Monday, December 31, 2012

Life is not about fairy tales

Sekarang dah jadik trend novel Melayu adapt ke muvi atau telemovie eh?

Smalam I tertengok sat Jauh. Tapik sangat sat la as I rasa tak best sebab watak Ika tuh Fauziah Gous yang pegang walopon Fikri ialah Adi Putra dan kite suke je. Kalo heroin lain jadik Ika mebi I nganga jugak kot semalam.Lagik pon kalo telemuvi neh kompem banyak scene yang dicompresskan and I dun want to ruin my gud memory on that novel.

Jauh neh novel pertama Aisya Sofea yang I baca. Lepas tuh I rajin baca novel beliau tapik Adam dan Hawa kot yang I baca last. Adam dan Hawa yang tengah hot neh pon I tak ikot as umah I tadak Mustika HD. Nama nak tengok ikot YouTube ka apa tak hadap la mak cik. Nanti kot ada sesapa download dah abeh siri I mintak la. Tapik Adam dan Hawa I rasa memang ikot novel sebijik kot. I tengok iklan pon I still ada memori that particular part dalam novel.

Dulu I macam tertunggu jugak novel Sehangat Asmara didrama or muvikan, tapik bila sekarang tengok banyak drama or muvi diadapt from novel terasa macam plis tak payah la. Pastuh pulak cast bukan kegemaran mesti rasa macam waste ja baca novel itu.

Sekarang jangan kata novel, nak baca paper pon tengok tajuk ja kot. Tak sempat baca satu. Satu lagik I rasa bila makin tua neh lagik terasa betapa tak realistiknya novel tuh. Owh, sangat la tak realistik dah semua itu. Tapik kalo baca ending sedih rasa hati patah plak. Masalah betol eh?

As I am getting older, kena berpegang pada dunia realiti dah. Bila baca novel tengok indahnya kehidupan, hidup berakhir dengan happy ending which we know hidup tak semestinya indah. Life is full of ups and downs.

Anything could happen to us. 
Allah saja tempat kita bergantung:)



OMH -Oh Mak Hang

Are'nt you guys gonna get shock if tetiba ada makhluk yang lebih korang saiz hampa ada kat depan pintu begini?

Image

Atau sedang landing di atas katil dengan tenang begini?

Image

Neh ialah kerja ketika lapang suami I. I bukannya takot ye. Excuse me la I nak takot menatang neh walopon iklan cerita hantu tambahan cerita hantu sori I nak tengok. Haha.

Smalam I nak masok bilik menatang neh ada kat depan pintu.Terkejut mak cik. Pastuh dengaq gelakan keji kat dalam bilik disertai dengan ayat,

"Laa..Babah dah kata kat dia dok diam-diam.Dia kata dia boring nak gih turun jenjalan"

Memang kena la suami I.

I ada masalah terkejut. Awai-awai kahwin dulu lagik la, tetiba ada kat depan pintu bilik ayaq la. Time pregnant pon dia salu buat keja cemnih. I kalo berjaya terkejutkan dia balik memang rasa hebat la. Last wik I berjaya. Beliau masok toilet nak amek wudhuk, I tunggu kat depan toilet, tarik rambut ke depan buat hantu Juon. Haha. Terkejut dia.Puas hati I.

Tapik seketika ja la. I ingat dia tengah solat so I kuaq dengan riang. Skalik tergamak dia kelubung muka dengan kain pelekat pastuh tutop lampu bilik. Gila kau! Terkejut mak cik.

Suami I memang suka bab-bab mensabotaj kepenakutan I. On our way tengah-tengah malam kalo dok travel dia boleh ja dok bukak cerita hantu.Bukak cerita hantu tak pa, neh siap buat ayat tetiba tepon I bunyik pastuh dia kol cakap dia tertinggal la. Nak tidoq pon dia bleh buat ayat, bayangkan tetiba Babah kata Babah kat opis lagik neh, sapa yang tido kat sebelah I. Nak ja I cepuk ngan cerita-cerita mistik dia tuh.

Image

Apparently Mikhael tak suka sebab dari dalam peyot kot Umi suka marah Bebear neh. Kalo ada Bebear ja dia mesti nak pukol, kecuali kalo bebear yang tomei dan kecik.

Image
Totomen sedang belasah resakse Bebear.

Saturday, December 29, 2012

Endearment

I teringat nak tulis pasal endearment neh as teringat parents Fiza. It was so comel after over a few decades of marriage tapik still guna endearment Sayang for the partner. It was so rare la nak dengaq orang tua-tua sekarang nak guna endearment to call their spouse.Kecuali dalam drama-drama Melayu kalo ada orang tua yang kawen dengan isteri yang much more muda ada la. 

Parents I pon, my late Mama kalo panggei Abah I, Abah hang. My Abah pon panggei my late Mama, Mama hang. Dalam ceramah agama ada jugak I pernah dengaq kalo dok panggei Mak hang, Pak hang tuh kenapa. Supposedly itu ialah panggilan anak towards the parents. Sebelom kahwin boleh je Sayang la, Baby la, Darling la, lepas kahwen dan-dan jadik mak hang, pak hang. It was kinda funny jugak dengaq.

Tapik I rasa it was true kot. Kalo dengan boyfriend ke, gelfren ke, skandal ke lagik seronok kot kot kalo guna panggilan sayang. Bila dah jadik suami isteri may be tak thrill kot nak bersayang-sayang. Apa barang kan?!

Eh! Sesuka hati ja kan padahal suami I pon tak la hadap panggei I Sayang. Haha. Ada la, but occasionally. Hikhik. We both pon guna kata ganti nama Umi dan Babah jugak. As for now tak dak la lagik Umi hang, Babah hang. Tapik I rasa kata ganti nama Umi dan Babah adalah exclusive as the panggilan show that we have something that we share. Alone. (Memang la kan dah kau guna!Haha).

Actually, I penah doubt jugak ngan penggunaan Umi dan Babah sampai la I terbaca satu soal jawab agama neh.

Soalan: Apakah hukum suami isteri menggunakan nama panggilan mama dan papa dalam perbualan seharian. Adakah ini termasuk dalam zihar atau lain-lain yang dilarang oleh agama?

Jawapan: Panggilan yang baik dalam hubungan interpersonal adalah suatu yang amat dituntut bagi mewujudkan adab hubungan yang mesra dan hormat. Islam tidak menetapkan sebarang panggilan yang khusus antara suami isteri asalkan ia dapat menjaga kredibiliti dan hubungan kedua-dua belah pihak. Panggilan nama penuh, nama timangan, gelaran yang baik, panggilan kasih hatta panggilan fungsi seperti mama atau papa tidak menjadi halangan selagi mana ia dapat menjaga nilai hormat dan kasih sayang suami isteri. Tidak menjadi zihar menggunakan panggilan seperti itu kerana asasnya ia bertujuan untuk memuji serta menghargai dan bukan sebaliknya. Nama-nama berhala, syaitan, neraka atau haiwan tidak boleh digunakan sebagai nama panggilan kerana ia bukan setakat gelaran yang tidak baik tetapi juga tiada nilai adab dan kasih sayang. Malah ia merupakan laknat atau doa keburukan bagi mereka yang dipanggil dengan nama tersebut.

Dijawab oleh MOHD FARID. RAVI ABDULLAH ~ pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).
 
 
By the way, suami I ada ja panggilan sayang lain untuk I sekarang.
UmiHong dan Gemok.
Suwit kan?
#sentap
#saaakit ati




The Hobbit : An Unexpected Journey

Image
*credit*

Mikhael's first movie watched.




Image
Ini bukanlah masa dan tempat kejadian.


Since Jiha came to accompany me for the meeting and picked her car, Umi and Babah membuat cobaan pertama bawak Mikhael tengok muvi. Both of us sebenaqnya sangat la nebes. Tapik saja jugak nak try and error. Turned out ramainya la orang bawak anak kecik dalam panggung.Amek tiket jam 9.30pm, Mikhael time dalam keta dah lalok nak tido. Sampai ja Sunway Carnival, bukan main lagik cargas.

Masok ja dalam panggung, dia rasa pelik kot, gelap pastuh tv besaqqqnya la. Dia dudok atas Babah dia, kosentret tengok skrin. After sometimes, dia dah nantok, he started to nangis-nangis buah. Babah dukong pastuh dia ok je balik.  Umi feed dia, dia tido dengan tenang dalam muvi. Siap lepas tuh Umi nak gih toilet, siap pindah ke tangan Babah pon nyenyak je tido.

Kira walopon tak kosentret sangat still boleh paham la the storyline. Next chapter kuaq Mikhael dah besaq sket dah.Hiks.


Dah nak abes skool break:(

Asal nak abeh ja cuti skolah mesti rasa macam Ultraman yang betri dah bip bip bip jadik kaler merah.
Setelah riang-riang bersuka-sukaan over a month bercuti, nak balik semula ke sekolah rasa macam cemusnya la.

I tak kesah nak start balik sekolah kalo sekolah I tidak memerlukan I bertravel.
Memang la alah biasa tegal biasa, tapik...

Smalam baru ja sampai Penang, balik Telok Panglima Garang just for the sake untuk kutip yuran.
I guru kelas lagik next year. Yay!*rolling eyes*
As Jiha beli keta kat Wafa, since nak gih pick up keta dia maka beliau follow I Khamis tuh.
Alhamdulillah, Mikhael sangat bersikap baik sepanjang jalan and hardly threw tantrums.

Last week pon I balik Telok Panglima Garang jugak - untuk meeting!
Wow sangat kan?
What can we say?
Some people tend to be so unsensitive to others.
Kalo skolah tuh depan umah ja I tak heran la nak gih meeting hari-hari pon.

This school holiday I rasa sat sangat masa walopon cuti start awal.
Mikhael and I spent this school holiday kerap kat Perlis as husband banyak outstation ujung tahun neh.
Literally we spent our time berdua saja with the exception seronok sebab kat umah sendiri je la.
Pejam celik pejam celik dah nak abeh cuti sekolah.
Dah terpaksa pulang ke gagang.

May Allah give me more strength to endure the feeling of heavy and hopeless to come.
Ameen!

Sunday, December 16, 2012

Dinner Anniversary @ Sakae Sushi

I rasa banyak cerita I nak entrikan tapik masa dan Mikhael tak mengizinkan.
Eh?

Ye la, si kecik tuh mana bleh kalo I bersenang-lenang tekan kibod sesorang.
I nak update pasai 1st time makan kat Sakae Sushi time anniversary hari tuh.

It was so chumel of husband when he reached home and hugged me while wishing me a hepi anniversary.
Hiks.

We usually go to Ichiban Ramen for Japanese cuisine. Kalo sushi biasanya beli ja kat Jusco atau Sushi King. Kat Jusco ada diskaun lagik haa.Save!

So, Sakae Sushi agak menarik.Cuisine dia sangat banyak and the best thing is, order pastuh send tros ke kitchen. Mikhael la paling syiok sekali. Kalo dia asik kompem tak tau la manyak mana Umi ngan Babah nak kena bayaq.

Overall, the food is nice. I tak suka sangan miso soup and chawanmushi, suprisingly I managed to finish them. But I prefer spicy chicken ramen at Ichiban. Kat Ichiban pedas-pedas buah ramen dia, kat Sakae tak pedas langsung.

Image
Cemnih tau Babah nak order.

Image
Seboknya dia place order.

Image

Image

Image
Umi's. Saja gedik mau rasa itu scallops.

Image
Baik ja mamam dengan Babah.

Image
Nyum-nyum. Naruto tuh kenyal sungguh.Hoho.

Image
This is my food!

Image
Tempura enak. I wish ada cili sos. Haha. I kan orang kampong.

Image
Sempat wink2 awek ini hero.

Image
Todapnya chawanmunshi dia.

Mikhael pon riang mamam meal for kid dia. Tak penah-penah makan abeh. Pastuh dia yang paling riang naik keta control RM3 for 5 minit. Siap Babah dia turn right, dia pusing stereng to the left. Masok abeh kedai orang sana-sini.
Image
Remp-it!

Saturday, December 15, 2012

Lawatan Over Border

I just returned to Penang again after spending a week in Perlis as husband went to Melaka.
This time around I bawak balik IC okeh.
So, I berjaya masok ke Padang Besaq sebelah Thailand sana.
Since alamat IC I, I buat Perlis lagik makanya I layak buat border pass.
Kanak-kanak under 3 years old bleh share border pass dengan mak dia.



Image
Our border pass - Muka anak-beranak tak bleh blah.

Actually tempat I pi tuh within 5km from immigration check point saja.
Makanya ala-ala pi Pekan saja.
First time masok, I follow Abah I pi market.
Bukan floating market kat Hatyai tuh, market biasa macam kita kat Malaysia neh ja.
Mikhael pon ikot sekali.
I rasa, neh 2nd time kot I masok, sesudah berusia 30 tahun.
I masok gih market tuh tak beli apa pon, I duit I abeh beli makanan ja.
Murah dan sedap.

Lepas tuh, 2,3 kali I masok dengan Kakak I(my sis pon pulang bercuti as my bro in law is going to Mesir), we ols akan berenti beli teh ais yang sangat sedap.
I rasa ais penoh plastik, teh susu dia hardly a cup pon.
Tapik RM1 je, sapa nak bagik?
Sedap giler, kalah teh ais Al-Amin kegemaran I.

Siap I telah suh sorang mak cik patani neh berenti moto kat tepi imigresen sebab nak beli laksa lemak dia.
Padahal kawan tuh nak pi juai kat Kangaq.

Tapik agak bahaya la pemanduan mereka di sempadan sana.
Yang pasti setakat nak gih sebelah sana tuh I dah tere la.
I tak sure la border pass sampai mana ja jarak dia, I tak baca btol-btol.
Kalo bleh sampai Krabi sana nanti bleh la kita pi ye Babah*wink*.





Image
Sebok nak gih dok kat belakang.

Image
Jiha pi cop.



Image
Ikan main letak cemnih ja.

Image
Anak I tak sabar nak berjalan.

Image
Nasik goreng sedap ngan ayam goeng ialah RM3.

Image
Teh ais kat dalam market pon enak.

Image
Kuih-muig super mega enak.


Image
Umi sebok beli-belah kuih.

Image
Ada orang buat syiok try keta.

Image
Bapak I ialah penjajah Siam kata adik I -tanggang!

Tuesday, December 4, 2012

Jutawan Ok!

Last two weeks Mika and I spent almost a week kat Perlis as Babah went to MAHA. So, our daily routines basically were so routinely routine. Mak Teh's taska in the morning as Umi needed to complete her SPPBS stuffs- tompang Wifi and the rest of the destinations were Tasik Melati, Padang Besaq, Kangaq and C-Mart Arau. Hoho.

Umi siap nak gih buat border pass beria lagik. Dah amek gambaq neh kat imegresen Padang Besaq, kali bleh MyKid Mikhael ada tapik IC sendiri tertinggal kat Penang. Bahaya btol.

So, this one particular day after went to Jiha's taska, we went to C-Mart as I wanted to change my car's front light. Plus Jiha nak carik barang untuk budak-budak taska dia punya performancr sekali. I wore bottom track, a shirt , a cardigan plus RM25 tudung segera bought at Kangaq a day before. Jiha pon lebih kurang ja, Dik La ja yang looked presentable sket. It was raining as well.

Lepas btolkan lampu keta, tros gih this particular kedai called Rainbow yang ada barang-barang kelengkap kawen bagai tuh. Seriau dengan Mikhael yang riang nampak barang fancy kat dalam tuh I kuaq dulu. Pastuh ada la kedai tudung nearby. I saja-saja la masok and Jiha turned up after that. Jiha dukong Mikhael sebab budak comot tuh tak pakai kasot.

I pon ramah-ramah buah dengan Mak Cik tuh. Mak cik cakap Keyhell ok. Skali I dengaq anak dia tanya Jiha, Mikhael anak dia dia ka? Jiha kata anak I. Pastuh skalik ada la anak dara dia kat situ. Dok ramah tanya I Mikhael anak sulung ka, I kawen umur brapa la, pasai apa I kawen lambat la blablabla.

Hello! 28 tuh kira muda ok. I Gunung Kinabalu pon tak daki lagik.

Skali mak cik dok kata kat anak dia, suh buat I contoh la blablabla. Neh kapel 4 tahun break la apa la. I ala-ala nak kuaq dah pastuh Dik La plak muncul and her story continued. Skali tanya anak dia umoq brapa, baru 20 tahun. Amboih!

Pastuh siap cerita neh, anak dia tak sambung blajaq, bakal suami tak bagik. Takot nanti orang lain berkenan la bagai. I dengan Jiha selamba ja kata - Blajaq la lagik, bukannya tau masa depan nanti macam mana. Jiha lagik keji la, siap buat ayat tak bleh sangat percaya laki. Dah la tak kawen pon lagik.

Tetiba kuaq cerita kata bakal laki ada kat London la. Tapik polis la plak. Pastuh tiap-tiap bulan bagik duit la. Tetiba kuaq ayat,

"Dia jutawan kak."

Wow! Tergamak sangat ayat tuh. I ala-ala flabbergasted jap. Adik-adik I yag dua orang tuh muka macam tak bleh blah dah. 

Sangat la jutawan bakal laki kan. Tapik I berelok sangka la. May be ada jutawan yang tak suka bakal isteri berhias sebab bakal isteri dah ckop santik. Pesyen berpakaian adalah sangat tak berpesyen ok. Adakah sebab I pakai bottom trek masok kedai itu maka sungguh gah cerita dia. 

Panjang lagik la cerita dia dan kalo dicombine ridiculous pon ada. Dik La kata, cemana la I yang selalu bermuka ketat kalo cerita macam tuh bleh layan dok dengaq. I rasa I kena jampi suh deengaq cerita dia la. Last-last I cakap kata dah pukul 6, I tak solat Asar lagik. Anak beranak boleh sambung sembang lagik.

Memang lepas tuh jadik bahan la. Adik-adik I siap ajak pergi lagik nanti provided kali neh pakai gojes-gojes sket. 

Cemana la ada jugak orang macam neh? 
Cemana la I bleh terjebak dalam penceritaan mereka?

I  cerita kat Cik Hazrul.
Suami I kata,

"Patot time dia cerita gah sangat tuh, Umi angkat tepon pastuh cakap 4 juta je? Ok la. Saya juai."

Hahhahhahaha.

Btw, Liza kalo balik Perlis kot nak lawat kedai tuh habaq la.Haha.


Monday, December 3, 2012

Happy Second Anniverary To Us

O Allah, bless our marriage and let it be a means for us to become closer to You in love and devotion.

Let it be a source of untold blessings, happiness and joy.

O Allah, let our marriage be a way for us and our families to enter Jannah.

O Allah, protect our marriage from the whispering of Shaytan.

Give us the strength to live together in justice, equity, love and, mercy.

O Allah, let this marriage bring untold blessings to us individually, to our families, and our children InshaAllah.

O Allah, bless us with children who will be a source of great joy and happiness.

O Allah, give us the love which you had blessed Muhammad, Allah's Peace and blessings be upon him, and Khadija with, May Allah be pleased with her.

Ameen Ya Allah. 
Alhamdulillah..
It's been 2 years of wonderful marriage.
Image
3rd December 2010
By the way, I tak dengaq kabar suami for 18 hours dah since betri beliau kong kat MAHA smalam.
But knowing my husband, I tak perlu pon bimbang.
Harap-harap everything goes well..
See you at home Babah!

Sunday, December 2, 2012

Ichi Ni San

Tetiba mari mengira satu, dua tiga in Japan.
Motivo?

Okeh, motif dia sangat menjengkelkan sebenarnya.
I am currently watching Strawberi Cinta sambil gelak-gelak keji.
Cemana la Uncle Dav*d neh sangat la so called creative sangat.
Eh, sebelom I plak dikeji sebab tengok, izinkan I bagik penjelasan.
Husband is at MAHA. Little hero is sleeping. 
Wut do u expect from A*tro  weekend macam neh.

I tengok papan iklan neh time gih tengok Twillight ngan Encik Hazrul last time.
Noticed la Yana Samsudin pakai baju pesen lolita tuh.
Tapik tatau la muvi berkisar mengenai apa sampai la dengaq radio a few days after.
Dah tengok Sebalik Tabir neh baru tau pasai apa..
Tros teringat Para Para Sakura.
Tapik Para Para Sakura buat kat Jepun and the word Sakura itself depicts the muvi kat mana.
Neh buat kat Malaysia, tajuk Strawberi Cinta.
Buat la tajuk yang melambangkan Malaysia's features sket.
Buah Pala Cinta ka, Padi Cinta ka, Nanas Cinta ka..
Rupanya I baru terbaca yang buah stoberi neh ialah lambang cinta pada zaman Yunani kuno.
Eleh, u ols mesti tak tau jugak kan?
Hiks.

Eh, beria sangat Cik Huda. Macam la ada share dalam muvi tuh.
Setakat suami  anda one of the Dasar Pandang Ke Timur  punya produk neh tak payah la nak beria alert.
I bukan apa, I cuba nak kurangkan dosa I mengutuk di samping menyampaikan rasa hati.
I impress kalo dengaq suami I spikang Japanese(jangan bagitau dia) which I hardly heard la nowadays.
Tapik kalo dia cakap dengan kenkawan dia pon cemus jugak sebab tak paham.Haha.
I bleh paham a few words, perkataan yang I rasa dia terapkan kat I hanyalah sangkyu=39 dan oyasumi sebab dedolu time berchenta gudnite bid dia yang tuh la(Skang gudnite wish omputeh dah), aishiteru (hikhik)) , dan lelain i paham sebab tengok anime. 
Tapik okeh la kot pronunciation the casts. Kira konppiden jugak la mereka.
I nak cakap wakarimashta pon tak yakin.
Kalo cakap ai shiteru tuh yakin la.
Hakhak.

FYI, nama kakak  heroin ialah Yamada Ichigo.
read:Mengingatkan I pada Kurosaki Ichigo of Bleach.Haha.

Tapik I rasa Japanese conversation yang paling caree sekali ialah Jambu punya performance dalam Maharaja Lawak Mega last week.Hillarious.I dengan Cik Hazrul renggah gelak tak hengat tengah-tengah malam.

By the way, sapa yang nak gih nonton Strawberi Cinta di panggung memang kudos la!
Yaya, as a muvibuff jangan ketinggalan saksikan muvi ini bersama Fuct.
*lari*

Image
*credit*



p/s: Kite rasa nak beli la kalo kuaq kat Astro First Babah.*siul-siul riang*




Monday, November 26, 2012

Abeh dah Twillight

Smalam I telah berjaya menonton muvi sampai abeh owh!
Twillight Saga : Breaking Dawn Part 2.

I rasa, kalo tak kira The Dark Knight Rises, Breaking Dawn Part 1 ialah muvi terakhir yang I tengok ketika anniversary I tahun lepas. Eh, bukan-bukan. Ombak Rindu last (seriyes menyesal tengok kat cinema.Haha)

Kali neh berjaya menonton sebab I dan suami gih tengok show petang. Mikhael tenang tido kat umah bersama Mak Tehnya.

Akhirnya after 4 years abeh jugak Twillight neh. I ingat Twillight neh dah brapa tahun sebabnya Twilight yang first I tengok dengan Wafa, Bed ngan Ehar hari wedding Yaya sebelah Fuct kat Gombak. As Yaya baru celebrate dia punya 4th anniversary, btol la tuh. Hehe. Siap pakai baju kurung lagik. Tengok kat Jusco Bukit Raja.

I dah beranak sorang baru abeh. Tapik kira ok la tuh. Kalo Naruto tuh, dari zaman I dok berchenta dengan Babah dia kat UM lagik, sampai anak sorang neh tak abeh-abeh lagik. Silap-silap Mikhael dah darjah 1 pon tak abeh lagik.


Image
*google image*
Secara keseluruhan, ending Twillight Saga : Breaking Dawn Part 2 neh sangatlah tak mengecewakan. Tak rasa ralat la tinggal anak kat umah kuar deting-deting berdua tengok wayang.

Image
Harus la Umi gigih nak snap gambaq jugak.
Dok tengah syiok layan part best, suami terchenta I buat tanya soalan inesen,
"Pasai apa vampire tak dak yang gumuk macam Umi?"
Soalan memang mencabar la.
Tercekik I dok tahan gelak. Gelak kuat-kuat mau kena baling popcorn time penting.

Sakit hati akak.

Ye la, vampire metabolisme depa kan tinggi. Pastuh tak tidoq plak tuh. Minum plak darah, mana ada amek high cholesterol punya food.

Hahhahhaha.

Lepas abeh muvi, husband I tanya nak makan apaapa tak? I kata nak gih Subway. I tanya dia nak makan apa?

"Babah tak nak musnahkan imej vampire yang kurus. "

Haishhh.. I hanya mampu menumbuk perot beliau di atas escalator yang bergerak.

Btw, thanks Babah for taking me to the muvi*hugs & kisses*


Sunday, November 25, 2012

Penang International Bridge Marathon 2012 - Kite ade medal.Kau ade?

Dah 2 minggu skool break. But as Babah was not around, Mika and Umi balik kampung for a week. Pending almost a week nak update kisah Penang Bridge Marathon neh.

We registered for the event bulan brapa dah and the kits arrived quite earlier. Both of us didnt bother to check the size of the shirts. A day before I baru gegeh nak try and the size was 1size down. Sempit oi! Husband was laughing to see me wearing it and turned so was his. Haha. Hambek kau!

Image
The unused marathon kits.
We woke up at 4am as we were going to use the ferry and the shuttle bus. Mikhael pon sebok bangun awal pastuh buat drama sedih. Dia memang akan bangun kalo I bangun. Babah fall for the drama and siap buat ayat, tak payah pi la Umi kalo dia tak bagik. Hoho. Tapik I keraskan hati nak pi jugak. Unlike him who has no problem to spend his time with others, I hardly have my own space as Mikhael mana boleh berpisah dengan Umi.Hiks. Ni antara perkara yang I tunggu nak buat tahun neh. Setakat muvi tuh I willing ja la to sacrifice-sampai skang la The Dark Knight Rises aku tak abeh-abeh. Lagik pon sia-sia la import Jiha jauh-jauh mintak jagakan Mikhael.

Image
RM1.20 harga feri semasa pi dan balik.

Image
Ramai gilos. Bridge closed until 10am.

Image
Muka penoh semangat di pagi hari.
Marathon started at 6.30am. As husband and I participated in 10km open women/men, we needed to complete the run in 1 and half hour time to get the medal. To see my husband's preparation last year, I dun really put much hope to finish it in time. 2 days before the marathon, both of us walked within 7 km at Mengkuang Dam, with Mikhael of course. A day before the marathon, I managed to jog/walk for 30 minutes only.

But, miracle happenned. Well, it was not a miracle. It was the courage brought us to the finishing line. Hiks. It was such a great moment to finish it.
Everytime I feel like giving up, husband will go,

Umi tengok blakang, ramai dah Umi tinggai.
Kita lari sampai signboard tuh ok, pastuh kita jalan.
Amek semangat depa-depa yang jalan neh Umi.

Thanks to my dearest husband for such an enormous support. I dun think I could make it alone without him.

Love you husband!
Image
10km finishers. Kau ade?

Image
Muka bergaya pakai medal dah abes lari.

Image
Life without limit:)

Image
Cara hidup sihat yang sebenar;p.

Image

Image
Mau pengsan.
Balik rumah tengok buah hati pengarang jantung riang sambut Umi ngan Babah kat depan pintu.  Rasa macam mau participate half marathon next year. Next year Mikhael bleh la ikot Umi ngan Babah.

Tapik nak kena ringan dulu sket la. Hahhahahha.
I said to husband,

Me:Kite rase kalo kite prektis 6 months earlier mesti kite lagik laju lari.Kite tak larat sebab kite berat.
Him: Tu la. Berat sangat.

*rolling eyes*
Image
Our winner:)

Sunday, November 4, 2012

Gagal Lagi dan Lagi

I was so inefficient checking the transfer result this time.
Kalo tak agak gigih pagi-pagi buta tak pon tengah-tengah malam dah check.
Since dah 2 tahun asik buat kerja yang sama ja so this time around I dah berhenti berharap.

Turned out, result memang lambat displayed.
Memang tak tau brapa ramai yan menghamun KPM smalam.
Dah la postponed sejak 2 minggu sudah.
Memang ye kot, nak selit nama anak sedara, cucu sedara, anak jiran belakang umah dulu la tuh.
Yang serdak-serdak baru bagik kat orang kebanyakan.

Bila I checked and read,

Permohonan anda ke KEDAH tidak diluluskan - I dah tatau nak bereaksi macam mana. Rasa heartless dah.

Thank you KPM for being so considerate.
Ye la, may be alasan I tak ckop kukuh kot.
Apa la sangat berjauhan dengan suami dan jaga anak sorang-sorang.
Bukan jauh pon nak ulang-alik dari Selangor ke Penang tuh.
Gomen kan dah bagik extra 13% basic, boleh guna buat blanja ulang-alik.
Bayar je la sewa umah lebih-lebih tuh kan.
Belanja dapor dengan bil-bil semua tuh apa la salahnya separate.
Tak luak pon duwet.

Hak petuih!
Sakit jugak la hati walopon dah bersedia dengan keputusan.

Smalam I sms suami I lewat dah - Result dah kuaq. Tak dapat tukaq. Suami I pon redha ja suh continue ngan plan I nak carik umah sewa lain.

Tapik bangun pagi tadik bila nampak muka Mikhael tido dengan tenang, tetiba ja menitik-nitik air mata I. Well, Umi kan drama. When it comes to my husband or son mesti touching terlebih. Huhu.
Kesiannya la kat anak I. Babah dia tak pe la. Ok je.

Alhamdulillah, tadi Zatul kol bagitau kat umah sewa dia ngan Fiza ada orang nak kuar. So I pantas la gih cop.Kat sini umah sangat la susah nak dapat. Biasanya I lepas skolah tros gih tompang mandi ngan solat Maghrib kat umah depa tuh la. Ada orang tengokkan Mika - dia lasak sekarang.Tinggal sorang-sorang agak seriau.

I dengan husband siap pertikai cemana KPM justify perpindahan. Ada a few kawan-kawan I yang dah beranak dan long distance dengan suami tak dapat.Tapik yang bujang-bujang dapat ja. Memang la rezeki masing-masing tapik justify la elok-elok. Suami I kata, kalo Umi nak gih Putrajaya tak payah la kata nak gih merayu, kata ja nak tanya cemana prosedur sebenar.

Nak kena pilih negeri mana?
Nak kena berkhidmat lama mana?
Nak kena pakai kabel besaq mana?

Eh!!

Tuesday, October 30, 2012

Raya Haji Yang Lalu

Tengah ujan skang maka terpaksa buat entry sebab lapang. Motiff sangat kan lapang? Nak uruskan buku teks tapik dengan ujan neh, selamat la buku teks kebasahan jap gih.
Terpaksa la postponed ke besok.

Raya Haji tuh I cargas balik Penang lepas skolah hari Selasa lagik.Hari Rabu amek cuti.
Oh yeah! 
Bahagia rasa dok kat umah, lupa kata lambat lagik nak cuti skolah. Malam raya baru balik Perlis as suami terchenta sebok bekerjaya.

Nasib baik la tukar kilang baru dah ujung-ujung skolah neh.Kalo tak mau la Umi ngan Mika jumpak Babah time cuti skolah je.

Balik Perlis dari Penang almost 2 and half hours. Giler owh.Selalu kalo Hazrul Alonso drive within 2 hours dah sampai. Semua orang feeling balik raya malam raya kot.

Gambar raya keluarga tak berkesempatan nak amek.Haha. Raya Haji neh tema tidoq. Siap gojes-gojes pastuh tidoq.Siap tengah hari pi beli KFC. Haha. Pukol 4 lebih baru kuaq gih makan kendurik korban pastuh gih umah Wija ngan Bj kat Beseri.

Image
Buah-buah hati taye in pepel.



Raya ke-2 lagik caree. Siap pi Padang Besaq. Ingatkan tadak orang raya-raya neh rupanya siap ada bus bagai. Depa neh pi raya kat Padang Besaq kot I ingat..


Image
Babah dah macam peniaga.Haha.

Pastuh I ngan suami siap buat last minute open house as banyak giler sup tulang kitorang bawak balik. Siapkan rojak as kuah dah ada. I masak nasik, buat daging paprik. Ketupat lemang serunding, kueh raya - Setel! Jemput rakan-rakan suami sebab I tadak rakan untuk dijemput.Seedih!
Hahhahhaha.

Balik kali neh Mikhael dah mula berjalan.
I dah agak dah. Budak kurang kaseh sayang bapak tuh memang-Dia nak tunjuk skill depan Babah ja.Hehe.
Puas berjalan kat Mengkuang Dam.

Image

Image
Terkedek-kedek.





Image


Image


Image
Balik ke Selangor semula dari Penang 8 jam.
Penat amat! Nasib baik sampai pukul 5 pagi tuh Mikhael nak sambung tido.Tapik pukul 7.30 pagi dah bangun.Hoh! Tak reti penat btol budak kecik neh.

Image
Pastuh pengsan pukol 10.Penat drive kot Babah kata.
Tak sabar nak tunggu cuti skolah dah!
 
I'm trying to live my life to the fullest. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino