Gunung Datuk 26 Mac 2022
Sudah lama tidak mendaki semenjak Pandemik COVID-19. Sebelum ni masa ada kelonggaran sedikit ada juga hiking di bukit gasing KL dan bukit wawasan puchong. Ini kali pertama hiking jauh naik gunung. Gunung Datuk ni antara tempat faveret saya untuk buat day hike. Bertolak dari Kuala Lumpur sebelum subuh iaitu sekitar 4.30am, target untuk subuh di Tapak Rekreasi Gunung Datuk jam 6.00am. Dan sekiranya anda datang sampai sebelum subuh anda masih berpeluang untuk dapat tempat parking diatas. kalau lambat perlu parking dibawah (kawasan lapang). Saya sampai sekitar jam 6.00am, then selepas solat anda boleh bayar permit RM5.00 pada pegawai perhutanan yang berada berhampiran pondok, jika lewat then kena bayar permit kat pondok permit dalam trail. Mula mendaki jam 7.30am. kami sampai di Hentian Rehat RnR jam 8.15am. Kat sini rehat dalam 15 minit sambil tunggu yang lain. Seterusnya meneruskan perjalanan menuju ke Base Camp tiba jam 9.30am. Sampai disini pun rehat sekitar 15 minit tunggu rakan2 yang lain. Selepas itu barulah perlahan2 menuju ke puncak dan tiba jam 10.30am, jika orang tak ramai dari basecamp ke puncak cuma ambil masa 5 minit sahaja. tetapi jika ramai orang kita kena beri laluan dan tunggu giliran. Biasanya sampai puncak pendaki tidak tunggu lama kerana panas. Selepas bergambar dan relaks sekejap kebanyakan akan turun ke basecamp untuk sarapan. Kami sarapan sekitar jam 11.00am. Lepak di basecamp sampai jam 12.00 tengahari baru la turun.
Berikut saya kongsikan Video pendakian saya, harap anda terhibur


















