Hari ni aku dah letih cakap orang puteh, makanya hari ni gatal nak tulis melayu setelah lama tak mengarang dan menulis dalam bahasa ibunda tersendiri. Makanya, itulah kad pelajar mahasitua Fendiosman untuk sepanjang setahun berada di Londang ini. Diam tak diam, hari ni Fendiosman sebenarnya dok buat persediaan untuk kuliah minggu depan dan rasanya hujung minggu ni memang akan bertapa dalam rumah untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
Dah lama sangat kerja, semuanya nampak mudah! Tapi untuk masuk kelas pertama, tak semudah seperti yang disangka ya murid-murid. Menitis air mata Fendiosman bila balik dari kelas sebab terkedu dengan accent para pensyarah yang terhormat. Bukan British accent, tapi ada French accent, ada Japanglish, ada jugak Danishinglish dan ditambah pula dengan rakan sekelas yang rata-ratanya berbahasa Itali yang menjadi Italinglish, dari Afrika dengan Mister Omwokwopopo accent. Terkulat-kulat Fendiosman n ak mencernakan maklumat yang keluar dari mulut mereka itu. RAM dah outdated! Lambat sikit pikapnya!
Bagi mengelakkan insiden-insiden tidak diingini berlaku, terpaksalah gigih mencetak nota sendiri, supaya kejadian seperti kuliah pertama tidak berulang. Walaupun dengan cahaya lampu malap-malap di rumah (*gamaknya kat sini takde lampu pendaflour kot?) yang mengundang aktiviti berdengkur setiap malam, Fendiosman gigihkan jugak untuk membaca demi menahan air mata dari tumpah lagi! Heh.....
Aktiviti seharian?
Kalau Fendiosman tak gi perpustakaan menelaah (*tempatnya kecik, kena berebut dengan ramai orang untuk dapatkan best spot)....
Fendiosman melantak di rumah dengan masakan yang pelbagai. Satu persatu eksperimen Fendiosman buat demi memastikan Fendiosman tidak mengeluarkan belanja yang banyak untuk membeli makanan siap. Bahan mentah nampaknya lebih murah, dan kena dengan tekak sendiri. Walaupun ada tempat makan Malaysia di merata ceruk di London, takkan demi sepinggan nasik nak kena naik bas sampai sejam kot? No no no.....sila masak sendiri ya anak-anak.
Ingatkan dah tak jumpa lagi benda alah ni lepas QA di INTAN awal tahun haritu. Rupanya......padanlah muka! Subjek pertama setiap minggu ya. Harapan nak melebatkan rambut kembali nampaknya tipis gara-gara kehadiran kelas yang paling menarik ini.
Jadi, sebagai pelajar yang rajin, kenalah Fendiosman menelaah demi kesejahteraan sarwajagat! Jalan-jalan?
Ada la sikit-sikit.....seperti menengok show dari negara tercinta di Trafalgar Square!
Serta menjejakkan kaki semula ke Greenwich sewaktu hujung minggu. Sekadar mengambil angin, dan meregangkan badan yang kejung sebab terkejut dengan pengalaman masuk kuliah buat kali pertama setelah hampir 10 tahun tak jadi pelajar. Nanti ada masa cek update lagi naaaa!






