Wanita yang sering sedih, tertekan, cemburu dan lelah dengan hidup - Hanya 3 bulan cara ini mampu merubah anda menjadi bahagia dan tenang

8 TANDA UTAMA anda alami kesedihan, tekanan, cemburu dan kebimbangan melampau. Berhati-hati.

Image

1. KESIHATAN FIZIKAL DAN DALAMAN TERJEJAS.

Image

2. SUKAR FOKUS DAN MEMBUAT KEPUTUSAN.

Image

3. KURANG RASA BERSYUKUR, MENGHARGAI DAN TENANG.

4. HUBUNGAN DENGAN ORANG SEKELILING RENGGANG.

Image
Image

5. RASA TAK PUAS HATI DENGAN HIDUP.

Image

6. RASA RENDAH DIRI, LEMAH DAN TAK BERJAYA.

Image

7. SERING MENYENDIRI, BIMBANG ATAU ALAMI KEMURUNGAN.

Image

8. PRASANGKA TAK BAIK KEPADA ALLAH.

Image

Dalam diam, ramai wanita di luar sana sedang memikul ribut dalam jiwa. Cuma, diri bijak menyembunyikan. Orang luar sering melihat kita tersenyum. Tetapi dalam hati, ada seribu beban tak terluah. Fikiran negatif, rasa bersalah, stres, sedih berpanjangan, cemburu, rasa diri seperti membebankan – semuanya datang bertubi-tubi hingga sukar bernafas dengan tenang.

Dan paling teruk, apabila kita tidak sempat menyelesaikan masalah sedia ada, datang pula masalah lain. Sudah bertimpa-timpa. Emosi yang tak berapa stabil semakin mengganggu kesihatan, hubungan dan ibadah. Diri makin tertekan, tak tahu apa yang perlu dibuat, penyelesaian bagaimana meringankan beban dan kepada siapa perlu diluahkan. Mungkin inilah masanya kita berhenti sejenak, melihat dalam diri dan bertanya: “Adakah aku sedang perlahan-lahan bakal kehilangan diriku sendiri?”

Ingat pesanan Ustaz Hanafiah ini, ‘Terlalu memikirkan masa depan, boleh kena kebimbangan. Terlalu memikirkan masa silam, boleh kena kemurungan, Hargailah hari ini, saat ini dan janganlah membazirkan masa. Jangan fikir bukan-bukan‘. Lalui hari yang diberikan Allah dengan berdoa kepada-Nya agar dipermudahkan urusan pada hari itu. Doa, usaha dan tawakal. 

Image

Bersyukur saat hadapi kematian dan kesedihan?

Satu hadis disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada umatnya sebagai pegangan bila keributan dalam jiwa menerjah. Hadis ini khas buat kita.

Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” (Hadis riwayat Muslim daripada Suhaib r.a)

Keistimewaan dirasai emosi bila menghargai nikmat pemberian Allah

Image

Jika dikenang kembali, terlalu banyak nikmat yang Allah berikan pada kita setiap hari, minggu dan sejak kecil. Allah beri penglihatan, tubuh yang sihat, bernafas dengan mudah, punyai rumah untuk tinggal, keluarga yang menyayangi dan banyak lagi. Ia tak terhitung . Setiap saat, ada nikmat Allah yang sedang berlaku pada diri. Namun, bila tiba-tiba Allah datangkan ujian yang tidak disukai, kita lupa kebaikan yang Allah beri sebelum ini. Kita menjadi emosi, sukar terima kenyataan, marah-marah, sedih dan prasangka tak baik. Bagaimana kita hendak elak emosi negatif ini dari merosakkan diri?

Dulu bertahun juga saya alami masalah emosi tak ‘best’. Sampai satu ketika, saya kemurungan dan hidup dalam kebimbangan. Rasanya lebih dari setahun rasa ‘tak best’ itu hidup dalam diri. Namun, saya syukur, Allah tetap jaga fikiran saya untuk ingat Dia. Saya belajar kembali untuk meminta pada Dia. Alhamdulillah Allah pandu. Tapi bagaimana Dia pandu?

Ia tidak semudah hari ini minta, esok dapat. Tidak. Allah beri berperingkat dan mengikut keadaan. Dia mahu kita belajar menghargai, berterima kasih, bersyukur dan bertawakal. Dia mahu kita kembali pada Dia walau apapun keadaan diri. Dan Allah bantu saya untuk urus emosi negatif dan tak ‘best’ itu melalui cara penulisan dan aktiviti membaca. Saya diperkenalkan dengan buku-buku agama oleh suami dan Allah pula lorongkan saya dengan bidang penulisan yang tak pernah terfikir saya akan berkecimpung. Terkini, sejak covid lalu, Allah perkenalkan pula dengan jurnal kesyukuran. 

Apa itu jurnal kesyukuran?

Jurnal ini telah lama dipraktikkan oleh mereka di barat dan Amerika. Jurnal ini menggalakkan kita menulis atau mencatatkan perkara-perkara baik dan positif yang berlaku pada diri setiap hari. Bukan itu sahaja, ia menggalakkan individu untuk bersyukur dan berterima kasih pada Tuhan akan nikmat yang dinikmati. Menulis perkara baik ini juga menggalakkan diri sentiasa menghargai dan meraikan perkara kecil yang diterima.

Tahukah anda bahawa dengan menulis jurnal kesyukuran, kita jadi kurang hendak mengomen, memperlekehkan orang lain, dapat kurangkan cemburu dan kita berusaha bersangka baik pada Allah. Bukan itu sahaja, segala macam rasa negatif dan rasa diri seolah tidak menyumbang kepada kebaikan, akan mula berubah bila menulis perkara-perkara baik dan positif.

Sepanjang 4 tahun saya menulis, saya dapat rasakan perlahan-lahan perubahan berlaku dalam diri. Ia tidak sekaligus tapi mampu membuat saya kembali menghargai hidup, menghargai orang dan makhluk lain serta belajar berterima kasih kepada Allah.

Image

Sejak COVID-19, menulis perkara disyukuri bantu diri urus emosi dan mental serta mengembalikan keyakinan

APA KATA MEREKA SELEPAS MENULIS JURNAL KESYUKURAN?

Senarai pendek yang ditulis dalam buku dah jadi macam diari harian. Dapat kongsi benda-benda baik yang terjadi setiap hari dan bukan benda negatif. Rasa emosi lebih stabil dan tenang berbanding sebelum ni.

Tidaklah sekaligus rasa positif dan sangka baik tapi proses melaluinya itu mengajar diri untuk bertenang dan menghargai serta bersyukur. 

Image

Fara Karim
Staf IT Bahagian kewangan,
Sektor swasta

Alhamdulillah, selepas menulis jurnal kesyukuran ni, saya rasa ingin lebih lagi bersyukur  dan cuba berfikiran lebih positif dalam ujian kehidupan yang dilalui.  Jika ada masalah, saya akan cuba selesaikan segera dan cuba elak stres menguasai diri. 

Image

Puan Rozita
Guru di sebuah sekolah di Selangor

Alhamdulillah I feel more thank you to Allah. Kadang-kadang kita rasa stress dengan apa yang kita ada, cemburu dengan kebahagiaan dan kemewahan orang lain but after writing down each of nikmat yang diberi Allah, it makes me feel a bit tenang.

Jika dahulu, bila lihat kawan-kawan kongsi perkara ‘best’ dan kelebihan yang mereka dapat di sosial media, saya macam rasa cemburu. Tertanya dalam hati, kenapa mereka dapat semua tu tapi bukan saya. Kenapa Allah beri hidup saya agak sukar. Tetapi lepas saya senaraikan apa kebaikan dan nikmat saya terima setiap hari, baru saya nampak hikmah di sebaliknya. Dan sekarang, bila saya lihat apa sahaja perkongsian yang kawan atau keluarga kongsikan, perasaan saya macam biasa sahaja. Saya cakap dalam hati, ‘Itu rezeki mereka. Rezeki saya lain’. Jadi diri lebih tenang, kurang rasa tertekan. Banyak perkara saya mula lihat kebaikannya berbanding kekurangan pada pandangan mata.

Image

Siti Hayati
Guru Kanan Tingkatan Dua dari Brunei

Kenapa orang SERING MENGANGGAP REMEH menulis jurnal / diari?

  1. Menganggap menulis jurnal ini kebudak-budakan.

  • Menulis menggalakkan pencatatan perkara penting, ilmu baru dan merekodkan apa yang berlaku. Jika anda ingat, catatan-catatan sejarah dipelajari adalah melalui penulisan. Ibnu Batutta, Laksamana Cheng Ho, dan sejarawan lain, semuanya menulis dari sekecil perkara hinggalah kepada penemuan baru. Jadi, menulis jurnal menggambarkan bahawa si penulis menghargai dan merekodkan apa yang berlaku sekelilingnya.

2. Mereka tidak percaya bahawa menulis itu salah satu terapi menenangkan diri.

  • Kita meluahkan perasaan pada suatu yang tidak mendatangkan mudarat. Kita mencatatkan apa yang berlaku tanpa perlu orang menghakimi. 

3. Kurang tahu tentang manfaatnya.

  • Menulis jurnal boleh memberi kesan positif terhadap kesihatan mental, emosi, dan fizikal. Menulis  membantu kita menguruskan emosi diri, memahami nilai diri dan membantu membina kayakinan.

4. Persepsi ia membazir masa.

  • Dalam kehidupan yang sibuk, menulis jurnal mungkin dianggap tidak produktif dan membuang masa kerana hasilnya tidak kelihatan dengan segera. Namun, jika anda seorang yang sering rasa cemburu, melalui peenulisan, ia membantu menukar sudut pandang negatif kepada positif.

5. Tanggapan bahawa menulis jurnal adalah terlalu sentimental.

  • Ada yang beranggapan menulis jurnal adalah terlalu emosional. Ia pengaruh yang stereotaip. Menulis membantu kita merakam memori yang terjadi pada hari tersebut. Dan ada potensi, apa yang ditulis hari itu membantu kepada penyelesaian masa hadapan. 

6. Tiada hasil yang terus terlihat.

  • Menulis perkara baik memerlukan masa untuk melihat kesan positifnya. Minimum adalah 66 hari. Orang yang mencari perubahan segera mungkin kecewa dan mengabaikannya kerana sukar konsisten. Namun, jika anda berharap ingin mengingati banyak perkara baik, tulislah.

APA KATA MEREKA SELEPAS MENULIS JURNAL KESYUKURAN?

Walaupun harian saya sentiasa sibuk dan tertekan, bila dizahirkan sekecil-kecil perkara, kebaikan, nikmat yang Allah masih pinjamkan, saya akan rasa… syukur. Terima kasih ya Allah.

Sebab Allah masih beri saya peluang untuk saya yang sering melakukan dosa ini, peluang demi peluang untuk mendekatkan diri kepada Dia. Dapat belajar syukur diberi peluang untuk mencari nafkah untuk menggembirakan anak-anak dengan kudrat sendiri.

Sentiasa berusaha untuk mencari peluang berbuat kebaikan meskipun kecil kerana saya tahu orang takkan nampak tapi Allah tetap melihat. 

Jika sebelum ini saya buat sesuatu kerja, buat dalam keadaan mindless. Tapi bila sudah menulis jurnal kesyukuran, saya lebih mindful. Merasa nikmat untuk berbuat sesuatu sebagai ibadah instead of sekadar buat and feel nothing.

Image

Puan Atiqah
Jururawat di sebuah hospital di Manjung, Perak.

Perasaan bila tulis jurnal ni:

  1. Lebih positif
  2. Hidup teratur
  3. Always know what to do
  4. Seronok
  5. Boleh control setiap situasi
  6. Sentiasa ada hala tuju, takderlah sampai rasa nak pengsan tahan emosi tertekan

Image

Gy Norziah
Youtuber/Freelance writer, Duo Family

KEISTIMEWAAN PELENGKAP KEGEMBIRAAN: JURNAL KESYUKURAN

Image

Jurnal kesyukuran adalah pelengkap kegembiraan yang membantu hidup anda menyingkirkan rasa cemburu, sedih dan kecewa kepada ingin membahagiakan hidup, menjaga prasangka dengan Allah dan memperbanyakkan rasa bersyukur. Menulis jurnal kesyukuran memandu anda menulis dengan cara santai akan perkara-perkara baik yang diberi Allah setiap hari. Menulis jurnal ini sangat mudah, tidak perlu masa yang lama (tak sampai 10 minit) dan boleh dilakukan sebelum tidur atau keesokan paginya. Kita hanya menulis nikmat atau perkara baik yang dinikmati atau diterima sepanjang hari dari Allah. 

Tidak seperti jurnal kesyukuran luar negara, jurnal kesyukuran ini adalah yang pertama di Malaysia. Direka khas mengikut suasana di Malaysia yang masih baru lagi dengan konsep jurnal ini. Jurnal ini mempunyai kelebihan tersendiri dari sudut membantu diri melihat apa yang berlaku setiap hari sebagai ‘hadiah’ daripada Allah dan membina kembali keyakinan positif dalam diri Bukan itu sahaja, menulis perkara yang baik seperti kita sedang meraikan banyak perkara yang membahagiakan dalam hidup.

Jurnal ini direka khas berdasarkan kepada hasil kajian pakar psikologi dan personaliti yang diperakui di beberapa universiti. Hasil kajian menunjukkan bahawa bersyukur mampu memberi kesan positif  kepada kesihatan fizikal, psikologi dan juga hubungan sosial.

SIAPA SAYA

Image

Semua orang ingin sihat. Tiada siapa ingin sakit. Begitu juga saya. Saya pernah mengalami masalah kemurungan dan depresi. Syukurnya, saya tetap utamakan Allah. Tekad saya, sesukar apapun masalah, solat perlu dijaga. Dari situ, saya berusaha mahu sihatkan kembali emosi, fikiran positif, sangka baik dan belajar tidak menyalahkan.

Ia tak mudah. Ada cabarannya. Pada awalnya, saya tak tahu nak mulakan bagaimana. Tercari-cari kaedah yang sesuai. Alhamdulillah, Allah lorongkan saya dengan penulisan dan perniagaan buku. Saya menulis buku kanak-kanak. Selepas itu, muncul peluang berniaga buku pula. Rupanya, dari situ saya dapat membeli buku-buku motivasi yang bagus untuk bacaan manakala suami membeli buku agama. Saya diperkenalkan dengan buku 300 hadis bimbingan, Riyadhus Salihin juga al-quran terjemahan. Saya jadikan al-quran, hadis sahih, kisah agama, travelog sebagai landasan untuk perbaiki diri. Buku seperti A simple act of gratitude, How to stop worrying and start living antara buku yang membantu saya tentang syukur, hargai orang sekeliling dan berhenti dari risau.

Meski saya berusaha mengamalkan apa dibaca, ujian tetap ada. Diuji dengan situasi tak dijangka, berjumpa dengan orang menjengkelkan, belum punya zuriat, ujian fizikal dan lain-lain. Dari situ, suka atau tidak, saya belajar bersabar dan mengawal tahap kerisauan yang muncul. Tak lama kemudian, saya ditakdirkan berjumpa dengan buku The gratitude journal, The beneficial means to a happy life dan podcast Oprah Winfrey tentang jurnal kesyukuran. Saya mencari sebuah buku kosong dan membuat seperti yang disarankan. Saya menulis jurnal kesyukuran sendiri. Setiap malam atau pagi esoknya, saya akan mengambil masa 5-7 minit untuk menulis 3-5 perkara yang disyukuri, menulis pelajaran apa yang diperolehi juga harapan saya pada masa hadapan. Setelah mempraktikkannya lebih setahun, saya rasa emosi lebih terkawal, berusaha menepis fikiran negatif, berusaha sangka baik pada Allah, cuba menggembirakan orang lain juga berusaha menyibukkan diri pada perkara-perkara bermanfaat. Alhamdulillah, sekarang sudah tahun ke 4 saya mengamal menulis jurnal kesyukuran ini.

APA KATA MEREKA SELEPAS MENULIS JURNAL KESYUKURAN?

Alhamdulillah syukur nikmat Allah bagi setiap pagi kali ini bila nampak muka ahli keluarga. Kadang-kadang ada rasa macam geram ke stress nak marah-marah je tapi sebab bila suruh tulis benda yang baik-baik je jadi terus ingat benda baik-baik dan rasa ‘Ya Allah syukur aku hari ini’. Selalu ingatkan diri ada orang lagi susah, sakit dari diri sendiri.

Bila fikir begitu, hati rasa lebih tenang. Belajar let it go benda yang tak penting.

Image

Noorul Niza
Suri rumah dengan 3 cahayamata

Alhamdulillah, dengan jurnal ini saya dapat melihat cerminan diri dan sentiasa bersyukur akan setiap apa yang Allah titipkan. 

Banyak masalah dapat diselesaikan. Tanpa sedar, kita ikut apa yang Allah sudah tadbirkan dan susunkan untuk kita jalani hidup. Sentiasa untuk cuba refleksi diri dan beristighfar.

Image

Norazmarina
Ibu kepada 4 orang cahayamata dan surirumah

Ingin KEMBALI HIDUP TENANG, selepas bertahun sedih, tertekan, cemburu dan bimbang?

Pelajari cara untuk memotivasikan diri, menenangkan diri dan bersangka baik. Pemikiran orang yang mahu berubah dan ingin sihat tidak sama dengan orang yang tidak mahu berubah. Dengan mengetahui dan memahami cara yang betul, anda akan dapati diri anda perlahan-lahan mula membawa masuk fikiran-fikiran positif dan sangka baik dalam minda. Anda akan merasai kelainan persepsi dan tindakan selepas 66 hari. Ada orang mungkin mengambil masa lebih 90 hari, bergantung kepada individu.

Ramai ingin bahagia dan gembira tetapi sering merungut, tak puas hati dan menyalahkan. BAGAIMANA MAHU BERUBAH?

Dengan menulis banyak perkara-perkara baik yang berlaku, fikiran kita disibukkan dengan perkara positif. Kita mula melakukan sesuatu yang bercanggah dengan rasa negatif dalam diri. Kita mula melihat banyak kebaikan diterima dan dinikmati berbanding sebelumnya. Ini antara prinsip yang dipegang oleh para ulama, agamawan, orang berjaya dan mereka yang bahagia. Mereka meraikan nikmat yang dirasai sepenuhnya sekaligus emosi mereka kurang tertekan. Mereka kurang merungut. Prinsip ini mengubah pola pemikiran.

4 Cara bagaimana mahu MEMULAKAN amalan kesyukuran.

Mengamalkan rasa bersyukur adalah bersifat peribadi namun kajian membuktikan ianya boleh ditiru untuk mempraktikkan perkara yang baik. 

Lakukan setiap hari – Tetapkan masa khusus untuk bersyukur. Sama ada ketika bangun tidur, sebelum tidur, atau semasa rehat, luangkan masa untuk merenung perkara yang disyukuri. Tabiat yang sihat memerlukan masa untuk dibentuk.

Tulis dalam jurnal – Cuba tulis perkara yang disyukuri paling kurang tiga setiap hari. Luangkan masa mengingat perkara-perkara yang anda hargai.

Jadikan lebih spesifik – Daripada sekadar menulis, “Saya bersyukur mempunyai rakan yang baik,” nyatakan dengan lebih terperinci apa yang anda hargai tentang mereka. Contohnya, “Saya bersyukur kerana dikurniakan Sett sebagai rakan yang baik dan mudah ketawa.”

Sebarkan rasa syukur – Akhir sekali, kongsi rasa syukur anda dengan orang lain. Beritahu seseorang mengapa anda menghargai mereka. Ini dapat mengeratkan hubungan anda berdua.

Jika anda ADA CIRI-CIRI ini dan MAHU BERUBAH, anda patut cuba untuk menulis jurnal kesyukuran:

  1. Anda ingin fokus atau membina emosi & fikiran positif dalam diri
  2. Anda ingin belajar bersyukur
  3. Ingin belajar menghargai apa sahaja yang dilakukan orang sekeliling
  4. Ingin ubah persepsi negatif kepada positif
  5. Ingin belajar bersangka baik kepada Allah (husnudzon)
  6. Ingin sentiasa berterima kasih pada Allah dalam apa jua jatuh bangun yang dihadapi
  7. Ingin menjaga kesihatan mental, emosi dan psikologi diri
  8. Beri harapan pada diri bahawa setiap ujian negatif yang datang ada hikmahnya
  9. Ingin singkirkan rasa cemburu bila melihat kejayaan orang lain

APA KATA MEREKA SELEPAS MENULIS JURNAL KESYUKURAN?

Saya lebih berasa lapang hati bila dapat menulis perkara baik dan kata-kata positif yang ditulis dalam jurnal  untuk mengingatkan diri dan menjadi pembakar semangat menghadapi hari esok.

Puan Hasnah 
Wanita berusia 60+
Usahawanita dari Jempol, Negeri Sembilan

Personally, sebenarnya sukar untuk fikir positif bila dalam keadaan stres tapi dengan menulis sebenarnya ia mampu memberi sedikit kelegaan dala jiwa dan pada emosi.

Untuk jurnal syukur ini, ianya mesra pengguna, kita boleh mula menulis bila-bila masa dan riben penanda membantu untuk cari mukasurat akhir penulisan.

Image

Roslinah
Sandakan, Sabah.

 

Buku jurnal kesyukuran ni bagus sangat. Membantu dalam memuhasabah diri. Setiap malam dapat tulis apa yang disyukuri. Lepas seminggu dua dan belek balik jurnal tu, rasa insaf pun ada juga. Terus teringat surah ar-Rahman, ‘Nikmat apa lagi yang nak kau dustakan’. MasyaAllah, rupanya banyak sangat nikmat Allah beri.

Kata-kata dalam jurnal ni juga ringkas tapi padat. Sesuai untuk orang yang kejar masa dan tak suka baca panjang-panjang.

Image

Puan Fadlina
Terapis urutan saraf dan pembetulan tulang belakang Qun Elite.

Alhamdulillah jurnal ini memang terbaik dan tahniah kepada yang menerbitkannya. Hidup rasa lebih diberkati. InsyAllah, moga kehidupan kita semua diberkati Allah. Amin… 

Image

Puan Hariah
Wanita berusia 62 tahun
Pesara sektor swasta dari Perak

KEISTIMEWAAN DARI SUDUT FIZIKAL PELENGKAP KEGEMBIRAAN

Image
  1. Saiz A5.
  2. Buku kulit keras (hardcover).
  3. Artpaper 157gsm. Heavywight drawing paper.
  4. Jenis kertas simili 100gsm (woodfree) berkualiti. Mudah menulis menggunakan pen ataupun pensil.
  5. 16 mukasurat berwarna
  6. 116 mukasurat hitam putih berkualiti.
  7. Buku berjahit. Tahan lasak. Tak mudah koyak.
  8. Hot stamping warna emas untuk kulit buku.
  9. Debossed pada tajuk. Memperlihatkan keeksklusifan buku.
  10. Riben penanda.
  11. Buku dibalut dengan kertas pembalut kraf istimewa.
  12. Boleh mula menulis bila-bila masa. Tiada tarikh spesifik untuk bermula.

SET ISTIMEWA JURNAL PELENGKAP KEGEMBIRAAN

Image

PAKEJ PELENGKAP PERMULAAN: 1 Naskhah Jurnal Pelengkap Kegembiraan + 2 Pen + Kalender + Sticker Motivasi + Batu Positif + Kad Doa + Kad Mewarna Istimewa.  Hanya RM39.00 sempena Tahun Baru 2026. Selepas ini, harga set ini akan kembali pada asal kepada RM45.00. 

PAKEJ PELENGKAP KETENANGAN: 1 Naskhah Jurnal Pelengkap Kegembiraan  + 2 Pen + Kalender + Sticker Motivasi + Batu Positif + Kad Doa + Kad Mewarna istimewa + Belon Senyum + 2 Paket Teh Serai + Bola Handgrip Cintakan Diri. Hanya RM49.90 sehingga 1 Februari 2026. Set ini disertakan sekali dengan bonus bernilai RM35 PERCUMA.

PAKEJ PELENGKAP KEGEMBIRAAN: 1 Naskhah Jurnal Pelengkap Kegembiraan + 2 Pen + Kalender + Sticker Motivasi + 2 Batu Positif + Kad Doa+ Kad Mewarna Istimewa + Belon Senyum + 2 Paket Teh Serai + Bola Handgrip Cintakan Diri + Kotak Rotan Eksklusif + Penanda Buku Rama-Rama. Hanya RM75.90 sehingga 1 Februari 2026. Set ini disertakan sekali dengan bonus bernilai RM35 PERCUMA. Harga akan kembali pada RM83.90 bermula 2 Februari 2026.

Image

PAKEJ PELENGKAP PERMULAAN

Image

PAKEJ PELENGKAP KETENANGAN

Image

PAKEJ PELENGKAP KEGEMBIRAAN

ISTIMEWA BAGI PEMBELI PELENGKAP KEGEMBIRAAN

Hanya 30 Set Pakej Pelengkap Kegembiraan akan menerima  Kotak Buluh Anyaman Rotan Eksklusi direka khas!

Kotak buluh anyaman rotan ini dijadikan eksklusif kerana faktor mesra alamnya, ringan, tahan lasak, tahan lama dan nilai estetikanya yang tersendiri sebagai produk semulajadi Malaysia.

Dapatkan hari ini hanya pada harga RM75.90 sahaja.

BONUS

BONUS BERNILAI RM35 PERCUMA SEKIRANYA ANDA MENGAMBIL PELUANG INI HARI INI…

ImageBONUS PERCUMA #1: 1 BUKU DOA + PENANDA BUKU RAMA-RAMA

BONUS PERCUMA #2:Image

Eksklusif Balang Penawar Buat Sanubari untuk anda yang ada waktunya menghadapi kesedihan, hati tidak tenang, ketakutan, penyesalan dan merasakan hidup seakan sukar. Dalam balang ini dikongsikan kata-kata penyejuk jiwa penguat semangat dari firman Allah, dari Nabi s.a.w buat umatnya dan mutiara kata dari para cendekiawan Islam. Terdapat 64 mutiara kata yang diharap membantu anda tidak terjerumus ke dalam kancah penyakit emosi. 5 warna mewakili 5 masalah yang dihadapi.

TANYA PADA DIRI ANDA

Tanya diri anda. Sekiranya nilai positif yang dibawa dalam konsep bersyukur ini membawa kepada banyak perubahan positif seperti bersangka baik, elakkan cemburu, cepat tenangkan diri, sedih hanya sebentar dan ubah pemikiran dari negatif kepada positif dengan segera, adakah ia pelaburan yang berbaloi?

Sekiranya jawapan anda YA, dapatkan SET PELENGKAP KEGEMBIRAAN pada harga PENJIMATAN RM75.90 + 2 BONUS bernilai RM35 pada hari ini kerana harga DISKAUN TAHUN BARU INI akan kembali pada asal bermula 2 Februari 2026!

Anda juga boleh dapatkan Jurnal Kesyukuran ini dalam dua set lain yang sesuai dengan keinginan dan bajet anda. Setiap satunya ada keunikan tersendiri bersama ‘goodies’ permulaan untuk anda terus menulis perkara-perkara baik yang berlaku dalam hidup. Apa yang anda perlu ingat bila mahu menulis perkara yang disyukuri hari ini ialah “Belajarlah untuk jatuh cinta dan menghargai perkara-perkara sederhana yang dimiliki.”

Image

PAKEJ PELENGKAP PERMULAAN

Image

PAKEJ PELENGKAP KETENANGAN

Image

PAKEJ PELENGKAP KEGEMBIRAAN

Hubungi

Alamat:

Booksville Enterpises
Taman Desa Indah,

Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan,
Malaysia.
(+60) 136786571

[email protected]

Ikuti Media Sosial Kami