Lepas setahun gi Tokyo barulah ada kesempatan sikit nak
share trip perjalanan aku sekeluarga selama 8 hari 7 malam. Jadi pada yang
bertanya tu. Inilah storynya.
Bahagian 1
Perjalanan aku adalah dengan menaiki Airasia. Pergi bulan
Januari tengah musim sejuk dan tiket musim sejuk agak murah dari musim lain.
Harga untuk 2 dewasa 1 kanak-kanak termasuk insuran, nasi lemak pak nasir,
pilih kerusi lagi, cukai itu ini. Jumlahnya lebih kurang Rm2,000.
Tiket dah ada jadi kita nak pergi mana?
Anak aku nak gi Disneyland dan aku nak main salji. Jadi
bermulalah pencarian tiket dan menyusun itenary perjalanan. Aku membaca
berpuluh blog dan page facebook berkenan tokyo dan terima kasih pada korang
kerana ia sangat membantu.
Sebagai persediaan awal. Aku membeli tiket Disneyland (open
date) dan kad Suica di Japan Travel Bureau (JTB) kat AEON Mall Shah Alam. Harga
tiket Disneyland dewasa adalah RM308 dan untuk kanak-kanak RM204. Tiket semua
ni aku beli seminggu sebelum bertolak.
Kad Suica ni penting jugak, lebih kurang macam Touch Ngo
kita. Aku beli awal sebab nanti masa dah sampai Haneda takdelah kelam kabut.
Harga satu kad di JTB adalah RM100 (2500yen). Harga tiket train untuk satu
perjalanan pendek lebih kurang 170yen sehala. Kalu perjalanan jauh sikit macam
dari Shinjuku ke Disneyland harga tiket dalam 400 yen sehala. Jadi korang dah
boleh agak bape banyak nak topup Suica kad ni sepanjang duk kat Tokyo. Kaedah
nak topup pun senang macam beli tiket LRT kat sini. Tekan-tekan je kat mesin
tu. Ada bahasa english. Untuk budak bawah 12 tahun. Kad suica ni kena beli kat
sana. Kat JTB hanya jual kad suica yang dewasa je.
Untuk penginapan pulak aku sarankan cari berdekatan dengan
stesyen keretapi. Sebab pengangkutan utama kita adalah train. Jadi kalu boleh cari
yang dekat dengan stesyen. Aku duduk kat area Shinjuku. Stesyen terdekat aku
adalah seibu-shinjuku. Stesyen tu seberang jalan je dengan apartment. Jadi bila
dah penat berjalan. Nak balik rumah takdelah terasa jauh menapak. Aku cari
apartment guna airbnb.
Barang makanan pulak. Bawaklah apa aje yang bersesuaian. Insya
allah ok. Kalu korang duk apartment yang ada dapur lagi best. Masak je sarapan
sebelum keluar. Dah jimat. Kat sana kalu nak cari stok barang mentah macam
minyak, telur, beras, bole beli kat Lawson atau sebenleben. Kedai serbaneka ni
memang banyak. Kalu rasa tak yakin, bawak jelah kicap, minyak, gula, garam,
brahim sume tu dari rumah.
Kalu nak merasa kedai luar pun ok. Kedai halal macam kedai
kebab pun banyak. Tak risaulah bab makan ni. Baca je blog dan install je apps
Halal Navi.
Pergerakan kitorang kat sana banyak dibantu oleh apps yang
aku siap-siap install sebelum pergi. Apps yang aku guna adalah;
1. TABIMORI
2. MetrO
3. Halal Navi
4. NAVITIME for Japan Travel
Sebenarnye banyak je apps lain untuk tengok jadual train dan
hotspot tempat makan. Ada yang guna google je untuk cek jadual train. Terpulang
ikut keselesaaan korang.
Apa guna ada apps kau tak bole access internet. Iye dak.
Jadi sepanjang aku kat sana aku sewa Samurai Wifi. Harga RM120 untuk 8 hari. Bayar
online dan ambik poket wifi ni di KLIA2 pada hari bertolak. Pulang pun kat situ
jugak. Simple. Poket wifi ni datanya terhad. Jadi gunalah sejimatnya. Aku pulak
untungnye dapat 2 poket wifi. Satu sewa dari Samurai dan lagi satu tuan rumah
airbnb tu bagi pinjam. Jadi kalu korang cari penginapan, tanyelah sekali pasal
poket wifi ni. Kebiasaannya tuan rumah memang sediakan.
Aku pergi time salji jadi tentang pakaian semua tu korang
boleh rujuk pada blog orang lain ye. Sembangnye sama je.
Kat sana kebanyakkan kedai lebih suka cash dari guna kad
kredit. Jadi standby duit cash dan uncang duit syiling kalu boleh. Sebab korang
akan dapat banyakkkkk duit syiling. Sape yang pernah pergi dia akan tau masalah
duit syiling ni hahahha.
Korang jugak boleh cucuk duit guna kad ATM korang tu macam
biasa kat mesin ATM sana. Aku cucuk kat sebenleben. Tapi korang kena maklumkan
dulu kat bank sebelum pegi. Mesin ATM diorg ada pilihan english. Cucuk duit ni
pilihan terakhir sebenarnye sebab sekali cucuk fee RM12.
Bahagian 2
Menyusun itenary nak cover semua tempat dengan masa terhad
dan bajet kecik memang payah. Plan asal aku ada masukkan trip ke gunung fuji.
Tapi kensel sebab tak cukup masa. Jadi inilah itenary yang terbaik untuk kitorang.
Itenery perjalanan
21 Jan (Sabtu) – KUL ke Haneda
22 Jan (Ahad) – Shinjuku, Shibuya, Harajuku (Mlm jln kat Don
Quijote)
23 Jan (Isnin) – Beli JR Tokyo Wide Pass booking shinkansen
, Asasuka, Ueno, Akibahara, Jln sekitar Shinjuku
24 Jan (Selasa) -
Hari pertama guna Tokyo Wide Pass, Gala Yuzawa
makan kedai Malay Chan
25 Jan (Rabu) – Daiba
26 Jan (Khamis) – Disneyland
27 Jan (Jumaat) – Solat jumaat kat Asasuka, Ueno Park, Ueno
Zoo, Tokyo Tower
28 Jan (Sabtu) – Shinagawa, Haneda – KUL
Ok kita cerita pada hari dah sampai kat Haneda. Kalu kita
naik Airasia. Flight akan sampai dalam kul 10:30 malam waktu sana. Jadi korang
ada lebih kurang 2 jam sebelum stesyen train ditutup. Sampai je kat kaunter
tiket train kat dalam airport tu korang terus keluarkan suica kad yang beli kat
AEON tu dan kalu bawak budak bawah 12 tahun, suica kad untuk diorang boleh beli
kat sini. Staff diorang yang super mesra dan berbahsa english sudi melayan
korang. Jangan risau.
Tiket train dah ada skang masa untuk ke apartment. Bukak
wifi. Google terus “Haneda Airport to Shinjuku” dan pakcik google akan terus
bagi pilihan laluan yang ada. Masa tu aku duk kat Shinjuku. Jadi aku terus naik
train ke sana. Perjalanan dalam sejam dan pertukaran train 2 kali.
Bertukar train maksudnya kena turun train A, naik ke train B
di platform lain dan kemungkinan di bangunan lain. Skill membaca jadual
perjalanan pun kena tau. Dalam apps atau goole korang akan perasan ada laluan warna
oren, biru, hijau. Itu warna train. Kalu boleh cari laluan yang satu warna
sahaja. Banyak warna maknanya banyak tukar train. Turun naik platform. Lagi
banyak tukar train kemungkinan untuk sesat pun lebih tinggi. Jadi elakkan.
Train lepas kul 10-11 malam adalah yang paling tin sardin
dalam sehari. Kalu korang sampai tokyo pada malam minggu. Aku nasihatkan naik teksi
lebih sesuai untuk hari pertama ni. Sebab kepadatan train pada malam minggu
lebih sesak dari biasa.
Hari kedua di Tokyo aku hanya pusing-pusing sekitar bandar
untuk ambik feel. Stesyen utama aku adalah Shinjuku. Dan tahukah korang yang
stesyen keretapi Shinjuku adalah stesyen yang paling sibuk di dunia. Stesyen ni
ada lebih 50 platform dan lebih 200 pintu exit. Lebih kurang 3 juta penduduk
menggunakan stesyen ini setiap hari. Kalu korang rasa KL Sentral tu dah besar.
Bangunan stesyen Shinjuku ni berganda-ganda lebih besar. Aku siap pernah sesat
nak jumpe kawan kat sini. Janji kat starbuck. Rupenye ada banyak starbuck kat
dalam stesyen ni.
Pada hari kedua aku ke Harajuku, Shibuya dan jalan-jalan di
sekitar apartment aku kat area Kabukicho. Suhu malam pada waktu tu -1 celcius.
Sangat sejuk.
Perbelanjaan tiket pada hari pertama lebih kurang 510 yen
seorang.
Shinjuku --(170yen)-- Harajuku --(170yen)-- Shibuya
--(170yen)—Shinjuku
Misi hari kedua ni lebih kepada riki tempat untuk hari-hari
akan datang. Cari barang dan biasakan diri dengan cuaca. Antara store yang
wajib singgah untuk cari jam, barang solek dan gajet untuk ketiga-tiga tempat
ni adalah di BIC Camera, Don Quijote dan Daiso. Banyak je store lain, tapi bagi
aku BIC Camera dengan Don Quijote ni yang paling unik.
Hari ke tiga adalah hari dimana aku membeli JR Tokyo Wide
Pass di JR Service Center di stesyen shinjuku. Pass ni tak boleh dibeli di
Malaysia. Kena beli di Jepun jugak. Pass ni berharga 10,000 yen (RM360) dewasa
dan 5,000 yen (RM180) kanak-kanak. Dengan pass ni korang bole naik semua train
di bawah syarikat JR termasuk bullet train shinkansen selama 3 hari. Tiket
shinkansen bukan murah ye. Dari tokyo ke gala yuzawa naik shinkansen harga
tiket sehala adalah RM250 seorang. Pergi balik dah RM500. Tapi dengan Wide Pass
harga RM360 ni korang bole jimat banyak.
Memandangkan pass ni boleh guna 3 hari sahaja. Maka hari ni
kitorang plan nak jalan jauh sikit. Pergi ke Asasuka beli cenderamata, makan-makan
kat Ueno pada sebelah petang dan singgah Akibahara beli gajet dan jam pada
sebelah malam. Esok adalah hari main salji. Jadi kitorang dah bookingkan seat
shinkansen kat kaunter masa beli pass ni. Lusa pergi Daiba pulak tengok gundam
besar.
Korang susun itenary untuk 3 hari ni baik-baik supaya korang
boleh maksimumkan penggunakan pass ni.
Cenderahati yang murah boleh beli kat Asasuka. Satu keychain
boleh dapat RM10. Jadi beli siap-siap cenderahati jadi esok-esok takyah pening.
Akibahara pulak memang syurga gajet. Seharian di Akibahara pun belum tentu
habis pusing kalu korang kaki gajet.
Keesokkan harinya kitorang dah bergerak ke stesyen Tokyo
untuk merasa pengalaman naik shinkansen ke Gala Yuzawa untuk main salji. Bandar
Tokyo takkan ada salji walaupun musim sejuk. Jadi lokasi terdekat adalah di Gala
Yuzawa. Jangan kata nape tak main salji kat Sapporo, sebab Sapporo tu 1000km
jauhnya dari tokyo. Naik train je 8 jam ok. Tak berbaloi.
Dari Stesyen Tokyo ke Gala Yuzawa (Stesyen echigo yuzawa)
lebih kurang 2 jam sejauh 200km jaraknya. Nama train Shinkansen ni adalah Max
Toki. Kelajuan purata adalah 240kmj. Aku baca wiki, ada train shinkansen yang laju
lebih 600kmj. Yang 240 ni pun aku rasa dah laju sangat. 600 tu tak taulah camne.
Bile dah sampai kat stesyen Echigo Yuzawa tu. Korang kena
cari kaunter pertanyaan dan tanye nak gi Gala Yuzawa Snow Resort tunggu kat
mana. Bende ni penting sebab kat situ ada banyak pusat peranginan. Takut korang
kompius. Nak ke Gala Yuzawa korang kena tunggu kat tepi jalan dan naik bas
warna kuning tak salah. Ada signboard kat bustop dan setiap bas ada signboard
kat cermin depan. Naiklah bas yang tulis Gala Yuzawa Snow Resort. Naik bas ni
free je.
Sebagai pemegang Tokyo Wide Pass korang layak dapat diskaun
untuk barang-barang yang disewa di Snow Resort ni. Ada banyak pakej kat sini.
Nak main snowboard, nak main ski, nak rileks2 sambil buat Olaf semua ada. Tapi
aku nasihatkan korang yang baru pertama kali main snow ni, ambik pakej snow fun
je. Takyah mengada-ada nak main ski bagai. Tak berbaloi dan barang ski ni mahal
jugak sewanya. Suhu kat kawasan sini boleh jatuh sampai -10.
Aku balik ke tokyo pada sebelah petang dan malam tu saja
mengada makan kat kedai melayu nama Malaychan kat Ikebukuro. Harga makan dan
menu boleh google je. Malaychan pun ada website siap harga makanan skali. Best
jugak lepak kedai ni. Kedai kecik je. Order pun dalam bahasa melayu. Makan nasi
goreng sambil dengar lagu Siti Nurhaliza. Cindailah mana tidak berhias…
Keesokkan harinya adalah hari terakhir kitorang menggunakan
pass ini dan lokasi hari ini adalah ke pulau buatan bernama Daiba. Jarak dari
Shinjuku ke Daiba lebih kurang sejam dengan train. Sapa yang takde pass. Harga
tiket sehala adalah 560yen (RM20).
Kitorang seharian di Daiba sebab banyak sangat tempat
menarik dalam pulau ni. Antara tempat yang mesti korang pergi adalah Toyota
Mega Web. Sebab korang bole tengok semua model kereta toyota yang ada kat
market skang. Siap boleh test drive lagi (kena tunjuk lesen antarabangsa). Kalu
nak makan-makan restoran halal. Bolehlah ke Divercity dan cari kedai nama
Sojibo. Kat luar kedai Sojibo siap ada logo Halal dari Malaysia lagi. Nak beli
stok Brahim pun dia ada jual. Cuma tak pasang lagu Siti Nurhaliza je. Kat luar
Divercity ada patung Gundam terbesar di dunia. Dulu model RX-78-2 Mobile Suit.
Start 2017 dah pasang model baru RX-0 Gundam Unicorn. Sapa datang malam
bolehlah tengok kepala gundam ni bergerak-gerak siap dengan persembahan cahaya
dan bunyi.
Hari ke 6 di Tokyo. Pass pun dah tak boleh guna. Jadi
kitorang bergantung pada Suica kad pulak. Misi hari ini adalah seharian ke
Disneyland. Perjalanan train adalah sejam. Harga tiket seorang adalah 420 yen
(RM15) sehala.
Shinjuku—Tokyo Station—Maihama Station
Korang akan jumpe kaunter tiket dulu. Tapi sebab tiket dah
beli kat awal. Jadi terus ke pintu masuk dan tunjuk kat staff. Nanti diorang
akan scan tiket tu. Sapa yang pernah pergi ke USS. Disneyland ni lebih kurang
macam tu jugak. Ada parade, ada show dan permainan. Sama je. Jangan lupe ambik
Guide Map. Nanti bole susun jadual. Takde restoran halal dalam ni dan kalu nak
solat cari tempat bukan laluan utama. Staff diorang tak kacau pun. Kalu boleh
tunggulah sampai malam sebab ada bunga api dan show utama kat castle. Parade
pun jangan miss. Sebab parade siang dan malam shownya lain-lain. Berbaloi tunggu.
Hari ke 7 kitorang plan nak pergi ke Ueno Zoo. Tengok panda.
Memandangkan hari tu adalah hari Jumaat. Jadi aku singgah solat jumaat kat
Masjid As-Salaam kat Taito (Turun kat Okachimachi station = 170 yen). Sementara
solat, anak bini boleh lepak kat taman permainan berdekatan. Khutbah dalam
bahasa english. Jemaah kebanyakkannya dari Pakistan, Bangla, Indonesia dan
warga tempatan. Kat sekitar masjid ada beberapa kedai makan halal.
Selesai solat kitorg terus sambung perjalanan ke Ueno Zoo.
Kalu naik train masa perjalanan adalah 6 minit dan turun kat Ueno. Sebenarnye
Ueno Zoo ni terletak di dalam Ueno Park. Datang time musim sejuk. Jadi pokok
kat taman ni tak berbunga dan berdaun. Tapi pada musim bunga, Ueno park ni akan
cantik gile dengan bunga sakura. Tiket nak masuk Ueno Zoo adalah 600yen (RM21)
dewasa dan percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Tutup pada hari Isnin.
Luasnya lebih kurang besar zoo taiping je. Ada banyak jugak haiwan yang takde
kat zoo kita macam beruang kutub dan panda. Keluar daripada zoo bolehlah
jalan-jalan kat taman Ueno tengok shrine dan muzium.
Lepas ke Ueno kitorang ke Tokyo Tower (Onarimon station =
170yen) menapak jauh jugak nak ke Tokyo Tower ni. Nasib baiklah sejuk takdelah
rasa penat sangat. Tiket nak naik ke observation deck dia adalah 900yen (RM32)
dewasa dan 500yen (RM18) kanak-kanak. View kat atas memang terbaik. Boleh
tengok sampai ke Klang. LOL. Kitorang kat atas tu adalah dalam sejam lebih.
Pastu terus balik ke apartment naik teksi. Esok nak check out. Harga teksi dari
Tokyo Tower ke Kabukicho (apartment kitorang) lebih kurang RM100 untuk jarak
10km. Merasa jugak naik teksi hitam tu. Pintu bukak sendiri tu. Jakun gile
hahah. Dah sampai Kabukucho kitorang pun merayaplah habis-habisan sebab esok
dah nak balik. Sejuk pun sejuklah. Pasni tak tau bile nak sampai lagi. Sebelum
balik apartment kitorang makan kat Samrat Shinjuku. Kedai India Muslim. Harga
agak mahal. Tapi Roti cheese nan dia memang terbaik. Sampai skang teringat. Ada
staff dia yang bole cakap melayu sebab pernah kerja kat JB.
Hari terakhir di Tokyo dan flight balik kul 11:45 malam
waktu tempatan. Hari ni agak kritikal sebab kena checkout tengah hari dan
flight pulak malam. Jadi rancangan kitorang adalah untuk simpan beg2 kat locker
di stesyen Shinagawa. Sebab stesyen ini adalah yang besar dan terhampir dengan
Haneda. Jadi nak ke airport dah tak jauh.
Harga locker untuk sehari lebih kurang 500yen untuk yang
besar dan 300yen untuk yang kecik. Agak susah nak cari locker yang kosong jadi
kena rajin cari dan tunggu. Ada sesetengah orang yang akan ‘booking’ locker ni
sehari lebih awal. Dia datang malam-malam ke stesyen. Cari locker yang kosong
dan bayar terus. Jadi esoknya dia hanya tinggal masukkan beg je. Sebab locker
dah ada. Hampir di setiap stesyen ada locker-locker ni. Cuma nak kena rajin
cari.
Di sekitar Shinagawa kitorang makan tengahari di kedai india
muslim bernama Salma Tikka Biryani. Harga set nasi beriyani lebih kurang RM50
dan seperti biasa makanan india ni memang world class sedapnye. Korang mesti
try. Kitorang berjalan-jalan di sekitar mall di Shinagawa sehingga maghrib dan
terus berangkat ke Haneda airport.
Inilah trip bajet dalam 5k-6k yang kitorang dah buat. Ada
banyak tempat yang korang boleh pergi. Seperti gi Hakone untuk tengok gunung
Fuji atau subuh-subuh pergi ke pasar Tsukiji tengok ikan tuna sebesar orang.
Ada yang minat gi muzium dan taman. Ada yang nak cover Tokyo Osaka. Pastu ramai
jugak yang asyik repeat Jepun mcm tak boleh nak move-on ke negara lain (akulah
tu). Terpulang. Ikut bajet dan ikut cuti. Trip solo, trip kawan-kawan dan trip
family lain susunannye dan ini adalah susunan kitorang.
Terima kasih kerana
sudi membaca. Nak tanye apa-apa tulis je kat komen.

