, Tauhid, Lughah, Hafalan alQuran dan sebagainya -bagi Jurusan Perundangan Islam. Dan Tafsir, Hadith, Tauhid, Firaq, Tayyarat(Gelombang Ideologi) dan lain-lain -Jurusan Usuluddin... -rasional siswa/wi masih bercelaru. Mungkin tika ini pemikiran mereka tidak dapat menumpukan 100% pada cabaran peperiksaan ini. Akan tetapi apabila suasana membentuk hingga peringkat seterusnya.

Tidak terkecuali juga -Jurusan Kedoktoran dari al-Azhar atau Cairo Uni. Mereka dalam pergolakan diri mengaut ilmu. Kali ini bukan bersahaja menjangkau teori-teori, tapi untuk menilai diri masing-masing sepanjang penglibatan mereka sebagai student di bumi ini.

Sepertimana yang difahami dalam pencernaan suasana, ada yang telahpun membayangkan 'planing' selesai imtihan. Bulan seterusnya akan susut kembali siswa/wi di bumi Mesir. Mereka dalam bercuti. Bagi mereka yang sudahpun merancang pulang sudahpun menempah tiket. -Menara KLCC tersenyum indah menanti kepulangannya. Itik, ayam, lembu dan macam-macam peliharan dikampung mula mencuri pendengarannya. Ada pula sudahpun tersenyum bersendirian membayangkan 'apa yang akan berlaku' bila jejaknya di tanah air. Terutama bila dapat jumpa orang-orang yang tersayang.

Tak kurang juga kepada mereka yang masih buntu perjalanan hidup mereka tika dalam bercuti. Entah apa yang ingin dirancangkan. Masih teragak-agak untuk pulang atau perlu kepada pengisian lain bila tidak pulang ke tanah air. Ada juga yang sudahpun mencari jadual untuk memenuhi kelas tambahan (kelas Taafaqquh) di masjid-masjid atau institusi persendirian di kalangan Arab. Semuanya bercampur aduk dalam akal fikiran siswa/wi tika ini.

Sebahagian student yang berada di sini sudahpun selesai exam. Antara mereka adalah dari kalangan mereka yang hanya belajar di Arabic Langue Centrel. "Dah gi bercuti pun.."

Tapi itu segala imaginasi sedemikian hanya sampingan. Dalam mengatur perkara selepas ini, mereka tidak jauh berngelamun. Kerana getaran exam sungguh memeritkan. Mengejutkan. Bukan satu getaran dari sentuhan eletrik kecil. Tetapi getaran yang boleh meruntuhkan bangunan-bangunan yang tersergam indah (Cam kat Algeria).

Selamat Menghadapi Peperiksaan bagi Siswa/wi al-Azhar dan Cairo University. Bi Taufiq wa Najah..

-Apa yang Aku tulis Maaa. "exam time is hell".. wadush!! doakan aku sama-

Sunday, May 25, 2003

Panas dan Keras sebagai murka

Suasana kering, jam sudahpun berdering. Loceng yang dikunci tidak dapat mengejutkannya dari terus lena. Kipas yang berhawa dingin masih lagi berfungsi tidak henti-henti. Semakin membelai dan menyemai lenanya.

Ada di luar sana -bunyi suara-suara yang semakin rancak berkatakan sesuatu. Mencemuh dan memaki tidak dapat dipisahkan dari nada perbualan di sana. Nadanya tinggi dan ada kalanya rendahkan kesayuan. Sayup terdengar dari cuping telinga.

+Panas: Aku tidak sihat.

+Tanah: Kenapa?

Kemudian Panas menyanyikan satu puisi. " Panas! Panas! Tahun ini keras dan panas! Aku tidak tahu kenapa, mengapa. Panas, aku yang panas!"

+Tanah: Kenapa engkau pula yang panas?!

+Panas: Kerana semuanya menjadi satu yang keras. Tidak takut lagi pada panas. Aku yang panas tidak wajar menjadi panas.

+Tanah: Suasana kering. Panas! aku juga tidak dapat tidur.

+Panas: Angkara siapa? di sebabkan mereka, engkau menanggung beban dari ku.

+Tanah: Aku menjaga mereka. Tidak mendesak mereka. Teruskan, tidak aku salahkan mu. Kerana aku tidak mampu.

+Panas: Apa yang engkau mampu?

+Tanah: Menjaga, memberi, membelai dan melihat telatah dunia ku.

+Panas: Engkau tahu sekarang? Kenapa dan mengapa engkau tidak dapat tidur?

Tanah tertunduk hiba. Kecewa terhadap penghuninya. Leka dengan tanggungjawab hidup. Redup diwajahnya menunjukan mujur disambut dari panas. Lalu dia berpuisi -"Tanah ku kontang, Kering habis penghuni alam. Aku haus, tangan-tangan pengharapan, jangan biar aku begini, di sini. Curah dan limpahkan dari tangan-tangan seperti engkau. Yang tidak terpukau, atau tersasau dengan dunia kini. Mereka adalah angkara ini".

Panas juga terkulai. Tidak mampu menjamah imaginasi puisi itu. Dia tahu. Tapi tidak mampu. Dia ngerti tapi tidak pasti darimana dan siapakah 'Tangan-tangan' itu.

Sesekali angin datang mencuri pandangan sisinya ke arah fenomena dua watak tersebut. Kali ini dia datang bukan untuk berlalu. Tetapi datang ingin tahu apa yang terjadi di situ.

+Angin: Kenapakah kalian bermuram durja sebegini?

+Tanah: Tahukah engkau wahai angin di manakah kita sekarang? Aku maksudkan musim apakah kita sekarang?

+Angin: Di bulan Mei dan akan masuk ke bulan Jun. Musim panas. Kalau di bahasakan dalam bahasa orang putih. Summer.

+Panas: Aku yang memang ditugaskan selama enam bulan untuk berjumpa dengan kalian. Dan aku sendiri berat hati untuk bertugas sebaik saja aku melihat telatah penghuni dunia ini. Tapi tanggung-jawab ku. Bukan tersiska atau terpaksa tapi kerana redha.

+Tanah: Enam bulan aku akan terkesan dengan tugas mu. Dan engkau angin, pasti lebih memahami setiap sudut hidup ku. Kerana engkau adalah perantau ke sana sini dan menjadi pihak perantaraan antara kami. Dan engkau lebih arif di dunia ini.

+Angin: Ya, aku makin rasakan. Panas, sehingga sehari-harian aku terpaksa bekejar ke sana-sini untuk mencari suasana yang tidak kering.

+Panas: Kalau begitu, engkau pasti tahu tentang manusia. Tahukah manusia perasaan kita, atau rasa mereka pada tika ini?

Angin tersenyum dua detik lalu segera bertukar menjadi bengis." Manusia tahu tapi mereka besar kepala. Melawan alam semester". Dia diam seketika. Menarik nafas panjang lalu dilepaskan dengan perlahan-lahan. Bertiup angin berbahang kepanasan merempuh setiap sudut dimuka bumi. Diri Tanah itu. Kemudian angin berkata-kata lagi. "Segalanya angkara manusia".

+Tanah: Jadi aku juga bersubahat dalam soal ini?

+Panas: Tidak! Ini angkara manusia!

+Angin: Mengapa kita membenci manusia?

Kali ini Tanah pula tersenyum bertangkai-tangkai. Matanya memandang kedua-dua rakan perbualannya. "Dulu, pernah bersoalkan sedemikian di antara Barat dan Timur. Tapi tidak ada jawapan".

+Panas: Tak semestinya soalan itu memerlukan jawapan dari sesiapa. Suasana sekeliling sudah cukup sebagai penjawab.

+Angin: Kini manusia semua sudah parah. Penyakit yang akan berjangkit. Habis dunia diselaputi gimik kehancuran. Kepanasan, kemurkaan. Kalau dibandingkan darjah penyakit manusia dengan darjah kemurkaan ;semakin meningkat sehingga ke satu atau dua darjah. Tetapi darjah kepanasan(murka) telah meningkat kepada Tiga puluh darjah.

+Panas: Habis siapakah yang akan dapat meredakan keruncingan ini?

+Tanah: Tangan-tangan itu. Mereka yang sedar dan celik dari kegusaran ini.

+Angin: Sehingga tiba enam bulan selepas ini. Setelah datangnya musim sejuk bertukar murka ke alam fenomena lain.

Setiap musim bukti kemurkaan terhadap manusia. Musim-musim yang menakutkan manusia. Untuk menyedarkan manusia dari terus lena. Dari kemewahan dunia. Dan melihat realiti keparahan dunia dan isinya.

Paichowan, Cairo

Thursday, May 22, 2003

Cakar Ayam

Matahari segak terpacak di dada langit. Bila tengok lama-lama memang tak boleh nak bayangkan bagaimana bentuk matahari tu. Pinau mata. Tapi sekali imbas tengok, aku dapat rasakan bahawa matahari mulai garang. Mula dah mendesak peluh demi peluh bersatu dalam basahan baju yang dipakai. 'Nike' -Just Do It; habis bertompok-tompok kesan peluh. Kaki terus melangkah membelah angin-angin panas di keterikan matahari. "Agaknya hapak bau kasut aku ni". Membebel juga dalam benak ni. 'Converst' hitam yang lusuh dan koyak berambu-rambu di hujung tumit terasa melekit. "Ah lantak la, biasa la. Apa nak kisah". Tawadhuk menyekat identiti penampilan materialistik manusia sekarang. Belok di selekoh 'Musallas District'. Cuba mencari jalan pintas meminta bantuan teduh dari bangunan-bangun yang bercambah tumbuh sejak 70-an lalu. Kawasan 'Swisry Buildings' -Ten District masih lagi sunyi dari gelak-tawa kanak-kanak untuk bermain bola di celah-celah bangunan di waktu petang.

Sesekali angin berbahang panas cuba merempuh tubuh kecil. Walaupun sempat mencuri perlindungan dari bayangan bangunan tersebut, namun bersungguh juga angin panas itu mencari peluang. Tapi, itu-kan memang sifat semulajadi angin. Kalau tak dak angin habis la manusia lebih teruk lagi merintih kepanasan sub-summer ni. Bagaimana pula manusia? yang boleh berpikir. Boleh nilai mana baik buruk. Kalau yang memang tak dak akal tu nak buat macam mana. Tapi yang berakal, yang semulajadi berakal menjadi bijak pandai atau berfikir -nak curi peluang rosakan manusia. Nak samakan dengan kejadian lain. Realiti, memang realiti hidup tak pernah puas dari apa yang diperoleh. Dah cukup di tangan, cuba juga merampas lain. Bila dah tak cukup tak cuba dengan positif bahkan makin berganda-ganda hasad-dengki.

Lima minit lagi akan sampai ke destinasi. Rumah pangsa milik tiga orang student al-Azhar. Memang aku salah seorang penghuni kat situ. Membelek jam di tangan. "lebih kurang 15 minit lagi akan masuk waktu Asar." Mata kasar berkenyit-kenyit menahan panas. Masih tak cukup perlindungan 'Ray Been' dipakai. Rasa tamak pula nak carikan satu lagi. "Isyk, syukur je la. Ni pun mujur dah ada." Sekali lagi nafsu terpaksa tunduk. Kalau memang ya pun nak beli satu lagi belum tentu mampu. Memang tak mampu la.

[Artikel ni ditulis sekerat sebelum aku pergi ke Sinai/Sharm elSyeikh/Dahab 10.05.2003 -tak sempat nak entry dalam layout]

In The Begining

Sebenarnya, secara mengejut aku kena join rombongan ke Sinai/Sharm el-Syeikh/Dahab. Actually, time aku balik dari rumah hari tu 10/5, lepas saja Isyak my freind -Anon datang. He told me his parent akan sampai jam 5.oo subuh esok. Makcik, Abg Ijan n Kak Sara, Abg Chik, Kak Chik n Baby -Sarah Umairah. Standby atur planing nak ke mana di mana dan arah mana dahulu. Sebab diorang datang just to 10 day's. Kena prepare planing elok-elok. Bagi ngam-ngam masa diorang ada kat sini. Kitorang pun satu, sebelum ni tak sempat nak bincang. Aku pun terlupa. Malam tu tak tidur. Layan borak sampai ke subuh.

Our Plan's

+Sekitar Cairo -Al-Ahram (Piramid), Masjid's, Maqam, Muziam, Kubu Salehuddin al-Ayyubi Qaherah, Khan al-Khalili(Shoping places)

+Sinai -Suez, Toba, Kubu Salehuddin al-Ayyubi, Maqam al-Ambiya', Histori Lembu Samiri, Uyun Musa (12 Telaga Musa), Hamam firaun, 6 Oct place Egypt-Mesir 1973.

+Dahab -Abu Hoal, Ra'sul Ghulam, Picnik places (Red Sea).

+Sharm el-Syeikh -Red Sea, Snowklin, tengok batu karang laut merah.

+Alexanderia -Mumtaza, Farouk Castle, The biggest Library in Mideast, n siar-siar membeli belah in Manshiah.

Nak jadi cerita, semuanya succes. Berjaya kami terokai. Cuma ada 2/3 tempat yang tak kami kunjung. Itupun bukan atas program yang kitaorang plan. Cam Masjid Nabi Daneil (Alex), jalan makan angin di centrel Market Arkadia (Cairo), dan yang diplan tapi tak jadi, Abu Hoal dan Ra'sul Ghulam (Dahab) -hanya lepak-lepak di persisiran pantai Dahab.

Sekarang diorang pun dah balik. 20.05.03 diorang terpaksa bertolak ke Dubai. Just for 2 day kat sana. Shoping and meet sumone for bisness partner. Time aku menulis ni diorang mungkin sedang bergelak ketawa atau kesayuan teringatkan kat sini. Gelak-tawa; dari kelucuan sepanjang penjelajahan kami dan memori manis yang dah tersaving dalam diri masing. Sedih-sayu; Terkenangkan episod kemesraan antara kami. Satu keluarga, satu kehidupan, satu kenangan. Mungkin ini-lah yang aku rasa selama mereka di sini. Memberi jawapan kepada kehausan pembentukan keluarga bahagia.

Kami pun harap diorang akan berpuas hati atas layanan kami selama tourism diorang kat sini. Setakat itu saja yang termampu aku laksanakan. "Non, sowi la. Lebih kurang jek. Hope mereka berbahagia".

Welcome back to study

Dah dua hari Anon Parent balik. Sunyi plak rasa umah dia. Kosong, zero skali lagi. Anon dah pun abis exam. Tinggal aku dan kawan-kawan yang lain plak. Bulan ni akan menjanjikan kesuccesan kitorang pada 2003. Next term lain kira. Janji bagi pass dulu. "Angpa doa la".

Konklusi.. a'a konklusi

Nanti aku cerita lain. Cerita penjelajahan kami tempoh hari. Banyak yang menarik, so banyak yang nak kena tulis. Makan masa, nanti tak kenyang. heheh.. 22.O5.O3.Thursday, kembali ke rumah. Ten District. Kunjungi kembali kamar berlembah ku yang selama 10 hari ditinggalkan. "Wah!! berhabuk". Cam ni la kat Mesir. Dah masuk sUmmer ni Berhabuk habis kalau tak tutup tingkap. I was gonna clean my room. untill i got high.. hhehe.

Thursday, May 08, 2003

Dalam Rumah

"Bengap sangat otak ni. Stadi pun tak masuk. Kenapa susah sangat nak faham hah!!!". Duduk dalam rumah rasa gelisah. Ke hulur ke hilir melihat setiap posisi kelengkapan rumah 'buruk'. Hanya rumah singgahan ketika 'kitaorang' dalam lagi musafir. Tidak semewah rumah di kampung. Tidak semewah rumah siswa yang lain. Rumah ala-ala hostel RM 3.oo yang selalu kita lepak time kat Malaysia dulu. Pernah dulu terpaksa sewa hostel kerana nak tengok bola sepak. Parent suh balik asrama, lencong ke hostel dulu. Tak nak lepaskan peluang nonton bola sepak 'live' di stadium, kami sewa-lah hostel RM 3.00 tu. Hostel dulu sebiji cam sekarang. Televisyen tak ada, mesin basuh tak ada, telefon tak ada. Apa yang ada? Radio, pakaian-baju, dapur gas, gas -cukup untuk 'senang' time bujang ini.

Bilik aku pula, sejak dah nak masuk 'summer' ni cam memberontak. Nak kipas la, econ la. Banyak songeng. Kalau sebelum ni. "Kaulah segala-galanya. Kau-lah sumber ilhamku. Kau-lah tempat ku berteduh dan berpayung. Sambil kau-lah pencorak minda hidupku." Tapi sekarang dah nampak 'belang' dia. Sana sini serba tak kena. Bila time terdesak macam ni banyak la perangai pula. Habis nak tuntut kemahuan dia. Segalanya seolah mengungkit. Nak kan pembalasan. Nak kepada kesenangan. Tidak mahu pada kesusahan. Susah sikit dah nak jadi cam 'sial'. Malas la nak layan karenah ni.

Mungkin aku perlukan sedikit ketenangan. Dahlah panas. Luar dan dalam semuanya panas. Matahari plak sedia maklum. Memang sifat dia panas. Angin plak, sepatutnya bersifat sejuk. Terpengaruh dengan matahari agaknya. Bila dah semuanya panas, air pun boleh kering. Habis tubuh badan aku kena hisap air. Kering. Panas. Hot. Mind pun panas. Stadi tak boleh nak tumpu. Kiri-kanan, atas-bawah semuanya distrubed bahang yang panas. Mana tahan kalau camni. Kekadang sengaja pujuk panas tu dengan air. Tak cukup air botol air wudhuk. Alhamdulillah rileks la kejap. Bila dah nak cool sket, datang pulak. Masalah apa ni?

Pikir punya pikir -keluar rumah je la. Lepak-lepak rumah member. "Isyk, ganggu diorg la plak? Diorang pun nak stadi gak". "Pergi Muhandisin? Best gak. Lepak rumah Anon. Dia tak exam". -Tak lengah dah. Jam 5 petang keluar rumah sorang. Bawa buku set (Konon nak stadi sana la). Kemas-kemas bertolak. Tak sempat keluar rumah, Sofie balik dari exam, (last paper -merdeka la dia). "Ah nak pi mana?". Aku pun cakap la dah boring duk dalam rumah. Otak tak berkembang. Jadi sendat cam dah tersumbat dengan batang balak. "Ah elok la, aku nak pi juga. Tapi kita singgah umah aku dulu la." Rumah dia kat Ghamrah. Dekat dengan Ramsis. Aku pun setuju. Choas!

Luar Rumah

Dari H10 ke h7 ke Ghamrah. Kebetulan, tak sempat kami nak pergi rumah (Anon) -dia dah ada kat rumah Sofie. "eh.. Izaiyak ya Bashar. Gai minnin ba'ah? Ta3asyai' wala Lissa? Izaiya habibak? Quaisy? Lah.. Feen hiyya." Banyak la soklan yang terkeluar time tuh. Kami pun gelak ketawa. Memang kalau kitorang dah bertemu cakap Arab style membunuh. Soklan pun mesti membunuh. At least ada yang jawab atau tanya. "Ya Muarras!! Ya khawaal!! Feen Himar bita'ak? Lah Habibak feen dilwakti? Tahrab 'annak?? Leih ba'ah? Lah.. eidah.. eidah ya walad.. eidah ya muhandis?." Muhahaha.. Ada yang kutuk ada yang memuji sampai bertangkai-tangkai. "Allah ya khaliq. Allahumma barik fik. Allahuma astur ya Rabb. Tislam 'edak. Allahumma Nawwir alaik." Dan macam lagi. Hehe. Maybe bila nkorang baca ni tak paham. Ada juga member2 lain tak hirau mana bila kitaorg bley cakap. Tak le serius sangat cakap arab. Cam aku cakap tadi. Bahasa Arab membunuh.

Lepak situ dalam sejam dua baru 'gerak' pergi Muhandisin. Sebelum ke Muhandisin singgah sekejap di Atabah. Entah la diorang nak beli apa. Aku pun terlupa tanya. Tapi malam tu bley la jamu mata miang ni(cam bandar NewYork -tak pernah sampai pun). "Duk kelih sana sini. Lakhai tergugat juga"(Versi Qlate). Hahhaha. Hampes betul la bila keluar ni. Nkorang bukan tak tahu Arab. Arab la. Arab. Cun beb. Tapi nasib baik still jaga title. Erm.. Kena jaga la. Biar diorang tengok kita tak 'smart' mana (nisbah diorang la). Janji kredebeliti kita orang Asia tak tercemar. Tak secocok dengan perwatakkan yang diorang bawa. "Seksi n seksa eih." Tapi bila pikir balik. Arab, melambangkan budaya Islam. Memang nkorang pun anggap camni. Sebelum aku ke tanah Arab dulu pun terpikir dan cuba imegin kebudayaan Arab. Islamik culture. Penuh dengan nilai-nilai Islam. Di hiasi warna-warni dunia Islam dan sebagai teladan n contoh untuk negara kita. Ermm.. tapi bila sampai sini baru 'dia' tau!!!. Firaun dan Musa a.s kan famous kat sini. Mana kita nak? pilih saja. Semua ada. Jelasnya sekarang -pasca modernisasi. Dah tercemar dengan camar-camar dari Barat.. Look at the European Style. We Follow-up to designing culture, people n all of life. D'seem contry we must forget to sample of our life. "Habis siapa yang nak dipersalahkan. Takkan Barat pulak yang jadi pesalah dalam soal ni?" Asia lagi best. Actually d'Malaysian people's.

Ah! Biarkan diorang. Lantak dia la. Masyarakat dia. Buat apa nak jaga tepi kain orang. Kekadang sedih juga, kenapa orang cam aku ni tidak mampu. Kalau dah tak mampu, lebih baik jadi orang biasa saja. Tak payah susah-susah pikir pasal semua ini. Bila dah pikir tak boleh nak buat pulak. Kosong. Zero. Hampes. Dan macam-macam lagi boleh letakkan status aku. Belajar tak boleh nak manfaat. Tapi, di samping ada sifat kesedaran ni. Aku takkan lepaskan peluang untuk cuba. Cuba. I'll try. "U can do it". Dont be higher.

Muhandisin

Sampai rumah Anon jam 1.oo am. Tak letih, cuma lapar. before sampai rumah tadi dah belikan 'Firakh MAshwi' (Ayam Bakar), Sardin dalam Tin, Roti n susu. Masak nasi -rice cooker buat hal. hampes. Mentah. Tapi lapar sangat 'tibai' juga la. Buat sardin masak kari. Cicah dengan roti n sebagai kuah dengan nasi. Aku sorang je yang makan nasi. Diorang (Anon, Sofie) ni tak nak. Makan cicah dengan roti jek.

Kepala rasa sakit sangat. Sekali lagi nak stadi tak boleh. Rilek's kejap azan subuh dah berkumandang. Pagi-pagi cam ni sepatutnya jadi segar. "Takkan dekat exam nak demam lagi?" Risau betul aku. Selalu macam ni la. Elok bila time change musim ada la yang tak kena. Demam la, sakit-sakit badan la, loya la. Dah la nak exam. Adus. Hope tak jadi la bende-bende ni semua. Nak cool, rilek's, nak free otak sket -stadi beb. Semuanya main otak, aku nak menjadi thinker, minder, sub-memori, hard disk, propesor, bla, bla, bla,.. Semua berkait dengan 'akal'. Kena rilek's.

Back To Malaysia

Entry yang lepas aku nak cerita, kenapa aku tolak perlawaan parent aku. Aku nak bagi alasan yang best pun belum tentu diorang akan terima. So, aku tak tahu macam mana nak explain kat diorang... Masih dalam berfikir.

Sunday, May 04, 2003

...Again. Before there, aku dah writed this entry. Sekali pc ni buat sial. Amphes. Kalao nkorang camne? mesti bengang ke tahap bangang kan. Lakhai, sabar jek. Sikit lagi aku nak jadi 'Oltromen', kalo tak habis that pc berkecai sepertimana terjadi di Kota Basrah n Baghdad. Sabar Pai, sabar....

Last night, aku pergi jalan-jalan. Lawat bandar Haiyu Sabiek. Memulanya -hajat nak cuci gambar. Sekali duit tak ada la. "Bape geniuh aku ada hah?". Selut dalam poket ada syiling 0.25. Dalam dompet 0.50. Tambang pergi-balik tu lepas la. Tapi nak cuci gambar -satu keping 0.75. Mane nak cukup, tambang gi-mari n balance 0.25. Balik dengan 'Ayaq tu la'Versi bahasa kampung bintangBising kat Perlis.

Pastu nak jumpa Hj Wan kat Penang Student's Hostel. Tapi dia dah balik Damahour. Tak sempat nak tanya pasal 'Persidangan' baru-baru ini. Nasib baik hmate dia ada. Lepak-lepak kejap n Order kitab-kitab baru yang aku nak ambil for this year. "Rupa-rupanya banyak juga Kitab yang masih tak de di rak bilik aku tu". Yang paling aku geramnya, Fiqh Kontemporeri -Karangan Dr Yusuff Qardhawi n Tafsir Syeikh Sya'rawi. So, sementara peluang boleh order ni, tunggu apa lagi. Order je la. Sebab nak beli cash mahal woo. So, order n bayar bila Kitab tu dah sampai.

Masa tu la baru nak order kitab, beli kitab la. Ape la. Duit satu sen tak ada. Atleast aku minta ehsan dengan 'housemate' aku la. Tukar duit cara 'gadai' dengan dia. Sebenarnya ada sangat duit. Tapi malas nak tukar. Bawah karpet bilik aku ada lagi USD 50. So buat perjanjian ngan dia 'gadai' jek. 2/3 hari lagi bayar balik. N aku amik balik duit USd 50 tuh. Simpan untuk 'summer' ni.

Bila pikir balik pasal 'Summer' ni. We got new info dari Malaysia -kelmarin. Family aku call tapi time tu aku takde kat umah. Keluar, gi lepak umah member aku. N risau gak, ingat ke pasal ape. 'Housemate' aku cakap." Mama nko suh balik summer ni. Diorg rindu kat nko". Adus!!! camna. Nanti kalo tolak takut 'Mama' kecik hati plak. Tiga tahun beb tarak balik. Habis cam mane planing aku untuk summer ni. Adus, delima kah aku ni? Tidak eih.. saje ngada-ngada 'berdelima'.

Semalam dah buat keputusan diri aku sendiri. Lepas je aku baca email dari 'sister' aku Syahida -bukan syahida weblog ni. hehe. My Lovely sister. (Isyk manja la plak rasanya.. kekeke). Aku tak nak balik la. Alasan?.. Nanti aku stori lain kali. Tak sempat dah Maghrib kat sini.

Friday, May 02, 2003

Semalam baru saja sampai dari Damanhour . Balik kampung sekejap ziarah kawan-kawan. Lama sangat tak jumpa x-housemate kat Damanhour tu. Kebetulan sambil ambil kitab. Dah dekat exam tapi baru nak ambil. Duduk Damanhour sehari sahaja. Tak mampu duk lama sebab teringat dek kamar 'berantu' aku kat Cairo.

Kebetulan masa aku balik kelmarin, DPM (Dewan Perwakilan Mahasiswa) ada buat majlis 'Ijtimak Ghaira 'Adi'(sidang tergempar) buat kali ke 2 bagi tahun ini. Kalau sebelum ini dibuat secara besar-besaran di Cairo. Tapi kali ini buat 'private' sket. Barangkali dah nak dekat exam. Yang Negeri buat sendiri, Dpm pun buat sendiri. Masing-masing buat berlainan masa.

Kalau yang pertama (2003) kali hari tu, diorg buat kerana nak mohon tambah kemudahan 'student' sini dengan pihak Mesir. Terutama pasal permintaan urusan menunaikan Haji. Sebab baru-baru ini, selepas pihak Mesir buat 'undang-undang baru', urusan menunaikan Haji susah sket. Banyak la pe'el diorg. Orang nak buat kerja baik pun buat susah-susah. Keselamatan agaknya, ataupun ada 'sumthin' yang diorang nak bendungkan. Aku rasakan pasal -last 2002 tempoh hari sibuk pasal teroriskan.- ni la.

Macam duk jadi kat 'student' Yemen. Balik je dari pergi Haji kena tangkap. Katanya bergiat dalam 'alQaeda'. Di tuduh teroris. Yang tak bersalah disalahkan. Dunia, dunia. Nasib baik lepas proses diplomasi antara Malaysia dan Yemen, selamat juga budak-budak tu. Tapi sempat gak la merasa dalam pintu besi Arab. Kawan aku sowang APIT tu pun kena skali. Sekarang dia dah tak boleh masuk Yemen lagi. Belajar sini jek.

Itu kat Yaman. Di sini pula tak tahu sebab apa dan kenapa. Macam hari tu, ketat sikit je. Tak la sampai tergendala terus. Tapi ada juga yang mohon tak boleh pergi. Susah nak jangka politik diorg. Arab kan. Lagipun rezeki takdak. Sabar je la. Susah Arab ni, macam la diorang ni yang ter'best. (Kutuk.. jangan tak kutuk..)

-Yang ni plak kali ke dua. Nak bincang pasal kemasukan ahli tempatan dalam organis student Malaysia Mesir. Sibuk sana sini orang dah jadikan bahan bualan. PMRAM akan dicabuli kesucian melayu. Orang Arab kena join PMRAM juga. Itu masalahnya. Susah nak terima. PMRAM (Persatuan Melayu Republik Arab Mesir). Agaknya kalau jadi syarat ini, PMRAM kena tukar PUMRAM (Persatuan Umum Republik Arab Mesir). Tu agaknya saja, sebab kelmarin aku tak boleh nak masuk persidangan tu. Terpaksa balik ke Cairo. Ada janji dengan kawan aku. (harap diorang selesaikan kes ini)

Bila aku pikir-pikir balik. Kenapa jadi cam ni? entah jawapan tepat tak boleh nak bagi. Tapi sebelum ini pun aku ada dengar desas-desus dari banyak pihak. Ada yang pendek akalnya kata,"ini sebab kedutaan Malaysia yang suruh". Tak boleh plak aku nak terima suara-suara kosong ni. Sebab satu, emosi. Ke dua, orang yang cakap pun bukan jenis komitmen dengan sekeliling. Hanya sarpot dari mulut orang tanpa kaji dulu. Susah, susah. Nama dah student, tapi masih membabi buta.

Ada juga yang kata, sebab nak jaga keselamatan 'student' sini secara menyeluruh. Kerna perkara ini diarahkan selepas saja jatuhnya kerajaan Saddam. Kawalan secara menyeluruh kepada seluruh Organisasi yang ada di bumi Mesir. Yang berdaftar atau pun tidak akan dipantau dan diberi wakil-wakil kerajaan. Demi keselamatan.

Namun aku tak pasti yang mana satu. Tapi berdasarkan rujukan perkara-perkara yang berlaku, aku hanya boleh beri respon disebabkan sistem penyelenggaraan keselamatan seluruh Mesir. Lepas ucapan Presiden Hosni Mubarak yang lepas. (rujuk Mideast Lepas Perang).

Insya-Allah esok nak gi jumpa hj wan. Secara perincinya dia tahu. Aku ni kalau bab persatuan bukannya arif mana. Dah la tak arif, malas nak aktif plak tu. Buat secara individu je. Kalau diorang nak tenaga, sarpot juga la. Nak total aktif tu susah sket. Lagipun kalau aku tak join ngan diorang bukan cacat pun. Kalay aku join makin tegang lagi ada la. Lagi satu sapa la nak tengok orang jenis aku ni. Happy gudlucky. Takde ciri-ciri langsung bagi diorang. Yang pasti, aku kenal dan tahu cara aku. Aku akan hidup ngan cara aku.



Sunday, April 27, 2003

~~~llllllllllllllllllllllllllllRALATllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll~~~

[This is an automatically generated Delivery Status Notification. Delivery to the following recipients failed.

[email protected]
....................................................

Aku cuba nak balas email kat kawan aku ni. Tapi tak boleh la. 2/3 kali reply asyik sampai msg tuh je. Ermm.. so aku curi kesempatan 'paste' aje kat sini. Dah takley sent ke email -'hope' dia baca kat sini. Lagi pun kat sini bukan apa pun, just diskas tentang 'Bangsa Melayu' yang aku cuba isukan dalam cite aku yang lepas. Emosi agaknya. Tapi saja buat gimik untuk sama-sama fikir.

Quote;“budaya melayu yang suka bertelagah, budaya melayu yg taksub membuta tuli,budaya melayu yang cuba campur adukkan antara hak dan yang batil” Ini antara kenyataan aku yang lepas.(Tergelak plak). Kekadang bila pikir balik. "Aku pun Melayu... Kalau tak Melayu kritik Melayu.. Jangan harap Bangsa Asing nak kritik kita"

-"Nahnu nahkumu bizawahir"(Kita akan memberi keputusan(hukum) dari zahir sekeliling kita).Tak ingat yang ni hadith ke atau dari kalam ulamak. Rasanya Saidina Ali r.a yang penah sebut pasal ni. "Antum a3lamu bi umuri dunyakum". Aa.. yang ni hadith...; Segala penyataan aku tuh hanyalah berdasar dari penilaian hidup aku. Benar atau salah masing-masing boleh buat penilaian peribadi tersendiri. Aku hormati pasal budaya melayu melalui sejarah. Kita boleh melihat sejarah tetapi jangan ulangi sejarah. Dan kita sekarang menoleh sejarah sambil 'Merentasi' sejarah. Jangan berbangga dengan sejarah sedangkan kita tak mengukuhkan sejarah.

'Budaya melayu suka bertelagah' -Kita melihat sekeliling kita. Budaya baru pasca-keporak peranda kuasa politik. Masing-masing tidak lagi membentuk kepada membudayakan melayu. Lebih mengaut kesan sistem kolonis penjajah. Diskriminasi dan konterversi sehingga ke persoalan agama. Budaya melayu yang bertelagah -dari peringkat anak kecil hingga ke remaja, dewasa apatah lagi yang semakin tua. Dah nak mati masih bergelut ngan soal-soal partisan-Etis.

Sebagai contoh, terutama dari sudut politisme. Kita dapat lihat perpecahan antara parti. Ini mengundang kepada pergaduhan, pertelagahan dan sehingga ke peringkat permusuhan. Habis masyarakt sekliling terkesan. Keperingkat kampung, bandar, kolej, universiti habis terkena virus tu.(atleast ketidak sopanan dan melayu kehausan aturcara budaya melayu sebenar (berlaku Biadab) -rujuk pasal konterversi gbuk pakdi.."Sowi Pakdi heheh"..) Ini Bukan Islam ajar kan.. Budaya Melayu, -sejauhmana kesinambungan sistem budaya melayu dalam kehidupan masyarakat sekarang. Kita boleh lihat dan nilai sendiri.

"budaya melayu yang taksub membuta tuli" - Ok, -Firman Allah; "wa3tasimu Bihablillah Jami3a wala tafaraqu". Maksud; "wahai manusia semua, berpegang teguhlah dengan 'TALI' Allah dan jangan berpecah belah." Ulamak menghuraikan pasal ayat ni supaya berpegang(Taksub) hanya pada pokok usul Islam iaitu 'Tauhid' saja. Dan yang lain dibolehkan mengikut cara-cara(tali) yang dibenarkan(melalui dustur al-Quran n Sunnah).

Ok.. ekoran kenyataan aku tuh.. budaya melayu yg taksub membuta tuli seperti apa yang kita alami sekarang ni. Tak kira samada dari kehidupan keluarga mahupun masyarakat juga pasal sistem politik. Sehingga terbawa-bawa pada kehidupan. Tak kira di mana pun masih bertaksub sedemkian.

Aku cakap cam tu kerna cam aku kata di atas. Kita akan berhukum dari apa di sekeliling kita. Begitu juga sebagiaman yang Kawan (kawan aku la ni.. guna nama KAWAN je.. menyamar) kata; (persatuan), kat tempat Kawan tu sama atau tidak, aku tak pasti. Dari persatuan Hizbi atau Persatuan-persatuan lain; jadi cam sini(IGIP) atau tidak.. itu KAWAN lebih arif lagi. Dan sepengetahuan aku la, sama saja cam sini. Bergaduh, masing-masing saling menjatuh. Kerana apa?? Terpengaruh dengan kefahaman partisan masing-masing. Taksub dengan ideologi budaya melayu moderen sekarang ni. Yang kat tanah air sampai terbawa-bawa ke sini dan dalam situasi kampus.

Memang dari segi makna 'persatuan' tu 'bersatu'. Ermm.. kalau macam yang KAWAN cakap tu, kiranya tak wujudlah fundamtalisme Islam. Kalau nak ikut kat makna Islam. Islam -syumul, agama universal n agama yang unggul, merangkumi semua sosiol hidup. Kerana pendokongnya la membuatkan nama atau imej tu rosak. Persatuan dah tak berfungsi sebagai persatuan. Hanya untuk kebajikan katakan.. Sejauh mana pulak usaha kebajikan secara relevan? Di sini sifat toleransi-toleransi dah tak wujud. Lemah lembut dah tak beradab. Bahkan menyemarakkan lagi permusuhan. Terkesan dek virus dari 'kampung' agaknya. Lebih teruk lagi dari SARS. Di mana wibawa PELAJAR yang dibangga-bangga sebelum ni? Itu baru dalam kampus.

"budaya melayu yang cuba campur adukkan antara hak dan yang batil" -Yang ni lebih kritis lagi. Nak cakap cam ne ek.. erm, ok -pasal ni bersifat pribadi sket.

(Skali blackOut la tadi.. amphes tul..)

Sambung.. erm.. ok pasal ni, kita boley tengok di kalangan kita -orang melayu kita. Tidak kira la dari individu, secara jamak, atau puak-puak politik. Masing-masing mengambil peranan al-Quran n al-Sunnah untuk kepentingan diri. Bukan untuk demi Islam sebenar. Kalau benar demi Islam, kenapa masih timbul hasut menghasut, maki memaki dan seerti dengannya. Dari satu sudut, mencampurkan hak dan batil. Dan yang batil di hak'kan.. dan yang yang hak di tahkik'kan sekali lagi untuk dibangga-bangga kan.. sambil mencemuh, merendah-merendah.. memaki dan perkara-perkara negetif la terhadap pihak lain.. Tak cukup yang itu, dihina, dipersenda sehingga ke dasar pegangan.. kerana dari pengaruh politik -yg baik dah terbusuk dengan suara-suara picisan..

Dari sudut lain pula.. Terbangga dengan watak dan aliran yang di bawa. Kononnya bersandarkan al-Quran n al-Sunnah. Dalam masa yang sama, tidak sedar dah terpengaruh alam sosiolis-etis. Sosiol-metarielis, mendasarkan kebenaran tetapi melaksanakan kerosakan. Mengangkat diri baik dan meludah orang lain kerana "Kita la paling best" -Itu lah agaknya. Cukup takut yang ni. Seolah-olah bila tergolong darinya sudah mewajibkan syurga. Susah.. Sana sini sama saja. Semua dari Melayu, Orang melayu dan Bangsa melayu, masyarakat melayu. Aku pun Melayu.

Sebenarnya.. maksud aku dalam penerangan lepas tu bukan nak meminggirkan kuasa-kuasa politik. Tetapi sebagai satu kritis dari jiwa muda aku ni dan juga menjurus kepada persoalan diri masing-masing. Macamana sebenarnya kita ingin membentuk generasi kita? Adakah ingin kukuhkan budaya yang di laung-laungkan selama ini? Budaya-Melayu atau Budaya-Islam-melayu kita berkehendak? Atau nak buat acuan budaya melayu baru pasca-global sekarang ni? Sama-sama kita pikir. Sampai bila kita harus terhasut dengan sosio-politik kita sekarang ini? Kitakan antara golongan pemangkin Ummah. Wajarkah sedemikian?

Sebagai penambahan -untuk merentasi sejarah; budaya yang kita alamil sekarang ni kena "ditajdidkan"..(reformis) balik.. Kena buat kajian balik bagi siswa/wi atau remaja/dewasa macam kita ni. Doakan bersama supaya boleh membentuk diri kita dahulu. Bagi segalanya berlaku istiqomah dalam menelusi semua ni. Cuma aku kecewa dengan situasi sekarang. Tak kira la dari m'sia ataupun di mana saja. Orang dewasa dengan caranya, remaja dengan caranya..

------
Ok komen sket pasal sejarah yang KAWAN bawa kat email tempoh hari. Aku setuju, bagus la. Tapi kena tgk balik sejarah-sejarah yang KAWAN bawa tu. Pasal Singapore: tetap merugikan atas sebab apa? Kepincangan poltik m'sia dan kecuaian Melayu menjaga hak-haknya. 1946, kerana gagasan Malayan Union; menjadi kewajiban waktu tuh, dan waktu tu bersatu pun untuk mencapai kemerdekaan. -1969; kenapa bley bergaduhnya cina? Kerana masyarakat melayu yang mengabaikan kesatuan melayu, tanggungjawab sesama melayu tidak dititikberatkan. Memasing membolot kuasa politik. Atleast cina amik peluang.

Dalam sudut ini tetap merugikan bangsa melayu. Kerana pertelingkahan dan pergaduhan sesama sendiri. Bila dah genting baru nak bersatu. Kalau yang termasyhur pun, bangsa melayu boleh bersatu dalam 3 peristiwa jek. Tak silap aku la (tolong betulkan), masa nak menentang MUnion, Merdeka,13 may.. Itu yang termasyhur aku ingat.. dan yang lain cam perjanjian lelain (aku tak ingat name perjanjian tu) aku tak ingat..ermm.. (tolong betulkan kalo salah, sejarah failed. heheh)

quote;"Budaya melayu ni menolak permusuhan, banyak bertolak ansur, berlemah lembut, dan sabar." Ini yang kita harapkan. Kita harapkan pada generasi kita, realiti hidup kita. Kita tidak mahu pencemaran kuasa politik kita dan mereka. Kuasa politik yang meruntuhkan jiwa kemelayuan dan keIslaman kita.

Dan Kita akui sekarang ni cam mane. Kita dah berpecah, banyak sudut dan ruangan yang diterokai. Tidak dapat tidak hakikat dunia kita. Nak bersatu?? ermm amat susah kan, Namun ada kelompok yang berusaha menyatukan. Teruskan. Namun, di samping sifat-sifat yang positif memang kena diterapkan dari akar umbi kehidupan bangsa melayu. Bertoleransi, berlapang dada, hormat pendapat, sekalipun berselisihan (dah lumrah), secara ilmi. Tidak berunsur negetif hingga ke tahap memutuskan silatur rahim dan menggugat ketauhidan Islam dalam Jiwa. Selagi kalimat Syahdah masih dalam dada, selagi itu Melayu-Islam, selagi itu dia bersaudara.

Konklusi: ~~~Sub-Budaya masyarakat Melayu moden telah mendidik anak bangsa jadi cam tu(bertelagah). Bila dah susah bersatu bermakna ada sumthing yang tak berpuas hati. Bila dah tak puas hati ada la yang nak bertekak. Mana benar mana salah sume nak dibolot dia yang kata benar. Budaya melayu yang semakin teruk dari atucara propaganda politik. Sub-Budaya yang terpengaruh dari dunia sekeliling -dunia pasca globalisasi, dipengaruhi sosio-politik antarabangsa. Dan dari argumen-argumen kontemporari ni la menyebabkan manusia sering bertelagah. Budaya dunia yang bertelagah. Bila dah dunia kena virus ideologi manusia semuanya akan terhasut secara tak langsung...

Tata...Paichowan, Cairo