Friday, September 20, 2019
Thursday, November 15, 2018
rough day
October has changed me
Im back with stronger mind
but... fragile heart
I tried to escape
many times
but... then I realized that its not the way to live a life
Give it away
Face it.
Sometime.. having a big heart is just sucks
May Allah ease everything
Im back with stronger mind
but... fragile heart
I tried to escape
many times
but... then I realized that its not the way to live a life
Give it away
Face it.
Sometime.. having a big heart is just sucks
May Allah ease everything
Friday, September 7, 2018
Wednesday, July 4, 2018
Tuesday, September 12, 2017
9 Months
A little bit of everything that happened in 2017... as for now... hehe!
It was in Dec 2016 anyway. Dr Fhitri's wedding at Penang.
Jan 2017 - joined Young Living membership!
Im ❤ ing it!
Jan 2017 - DVS netball training at Kompleks Sukan Bukit Kiara. Playing for Sukan MoA
Feb 2017 - Sukan MoA at UUM Sintok. In front of hostel with DVS netballers
Feb 2017 - The Shuhays trip to Ho Chi Minh
Feb 2017 - The Shuhays at HCM
March 2017 - Mat Zain & Co. fishing trip
April 2017 - Short vacay to Malacca
May 2017 - Double birthday celeb!
June 2017 - Dairy farm visit in ramadhan!
June 2017 - 1st Syawal in Teluk Intan
July 2017 - Amin ❤ Fadiah Solemnization at Skudai
July 2017 - Reception Dinner at R.O Memories Skudai
July 2017 - Wedding Reception at Dewan Perbandaran Teluk Intan
Aisya Hani, Arissa Nur Tihani & Aisya Hana
Si puteh
Aug 2017 - Happy me. Valor essential oil first try.
Sept 2017 - with zumba geng 💪💃
Sept 2017 - Rockbund Fishing Chalet
Last day for internship student - Adilah & Alicia
Today - when husband is away
Cherish every moment.
Appreciate small thing.
Live life to the fullest.
Love & Respect,
Mrs. Farizal
12 Sept 2017
Monday, May 2, 2016
nurulpateha
Paling rekod. 5 bulan blog tak bersentuh.
Log in pun rasanya ermm... sebulan sekali pun tidak. Boleh katakan, hampir lupa nurulpateha ada blog.
Orang buat blog, nurulpateha nak blog jugak.
Dah ada blog, tak konsisten pulak menulis. Terbiar aje. Macam takda tuan.
Tak relevan dah nak bercerita pasal azam 2016 watsoeva. Dah tengah tahun kot! Tengok balik draft entry, ada yang dah tak relevan, outdated, maka dengan hati sayunya, ku delete draft itu. Ada beberapa draft entry traveling, since 2013/2014 punya trip bayangkan! ayoyyoyyo!
Hutang entry 2013
- Umrah April2013
- 5th Bandung
Hutang entry trip 2014
- journey to the north (alor setar, padang besar, sik, tasik beris)
Hutang entry trip 2015
- Medan Jan2015
- Langkawi Mei2015
- Singapore Nov 2015
Hutang entry trip 2016
- Yogyakarta Mac2016
- Cameron Highlands April2016
Upcoming trip InsyaAllah
- Pantai timur Jun2016
- Bandung Ogos2016
- Johor convo trip Okt2016
- Osaka Dis2016
alasan busy,
alasan fb dan ig telah mendominasi waktuku.
alasan sejak pakai android smartphone macam tak semangat blog, eh.
ntah apa-apa aje lah kau nurulpateha.
alasan sejak pakai android smartphone macam tak semangat blog, eh.
ntah apa-apa aje lah kau nurulpateha.
Bagi saya, blog masih relevan.
Nak beli barang, nak bercuti, nak travel, nak cari tips, review dari blog juga yang kucari. Browse sana browse sini, bookmark blog sana, bookmark blog sini.
Jom2. Semangat balik tulih blog jom!!
22 Mei 2016
Saturday, November 7, 2015
Recharge.
Hibernate.
Recharge.
Pamper myself.
Buat apa yang saya suka buat tapi dah lama tak dapat buat.
- Baca buku (real physical book, not ibooks, not blogs, not ebook). jangankan physical book, physical newspaper pun dah lama tak pegang ni.
- Tulis blog.
- Teruskan draft penulisan yang dah berbulan-bulan terhenti di muka surat 68.
- Lagi satu... travel journal! Lamanya tak update!
No shopping. No outing. No dining out.
I just want to be at home.
Minggu ni entah kenapa, stress level boleh tahan tinggi. Sampaikan petang jumaat kelmarin dah rasa nak surrender sangat dekat office. Letih ya amat, tapi digagahkan jugak habiskan kerja sampai pukul 6 petang. Mentally and emotionally exhausted. Kurang vitamin kah teha? PMS? Macam belum lagi. Ada perkara yang dirancang awal tak jadi seperti sepatutnya, liaise sana liaise sini. Tukar sana, tukar sini, Plan A, Plan B sampai Plan C sudahnya baru nampak ada penyelesaian. Meetings, appointments, rumours, test report, client, urgent cases, expert visit, student attachment, 'mengejar' orang dan 'dikejar', termasuklah perangai-perangai orang yang amat-amatlah menguji kepanas-baranan. Blerghhh!
Tak sabar nak cuti hujung November ni, tapi kena menempuh internal audit dulu! Bertabahlah wahai teha. Dah tak berapa nak tabah dah ni, makin goyah ada lah T___T. Doakan agar semuanya lancar dan dipermudahkan ya.
![]() |
| Tq Debbra for such a lovely gift! Really love it! |
home-sweet-home
7 November 2015 , 10:08pm
Keep calm.
Minggu lepas mengerjakan full itinerary, checklist, transportation dan cost. Walaupun tak jauh mana, tapi itulah yg kami buat setiap kali bercuti. Family trip, 8 orang semuanya. Agak mencabar jugak kali ni bila memilih untuk aturkan semuanya sendiri. Selain lebih jimat, dpt juga susun itinerary ikut preference kita sendiri. Baru puas hati kan:)
Naik van, naik flight, teksi, MRT, jalan kaki, naik bas, dan pulang pula dengan keretapi malam selama 12 jam insyaAllah akan dirasai. Perjalanan keretapi yg paling lama setakat ni bagi saya.
Apapun, best exercise mcmni walau naik juling biji mata tgk google maps, memahamkam route2 public transport dan dptkan kadar tambangnya sekali. Nasib baiklah semua infomasi di hujung jari dan ada juga yang tanyakan pada kawan2 yang ada pengalaman.
Selain itinerary, yang penting dan kena dirancang awal (seawal beli tiket flight promosi:p) ialah bab cost. Dah jadi kebiasaan kami, nak mana-mana percutian sekalipun especially overseas, kami akan buat sehabis detail (cost per head), kemudian allocate siap2 ikut kegunaan utk elakkan overspend di mana2 bahagian dan mengakibatkan percutian jadi tak best, no more fun. Cth yg paling senang bila tak asing duit, overspend masa shopping mengakibatkan allocation utk makan jadi lari lepastu mulalah berkira2 nak makan, tak bestlah mcmtu kan. Ikutlah mana tempat nak dituju, ada tmpt RM 40-50/head/day dah cukup contohnya ke Indonesia, ada tmpt yg currency lebih tinggi mungkin perlu hingga RM100-150/head/day. Contohnya, kalau letak RM 50 sehari, Kalau pergi 4 orang selama 4 hari, maka RM200/head perlu diasingkan seorang, jumlahnya RM800 untuk makan sahaja mesti diasingkan. Apapun jadi, makan tetap kena makan kan? Hahahaa..
Macamtu jugak dgn kos lain. Bukan masalah berkira duit, tapi soal nak uruskan duit tu dan nak melancarkan semua urusan semasa tengah bercuti. Mungkin ada yg senang dgn cara dengan bawa sejumlah wang yg difikirkan cukup pada masa tu. Bila sampai ke destinasi kemudian bayar hotel, bayar transport, bayar entrance fee, shopping, bayar makan hari pertama dan kedua, tiba2 masuk hari ketiga rasa eh tinggal banyak ni saja duit?? Ada lagi dua hari dkt sini! Kelam kabut, tak seronok, terbajet2 akibat baru tersedar dah terover spend. Kalau dalam negara masih boleh withdraw duit yg ada dalam bank. Cuma kalau duit tu dah ada kegunaannya yang menunggu (installment kereta ke, installment rumah ke, renew roadtax insurance ke), kesannya akan dirasai bila balik dari bercuti nanti. Tak pasal kena ikat perut tunggu gaji disebabkan overspend masa pergi bercuti. No no no... Jangan gitu. Tu namanya no more fun. Balik bercuti patutnya semua orang happy, fresh dan bersemangat untuk kembali ke rutin normal.
Eh panjang pulak. Selain dari ada perancangan kewangan, its also good to have a fund for your vacation / traveling. Tak kisah lah cara apa nak menyimpannya tu, simpan ikut warna banknotes ke, ikut tarikh ke, bulanan ke, main kutu ke, cemana pun takpa :)
Im counting!!
Moga dipermudahkan semua urusan dan semuanya baik2 saja.
#travelogMrsFarizal
7 November 2015 : 8:31 pm
Travelog Mrs. Farizal : Langkawi (Mei 2015)
[entry delayed. draft terperam berbulan-bulan]
Salam semua.
Punyalah counting days nak ke Langkawi. Berkobar-kobar walaupun hakikatnya kerja tengah menimbun dan tarikh trip ke Langkawi ni pulak sebenarnya clash dengan satu bengkel yang dianjurkan. Alhamdulillah, dapat colleague yang sangat2 memahami, dan boleh cover ketiadaan saya.
Trip 4 hari 3 malam (22 - 25 Mei) ni disertai oleh kesemua ahli keluarga saya termasuklah ipar duai. Tak ramai pun, kami dalam 10 orang semuanya (9 dewasa, 1 baby). Yang dari Johor Bahru, adik perempuan, suaminya dan adik lelaki bongsu saya - mereka naik flight dari Senai ke Langkawi. Senang dan mudah, jimat banyak masa. Adik no 3, dah siap2 bermalam di rumah keluarga mertuanya di Kangar, Perlis. Saya dan suami pulak bawak bapak dan ummi, bertolak dari Ipoh. Janji jumpa di Kangar, dan naik feri sama2.
Disebabkan kami yang naik feri dari Kuala Perlis ni sedikit terlewat sampai, rupanya orang jauh dari JB yang sampai dulu. Patutnya kami yang pick up mereka di airport, sudahnya jadi mereka pula yang menyambut kami di Jeti Kuah. Kami decide ambil 2 buah kereta sewa. Kadar sewa pun tak mahal sebab bukan peak season, bukan cuti sekolah.
Sampai saja, kami pun cari makan tengahari dan kemudian cari homestay yang telah ditempah awal. Rasanya macam takda pulak gambar homestay kami, huhu. Lokasinya di Taman Helang Perdana, rumah teres 2 tingkat, 4 bilik tidur, 3 bilik air, RM 250 semalam. Boleh juga tengok di Official FB mereka Tempahan Chalet & Homestay Langkawi Kedah (klik sini untuk ke FB mereka).
Tentatif lebih kurang gini lah.
22 Mei 2015, Jumaat
2:30 petang : Tiba di homestay Taman Helang Perdana
5:00 petang : Makan laksa di tepi airport dan jalan-jalan petang di Chenang.
sebelah malam : Lepas makan malam, kami rehat sebab esoknya nak berjalan seharian ke Cable Car dan Muzium 3D.
23 Mei 2015, Sabtu
Beli breakfast di gerai berhampiran taman
10:00 pagi : tiba di Cable Car. Beratur beli tiket punya lah panjang walaupun bukan cuti sekolah! Selesai cable car, kami ke Muzium 3D pulak. Bergambarlah terbaring terduduk ternganga, terlompat semua ada. hehehee...
Malam : Hati mula resah sebab tak nampak bayang Haji Ismail Group (HIG) atau Idaman Suri. Punyalah menahan. Hahahahaaa.. Akhirnya malam tu kami pun ke HIG dan Idaman Suri untuk survey harga.
24 Mei 2015, Ahad
Pagi : Shopping di HIG, Idaman Suri dan pekan Kuah.
Petang : Geng lelaki nak pi parasailing di Chenang. Kami pun pergi Chenang lagi. Rileks, jalan2 ambil2 gambar.
25 Mei 2015, Isnin
Yang paling awal kena berangkat pulang adalah geng johor. Flight diorg pukul 11:00 pagi. Kami pun siap2 lah selesai saja breakfast, hantar diaorg ke airport. Kami pulak ambil feri pukul 1:00 petang.
Takda banyak tips nak share, semua orang dah familiar dengan Langkawi rasanya. No contact homestay saya ada share dekat atas. Kereta pulak kami contact En. Shamsibah, nombor telefon : 012-444 0109. InsyaAllah harga berpatutan, urusan pun senang, keadaan kereta pun baik.
![]() |
| hakak yang sado :p |
Sampai saja, kami pun cari makan tengahari dan kemudian cari homestay yang telah ditempah awal. Rasanya macam takda pulak gambar homestay kami, huhu. Lokasinya di Taman Helang Perdana, rumah teres 2 tingkat, 4 bilik tidur, 3 bilik air, RM 250 semalam. Boleh juga tengok di Official FB mereka Tempahan Chalet & Homestay Langkawi Kedah (klik sini untuk ke FB mereka).
Tentatif lebih kurang gini lah.
22 Mei 2015, Jumaat
2:30 petang : Tiba di homestay Taman Helang Perdana
5:00 petang : Makan laksa di tepi airport dan jalan-jalan petang di Chenang.
sebelah malam : Lepas makan malam, kami rehat sebab esoknya nak berjalan seharian ke Cable Car dan Muzium 3D.
23 Mei 2015, Sabtu
Beli breakfast di gerai berhampiran taman
10:00 pagi : tiba di Cable Car. Beratur beli tiket punya lah panjang walaupun bukan cuti sekolah! Selesai cable car, kami ke Muzium 3D pulak. Bergambarlah terbaring terduduk ternganga, terlompat semua ada. hehehee...
Malam : Hati mula resah sebab tak nampak bayang Haji Ismail Group (HIG) atau Idaman Suri. Punyalah menahan. Hahahahaaa.. Akhirnya malam tu kami pun ke HIG dan Idaman Suri untuk survey harga.
24 Mei 2015, Ahad
Pagi : Shopping di HIG, Idaman Suri dan pekan Kuah.
Petang : Geng lelaki nak pi parasailing di Chenang. Kami pun pergi Chenang lagi. Rileks, jalan2 ambil2 gambar.
25 Mei 2015, Isnin
Yang paling awal kena berangkat pulang adalah geng johor. Flight diorg pukul 11:00 pagi. Kami pun siap2 lah selesai saja breakfast, hantar diaorg ke airport. Kami pulak ambil feri pukul 1:00 petang.
![]() |
| Kami bersepuluh.. hehee.. Makan laksa tepi airport Langkawi. |
![]() |
| Makan malam di Restoren Wan Thai. |
![]() |
| Recommended Thai restaurant. |
![]() |
| Memang tak banyak kerenah si Arissa ni. Dia teman papa dan paksunya parasailing di Chenang. |
![]() |
| Lelaki-lelaki dalam hidup :) |
![]() |
| Adik bongsu, Amin :) |
![]() |
| Adik no 2, Ilyana dan suaminya Akmal :) |
![]() |
| Adik no 3, Nani dan suaminya Hafiz. Arissa tidoq. |
![]() |
| Cucu atokkkk. |
![]() |
| Bapak & Ummi di Muzium 3D |
![]() |
| Aksi en. suami :p |
![]() |
| hehehee.. |
![]() |
| Pantai Chenang yang tak pernah tak ramai orang |
![]() |
| Byeee Langkawi, hingga kita berjumpa lagiiiii. |
Takda banyak tips nak share, semua orang dah familiar dengan Langkawi rasanya. No contact homestay saya ada share dekat atas. Kereta pulak kami contact En. Shamsibah, nombor telefon : 012-444 0109. InsyaAllah harga berpatutan, urusan pun senang, keadaan kereta pun baik.
7 November 2015 : 3:45 pm
Subscribe to:
Comments (Atom)



























