Sunday, July 17, 2005

"sambungan : sketsa Cinta "

[Date] 17 JuLY 2005
[Time started] 06.30 p.m
[Song] The Killers: Indie Rock N Roll
[Current mood] This PsyCo LoVers
[Title] Sketsa Cinta (5)
___________________________________________


Dari sambungan 4.....

* * *

Kelibat di pintu kolej begitu sesak. Berpusu-pusu mahasiswa baru datang untuk pendaftaran. Pelbagai jenis warna dan kulit boleh ditemui. Melayu, India, china, Iban, kadazan dan beberapa jenis bangsa lagi. Dia tidak pasti usul bangsa mereka. Tapi satu masyarakat yang berbilang bangsa. "Inilah Malaysia," lapang hatinya.

Dia begitu memerhati lagak manusia sekeliling. Tapi hari ini, dia bukanlah antara anak-anak yang berkejaran untuk lumba ilmu di kolej itu. Hanya sebagai peneman adik temannya.

Dia masih menunggu di taman rekriasi kolej. Buku berjudul Akal Dan Pengaruh Adab Dalam Dunia Arab Moden di selek kembali. Separuh helaian buku seolah sudahpun dibaca. Begitu waspada dan tekun. Mata-mata di sekeliling juga seolah ditarik dengan kuasa magnet ke arahnya. Dia tidak hirau. Mungkin kepelikan melihat seorang remaja yang muda usianya menelah buku yang berkarangan bahasa Arab. Manusia di situ begitu janggal dengan telatahnya.

Di ruang situ bukan dia sahaja. Masih ramai yang menunggu. Ibu bapa, kenalan sepertinya, atau abang bagi anak-anak yang baru untuk menduduki status Mahasiswa. Seperti di situ, adalah sebuah kilang untuk pencetakan manusia. Memproses manusia supaya berguna untuk negara, bangsa dan agama.

Soal agama? Agaknya, agama masih tidak seimbang di institusi kita pada masa kini. Falsafah pentarbiahan sebuah institusi hanya untuk anak bangsa. Memajukan negara. Ya, mungkin untuk anak bangsa dan negara. Seperti layaknya slogan, hanya bangsa dan negara. Akan tetapi agama? makin terabai. Institusi begitu longlai memupuk anak bangsa supaya menjadi manusia yang beragama. Religus.

Dia membiarkan kanan dan kirinya melihat telatah peliknya. Tapi dia tidak rasa pelik. Perkara biasa. Cuma, masyarakatnya yang pelik. Dia tidak salah. Hanya kerana membaca buku dikhalayak ramai mereka merasa bersalah.

Sedangkan ini bukan jenayah rogol! Cabul! Rasuah, atau membuat satu dosa yang mudarat bagi kehidupan manusia lain.

Bukan harus pula budaya sebegini untuk malu. Cemburu. Atau bersifat yang kurang akal seperti terlanjang dikhalayak ramai. Tapi, masyarakatnya malu membudaya sebegini. Jadi pelik. Gharib dalam masyarakat. Ah, amat pelik.

Dia tidak teruskan perseolan sedemkian. Dibiarkan patah-patah bacaan masuk ke rongga mata. Terapi menyusun setiap fakta dan isi ke saluran otak. Simpan untuk ingatan. Diulas melalui paradigma pemahaman maksud penulis itu.

Karangan Dr.Atif Iraqi amat digemari. Begitu kritis dan amat susah difahami. Perlu penguasaan yang luas untuk menghubungkaitkan persoalan dibangkitkan. Isi-isi yang terkandung juga begitu tinggi, sehingga dia memerlukan pengaruh ilmu luar untuk mentakwil maksud penulis tersebut. Penulisan genre Ekperimentalism.

Keliling yang bingar jadi sunyi. Itu Alamnya. Gadis-gadis genet, remaja yang sosok tubuh yang sederhana, kanak-kanak (mungkin adik-adik mereka), bapa dan ibu sibuk di kantin hujung sana. Menunggu sanak saudara mereka mendaftarkan diri di meja pendaftaran. Tidak kurang 300 meter di sebelah daya barat sana. Tapi dia rasa semuanya hanyalah mainan sekeliling. Tidak mengganggunya.

Jam dilihat. Jam 3.15 minit petang. Waktu Asar masih jauh. Dia kembali menyelak helaian selepasnya.

Mula untuk bersedia lagi, ada suatu bau yang begitu menyenangkan. Dia tidak cuba mencari arah bau tersebut. Dibiarkan matanya menatap lagi ke arah isi buku. Ada manusia duduk dipinggirnya. Matanya mengintai ke sisi kiri. Dia tahu bauan tadi dari arah ini. Dia seorang gadis.

Dia biarkan kepalanya masih tunduk ke arah buku. Kepala tidak diangkat. Di biarkan. Mencari-cari ayat yang terpotong dalam mindanya. Masih meraba-raba isi kandungan. Tidak ketemu. Dia kelu. Mindanya kaku untuk kembali beraksi. Sudah terperangkap dengan wangian tadi. Semangatnya makin luntur dan malas untuk membaca lagi.

"Abang, lepas Asar kejap lagi ada taklimat". Herman sedia kembali. Adik temannya yang dikirimkan oleh Fazrul supaya temankan untuk pendaftaran. Dia tahu sejak kebelakangan ini Fazrul begitu sibuk dengan kerja-kerja luar.

"Ok, nak pergi minum dulu?" Dia sempat mencuri pandangan ke arah gadis tadi. Sungguh menjerat imaginasinya. Amat berkuntum ketika itu. Tapi dia sedar, itu khayalan perasaannya.

"Ok, Jom". Herman dan Jibran berlalu menuju kantin. Membiarkan gadis tadi hanya di dalam fikirannya. Mungkin sempat mencuri bayang gambarannya.

Hatinya amat berseri. Adakah ini antara bunga-bunga yang menguntum di metropolitan? Amat menyenangkan. Adakah benar bunga ini adalah antara bunga-bunga yang menguntum di metropolitan? Amat merumitkan. Tetapi, mengapa hatinya begitu bersungguh-sungguh untuk mengetahui siapakah dia. Gadis itu. Hanya gadis itu di fikirannya.

bersambung....

pai, Cairo

Saturday, July 16, 2005

"Cinta: Teori Tanwiri (Pencerahan)"

[Date] 17 JuLY 2005
[Time started] 02.00 a.m
[Song] Madeih: Sufisme
[Current mood] This PsyCo Teories
[Title] Teori Tanwiri : TelaHaN kHuSuS :
___________________________________________

Rasa cinta. Atau kasih. Kadang kala boleh juga diistilahkan dengan gaya; "aku suka... (pada perkara ini)". Manusia dapat memilih antara baik dan buruk, tapi tidak mungkin menerima kedua-duanya untuk menjadi suka. Jika berkemungkinan, kedua sifat berlawanan tersebut mampu diadaptasi dengan sebaik mungkin melalui kudrat bagi individu. Tidak semua. Bukan bermakna cinta yang khusus seperti merpati sejoli. Atau pasangan yang ternoda dengan dosa mahupun yang halal. Untuk lebih khusus, apabila tahap suka akan sesuatu, dan terus meletakan perasaaan sokong akan sesuatu. Termasuk perkara harfi.

Mengenai persoalan suka, sebenarnya, ia berkait rapat dengan tahap pemikiran manusia. Tahap paradigma manusia yang membentuk kepercayaan yang membuatkan manusia itu terpaut dengan perkara tersebut. Justeru, berlakulah ketidak seimbangan manusia menentukan ke'suka'an mereka sehingga melibatkan fanatik. Atau lebih rakus lagi apabila dilabelkan 'suka' yang fundamental. Tapi suka juga berlaku dengan aman. Lebih sentosa dari pandangan manusia. Lebih bersifat romantis. Sedangkan ini juga dari kesan 'suka'. Lalu, perkara 'suka' itu diwarwarkan dengan kebenaran. Di sokong untuk tontonan manusia lain. Tidak kurang juga, sepanduk, slogan, idelis di sanjung sambil bersabda;"Perkara ini adalah yang pasti bagi manusia".

Kita tarik persoalan ini dalam perkara dunia. Boleh juga, dikerat menjadi dua bahagian penting, antara suka yang berpositif dan negetif (baik dan buruk). Dan juga, perkara ini dinilai melalui setiap genre manusia. Dalam telahan ideologis (meliputi kebudayaan, kepolitikan, ekonomi, bentuk-bentuk sistem manusia), manusia telah menjangkau lebih maju dari sebelumnya. Dari zaman kuno ke era pencerahan, berubah pra moden, moden dan pasca moden yang banyak merumitkan manusia. Lebih membahayakan setiap perkara yang diolah dari zaman kezaman melibatkan perkara agama yang menjadi teras bagi manusia. Kerana sifatnya yang mistik dan lebih kudus dalam kesedaran fitri.

Perkara demi perkara inilah yang mengundang banyak polemik 'membenarkan' pihak yang satu. Sebagai contoh (hanya dalam kelompok muslim), antara liberal dan yang tidak, hukum manusia. Atau yang benar atau tidak, dalil manusia. Atau relevan atau tidak, analisis manusia. Lebih luas lagi jika melibatkan non-muslim yang digarapkan dalam text suci bahawa umat muslim adalah umat 'wasatiah'* bagi seluruh ummat dunia.

Mungkin jika mengikut analisis sejarah, asal pembenturan antara pemisahan ini telah diklafikasikan lewat orde 'strukturlisme' lagi. Sehingga segala perkara dunia diasingkan mengikut bahagian dan jurusan untuk pengkajian manusia. Untuk kemudahan manusia memahami konsep 'kehidupan' yang perlu memlalui banyak bentuk kehidupan, pemikiran, fahaman atau segala sistem kehidupan, mahupun peraka langit dan bumi.

Namun, 'post-modern' orde 'struktulisme' ini bukanlah pemisahan antara baik dan buruk. Bahkan ianya hanyalah perkara yang diklafikasikan melalui definasi pelopor yang memungkinkan kebenaran melalui paradigmnya. Teori atau kefahaman inilah banyak memungkinkan perkara yang 'kemungkinan yang tak pasti'. Akan tetapi baik buruk tersebut hanyalah wujud dalam fenomena keagamaan yang sehingga kini, para 'sekularisme' tidak mampu menyatukan soal agama dengan keduniaan, kononnya takut dicemari dengan fitnah-fitnah busuk dunia. Namun, di sini manusia telah menampak kelemahan mereka untuk mengkoreksi perkara agama untuk kehidupan dunia.

Suka* yang licik?

Sebenarnya, nikmat 'suka' tersebut tiada istilah untuk disampaikan. Namun, sebagai kata 'dakwah';"sampaikan kepada mereka walau satu ayat": manusia berkekang mata, berlencun peluh untuk meluaskan kebenaran* tersebut. Hanya fahaman mereka yang terhad melalui rekondisi kesungguhan hari demi hari 'suka' mereka terhadap perkara tersebut.

Kontek lebih simpel, segala kemungkinan yang berlaku dalam orde pasca-moden sekarang ini telah banyak meragukan manusia. Melalui juru bicara yang kurang upaya yang sangat menonjol makin bercambah dengan keupayaan (kesedaran) golongan cerdik pandai yang lebih percaya dengan ilmu pasca analisis dari fahaman barat. Bukanlah di sini segalanya menolak segala kemungkinan tersebut, akan tetapi keupayaan spiritual yang sebenarnya mendesak ketetapan paradigma setiap teori dan ideologi yang didokong.

Seperti perihal antara umat Muslim, Islam liberal atau hanya 'Islam' dalam keupayaan ideologis Islamis. Kita dapat lihat, (secara jujur dan bersangka baik) pertembungan teori-teori moden kini adalah tidak lain untuk melonjakan Islam di mata dunia. Untuk mengkuduskan agama melalui pengalaman moden yang diproses setelah dikaji selidik menentukan 'kerelevanan' sebuah agama dalam kondisi dunia yang globalis. Itu hanyalah kemungkinan yang jujur.

Setidaknya, setiap peralihan fahaman dari pihak A dan pihak B, sebenarnya adalah masih tidak sempurna. Dengan penyerapan 'developmentalisme', manusia seharusnya lebih memahami situasi untuk lebih maju berjuang. Bukanlah hanya 'keruhkan' lagi 'suasana' yang cetek upaya intelek, seperti masyarakat di Malaysia. Paling parahnya, perkara yang dibangkitkan oleh pihak A, contoh pasti; perkara yang melibatkan tokoh-tokoh yang didokong tidak dianalisi secara tepat dan hanya sebahagian diguna dan dibuang bahagian lain. Menyanjung sebahagian perkara dan tidak prihatian pada sudut yang lain. Itu satu.

Ke dua, untuk penggemar analisis falsafah, keseimbangan antara zaman kehidupan tokoh tidak dikaji sejujur mungkin. Seperti zaman Avenace dan Imam al-Ghazali, yang jaraknya amat jauh. Situasi ini mungkin terkesan dengan karangan Avenace 'Tahafut wa Tahafut' atas bantahan teori yang dikemukan dalam 'Tahafut Falasifah' oleh Imam al-Ghazali. Sejuah mana dua tokoh ini berhujah, adalah melalui zaman perang sarafnya yang begitu dipengaruhi genre falsafah. Dan Avenace juga terpengaruh dalam ruangan falsafah Aristotalisme. Perlu juga sedar, hujah yang dikemukan dalam 'Tahafut Falasifah' juga harus dikaji sejujur mungkin bagi 'penggemar analisis', kononnya ingin dilihat sebagai Intelek. Bukanlah hanya sudah mengkaji di salah satu pihak, sudah berpengaruh besar untuk meletakan teori lain tidak benar. Itu lagaknya intelek muda sekarang.

Sudut lain, teori atau idelis yang dikemukan oleh tokoh yang tidak memberi pengaruh kepada dunianya (lebih lagi menentangnya) tidak dibongkah melalui 'adab' sebagai orang berilmu. Ini adalah untuk keseimbangan pemamahan ilmu yang disedut. Contoh yang paling tragis, mereka lebih gemar menyenaraikan idelis zahiri 'sufisme'(al-Rumi, Ibn Arabi, al-Hallaj, Zun al-Misri atau lainnya), dan mereka menguatkan perkara ini tanpa menyelidiki 'intuisi mistik'* tokoh tersebut melalui penembusan fenomena keduniaan dan kerohanian sehingga manusia yang lain mendapat pencerahan dari sekeliling. Seperti juga tokoh-tokoh yang bergelar Ulamak, kerana mereka lebih dekat dalam intuisi mistik antara diri dan Maha pencipta. Itu sifat Sufi sebenar tokoh-tokoh tersebut. Sufisme yang berisi-kulit dalam 'ma'arifatillah'(baca khusus: hubungan dengan ALLAH). Tapi mereka yang intelek tadi cuai.

Kemungkinan, sifat suka tadi sudah membuta tuli dengan pengaruh diri. Atau ini juga boleh diistilahkan suatu pengaruh fundamental yang licik, sedangkan manusia lain tidak mengerti erti sebenar fundamental. Seperti hari ini, fundamental adalah yang ganas seperti puak pemberontak (teroris). Sedangkan juga, aksi sedemikian kita fahami, adalah suatu polimek yang cukup istimewa di era kini, era yang penuh dengan lumba ideologis untuk menunjukkan siapa lebih 'kritis' dalam pemainan ideologis. Sungguh licik.

Kepastian dan Kemungkinan?

Dalam memahami soal hidup, antara sosial, teknis, umat manusia perlu merungkai segala macam ideologi yang wujud. Dari tatangan manapun sekalipun bersifat orientalis hatta zionis. Kerana pinjam keberkatan serta keilmuan Saiyidina Ali R.A menyarankan kepentingan berilmu akan meletakan status manusia tersebut di dalam lingkungannya. Bukan untuk meraih keduniaan akan tetapi kepentingan untuk merangkul keimanan.

Tidak semua perkara baharu, setelah diteorikan menjadi satu kemungkinan, akan tetapi meletakan kepastian setelah dihubung kait dengan fahaman agama melalui kaedah-kaedah yang relevan diguna pakai. Dan tidak berlaku 'kemutlakan' selagimana kaedah tersebut tercicir dari struktur yang ditetapkan oleh para Ulamak.

Kerana 'Tanyakanlah kepada 'Ahli Zikr' jika kamu tidak mengetahui'. Peran text ini perlu difahami secara jelas bahawa Ahli Zikr yang dimaksudkan bukanlah sahaja ianya seorang Ahli Fikir, atau Ahli Falsafah atau Ahli Ilmu akan tetapi lebih dekat dalam pendefinasian yang dikemukakan oleh sebahagian pengaruh Sufisme; Ahli Zikr bermaksud, yang 'dekat' denganNYA dengan selalu ingat kepadaNYA.

Justeru, setelah manusia melihat perkembang dunia, teori demi teori, dari perkarangan Liberal, sekular mahupun kemungkinan yang berkemungkinan, manusia tetap mencari kepastian. Demi kebenaran melalui text-text suci al-Quran. Kerana itu adalah simbol dan sumber utama bagi manusia. Dan sifatnya juga bukan hanya telahan dan mencakupi teori-teori semasa, akan tetapi lebih menunjukan kepada 'amalan' para pengikutnya. Kerana janji manusia muslim adalah seorang yang mukmin, dan mukmin seseorang terletaknya amalan diri kepada Maha Kuasa Dunia, bukan sekadar peratus yang tinggi mempengaruhi pemikiran manusia, kerana dia akan rugi (Al-Asr).

Begitu juga, segala teori yang dikemukan oleh para tokoh dahulu, mahupun dari daerah Barat mahupun Timur, tidak menghalang sama sekali untuk manusia merungkai dan mengadabtasi dalam keluasan fenomena manusia kini yang berbagai budaya dan karenah modenisasi (2:177). Namun, perlu lebih berhati-hati untuk meletakkan pegangan supaya tidak tersasar dengan akidah yang dimiliki. Supaya, Kalimah suci tersebut bukan saja mampu dilafazkan dengan lidah lebut ini, dan bukan saja mampu dihayati di dalam hati yang tak tergambar ini, namun perlu juga diselaraskan dengan harian diri serta meneguhkan konsepsi imani yang begitu mistik untuk difahami.
___________________________________________

nota 1: Wasatiah*- definasi Barat meletakan librel masih tidak mencakupi seperti Globalisasi yang dilabelkan dalam pengertian 'Aulamah".
Nota 2: Suka*-minat
Nota 3: Kebenaran* -Umum, kebenaran yang masih tidak pasti. Melalui kaedah yang 'Khoti'e' seperti soal akidah bukan soal Hukum Feqh bahawa. Akan tetapi perkara dalil-dhanni dan dalil Khoti'e dalam konsep akidah sudah diijma' dan harus (wajib) diikuti.
Nota 4: Intuisi-mistik- pandangan Kerohanian

Paichowan, Cairo

Monday, July 11, 2005

"sambungan: Sketsa Detik"

[Date] 12 JuLY 2005
[Time started] 02.00 a.m
[Song] Jet : Hold On
[Current mood] This PsyCo LovE
[Title] Khayalan Insomniac (4)
___________________________________________

Dari Sambungan 3....

2002 : Ibu Kota

Dia pejam. Celik. Pejam. Celik. Sedikit sepet apabila rasa panas ke dalam korna mata. Hampir seper-pagi dia di situ. Melihat, hanya sekeliling rambang. Berkabus hitam. Sunyi tapi ada ngeri. Dia penat tapi tidak lelah. Kerna mata fikirnya masih bersungguh-sungguh. Galak.

Dalam sedemikian, mulutnya tidak henti-henti menjampi. Berdoa. Merungkai ayat-ayat suci untuk pertahanan diri. Tidak mahu dimomok anjing-anjing bangsat itu lagi. Seperti hari-hari malam sebelumnya. Ia ingin babat semuanya. Biar mati ditikam dengan ayat-ayat serapah yang tajam. Biar busuk berbangkai jauh dari perasaannya.

Angin sesekali memeluk diamnya.

Tujuh puluh dua hari lewat pada waktu ini, dia sedang menunggu seseorang di sebuah bangku publik di ibu kota. Kerana sebuah janji yang masih tidak dapat dirungkai. Katanya, masih perlu dihitung untuk kerana hidup. Bukan kerana tidak patuh pada janji. Bukan kerana ingin menjawat seorang munafiq kerna ingkar. Tapi kerana alasan hidup. Itu katanya.

Dia hanya menunggu. Tidak banyak terpikir untuk penyelesaian. Tetapi sedikit gusar, kerana ianya sebuah janji.

Di sebuah bangku, dia kelihatan tenang meneliti surat khabar Utusan di tangan. Membelek seperkara demi perkara. Mencari isu yang benar-benar boleh mencuri kegusarannya. Kerana dia masih nampak tenang. Mungkin memek mukanya telah membuatkan manusia lain tidak mampu membaca air mukanya. Kerana, itulah dia, Jibran.

Dia melepas lelah. Membuang segala gusar itu. Melihat lebih kurang lima ratus meter ke hadapan, sebuah bangunan yang gah tinggi. Masih ramai yang lalu lalang. Berpusu-pusu manusia meraikan hari minggu tersebut. Ada yang bersendiri sepertinya, berkeluarga, amat gembira. Bersekawan kelompok lelaki, empat sekawan wanita yang genit senyum kepadanya. Dia membalas manis. Yang berpasangan juga turut sibuk mewarnai kota metropolitan hari sebegini.

Dia yang bersendiri sedikit terhibur. Melihat suasana masyarakat. Pelbagai jenis warna kulit, tua-muda, dan ada yang tekun memimpin ibu-bapa mereka untuk turut menikmati kota yang pesat membangun. Berkat usaha mereka yang dahulu.

Dia masih sendiri di bangku kembali gusar. Air cocunatshakes di sedut berkali-kali. Tidak gopoh tapi seperti sesuatu yang terjadi. Jam di tangan di lihat lagi. Jarum merukuk separuh sisi kanan.

Matahari tidak begitu terik hari ini. Mendung pun tidak mendatang. Hanya cahaya yang begitu mesra untuk menerangi manusia. Cukup-cukup untuk membahagiakan manusia.

Tetapi bagaimana pula dengan dia? Janji itu masih curiga. Adakah pertemuan ini benar-benar merobek fikirannya? Kalau begitu, cahaya hari ini adalah simbol pembodohan kepadanya. Dia akan dipersetan dengan suasana sekeliling. Kerana alam akan membohonginya.

Degup jantung makin meningkat desak. Semakin gusar. Tapi, jika benar-benar itu hanyalah gurauan untuk kemesraan hidup antaranya, dan si dia, simbol sekeliling adalah puisi baginya. Cahaya dan alam adalah penyeri pada hari ini. Biar seluruh dunia melihat janji-janji mereka yang semakin terpatri.

Tapi, dia semakin gundah. Tidak tahu apakah perasaan pada waktu ini. Takut atau hanya berlakon gembira. Kerana ini semua masih tidak pasti.

Kerana ketika kelmarin, pesan yang diterima "... Jibran. Kita harus perhitungkan segalanya. Untuk hidup kita. Aku tunggu mu di tempat biasa. Seroja".

Bersambung....

:Pai Cairo:

Friday, June 10, 2005

"Sambungan : Sketsa Waktu -"

[Date] 10 Jun 2005
[Time started] 7.46 p.m
[Song] Snow Patrol - same
[Current mood] Not Psyco boi
[Title] Khayalan Insomniac (iii)
___________________________________________

Sambungan dari (ii)......

Semuanya di sisi kiri kanan, belantara. Entah kehidupan apa yang mestinya mampu hidup di sini. Biarpun sekarang, pohon-pohon seolah dibelai dan dibentuk, tapi kiri dan kanannya adalah asing. Masih tidak wujud.

Tetapi, anak-anak di sana sememangnya wujud. Dua puluh tahun setelah waktu ini.
Bermain dan berlari. Mengejar sepeti anak-anak itu. Cuma keseraian cara dan teknik bermain berbeza. Setelah dikejar sebagai polis, lari dari di makan buaya, atau ketangkasan berdiri dan duduk atau sembunyikan diri. Tapi, orang-orang tua inkar dengan mainan ini. Katanya akan disorok hantu susu. Entah benarnya atau tidak.

Tiba senja semakin sakit. Malam pula meminggirkan siang. Anak-anak akan segera pulang. Takut dimarahi bapa. Jika usai bermainan waktu azan, juga akan dimarahi. Kerana lewat untuk mandi, untuk bersiap ke surau, untuk mengaji al-Quran. Surah Muqaddam adalah kewajiban. Mereka, tidak boleh ponteng seperti ke sekolah. Terlarang. Itu pesan bapanya.

Namun, kerap juga didenda kerana kelewatan pulang. Ketika itu, alasan apa lagi yang boleh dijadikan helah, sekira umurnya masih anak-anak.

Anak-anak yang lain mungkin sama sepertinya. Di denda atau dirotan sebagai pengajaran. Kalau diperhatikan sekarang, cuping telinganya seolah ada kesan dipulas. Kerana, mereka percaya bahawa malam itu adalah peluang manusia untuk menghambakan diri kepadaNYA.

Dia senyum bersendiri. Gelagat anak-anak di sana pula bagaimana. Burung di dahan kering masih meneliti selakan daun-daun yang kelihatan jarang. Selang seli memerhatikan khayalannya, seperti kekalutan melakukan kesalahan. Anak-anak di sana melepas lelah sambil ketawa riang bersama teman-temannya.

"Kemana anak-anak yang lain." Jibran mengeluh.

Dia masih mengenang dua puluh tahun dahulu. Ketika rumah itu masih megah. Ketika rumah itu masih berupa kayu yang berjalur-jalur putih. Tingkap dan koridor persis rekaan belanda yang sempat singgah di Malaya. Halaman depan, sisi dan mungkin arah belakangnya tidak berubah. Indah di susun dengan warna-warni bunga. Bunga Mawar, Kemboja, Bunga Kertas dan beberapa jenis lagi. Mungkin dia sendiri tidak arif soal bunga. Bunga yang begitu unik dan rumit. Adakala beracun dan ada juga penawarnya.

Bumi Rantau: Februari 1999

Dia kelihatan sedang berbual mesra bersama seorang Engineer dari graduan Australia. Bersamanya lagi, wartawan tempatan yang baru sahaja menjabat karier seorang jurnalis secara formal. Sederetan tiga tubuh manusia. Di warung di sebuah lokasi yang tidak begitu ramai pengunjungnya. Hanya beberapa kelompok yang meraih suasana malam minggu sebegini. Kawasan yang jarang dilingkungi anak-anak muda untuk berpesta.

Saiful Jibran, seorang anak muda dari pendesaan kelihatan begitu ramah dalam berbual. Mungkin perbualan mereka amat menyentuh naluri hidupnya. Atau, hanya cerita suka ria zaman remaja kini. Antara cerita yang direkayasa dalam filem, atau kisah bunga-bunga yang amat berleluasa di metropolitan. Sungguh unik dan amat tragik.

Dia masih teringat, ketika perjalanan menuju ke Segamat, dia bertemu seorang pemuda yang begitu rapi sisip tubuhnya. Berkulit sedikit gelap tapi amat sesuai dengan susuk muka dan tubuh. Jalur keningnya menandakan dia adalah seorang yang amat serius. Begitu mencabar pemerhatiannya.

Sungguh pun gambaran begitu, setelah bersua salaman, pemuda itu jauh sekali dari apa yang disangkakannya. Begitu peramah. Berkelulusan tinggi. Juga dia adalah seorang yang berprestij dalam hidup. Seorang Graduan Australia, Fahmi Naufal.

Mungkin taraf kehidupannya memungkinkan kejayaannya. Orang tua yang begiat aktif sebagai bisnisman. Hanya mempunyai dua orang adik beradik. Tidak menanggung beban yang amat berat. Tidak serupa seperti keluarga di desa tempat hidupnya. Kerana orang pendesaan lebih meraih anak-anak mereka. Sehingga bilangan anak menjangkau ke sepuluh.

Tapi, pemuda itu lebih layak dengan hidupnya. Fahmi Naufal. Berkemungkinan lagi, syarikat milik bapanya akan jatuh ketangannya. Mungkin jangka masa yang amat dekat. Tujuh tahun lagi setelah selesai pengajian diperingkat Master. Kiranya sekarang masih menuntun cita-citanya di Australia.

Dia kembali diam setelah lelah beraksi di hadapan teman semejanya. Persis berceramah pintu ke pintu. Mereka berbual panjang hingga suasana makin kedinginan malam. Cemburu. Tiada suara cengkerik, tapi ada bingar suara enjin-enjin di dalam kota. Suara radio di bawah bangsal warung. Ada desas-desus perbualan di meja sebelah. Entah bahasa apa yang diguna. Dia tidak pasti.

Bersambung,...

PaicHowan: Cairo

Sunday, June 05, 2005

"Sambung...." -Sketsa Masa-

[Date] 5 Jun 2005
[Time started] 8.31 p.m
[Song] alKaline Trio : Radio
[Current mood] Trouble Shooting In Da Room
[Title] Khayalan Insomniac (ii)
___________________________________________

Sambungan dari (i)......

Dia masih tidak pasti. Berlari-lari anak. Tombol pintu digenggam kasar. Ditarik pantas. Cahaya dari ruangan dapur membelah tubuh gantangnya. Matanya turut sakit ditumbuk cahaya itu. Berpinar-pinar tunduk mencari posisi kakinya. Tiada luka. Tiada bekas gigitan. Tetapi ada sel yang cedera. Tidak bermaya untuk turut beroperasi seperti saluran darah. Kakinya tidak cedera, tapi parah di gigit anjing liar.

Dia masih diam. Bersimpuh membongkah kegundahan. Dia di situ masih diperhatikan mata-mata penceroboh. Diam, kaku, lesu tapi masih tidak tenang. Suasana ada kala memberi isyarat supaya lekas bingkas. Seperti ada arahan; "bangun! usah lagi kau di situ". Dia masih lagi bersimpuh di bawah cahaya kuning ruangan dapur. Dia harus bangun. Tidak mahu gelagaknya di intai-intai oleh penceroboh. Beberapa lipas keluar masuk melintas hujung matanya.

Berkali-kali suara itu masih mendesak. Dia bergegas bangkit, menghayun tubuhnya ke arah gelap lagi. Agaknya lebih suka menyendiri dalam kamar usang. Seperti demikian. Memerhati ruang gelap yang penuh perabot. Tapi gelap.

Di hujung kiri itulah gerombolan anjing datang. Berkepala hitam, dan giginya hampir tidak menyerupai barisan gigi anjing-anjing di sebelah. Atau, gerombolan ini adalah anjing-anjing di sebelah. Kepunyaan jirannya. Atau jiran, membiarkan anjing-anjingnya berkeliaran waktu malam. Supaya di tengah malam begini lebih lazat mengigit jari-jari kakinya. Tidak menyalak. Tapi hanya menahan suara ngerinya supaya bisa menikmati malam-malam yang sunyi. Atau, bisa saja jika berkelakuan rakus ketika menceroboh kamarnya.

Dia kembali diranjang. Diam seketika sebelum merebahkan tubuh. Menanti-nanti gerombolan anjing itu datang lagi. Tidak mengharap. Tapi menyangka untuk teman tidurnya.

Gelap yang sepi. Tikus dan lipas sibuk di dapur. Menceroboh sana sini. Angin pula hanya sekadar berlalu. Singgah di jendela. Terbuka sempit. Malaikat yang menghitung pahala dan dosa. Masih tekun di bawah lembayung tahajud manusia. Sepi.

* * * *

Dia seekor burung. Terbang luas. Bebas, tapi tegar berleluasa di angkasa. Panas. Walau tidak dibakar sang matahari, tapi masih berbisa panasnya. Sambil terbang, mata menyelinap di balam dataran dan kawasan untuk berteduh. Mengeluh panjang.

Di rumah usang sana. Tidak kurang dua puluh tahun yang lalu. Matanya masih menumpu kemegahan rumah usang itu. Milik seorang pedagang. Dua puluh tahun dahulu.

Dia hanya berteduhkan ranting-ranting kering. Daun-daun yang gondol. Ada tompok-tompok bayang mencorak Fred Perry Putihnya. Sesekali berubah corak ditiup angin. Corak yang hanya dibantu oleh teduhan daun-daun cemara. Daun yang kehabisan umur akan sentiasa mengganggu kosentrasinya. Gugur, mengusik kiri dan kanannya.

Di rumah usang sana. Anak-anak kelihatan gembira berkejaran. Sayup kedengaran guraun mereka. Dia masih jelas maksud anak-anak itu. Supaya dikejar, silih berganti. Dan bertukar untuk dicuit. Berlari-lari. Jatuh, rebah dan berusaha untuk bangun. Dan jatuh lagi lalu dicuit oleh temannya. Ada isyarat supaya diulang sekali lagi.

Perhatian masih tertumpu tekun. Ada ukiran manis dibibirnya. Gelihati melihat telatah anak-anak di hujung sana. Selang seli mengubah kedudukan. Kancing baju dilepas. Tidak bogel. Hanya panas. Membiarkan angin yang sesekali berlalu menyentuh tubuhnya. 'GlassEyes'dibiarkan di sisi duduk. Dia masih diperhatikan sang burung yang singgah di teduhan. Sepertinya. Melepas lelah.

Dua puluh tahun yang lalu. Anak-anak di sana masih bermain. Riang gembira seperti zaman lewat usianya. Anak-anak itu pasti tidak akan mengenalnya. Kerena lewat dua puluh tahun dulu, anak di situ tidak wujud. Seperti pohon-pohon di sisi kiri kanannya. Masih tidak wujud.

Bersambung.......

Pai, Cairo

Wednesday, May 25, 2005

"Khayalan Insomniac (i)"

[Date] 26 Mei 2005
[Time started] 3.40 a.m
[Song] My Chemical Romance: Im Not Okay
[Current mood] Insomniac
[Title] Khayalan Insomniac (i)
___________________________________________

Dah jam 3.59 a.m. Jam terus berdetik. Angin pula membawa langkahnya. Berlari dan menari bersama angin pagi. Bunyi gonggongan anjing terus menerus. Sayup-sayup. Tidak jauh dari cuping telinga. Dia masih di usik suara-suara itu. Seram dan ngeri. Anjing mengigit kakinya yang tak berselimut. Di ratah ibu jari kaki. Tapi tidak sakit cuma perit.

Di sebelah sana, ngiang buluh sembilu berkikir. Hanya khayalnya. Bukan buluh yang tumbuh dalam susunan ruang, bilik, atau rangka rumah. Hanya khayalnya. Buluh tidak tumbuh untuk mengusik hidupnya seperti di pendesaan. Hanya khayalnya. Buluh hanya ada pada gambar yang umpama bergerak di dinding. Selang seli anjing mengigit daging dan menjilat darahnya.

Dalam samar-samar cahaya lampu neon di luar, dia bingkas bangun. Membongkok separa darjah jasad. Seperti rukuk. Memerhati luka-luka telah digigit, tapi dalam samar. Tidak berupa kaki atau bentuk kesan luka. Hanya gatal-gatal. Mungkin kuman-kuman dari lendiran liur anjing tadi sudah merebak ke paras yang amat. Merebak ke bahagian tempurung lutut, kemaluan; mungkin hanya digigit akan mengidap siplis. Kuman akan mengoyak buah pinggangnya. Buah dada. Jantung dan menawan bahagian arus perdana. Atau dia akan dijangkiti Autisme setelah umur dewasa. Persis sakit jiwa.

Dia masih tidak pasti. Berlari-lari anak ke tombol pintu. Di tarik kasar membelah cahaya dari ruangan dapur. Matanya sakit ditumbuk cahaya itu. Berpinar-pinar tunduk melihat kakinya tadi.

Bersambung:.......

Pai, Cairo

Thursday, May 05, 2005

ll

My Book Store With Life

Image

Image

Saje updet. Lama tak updet. Takde pasal nak cakap. Takde point nak ucap. Lagi pun, sekarang ni sibuk gila nak exam. Hidup pun tak tersusun lagi. Agak lama dah duk macam ni. Apa tak kena pun tak tahu. Dunia nak terbalik..

Nanti la tulis lain. Huhhh...

Paichowan: Cairo


Thursday, April 21, 2005

"Maulid al-Rasul: Pujian dimangu Insomnia"

Image

___________________________________________________

Dengan Nama Allah Yang Maha Agung di Segala Bentuk Kejadian. Selawat dan salam kepada Muhammad S.A.W bahawa; Beliau adalah Yang Terawal dari yang Awal. Dan Terakhir sebagai Utusan Allah di muka bumi.

Selawat dan Salam Di Setiap Masa dan Keadaan. Selawat Juga bersama para-para Anbiya' yang membetuk generasi manusia. Selawat dan Salam ke atas seluruh Anbiya', pembawa Utusan Mulia, dan kepada Para Malaikat yang sentiasa hampir bersama kekudusan manusia. Para Syuhada', Para Soleh, dan mereka yang sentiasa dalam keTa'atan kepada MU.

Demi Pembuktian Kitab Suci al-Quran:" Sesungguh Allah dan Para Malaikat sentiasa berselawat ke atas Nabi. Wahai mereka yang berIman; Berselawatlah kepadanya dan salam penghormatan kepadanya".[33:56]
___________________________________________________
Salam Maulid l-Rasul : Sallu Ala an-Nabi S.A.W
Paichowan, Cairo 12 Rabi'ul Awal 1426

Saturday, April 16, 2005

"Teori Medan Perdana"

ImageBerupa hidup. Alam kejadian yang merangkumi beberapa demensi penciptaan alam, manusia dan makhluk hidup yang lain. Memenuhi pelusuk yang kesemuanya ada nilai dan nyawanya sendiri. Sebab itulah dalam teori Darwinsm manusia dan makhluk yang lain mempunyai hubung kait yang amat rapat dalam keperluan proses kehidupan. Sebagaimana setiap jenis makhluk (termasuk langit dan bumi) akan mencernakan antara satu sama lain: menjadikan kehidupan alam berlingkar saling menghidupkan.

Itu adalah teori sains yang dijadikan logikal sebagai 'kepercayaan' bahawa alam raya menjadi satu sistem yang mengajar manusia untuk keperluan hidup. Demi hubung kait kepercayaan tersebut, manusia mampu menyusun sistem alam raya mengikut kajian-kajian yang diperoleh dengan kuasa falsafah atau pun kuasa akal melalui displin ilmu. Dengan kekuatan dan potensi individu, nilai-nilai akal tersebut telah diadabtasi dari paradok generasi ke genarasi dalam eksperimen kemanusiaan dan alam raya sebagai perihal sistem untuk manusia.

Namun, keadaan tersebut tetap berbeza dalam sosio geografi bumi. Seperti pengaruh sesebuah tamadun akan melahirkan ciri-ciri identiti yang lebih menyetujui pendirian dan pemikiran sesebuat tempat. Antara pengaruh besar yang pernah diwakili dunia pengaruh tamadun Yunan, Arab, Parsi, Rome, dan India yang sehingga kini terkesan di perairan Asia Tenggara. Sehinggakan paksi-paksi penyelarasan sistem manusia memberi kesan dalam sesebuah tamadun dan amat jelas pada setiap kajian sejarah.

Di sini bukanlah untuk memberi keseluruh potensi sesebuah tamaduan ataupun memberi penilaian kritis pada sistem-sistem yang wujud pada dekat 'Zaman Pencerahan' manusia. Akan tetapi, sekadar gambaran faktor-faktor penting dalam genre kehidupan manusia. Seperti keagungan sesebuah tamadun memerlukan nilai-nilai kemanusiaan, dan menepati citarasa 'kudus' jiwa manusia itu sendiri.

Sebagai bentuk yang lain, pengaruh sesebuah tamadun terbentuk melalui beberapa faktor penting iaitu faktor pemikiran agama, politik, ekonomi, geografi, Sistem undang-undang, sejarah tamdunan dan sebagainya. Dalam faktor inilah pelbagai golongan yang wujud yang mewarnai fenomena struktur kejadian alam berupa hubung kait antara medan-medan yang lain.

Namun, dalam sistem ketamadunan, walaupun melangkaui 'kudrat' manusia, ianya harus dilihat disegenap sudut sosialogi alam raya yang sememangnya mempunyai sifat yang berlawanan antara zahir dan batin. Mungkin dalam medan inilah, tercetusnya pelbagai bidang manusia yang wujud dan menjadi pelopor kepada generasi lain, oleh kerana keberhasilan dalam kefahaman erti sifat zahir mahupun batin.

Contoh; pertama, alam raya berupa sifat zahir, yang mampu diselenggara dan disesuaikan mengikut paradigma dan mentaliti sesebuah umat( melalui sistem politik, kebudayaan, ekonomi atau sistem-sistem lain). Sehingga kini, perang mengagungkan teori dan idelis mereka semakin berpanjangan. Menjadikan medan ini adalah medan perdana alam manusia yang globalis.

Kedua, mungkin sifat-sifat teori di sini amat memerlukan satu jawapan yang benar-benar rasional. Berupa sifat 'batin' iaitu sifat yang begitu mistik merangkumi susunan setiap genre kehidupan manusia. Seperti nilai-nilai 'kepercayaan' sistem manusia. Sebagai contoh dalam teori Darwinsm di atas; bahawa sistem alam mempunyai hubung kait antara satu sama lain (semulajadi). Namun, sebagai hubung kait dengan 'Rasional' itu sendiri, sesuatu perkara tidak akan berlakunya diri sendiri, melainkan ada TANGAN yang menyusunnya.

Kepercayaan sebegini sebenarnya TIDAK bertitik tolak dalam erti geografi sebagaimana teori 'zahir'(sains) yang bertindak dalam susunan sesebuah tamadun sebagai. Persoalan di sini hanya mampu dijawab dalam bentuk penyusunan 'kepercayaan' itu sendiri yang berkait rapat dengan sifat 'batin'. Seperti kewajipan pada 'kehidupan' kedua selepas mati dan nilai-nilai ajaran dalam agama yang banyak memerlukan 'kudrat' individu dalam menentukan sifat 'batin' yang konkrit dengan nilai-nilai sosial hidup.

Bukan pula sifat 'batin' itu diabaikan dan menjadi pembohongan untuk merealisasikan dalam sesuatu perkara yang bersifat 'zahir', seperti dalam agenda keduniaan berupa sistem-sistem ketamadunan manusia. Justeru lebih betitik tolak pada erti kepercayaan 'batin' barulah mampu membuahkan sistem keduniaan yang lebih tersusun dengan kehendak 'jiwa' kudus manusia itu sendiri.

Namun, perspektif ini tidak dinilai pada edan kemodenan kini. Sehinggakan kepercayaan adalah satu 'Mitos' yang tidak mampu dirasionalkan dan hanya sebagai bentuk kajian berupa displin ilmu dalam segenap jenis unsur-unsur hidup manusia. Hanya yang tinggal adalah kajian bersifat 'ilmu' yang mampu mencernakan pemikiran manusia. Seperti kajian antropologi, sosiologi, psikologi, hermeneutika, semiotik dan sebagainya, yang turut disinggung dalam pemahaman 'kepercayaan' sebagai fungsi hidup.

Konklusi, antara kelebihan perihal 'zahir','batin' dan sejurus perjalanan keintelektualan dalam 'displin ilmu' harus memahami kedua aspek tersebut dalam nilai-nilai kepercayaan Mutlak. Bahawa al-Quran dan al-Sunnah adalah sumber utama dalam pemamahan ilmu. Sebagai kaum Muslim yang perlukan 'redha' sang KUASA, sewajibnya tidak mengabaikan dan menyinggung perihal sedemikian yang sememangnya banyak tersinggung dan kritis para ilmuan-ilmuan pasca struktulism.

Hanya berbekalkan sifat keilmuan, sesuatu usaha tidak hanya bergantung kepada teori malah penentu adalah 'operasi' dari teori-teori yang wujud. Dan turut serta dari sifat 'batin' adalah 'amalan' 'kepercayaan' akan memberi kebenaran pada setiap medan teori yang lain.

Kerana 'Hidayah' adalah suatu perkara yang 'batin', harus dipercayai sehinggakan mereka yang disukai belum tentu mendapat pentunjuk melainkan Allah sendiri dengan kehendakNYA memberinya. Sehinggakan text suci Soff:9 memperingati bahawa kebenaran dalam Agama Islam adalah Kebenaran Yang Hak dan diutuskan Rasul adalah sebagai saluran hidayah kepada mereka.

Dari Hadis Imam Muslim juga menyebut, bahawa zaman ini adalah zaman Kesabaran. Yang berlipat ganda sehingga 'Lima Puluh' kali ganda ganjaran (turut melibatkan perkara batin). Bahkan begitu banyak perkara yang didapati di zaman ini dengan kebaikan akan tetapi mereka tidak mengetahui di mana kebaikan tersebut.

Walaupun begitu banyak kemuslihatan yang berlaku di era kini, sekalipun terpaksa dalam provokasi yang kontroversi, amalam ilmu tetap harus didokongi semua umat untuk membina ketamadunan. Maka apabila berlakunya kesulitan dalam sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul...alNisa':59

**Entri ni tiba-tiba jah ilang ide. Tak tahu siapa curik. Takpun sesat kat restoran sebalah sana. Sebab bau masakan yang best. "tak makan lagi la". Hahhah..

**Selamat 'PulOn' mengadab buku-buku Kuliah dengan Beradab::::

Paichowan, Cairo

Friday, April 08, 2005

"Today is Hell..."

Image

"Teroris" : Semua orang maklum dengan faham itu Keganasan. Atau dalam kalimah Arab "alA'naf","alIrhab","alSyiddah" dan pelbagai bentuk kesesuaian ayat penggunaan. Ketika pengaruh 'Teroris' melebar luas ke sarata bumi, Osman ben Laden menjadi simbol fahaman 'teroris' tersebut. Sektor politik, ekonomi, budaya malah dalam bidang keilmuan juga dikaitkan dalam erti kata 'teroris' yang merosakan imej kemanusiaan alam global.

Hemm.. malas aa nak tulis formal2 sgt. Tgh takde Ide neh.. ape ehh.. Semalam ada letupan kat Igip.. (Area alAzhar): 2 terbunuh. Sorang warga Mesir dan sorang lagi pelancong (France). Minggu lepas, tak silap aku letupan di AirpOt Hadyai (aku pernah pijak situ)dan banyak tempat lagi. Aku tak pasti. Berita tak baca.. Dengar orang cite. Takde masa 'Ghatek'.

Ingat-ingat balik, masalah ni cukup memeningkan. Ada 3 prespektif dasar yang kena faham. Pertama: Soal operasi itu sendiri dari pihak yang mana.

Ke dua: Bagaimana plak mereka merencana "Fahaman" hingga melakukan operasi tersebut. Adakah untuk menyelasaikan keadaan atau hanya sebagai mencipta kontroversi atau hanya sekadar balas dendam demi kepuasan.

Dan yang ke Tiga: Soal tanggapan masyarakat dunia terhadap operasi tersebut, hingga terjadinya sekarang adalah fahaman yang bagaimana? adakah songsang atau kebenaran dari suapan media?

Kat sini bukanlah nak bagi jawapan semua tuh. Cuma, ambil ikhtibar dan selesaikan sekadar mungkin dalam mind. Dan berhati-hati dengan media songsang sekarang ni. Banyak yang tak betul di tokok tambah demi kepentingan majoriti. Untuk meraih kuasa besar seperti menyokong pendapat Media Barat.

Dan kalau dilihat tragedi yang berlaku kelmarin, dalam suasana yang betul-betul mengejutkan. Kawasan foriegner dan secara tak langsung adalah kawasan al-Azhar Universiti. Belakang je. Amat membingungkan.

Lain dari tragedi Bali yang melibatkan kawasan Kelab. Kawasan kemaksiatan yang sudah tentu masyarakat muslim menentang. Sekalipun sedemikian, mereka tidak mampu mengumpul bukti-bukti kukuh untuk mengadili gerakan Islam. Cuma dari hasil propaganda Barat, media dan kerajaan Indonesia terpaksa mempastikan kesalahan-kesalahan gerakan Muslim angkara sebenarnya.

Di Thai plak, hingga kini masih mencari siapakah dalang sebenarnya. Mengenai gerakan Muslim di Thailand, sudah jauh berbeza dari zaman Pembebasan Pattani. Masyarakat yang sudah moden tentu sekali mengamalkan sistem modeninasi dalam berpolitik. Dan kekuatan muslim pula semakin menyerlah. Di celah-celah kebangkitan itu, kejadian teror kembali tercetus.

Dari pihak A: ada yang mengatakan adalah agenda Muslim Thai yang masih Ortodok dengan Pembebasan Pattani. Namun, perkara ini amat nipis sekali kalo dilihat sosialogi masyarakat Selatan Thai.

Dan satu sudut lain, Pihak B: Perkara ini amat "DIRAHSIAKAN" kerana melibatkan kuasa di RAJA campur tangan dalam sosial Politik. Hingga teror tersebut dikaitkan dengan operasi dari pihak di Raja. Namun, bukti-bukti tidak berapa jelas dan perlukan kuasa luar untuk membongkahnya.

Kesimpulan: Teroris adalah terlalu UMUM. Dan Media dan OTAK Manusia sekrang sudah menyalahi perkara sebenar. Seperti Teroris hanya mutlak pada kaum MUSLIM. Walhal, 'Teror' di Latin adalah amat parah dan majoriti semestinya non-Muslim.

Dan 'Teror' yang berlaku di Thailand juga, bukan operasi dari Muslim mutlak, akan tetapi turut terlibat dari pihak non-Muslim.

Dan Teror di sini kelmarin, tidak tahu punca dan dari siapa. Kerana kawasan Muslim juga dihendap dan Foriegner juga turut bermain-main di situ. Adakah dari mereka (foriegner) atau warga tempatan?

P/s 1: Sekalipun muslim terlibat, Islam tidak menganjurkan keganasan. Islam lebih kepada keamanan. Kerana Islam itu datang untuk memberi 'KERAHMATAN' seluruh Alam.

P/s 2: Kerana sifat Rahmat adalah fitrah bagi manusia, seluruh manusia inginkan keamanan dan kesesuaian sebagai fenomena manusiawi yang murni.

Siapakah dalang sebaliknya? Muslim tidak bersalah dan Non-Muslim tidak bersalah. "TERORIS YANG SAKIT MENTAL dan JIWAK"

(tak kiralah sape yang teroris dari semua pihak)

Say For Peace!!!
Paichowan,Cairo

Tuesday, March 22, 2005

"Time un-Kontroling"

Image

Tak sikit. Banyak. Tapi susah nak susun semua tuh. Sedangkan waktu ini, ada pelbagai jenis batu yang tertindan di atas kulit kepala. Satu demi satu tak juga dikenal pasti. Hujung gusi kanan rasa berat. Kesan sakit gigi kelmarin. Mata juga layu seolah tak cukup tidur. Baru saje jam 3 petang bangun. Kerna semalam sibuk dalam 3 kerja; ambil barang yang ditempah, rangka untuk buletin bulan April, dan Naruto. Hahhh.. Pengaruh juga!

Time ni juga, ada simptom yang mempengaruhi darah-darah tubuh. Jadi lemah. Tak bermaya. Lentok jee.. Huhh.. Hari ini, detik ini dan tika ini. "selsema la siak!!". Mungkin keyBoard ni pun terkena virus-virus flu ni.. Hahhaha

Hemm.. Tak mungkin hari ini aku akan menulis dengan serius. Sebab.. Sebab.. Yela.. tak sihat mane. Kalau serius sangat,.. Orang tak akan paham plak.. Hah.. cam cikSalinakata: Kerut-kerut dahi membacanya. huhhh.. Kalau utk pengetahuan lanjut.. Rujuk Eksperimental Poros kesusteraan. Maybe tuh alasan saja. Hahhahah

Entah la, camne nak cakap. Kadang-kadang tu penulisan tak perlu formal sangat. Kalau mudah difaham, mudah la org amik tau. Lagi satu, perkara-perkara yang dibangkitkan bukanlah hanya bersifat 'sambil lalu' atau 'copy-paste' untuk keperluan minda, akan tetapi sepatutnya lebih bersifat abstrak dan kefahaman yang amat dalam di setiap perkara. Maksud; lebih meneliti sehingga ke jahitan terhalus. Hemmm...

Alaa... lagi satu. Ingat-ingat, jurnal ni adalah himpunan pelbagai point untuk curahkan idea. Dan ianya tak tertakluk dengan formality penulisan dan boleh juga dikembangkan pada setiap paradigm penulisan individu. Lebih susah untuk orang macam aku. "kalau nak menulis secara formal, harus mempunyai kosentarasi dan penelitian. Menggunakan banyak masa. Banyak perbandingan. Justeru harus mempunyai kelengkapan." Jawab:" Aku mana ada PC kat umah. Semuanya On the Spot. Express kat cc jah. Kalau nak, select. Taknak Sudah". Hhahahahha

Tuh yang susah. Kekadang pikir panjang gak. Kalau bleh satukan tenaga dan buat publication kat sini. Meanz, teruskan agenda penulisan... Huhhh.. ayaa.. da problem is... bla bla blabla... Ni pun kat cc. Tengah carik bahan untuk buletin April. (Ampehss... last minute baru nk serah kat aku. Dah la pc takde). Tapi derang janji nak antar notebuk mlm ni. "lantakla.. kalau nak suh aku wat. Semuanya under control aku. Jangan ada yang jampuk dah"...

Hahhh... Malas ah pk semua tuh. Bila kelengkapanl dah ada, baru susun balik. Apa dan kenapa dan bagaimana dan berapa harus aku manage semua ni. Adusss.. biasa la.. Idup kat sini camni la. Harus banyak berdikari. Dan sememangnya student sini terbentuk dengan 'dikari', cuma kerna kekurangan pengalaman, kajian dan macam2 lagi, 'dikari' tersebut tak dimengeritikan. Sibuk dengan khayalan alam student yang banyak membius cita-cita dan tamak kuasa. Hahh!!!?

Cairo; Selsema ahhh!! Tensenn

Monday, March 07, 2005

::B.M.B.C. epi ii: Diri-Alam-Tuhan::

Kesan dari penguasaan hati-cinta, manusia juga teransang dengan inspirasi rohani. Inspirasi 'spiritual' yang memujuk erti kemurnian cinta. Kerana hati, juga asalnya mempunyai kesedaran 'fitri' sebagai hamba dan mempunyai kesinambungan penglibatann sosial. Antara diri(manusia)-Alam-Tuhan: yang berperanan mendisplinkan manusia di setiap pola hidup.

Tidaklah jaringan-jaringan yang wujud para era kini memaksa manusia terlalu optimis dalam fahaman ortodok. Sebagai maksud, seruan memboikot atau menentang anti-sosialisme, lebih lagi anti-modensm di kemelutan lumba tekno-industri pengaruh Kapitalisme. Tetapi, sikap keprihatian (baca: bermula dari kesedaran tabii') terhadap fenomena manusia. Samada environment sekeliling meliputi hidup manusia, falsafah, ideologi, pendidikan dll.

Oleh sebab cinta, kasih yang dipupuk antarmanusia mampu mengolahkan setiap orde mensistemkan manusia. Seperti sistem-sistem yang wujud di setiap zaman; adalah aliran untuk memimpin manusia supaya dunia ini dimanfaatkan dan mempunyai maksud kekhalifahan. Bukanlah satu kemusnahan atau pensia-siaan makna hidup.

Sebagai contoh, cinta yang dijalinkan antarmanusia dalam sektor-sektor sosial, merangkumi organisasi, badan politik, badan kemasyarakatan, kemanusiaan, NGO, kerajaan atau mana-mana penggerak sosial; bahawa setiap sistem yang wujud adalah bertujuan hubungkait dalam biologi manusia. Lebih menghormati dan saling bergandingan. Lebih bersifat kemanusiaan!!!

Tetapi, terdapat kekeliruan di antara manusia dalam maksud memanfaatkan kekhalifahan. Seperti seorang raja, ketua, tokoh atau simbol pelopor yang berusaha mengarah kerja untuk meraih segala kebendaan (modal) untuk dimanfaatkan dalam kehidupan manusia. Berupa alam termasuk juga manusia. Mungkin maksud ini juga telah diterjemahkan dalam definasi 'sekular' sebagai ideologi utama.

Mengikat kefahaman manusia untuk mengembangkan ciptaan atau perluasan empayar ketamadunan manusia melalui beberapa kreativiti moden. Lalu, struktur hidup manusia mula mendapat perhatian sosial. Perkembangan sosial pembangunan, hidup, politik, ekonomi dan segala bentuk environment sosial manusia. Segalanya menjadi satu penonjol besar bagi pembangunan manusia di era teknis ini.

Sebaliknya, kekeliruan tersebut mengenai kekhalifahan yang mengaut segala keuntungan tanpa mengimbangi kesan-kesan yang berlaku. Sebagai satu kerahan yang 'unsistemik' sehingga melibatkan kuasa diktator diperingkat pencabulan alam dan manusia. Lebih jelas dalam fenomena politik dan ekonomi dunia. Sehingga sistem putaran wang, perdagangan (saham), diplomatik kenegaraan, keangkuhan, racism nasional dan lain-lain tidak disenaraikan antara agenda kekhalifahan dan ideologi yang didokong sebagai simbol ideologi yang relevan.

Namun, suatu tragedi yang merumitkan di setiap ketamadunan tata baru, manusia lupa dalam kasus 'know-who', 'know-what', 'know-how'. Keluasan daya saing teknis tersebut memberi 'kesan' yang amat besar dalam persekitaran sosial. Mengalami keruntuhan jaringan global (baca:positif). Akibatnya, peperangan, pencemaran, penindasan, dan amat ketara sekali, pengabaian peri-kemanusiaan.

Seperti di akhir abad 20, manusia yang bergelut membangunkan fahaman hidup telah berhempas-pulas menetapkan environmentalism adalah satu tata baru dunia yang menutupi keangkuhan Sosialisme dan Kapitalisme. Menepis segala kerosakan dan kehancuran nilai-nilai manusia dalam argumen romantisme. Salah satu aktiviti penyerapan nilai-nilai environmentalisme.

Mungkin atas dasar-dasar ini, jaringan(Cybernetik) antara Alam-Manusia disokong kuat dalam perjuangan environmentalisme, menganjurkan pengembalian perihal alam tabii (baca:semulajadi). Alam yang dinaungi oleh sistem kecintaan atau romantisme. Bahawa; manusia mempunyai pilihan menkarektorkan tamadun manusia supaya bergelar 'Hasil Tangan Manusia'. Kerana cinta mampu merubah dunia.

Adapun sebagai sifat 'fitri' sebenar, alam tabii (baca; bukan semulajadi) adalah dari penguasaan 'TanganNYA'. Kerna dunia ini adalah bersifat sementara dan perlu diawasi dan disusun dengan sebaik-baiknya. Dengan pilihan antara akal dan hati, manusia mampu menilai positif dan negetifnya setiap pendislpinan manusia sistem ekologi manusia.

Bahawa; fitri manusia adalah kecintaan. Cinta pada keamanan. Cinta pada manusia, kesejahteraan, kesihatan dan keamanan. Segalanya adalah di tangan-tangan manusia. Untuk meraih kecintaan tersebut, keimanan adalah 'sulbi' utama dalam hidup. Kerna Iman bersifat spiritual, faktor metafizik adalah keutamaan memikat cinta. Lalu jaringan cinta antarmanusia mampu dibiologikan dengan tiga tema tersebut. Adalah cinta berupa diri(manusia)-Alam-Tuhan.

Paichowan: Cairo Suam-Suam Peluh

Tuesday, February 22, 2005

"B.M.B.C. epi i: Kuasa Cinta"

Image
::Satu::


Dia tahu keperibadian mempunyai pendirian. Punya identiti yang perlu difahami agar ketelusan ketika berhubung. Dia tahu. Kerna, beza pendirian. Beza cita-cita. Beza kehendak dan citarasa. Beza dalam penilaian hidup. Pengurusan hidup. Dan beza pada prinsip yang kadangkala, tidak ubah seperti perisai yang tebal melindung diri. Tapi dia dipaksa juga begitu. Tidak mampu menewaskan tantangan buas merempuh perisai. Dia adalah dalam bayangan. Merosak imaginasi sang 'Ego' yang turut buas menempisnya. Kerana khayalan berupa lembaga amat berani mengusik dan melopongkan mulutku agar sentiasa termenung.

Ada redup di laut langit hari ini. Mendung yang mungkin akan menyeru hujan. Basah atau lembab amat menyiksakan pergerakan hari. Semakin sejuk dan merumitkan lagi aktiviti diri. Hanya mampu berteduh rapat di bawah atap batu(Dom), menghias waktu hanya dengan enviroment yang cukup terhad. Posisi bilik. Dapur. Ruang tamu seperti dibelasah rejim Israel. TOilet yang hamisnya mungkin menusuk rongga pernafasan saluran nikotin. Rabak; mangkuk jamban yang ada maksud pesanan 'Take Care': supaya lebih hati-hati ketika parking. Dan ada suara-suara nyaring, feeling, high dari corong speaker yang mungkin antara sistem tanda bagi manusia untuk pengimplikasi diri.

Tapi, segalanya hanya bangkai yang kering. Di sudut sana sini hanya tanda hias. Bukan keunikan sentimental pra-sedar. Sentimental ketika pergerakan otak dalam memahami hubungkait 'sistem tanda' dan penglibatan antara sistem-sitem tanda lain dalam jaringannya(cybernetik). Yang ada hanya, apa dengan sekeliling? Kosong, iseng, asing, atau hanya mampu bersifat individulistik. Tiada kefahaman biologi 'tanda' antara diri, simbol, kebendaan dan alam sekeliling. Kerana 'Sang Ego' tadi lebih memihak hanya untuk diri sendiri, hala tuju diri, imaginasi diri, dan syok sendiri.

Akal sudah tidak tertewas. Amat kuat. Segalanya pasti dihitung sudut realistik. Bersifat rasional. Gambaran dinilai, segala mungkin apakah terjadi. Mungkin untuk esok; dua tiga hari nanti? Atau mungkin untuk penilian masa depan? Ketika 10 tahun nanti? Atau dalam realistik hiburan yang mengisi kegersangan hormon manusia? Atau hiburan untuk melengkapkan zaman muda yang bebas dalam jaringan manusia? Atau apakah lagi yang mampu dikaitkan dengan antara hati manusia dan adat pengaruh neo-Orde. Selagi mana akal bekerja; selagi itu ada baik buruknya.

Itu adalah fenomena cinta. Cinta yang sememangnya rumit difaham oleh akal, selain hati-jiwa. Seperti aku termenung dengan abstraknya cinta. Tapi, jiwa mana yang tidak terduga dengan erti cinta. Atau kerana cinta yang membolehkan sex? Atau kerana cinta yang sememangnya ada keupayaan kasih sayang dari dua insan. Dan adakala juga cinta yang berkait rapat dalam 3 dan empat insan. Kerna tidak faham dengan episod ini, biarlah angan-angan mengatasi segala. Supaya tenang dalam harian. Biar hanya jadi program realistik-khayalan. Program yang hanya menghidupkan segala kebendaan atau fungsi khayalan itu sendiri bergerak dalam juang kehidupan. Mampu mengatasi kegundahan.

_________________________________________________________

::Dua::

-->:.Plan yang Terbantut Februari 2005.:<--

::: Staffing Projek's ::: Untuk mengatur dan menggiatkan aktiviti Buletin yang terkandas sejak September 2004. Pengurusan yang masih tidak tersusun dan kurang refomis spiritual dalam kepercayaan diri dan kemampuan diri. Local Motivasi.

::: Self Program's ::: Rene Decrates dan Kritikan konsep Falsafahnya. Tulisan dari Dr.Mahdi MahYudin. Pandangan dan kritikan dari pengaruh Falsafah Islam.(Baca: speed-reading untuk program stady group ISEK: Ikatan Setia Kawan -Cairo-).

::: Bisness Projek ::: Saluran kewangan yang terputus. Atas muslihat budget pembelian Buku-buku baru ketika 'International Books Fair Cairo' baru-baru ni. Lebih parah sehingga diri sendiri terpaksa berjari kelingking kanan menguruskannya. Bisness ditangguh.

::: Academik Projek ::: Persipan Paper-work Kapitalisme. Perbincangan mengenai kasus Orde dan Ideologi 'Kapitalisme' dalam stadi group Isek. Terpaksa ditangguhkan di Jumaat depan kerna sebab-sebab tertentu.

::: Join Advance ::: Keputusan khidmat rela dalam ruangan Buletin NUMRAM On-Line. Sebuah Buletin yang menggerakan kebajikan dan ideologi Badan Nadi Umno Mesir. Buletin yang berhemat mahasiswa dan kelainan program organisasi Badan. Masih dalam penilain serius.

::: Ziarah Seni ::: Pengumpulan para seniman Cairo. Merangkumi puitis, sasterawan, teaterwan, aktivis kajian syair Arab (baca: Sastera Moden dan pra-Moden).

::: *l* :::
Paichowan Cairo yang suam

Sunday, February 13, 2005

"BloG Maniac Bio-Cybernetika: Prolog"

Image

Entah berapa minggu sudah tidak bermesra dengan blog. Diam dalam sepi. Sunyi dalam sendiri. Iri menongkah dengki. Merenung untuk hal diri. Itu agaknya kebelakangan yang dilalui.

Page/blog/ ini mungkin bertanyakan sendiri; kenapa dia kembali lagi? Adakah untuk mengisi kelapangan yang ada atau mempunyai misi yang belum selesai? Atau, atas alasan apalagi dia kembali?

Walaupun ianya sebagai ciptaan, wajar juga ianya mempersoalkan sedemikian. Kerana akal dan iman juga ia berfungsi. Berfungsi mengenang, memikir, mencemuh, mendoa para penggunanya. Kerana sebahagian asas ciptaannya juga dari bahan yang satu; tanah.

Tanah dari asal bahan galian. Bahan galian yang mempunyai sel-sel ciptaan. Lalu dihasilkan pelbagai bentuk rekaan, penggunaan. Yang berkait rapat dalam bio-cybernatika alam raya. Antara makhluk dan alam. Alam semulajadi dan alam ciptaan. Yang bermaksud ciptaan kegunaan dunia moden. Dipersembahkan untuk kemudahan manusia.

Walaupun ianya hanya bersifat hasil manusia. Hasil cipta manusia. Hasil yang tidak mungkin mempunyai roh atau akal atau iman seperti sesuatu makhluk hidup. Seperti; manusia, haiwan dan tumbuhan. Namun, hubungan tersebut turut berperanan membius manusia dalam alam pemikiran dan pencernaan hidup. Sebagai hasilnya menjadi ketamadunan.

Tidak di sudut itu sahaja, bahkan kerana manusia juga, ianya terjebak dalam lembah-lembah neraka. Kerana keinginan nafsu, dosa, fasad kemanusiaan memberi kesan buruk dalam kehidupan. Namun, ianya akur hasil ciptaanya. Tidak dapat tidak, inilah sebahagian sunnatullah. Ada bahagiannya juga untuk dunia.

Sehingga kelansungan yang berlaku antara manusia dan alam raya kini, manusia masih buntu. Manusia masih celaru. Keliru kerana sifat akal dan iman tidak diselenggarakan menurut wahyu. Lain dari sifat alam raya, yang sentiasa bertasbih dan beristighfar terkenangkan perilaku makhluk di bumi.

Seperti manusia hari ini, dulu dan besok akan datang. Tidak akan sedar dan masih tenggelam dengan kehebatan modenisasi yang global. Sehingga esok nan hari nan esok, Mahdi akan muncul sebagai Hero dunia memimpin manusia.

:::: Selamat Tahun Baru @ Maal HijRah @ 1426::::
::::::: Kullu Sanah Wentum Bikhari :::::::

Paichowan: Cairo Masih Dingin :

Wednesday, January 26, 2005

"Batuk"

Batuk..Uhuk uhukk.. Batuk..Uhuk Uhukk!!!. Dua tiga hari kebelakangan ni batuk, Uhuk uhuk uhuk!!! Amat keras dan kurang air di kerongkongnya.Batuk, Uhuk Uhukk!!!

Gelas di atas meja masih tak terusik. Air jernih. Mirip manik-manik kristal. Kaca. Jadi air yang jernih. Tapi tidak sesuci punca air yang ditendang Ismael. Yang banyak sejarah dan hikmah. Tapi air di meja itu masih suci. Masih cukup rukun untuk berhadas. Air itu masih sendiri. Tidak sedikit pun ada bekas dijamah.

Batuk... Uhuk uhuk!! Sangat perit. Mungkin rongganya sudah terluka. Kering. Kontang seperti tanah sudan yang hingga kini masih berbaur hangusan darah kering. Kerana dua saudara. Melawan gatal-gatal yang tidak tergaru. Hanya mampu menahan dengan desakan angin dari paras perut dihamburkan keluar. Masih batuk, Uhuk uhukk!!! Sengsara sekali.

"Dah la tuh Ya..." Simpati seseorang kepada mangsa. Mungkin dia juga turut menanggung derita. Matanya semakin merah. Ada kelesuan di balik mata hitamnya. Sungguh perit.

Sudah hampir seminggu. Siang malam. Terbit pagi hingga matahari turut menghindarkan diri bersua najis-najis yang melekat dikerongkongnya. Virus. Cacing. Ulat. Kuman. Merayap-rayap bermesra di sekeliling rongga. gembira sekali mereka. Terjun naik bagaikan tempat reakriasi mainan. Rongga itu adalah syurga mereka.

Tangannya bergerak. Mencapai satu objek di hujung katil. Beberapa percikan api hinggap disebalik wajahnya. Berkepul-kepul asap disedut. Asap jahanam itu masih disedut. Mungkin tidak senikmat para penagih rokok yang lain. Lagaknya amat sengsara ketika disedut. Batuk... Uhuk uhuk uhuk!!!!

"Huhh... duk isap lagi rokok. Tau dah duk batuk. huhh" Regus seseorang yang cukup rapat denganya. "Gian la.." Batuk.. uhuk uhuk uhuk!!! Penagih yang degil. Memang setan jenis apa yang diguna pun tak tahu. Ayaaaa... malas tulis dah la... hahhahah:))

Papai..
Cairo dah tak dingin..

Wednesday, January 19, 2005

"Eid*Raya*: Adha"

Di blok 402. Pahang Student Hostel. Suasana amat dingin. Jerebu. Embun. Hujan yang tidak keras cuma tajam. Seluruh penghuni agaknya bermunajat kaku dalam selimut. Bermohon agar suhu badannya meningkat tinggi. Biar panas. Suam. Tidak beku seperti ketul-ketul ais.

Di luar sana agaknya mencecah 9 atau 10 celcius. Tak sama di kota sebelah. Jordan. Syria. Atau Madinah yang lewat bulan lepas di katakan Salji. Memang dingin. Redup di awan pun susah nak di lihat. Di tutup kabus atau embun atau salji yang akan turun besok?

Esok dah nak raya. Selamat Hari raya la.. malas nak tulis.. Tak sempat.. hhahahha... Esok; Khamis. Raya. Malaysia pula katanya Jumaat raya. BTW.. Raya pun raya la..

Ok papai..

Kullu sanah wentum bikhair..

Wednesday, January 05, 2005

"Eksperimen Poros- kesusteraan. "

Satu: Minta maaf atas kelewatan entri. Dan banyak Soalan dan jawapan nya di sini. Paichow tak kesempatan atas alasan apalagi??? Sekarang dalam Fatrah imtihan.. Maaf untuk semua pihak.

Adeiii!! Terima kasih atas Kemenangan Tuh... Paichow taktahu nak bagi apa plak untuk timbal balas anugerah yang nkorang bagi...

Terima Kasih Buat Warga GEJU. Sanggup melangsaikan projek Awards tuh.. Dan menilai karya-karya GEJU untuk dinilai dan dipertandingkan.

Terima kasih Buat Cik OP.. Kerna bersusah payah mendaftarkan untuk paichow."Walaupun bawah sedar paichow".. Hhehheheh

Terima kasih buat Cik Muring... Kerana percaya dengan penulisan paichow.. Walaupun paichow sendiri masih ragu-ragu dengan kemenangan ini.. Dan terima kasih atas komentar/laporan kemenangan tuh...

Buat Mereka yang bersusah payah tuhh.. Mekasih.. I LUV U All.. Harap2 lepas nih paichow dah tak terlepas wat gathering. DOakan Paichow kat sini.....

"Bagi respon kemenangan tersebut; paichow buat nehh jah yang mampu".... Khas Utk Semua budak2 Jurnal mahupun tidak.. Yang datang tejapit sebelah kaki mahupun lurus bendul.. Hhehheh:D "(Lagging la tuuuu).

_______________________________________________________________


Satu hari di awal 1963. Ada manusia berlari-lari menuju dewan Hadiah sastera. Tercungap-cungap membawa berita negetif.
"Dia menolak". "Toh kenapa menolak sih?". Wajahnya amat tenang. Cuma sedikit gawat."Mereka lebih layak di sini!!".
Itulah agaknya di awal permulaan perbicaraan H.B Jassin bersama gensinya. Kontraversi antara H.B Jassin (Minakebu) dan Pramudya Ananta toer (Lekra).

Penolakan dua pemenang Hadiah sastera-; M.Poppy Hutagalung dan Usamah -dari fitnah terhadap puak 'Manikebu'. Masing-masing mengalami zaman perang kuasa sastera-politik terhadap puak Lekra. Saingan Lekra dan Manikebu cukup memeritkan suasana kesusteraan Indonesia. Jassin masih bersuara bahawa poppy;" diintimidasi untuk menulis surat penolakan".
Di ruang 'Lentera' (sebuah majalah puak Lekra) bahawa kes penolakan Usamah adalah palsu. Bermula keruntuhan Lekra dengan rosak reputasi sebagai Lembaga Kesusteraan Rakyat.

Cerita ini bagai drama. Selang seli tenung dengan utusan kelmarin. Lain pula drama ini. Masih hidup. Berupa M.Poppy dan Usamah. Benar atau tidak rupa mereka. Tapi Poppy dan Usamah mangsa Manifesto Kebudayan (ManiKebu) dan Usul 'Politik adalah Panglima' dari Lekra. Mangsa dieksploitasi atas nama sejarah sastera mereka. Memeluk tubuk yang kaku dari tadi. Menyelam sedalam-dalam soalan mereka. Keputusan mereka. "Relevankah?".

Ini hari, dari pagi bunyi rintik-rintik hujan. Di luar sana langit masih menangis. Mungkin sedih melihat kebodohan manusia seperti sampah. Melontar sana sini tahi, nanah, darah, bangkai, atau serpihan perut ayam. Perut ikan sudah busuk di pinggir jalan. Ulat-ulat begitu tekun mengunyah setiap sel-sel yang dulu hidup. Tidak sejuk agaknya. Membunuh segala kuman. Ulat adalah kuman. Najis, sifat yang tidak bisa dibawa untuk kesucian. Hanya hukum-hukum seperti pengamatan 'al-Toharoh' dalam kitab-kitab Feqh sebagai asas ibadat untuk si pengguna. Dan bila masa saja manusia tertipu. Kerna hukum realisme antara manusia. Bawa padah dan keporak perandaan. Dia masih mengintai di tirai bangunan duduknya.

Tidak banyak manusia fikir semua ini. Banyak pula yang berjaya menjanakan sifat berfikir. Bagus dan telus. Usaha yang sama-rata punya peran dalam hidup. Kerana hitam-putih adalah warna yang tetap berbeza. Seperti 'al-Halal' itu telah nyata dan 'al-Haram' itu nyata. Sehinggakan mendung dan hujan, petang ini, makin tidak dapat di singkap oleh manusia. Erti dan hikmah yang berjaya manusia robek pangkal jantung si langit. Ia masih menangis, mungkin awan sudah tidak tahan lagi membendung takungan air matanya. Air mata yang tidak dapat memadamkan Maha api Jahanam.

"Masih relevankah semua ini?" fikirnya menyoal utusan semalam. Jari kirinya sedang sakit. Sejuk amat agaknya. Paras beku. Di peti sejuk amat kritikal lagi. Cecair ais takut untuk keluar menjenguk kerana teramat dingin. Dada peti ais di buka. Ayam yang menyorok di 'Freezer' disangka masih hidup mematuk jari kirinya. Zikir bertukar sumpah saranah. "Ches!!!". Ketulan ais yang tajam cuba membunuh anak jarinya. Caos sangat. Dia sedar muram. Menyoal untuk kali kedua. "Masih relevankah semua ini."

"Kalau benar relevan, apa seterusnya?" masih dangkal untuk akur. Kusut otaknya masih bersimpul. Menyelinap dilendiran otak kiri dan otak kanan. Menepuk-nepuk supaya jadi seimbang. Sedar dari separuh sedar. Tak. Tak akan seimbang. Mengejutkan sel-sel yang sedang tidur. Melihat bahagian-bahagian yang sudah tertampung dengan warna-warna merah hitam. "Darah kotor". Dia mula mengigil dan tak sanggup lagi bernyawa di tempat hanyir sebegini. Ada suara dari dasar bawah duduknya. "Masih tidak relevan". "Hanya akal dan kotak otakmu yang merekayasa". "Kau tidak bisa bohong dengan aku ini".

Dia semakin menggeletar. Sejuk atau kengerian arahnya suara tersebut. Dasar bawahnya diintai tidak jelas. Kondisi jelajahnya tidak diteruskan. Terowong di bawah itu gelap. Tidak rupa satupun bentuk. Hanya masih berbaur hanyir dan busuk. Air merah dari atas bawah turun naik seperti disuruh. Dua sisi otak itu tidak dihiraukan lagi. Hanya yang ada dilembah manakah akan dia keluar. "Masih tidak relevan". Suara itu makin bergema. Dia kaget dan cuba mencari cahaya yang ada sedikit dari dua terowong kecil di hujung sana.

Mungkin sistem hidup menjadi ia relevan. Dan harus berdepan dengan hidup. Displin, meterial, ekosistem, prjudis, gejala, mentaliti dan segala genre projek manusia. Baik buruk tetap bergomol untuk nafsu. Seperti janji-janji setan kerna manusia. Hanya bila manusia berjaya membawa akidah dan amalan (soleh). Bukan dengan segala petualang keduniaan. Kerna ianya adalah satu 'projek memanusiakan manusia'.

Atau sebagai batu loncatan?"Masih relevankah?". Kerna hidup di alam realiti. Tidak bisa sombong dan, agama amat ingkar. Kerna hidup dalam realiti. Tidak bisa jadi arang untuk si neraka jahaman. Kerana sifat takkabur. "Masih relevankah?". Dia tidak mampu menjamah imaginasi dua faktor ini. Isi dunia yang membawa kepada kenafsuan. Dan isi akhirat yang membawa kepada keabadian. Mana satu untuk diatur. "Aku lemah. Cacat untuk fikir semua ini. Bodoh itu nilai segala ini"."Takut. Nafsu aku bertepuk tangan. Menyanyikan lagu indah tapi sakit".

Mungkin terlalu individulistik. Dia tidak mahu dalam gua selamanya. Melihat tanaman di sekeliling. Ada yang tumbuh mekar. Buruk dan layu. Harum dan tak sempat kenal dunia. Di biarkan berkeliaran. Menjadi gelendangan sepertinya. Di tabur sana sini benih untuk menyegarkan pandangan yang sudah lama dipancung oleh dunia teknis.

Sifat individu tidak dianjur dalam syariat. Namun tidak bersalah segi hakikat. Sifat tolong menolong. Kerja-sama. Senyum balas dan salam ketika bersua adalah budaya dan amalan Agama. Siapa tidak mahu akan agama? "Masih relevankah". Bersimpuh diam.

Kebenaran adalah penunduk kepada nafsu. Mungkin kebijakan cerdik pandai yang lebih memahami tanda. Penandaan hidup untuk diterjemah melalui ilusi kesenian dan kesusteraan. Dan ada yang lebih gemar mengikut teknik 'terpimpin' seperti gejala 'pasang siap'. 'Pemamah- biakan' karya. Kreatif ataupun tidak. Termasuk kesusteraan. Penulisan!!

Lain dari teknik ekperimental yang terkaut luas erti pemahaman. Sedar. Separuh sedar. Bawah sedar. Hingga tidak semua mampu menjamah. Hanya bentuk kesenian pelbagai jiwa. Kesenian adalah jiwa. Jiwa yang mampu mengaktivitikan setiap pancaindera dalam pendefinasian semiologi dan epistemologi.

---------------------

Dia ketawa kecil. Gelihati. Riang jiwa kecilnya. Rumit dengan teknik poros ini. Memang lagak bodoh sombong. Nerakalah. Tidak. Bukan sombong. Definasi apakah ini?

Masih ketawa. Tapi itulah jiwanya. Jiwanya yang memang tidak terhukum dalam pengaruh sistem informal manusia. Dia adalah 'revolusioner'. Bahkan amat kejelasan dalam soal penulisan. Bukan seperti karya rakyat yang matang dalam 'revision' karya mereka. Biarpun fiksyen yang berlaku amat rumit/ruwet diertikan. Seperti setiap denotasi dan konotasi menghasilkan suatu kuasa kepercayaan dalam simbol-simbol tersebut.

Paichowan
Cairo Masih Dingin Gile bangkong!!!!