Thursday, November 27, 2025

Smile

2025 seems pretty short. Macam sekelip mata dah nak abis pun tahun ni. So what did I do?

Image

Family trip to Ranah Minang on New Year sampai 5hb without Adik yang tak balik Malaysia pun. Nani and Abang ponteng kelas 😉

Then busy dengan kerja. This year kena jadi Release Manager gak as my boss dah tak boleh nak allocate time for that hence kerja makin bertambah pada waktu-waktunya.

Image

This year ada Kurik Kendi Trip, yeay! Ni pun time tengah busy kerja si Zira called, "Wei, jom Semporna. Bak details aku nak beli tiket" The rest is history. 😂

Adik balik for summer break and we had another family trip and this time it was Yogyakarta. Balik-balik Indonesia eh? Dah currency dia murah 😆 But Jogja really captivated me. I want to go again and explore more. Anak-anak pun kata Jogja best.

Image

Hmmm... what else? Rasanya the rest same old, same old. Live the routine. Hopefully 2026 will be good. Kakak akan ke Netherlands insyaAllah 2-13 Feb for work trip tapi Ibu takleh nak ikut. Feb ada release on 21. Kena simpan cuti gak nak beraya di Tokyo. It just happens kena beraya di Tokyo sebab Adik punya commencement date will be on 17 March. And 1 April dia akan start kerja di sana InsyaAllah.

And today 27 November is someone's day. Take care and smile more dear!

Image

Wednesday, November 27, 2024

It Is


Image

Monday, October 28, 2024

2024

 Alhamdulillah for year 2024 ya Allah. Too many things to be grateful and thankful along this year.

Image
Alhamdulillah Adik berjaya grad for her diploma, berjaya mendapat tempat untuk sambung her degree in university in Japan too. Timeframe dia agak pantas untuk kami dari habis semester akhir, ke convocation ke airport untuk pelepasan. Dah jadi sejarah pun semua itu. Adik sekarang ni di Shibaura Institute of Technology. Stress belajar katanya nak fahamkan Nihongo.
Image
Group diorang first to fly untuk anak-anak JUP kohort 2 ni. Group yang paling ramai jugak. Since ini 1st group, ramailah lecturers yang turun airport walau di bulan Ramadhan.  Flight pukul 10:50pm so agak awal untuk diorang semua utk dropped bags semua. Naik JAL.
Image
Of course Kakak takde since dia pun masih berhempas-pulas untuk final sem dia. Mampu video call aje di airport sebelum Kakak punya kelas. 
Image
Alhamdulillah Kakak pun grad tahun ini. It was on May 11 but unfortunately I couldn't attend. Too many things happened in 2024. 
Image
Dapatlah sekeping cert ini and alhamdulillah she's working at the moment. Batch dia yang dah grad semua balik Malaysia walau JPA bagi je kalau nak kerja di sana cuma disebabkan JPA bagi kelonggaran tu lambat, payah untuk diorang mendapat tawaran pekerjaan di sana. Yang akan grad in Dec or next year ada je cakap nak bekerja di sana dulu. Geng-geng dia di Ohio State University yang belum grad since diorang tak dapat buat credit transfer. Geng UIUC dia semua dah bekerja. Alhamdulillah agak mudah untuk diorang dapat job offer. Kakak sekarang ni di McDermott Asia Pacific happy je kerja kat sana so far. 
Image
Inilah punca tak dapat ke convocation Kakak. Panggilan ini lebih agung untuk ditolak. Pak Arab ubah semua DOB kami ke awal sehari. Entah kenapa. Sangat berterima kasih pada Allah untuk rezeki ini. Walau cuaca di sana panas yang amat, takpe. Kawan-kawan sebilik dah tanya selepas habis mashariq, kalau tiba-tiba ada peluang ke sana lagi dengan muasassah lagi nak ke? Pantas je jawab tanpa ragu nak! Hanya kami geng-geng muasassah je faham cabaran waktu mashariq tu tapi tetap manis untuk dikenang. Yang paling kami gelak besar kalau mengenangkan waktu mashariq adalah di Mudzalifah. Selepas jama' Maghrib and Isya' kami boleh lena ye bergelimpangan berbumbungkan langit dan bahang dari tanah tu macam kena salai, apa ada hal. Tetap nyenyak tidur kami. Macam tak percaya boleh lena. Sebelum tu gunalah fan tala kat muka, lepas mata dah kuyu, onz je tidur walau fan tu dioff. Fan tu USB fan. 
Image
Lebih best ada 2 oarng ni jugak. Rezeki yang sangat tak disangka-sangka. Tiga-tiga ke sana bujangan. Senang sikit nak set masa nak jumpa. 
Image
Sebelum Aiza and Ayie balik ke Malaysia and I went to Madinah, sempatlah berkumpul jumpa geng-geng UUM di Clock Tower. Shafri dengan Alia tu dah lama sungguh tak jumpa. Last rasanya masa wedding diorang, awal-awal lepas grad dulu. Yang lain tu adalah jugak jumpa recently. Ajue jumpa di Karate Tournament(anak-anak punya tournament, mak-mak sembang), Ida lak jumpa masa wedding anak Tun bulan berapa hari tu. Sangat bersyukur dengan rezeki-rezeki sepanjang 2024 ini. 

I berlepas just before result SPM keluar so tak dapat nak teman anakanda ambik result. Alhamdulillah jugak untuk result Baby. Dia pun happy je di asasi tu. Semua tu rezeki.





Monday, November 27, 2023

And the day

 

Image

Saturday, October 28, 2023

48

 

Hmmmm… officially 48 and macam2 cerita kehidupan ada.


Nak masuk umur 48, I didn’t expect I would go to operating theatre. Dia punya dup dap tu lain macam. Ntah kot dalam kubur nanti dupdap camtu jugak nak menjawab mungkar nakir. At least dalam OT lepas kena bius, terus tak sedar apa. Dalam kubur, kot kena seksa je. 


Kisah surgery

5/8 dlm kul 2pm jumpa sorang sahabat yg memberi berita mengejutkan. She had biopsy in the morning and dr ultrasound dia doctor dh ckp 70% chances of cancer. It’s breast cancer. Then I told her aku ada lump gak kt breast kanan. Siap bg dia rasa. So dr sharing tu buatkan diri nekad nk check jugak. 


8/8 did my 1st mammogram in life kt BP lab. Buat pun dah petang lepas Brisbane off from work. So tak boleh nak dapat result on the same day.


9/8 dapat report pepagi buta via email. BIRADS 4-suspicious abnormality & suggested utk buat ultrasound & biopsy.

Then bermulalah breast & endocrine surgeon hunting. I wanted female surgeon & none available in Klang. Columbia Asia Bukit Rimau ada visiting surgeon every Saturday from Hospital Putrajaya but then her earlieast available date would only be on 2nd Sep. Dr Sarinah at Avisena plak tak accept new patient till 28 Aug coz she’s going to perform umrah. Surgeon kt Sunway ada slot 21st Aug but then I got earlier slot with Dr Nor Faezan UiTM Private Specialist Centre on 18th Aug. Dr Tan & Dr Saladina both doctors ada kt 2 hospitals punya appointment lambat lg. Busy kan surgeon?


18/8 Dr Faezan checked and then referred to radiologist utk buat ultrasound and biopsy under ultrasound guidance so less number of injections for specimen collection tu. 3 kali je kena cucuk. Before biopsy tu radiologist dah bagi dengar bunyi needle utk amek specimen tu since dia nak suh I ready for that. Bunyi dia ala2 stapler tu. Since buat dekat je ngan area telinga ni kan, bunyi dia memang sgt kuat. Agak terkejut gak walau dh try to get ready. Lepas abis biopsy, radiologist cakap jgn risaukan lebam tu nanti. Dia akan hilang. Kena pakai bra yg ketat sampai bukak plaster the next day sbb diorg takut berdarah. Alhamdulillah next day masa bukak plaster tu ok je tp bruises memang took time to heal.


24/8 reviewed biopsy result and alhamdulillah no cancer cell found. Benign fibroepithelial lession, differential diagnosis includes fibroadenoma and phyllodes tumor.  Dr Faezan ckp lump ni besar so dia memang rekemen utk buang aje. Cara cut utk fibroadenoma and phyllodes tumor berbeza and for my case, she thinks it is phyllodes tumor. Utk ni dia kena ambik breast tissue as well keliling lump tu sbb phyllodes tumor ni jenis berakar & blh jd lg di kemudian hari. The whole thing will be sent to pathology for another test nak determine betul2 benign. Phyllodes tumor ada 3 types, benign, borderline & malignant.  Terus set date utk surgery, 4/9. Admission 3/9 utk buat blood test, ecg & chest xray sbb kena General Anaesthesia.


1/9 belah ptg masa layan netflix terasa abdomen mencucuk. Arghhh! Body dh antar sign sakit lama nk serang. I had gallstone attack Mac 2020 the last one.


2/9 antar Baby blk hostel, otw nk blk rumah mmg dh x selesa dh. Duduk dlm kereta serba x kena. Sampai rumah terus mandi & telan painkiller yg 90mg & terus tido.


3/9 jaga dlm 5:20. Few minutes tu ok lg tp lps tu dh started rasa loya, abdomen cramp. Few minutes sblm azan Subuh till abis org jemaah Subuh, mmg kesakitan yg amat sgt. Masa tu rasa nk suh call ambulance aje dh. Izam blk surau tgk I basah lencun berpeluh, masa tahan sakit tu mmg berpeluh sakan. Nk ckp masa dia tanya pun xde tenaga. Masa tu mampu duk meringkuk je, posisi plg selesa. Lama gak camtu. Then mandi. Lps mandi Allah angkat sikit rasa sakit tu & blhlah terlena jap. Sblm terlena tu sempat pesan kt adik packing brg2 Ibu. Terjaga dlm 9:20am tu terus siap2 nk ke hosp. Admission day kan. Bloodtest result utk liver function mmg haywire as expected. Anaes yg jumpa ckp bilirubin u ni pun tinggi besides ALT, AST and GGT. Nasib xde kena jaundice. Ni mmg expected utk org with gallstone. Kena on drip utk heal liver. Surgeon kata we will proceed with surgery as planned.


4/9 puasa started at 6am as surgery is scheduled at 2pm. Last meal at 5:50am. Pg2 nurse dh bg baju OT and katanya siap dlm 1pm sekali kul 12pm dh disuruh bersiap. 12:30 dh dlm OT. Yg last ingat dlm OT kena bernafas guna O2 mask tu and then bila anaes cucuk ubat dekat iv, terasa tapak tangan macam ada palang. Sedar2 dikejutkan dlm observation room. Soalan first diorg puan mimpi apa? Macam tau2 je bermimpi. Mimpikan suasana dalam OT yang tak tahan tu. Ntah pape tp lurus bendul je jawab soalan anaes tu. Then nurses kata puan ada alergic ubat muscle relaxation, tgn puan merah2. Nk pusing tgk pun takde kudrat rasanya. Kita masukkan ubat utk allergic ye. Then diorg tanya skala sakit, terus jawab 7. Diorg tanya lg sakit camana. Jawab je berdenyut. Tambah another 2mg of morphine. Then anaes dtg letak tiub oxygen pulak ganti yg jenis pekup tu. Dia bgtau lg pasal allergic. Katanya dah check hanya tangan kiri je yg kena. Tangan kiri yang ada iv. Anaes tanya ada sakit tekak tak, ye lah dlm OT kan kena intubated then I cakap tak sakit tp rasa tak selesa je. Tepi bibir pun ada rasa x selesa bekas tape masa diorg intubate td kot. Then surgeon dtg. Bgtau kena buat abdomen ultrasound besok sbb nk tgk gallblader & liver. Dia tunjuk gambar lump yg dikeluarkan. Size 8x6cm. Blk ward anaes & surgeon dtg visit lg utk check. Dekat ward dh nk ilang dah mamai2 tu. Blk2 ward nak terkencing, nurse kata kencing dlm besen je lah tp I insisted nk kencing kt toilet. It was a success! Xde pening, xde jatuh. Alhamdulillah. First minum air rasa x selesa kt tekak. Tp tak loya or muntah so surgeon bg je makan ptg tu. Lapar tp mampu makan suku je kot portion dinner tu. Mlm tu dekat pukul 11 nurse dtg bgtau kena puasa lg starting from 12am sampai siap buat ultrasound pg esoknya.


5/9 Dr Faezan awal2 dh buat ward visit sebab dia kena bukak plaster yg ketat nak prepare utk ultrasound. Belah yg sama nak scan, kenalah bukak plaster. Tinggal plaster kecik untuk tutup luka. Luka ok cuma concern dia my liver & gallblader aje. Kalau utk surgery, dh blh discharge dh pun tp my abdomen lah yg hold her. Dia kata u pergi ultrasound dulu and I’ll meet u after that. 8:15 turun ke radiology buat ultrasound. Radiologist terus ckp kalau I, I won’t discharge u. U r basically not well yet. Inflammation merata ni hah. Balik ward, Dr Faezan dtg lg and dia kata ok, kita tahan u utk continue antibiotic lg. Antibiotic via iv line tu. Bila discharge baru blh sambung antibiotic yg tablet punya. Drip air masih kena continue sbb mmg dia nk bg color urine clear, liver function improves. Masa kena acute gallstone attack, urine color mmg scary ye. Even stool color pun pale yg amat. Hari ni gak tangan tempat iv line tu bengkak. Bermula episod cucuk2 nak cari iv line baru. Byk kali ye. Mmg my veins sgt halus, dr dulu mmg itu masalah utama. Kali ni mmg sakit kena cucuk utk iv line tp end up bengkak bila diorg test dgn masukkan air so diorg kena tukar lg. Lastly doctor sendiri yg kena buat. Mlm tu masa tido terasa tangan kiri susah nk gerak. Nak genggam pun payah. Tp mmg takde daya nk tgk apa jd.


6/9 masa nurse bukak lampu nak check BP tu baru tgk tgn yg susah nk gerak tu. Dh bengkak. Terus nurse bg ice pack utk tuam and kena sentiasa gerak2kan tangan. Diorg pun stopkan kejap drip air nk tgk kot drip yg sebabkan bengkak yg teruk. Lps  bersihkan badan, makan, baru depa sambung blk drip. Then rest je lah. Hari ni doctor dh bgtau awal2 yg dia akan dtg lewat sket utk ward visit. Tgh hari doc dtg bgtau blh discharge lps drip antibiotic. Then doctor bukak plaster tpt jahit tu. Lps bukak plaster, doctor spray waterproof and lps tu blh la kalau nk basahkan dh. Few days dh mandi rasa x puas since upper body kena lap2 aje. Dpt MC sampai 15/9. Jd lama sbb inflammation due to gallstone attack and bkn sbb surgery pun. Nak dijadikan cerita kan? 


12/9 kena ke hospital utk blood taking and review bloodtest & pathology report on 15/9. 


15/9 dapat turn kedua jumpa Dr Faezan walau rasanya dah sampai awal. Doctor check tempat jahitan, ok, no infection. Bruises memang ambik masa nak hilang. Teruk ye bruises sebab katanya guna retractor kan. Then doctor tunjuk pathology report kata borderline phyllodes tumor. Every year kena buat mammogram & ultrasound but doctor wants to meet me every 6 months. Dia nak monitor in case jadi blk. Phyllodes tumor jenis suka tumbuh dekat tempat yg sama. Then she asked me what’s the plan for gallstone? She wanted to refer to another surgeon who is specialized in hepatology. I said I will set an appointment with him whenever I’m recovered from this surgery. 


16/10 baru semua benang dissolved. Masa Eline and Zie datang visit, depa masih dpt tgk yg belum dissolved sikit. Depa datang 15/10. Bruises pun baru hilang habis lepas benang semua dissolved. Punyalah lama duk hadap lebam2 tu. 


Gallstone ni ntah bila nak treat. Masih ada rasa x selesa belah kanan tu once in a while but I’m trying very hard to pantang makan. Bykkan anti oxidant food, less carbs tu. Cuba untuk redakan sakit naturally dulu tp nak buat liver flush belum mampu. The worst taste nak telan olive oil setengah cawan mix dgn half cup of lemon juice. Rasanya x terungkap dgn kata2.


Sunday, November 27, 2022

Your Day

 

Image

Tuesday, May 24, 2022

Anak-anak

 

Image
2022 Baby tukar sekolah ke sini. Memang I put this school as 1st choice sebab sekolah kat Klang Valley susah nak tembus lagi-lagi untuk F4. Memang tak sangka dapat tapi Allah kata tu rezeki dia. Minggu ni tengah exam and katanya semua papers susah Bu. Moga she can give her best kat sini. Doakan ye!

Image

Alhamdulilah for this. Kakak gave her very best untuk 2nd semester dia di sana. Grainger Library dengan Engineering Hall tu dah jadi rumah dialah untuk hasil sebegini. Grainger Lib tutup at 3am, memang time dia busy tu she was there till that time and then continued at Engineering Hall till sunrise. She once called me from the library about 2am her time, penuh lib tu. Dia kata tu normal view di Grainger, engineer's life. Last few weeks memang her schedule was hectic. Nasib ada Nuha and Aqish nak masak for raya kalau tak, tak tau lah apa yang diorang nak makan since dia, Emily and Najwa memang busy gegila. Minggu raya tu minggu terakhir classes before final. Masa tu lah semua projects submission, projects presentation and then prep for final. Sekarang ni dia tengah pusing east coast started with Washington DC. Tidur di rumah Puan Sarah, officer yang jaga bebudak JPA kat sana. Lepas ni menumpang rumah kawan-kawan di tempat yang dia nak pergi



Saturday, November 27, 2021

The Day

Image

Friday, August 27, 2021

Post SPM Adik

Adik ni punyalah nak sangat buat Data Science kat Korea so YTP dia punya 1st choice adalah Pre-Korea and 2nd choice dia IB Science and Technology. JPA pun dia applied JKPJ programme. Untuk 1st intake memang dia tak dapat. Bengkak mata dia lepas result YTP keluar, package sekali dengan bad mood. Masa result JPA keluar dia macam dah berpijak di bumi nyata. 

Then 9th Aug I got to know YTP 2nd intake untuk Pre-Korea keluar. Again dia frustrated since masih tak dapat. Then sembang-sembang pagi 11 Aug, dia terus cakap, "OK, Adik dah tak mengharap dah.". Sekali at 12:48pm on that day, dia dapat sms and right away she sent to me. Ibu dia kerja kat bawah, dia tengah kelas kat bilik dia.
Image
Dia terus kata unexpected betul. Yelah, not in her choices pun apa yang Mara offered tu. Bila dia went through the offer, dia terus macam contemplated. Siap bagi #risauselalu. Ye lah plan asal nak buat science and technology but instead getting engineering offer. So I asked her to think carefully. Kenalah research courses yg MARA offered tu, buat solat istikharah.

Awal pagi next day tu memang I woke her up suruh bangun solat sunat. Pagi tu lepas Subuh as usual dia ngaji and right lepas ngaji dia terus cakap, Adik dah decide nak ambik offer YTP so as ibu kita raikan je lah pulak tu pagi tu busy sediakan food dulu untuk anak-anak since Babah dia, Abang and myself ada 2nd dose appointment. Masa nak keluar tu, I told si kenit to stay at Adik's room tapi jangan bising sebab Adik ada kelas sekali dia kata mana ada Adik ada kelas. Adik dah tarik diri dari asasi. Gugur jantung ibu dia sebab bab tarik diri dari asasi tu memang belum discuss. Hailah anak. Sabo je lah.

This week her classes started. Lebih packed dari jadual asasi dia. Doakan dia ye? Moga semua dipermudahkan nak belajar Japanese language dan nak belajar semua subjects in Japanese except for English and General Studies papers.