Apabila dikunjung kesempitan, masalah,
konflik, ujian,
kesedihan, musibah yang menggoncang keyakinan kita
haruslah
kembali kepada Allah SWT.
Tidak usah berterus-terusan melawan
takdir dan menyalahkan dunia sekeliling.
Kita diuji kerana Allah SWT
masih sayangkan kita
dan masih mahu menunjukkan jalan yang lurus kepada
kita
agar tidak dibiar hanyut, leka dan alpa dalam keseronokan.
Kegembiraan sementara yang belum tentu baik buruknya.
Yakinlah kepada sesuatu yang hilang.
Sahabat, kepercayaan, harga diri,
saudara,
kegembiraan, kebiasaan, kemewahan, maruah,
keyakinan diri atau
anak akan digantikan dengan perkara yang lebih baik.
Yang pasti yakinlah
kita, seyakin-yakinnya
barulah Allah SWT akan memberi yang terbaik
kepada kita.
Bukankah Allah SWT itu mengikut sangkaan kita terhadapNya?
Mari muhasabah diri bersama-sama :)
-petikan dari iluvislam-