AlhamdulilLah… terjawab juga akhirnya penantian bilakah lagi masanya Allah akan melepaskan diriku dari taklifan ini. Akhirnya, bila ana membaca di dalam utusan malaysia hari ni ada jugak keratan akhbar yang menyatakan tarikh pemilihan @ PRK di USIM ialah 13 Januari. Ramai kengkawan dan ahli exco2 dah mula panggil ana TUN MOHD FARID. Memang menjadi kelaziman, rakan taulan memanggil ana Dato’, nampaknya dah diberi panggilan baru plak. Berikut antara keratan akhbar tersebut:
Pemilihan MPP USIM harus bebas campur tangan luar
NILAI 24 Okt. – Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini berharap proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada 13 Januari tahun depan bebas daripada sebarang campur tangan pihak luar.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Asin Dollah berkata, pelajar perlu diberi kebebasan memilih barisan kepimpinan yang difikirkan layak mewakili mereka dalam MPP.
Menurut beliau, tindakan melobi oleh pihak luar boleh mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap pelajar USIM selaku generasi kepimpinan negara pada masa akan datang.
”Saya berharap tiada tetamu yang tidak diundang muncul semasa pemilihan MPP berlangsung nanti. Biarkan pelajar USIM bebas memilih pemimpin mereka sendiri,” ujarnya.
Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri USIM di Stadium Tertutup Nilai dekat sini hari ini.
Jelas beliau, proses pemilihan MPP USIM sebelum ini berjalan dengan lancar kerana tiada campur tangan dari luar.
”Hasilnya, barisan kepimpinan MPP sedia ada berjaya melaksanakan kesemua aktiviti dan program yang dirancang tanpa gangguan oleh mana-mana pihak,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Mohamed Asin, setakat ini belum ada cubaan oleh pihak luar untuk mempengaruhi proses pemilihan MPP USIM.
Sementara itu, Mohamed Asin menasihatkan calon yang akan bertanding dalam pemilihan MPP supaya tidak melupakan tanggungjawab utama mereka selaku pelajar iaitu mengejar kecemerlangan dalam bidang akademik.
Beliau memberitahu, pihak USIM telah menetapkan calon mesti mempunyai Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) 2.7 ke atas.
Ha… inilah yang ditunggu-tunggu sebenarnya. Bukan tak mau nak berbakti lagi pada USIM, tapi sekarang ni dah terasa sangat bahang nak kena buat tesis. Proposal saja pun dah pening. Dengan turunnya ana dari takhta “YDP” dapatlah meringankan diri untuk fokus kepada tesis.
Bagi mereka yang bakal merebut jawatan YDP MPP tahun depan, harap2 dapat bersabar dan mula la kempen dari sekarang. Desas desus yang ana dengar ada 2-3 orang dok intai n berminat ngan jawatan YDP nih… yang tua pun ada, yang muda pun ada, yang langsung tak layak pun ada jugak nak mengidam post ni… tapi, belum cuba belum tau… sekali kena.. ha, Salamatan fiddin wa ‘afiatan fil jasaddd…
Apa pun, ana nak ucapkan terima kasih kepada pihak universiti yang akhirnya menyatakan juga tarikh persaraan wajib kami semua. Moga adalah sedikit sebanyak amal kami yang dipandang oleh Allah.
“Wahai Tuhan, ampunkan kesalahan dan kekurangan kami. Perbaikilah kami dan generasi kami seterusnya agar mereka lebih mulia dan baik dari kami… Amiiin…”




Komentar Anda