The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for September, 2022

Betong Thailand 13-14 Ogos 2022

Posted by hamydy on 19, September 2022

Image

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan selamat datang ke blog saya. Untuk artikel kali ini saya akan menceritakan perjalanan saya ke Betong Thailand setelah pandemik COVID19. Ini adalah pertama kali saya memasuki Betong. Sebelum itu saya ada buat carian maklumat di internet berkaitan prosedur masuk, mulanya perlu membeli insuran dan perlu register Thai Pass. Tapi bila masuk bulan Ogos 2022 semua peraturan tersebut sudah tidak dikenakan lagi. Ok saya ceritakan satu persatu.

Penginapan di Pekan Betong murah, hotel yang kami booking cuma RM120 untuk 4 orang. Kami booking hotel berdekatan dengan Clock Tower betul2 tengah Pekan Betong. Nama hotel Jacky Chan Hotel, Hotel baru di kawasan shoplot kedai. Hotel yang faveret orang Malaysia booking adalah Butterfly Princess Betong Hotel, jarak dengan clock tower cuma 1.4km sahaja. Kenapa saya cakap hotel ni faveret antara sebabnya adalah ada ruang parkir yang luas, dihadapan hotel ada beberapa kedai makan melayu betong dan ada kedai sewa motosikal. Geng2 Biker juga ramai menginap disini. Jika cuti sekolah kena booking awal hotel Pekan Betong ini. Biasanya Jumaat Sabtu full booking, saya booking 2 minggu awal.

Piyamit Tunnel. Perjalanan ke Piyamit Tunnel mengambil masa cuma 30 minit dengan jarak lebih kurang 16km. Sampai piyamit tunnel kami kena bejalan sikit naik bukit, sampai diatas dikenakan tiket masuk 60 Thai Baht seorang. Tunnel ni adalah tinggalan pasukan komunis. Lawatan ke tunnel ni ambil masa lebih kurang 1 jam jalan santai2 sambil bergambar. Tiada yang menarik cuma sejarah untuk kita ambil tahu. Boleh cuba masuk kedalam terowong ni, ada yang panjang dan ada yang pendek.

Skywalk Ayerweng. Keesokan harinya Ahad kami ke Skywalk untuk lihat Awan Nano. Kami tempah tuk-tuk yang sama kami ambil ke Piyamit Tunnel. Jam 3.30pagi drover tuk-tuk dah datang hotel kejutkan kami. kami Siap2 dan bertolak jam 4.00pagi. Bayaran tuk-tuk sebanyak 1500 Thai Baht (return). Tuk-tuk ni muat 8 orang kalau datang 8 orang boleh kongsi. Kami 3 orang so sorang 500 Thai Baht. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dengan jarak 36km. Mulanya dalam perjalanan driver tuk-tuk (Abang Mail) ni singgah di sebuah masjid nak solat subuh, tapi disebabkan kami nak sampai awal dan kami ada bawa sejadah dah sudah ambil wuduk siap2 maka kami terus ke skywalk. Sampai parkir skywalk Abang Mail bawa kami solat subuh di kawasan geng driver tuk-tuk solat. Lepas solat sekitar 5.30 camtu kami ambik ojek motor untuk naik ke puncak dengan bayaran 30 Thai Baht. Untuk kalau naik ke menara ada dua cara tuk-tuk rasmi dan ojek motor, bayaran pula untuk naik 30 Thai Baht, untuk turun 20 Thai Baht. Kami naik motor untuk cepat. Sampai atas di menara dah ramai pengunjung beratur untuk masuk. Pintu masuk belom lagi buka. buka pun sekitar 6.30pagi. Tiada Bayaran masuk dikenakan, cuma bayar 60 Thai Baht untuk Cover Kasut.

Selesai sarapan kami sambung jalan-jalan shooping cari buahtangan di betong mall. Jam 11.00 tengahari kami check out dan naik tuk-tuk ke Imigresen Betong. Akhirnya jam 12.00pm kami berjaya masuk semula ke Malaysia. Begitulah cacatan ringkas Lawatan Singkat Awan Nano ke Betong Thailand.

Image
Image

Detail Seperti berikut:

Trip Santai Awan Nano Skywalk Betong Thailand ~ Trip Awan Nano Skywalk Ayerweng

Day 1 – Sabtu : 13.08.2022
8.00am – Sarapan Pekan Pengkalan Hulu
10.00am – Parking sebelah Imigresen
10.30am – Imigresen Malaysia & Thailand
11.00am – Sampai Pekan Betong
01.00pm – Piyamit Tunnel
04.00pm – Jalan-jalan shoping
08.00pm – Night life Pekan Betong

Day 2 – Ahad : 14.08.2022
04.00am – Tuk-Tuk ke Skywalk
05.00am – Sampai Parking + Solat Subuh
09.00am – Sarapan di Pekan Betong
11.00am – Check Out Hotel dan ke Sempadan.

Perbelanjaan
Parking Kereta = RM30
Teksi dari parking ke imigresen = RM10
Teksi Imigresen Thai ke Pekan Betong = RM30
Hotel = RM120 semalam (Bilik 4 orang)
Tuk- Tuk ke Piyamit Tunnel = 700 Thai Baht (Return)
Tiket Masuk Piyamid Tunnel = 60 Thai Baht
Tuk- Tuk ke Skywalk = 1500 Thai Baht (Return)
Caj Masuk = 60 Thai Baht ( Cover Kasut)
Moto ke menara = 30 Thai Baht
Tuk-Tuk turun = 20 Thai Baht
Shoping Tshirt motor = 300 Thai Baht
Duit Thai yang di Bawa = 2000 Thai Baht

Perbelanjaan teksi, hotel dan tuk-tuk kongsi 3 orang.

Contact
Betong Teksi sapu : +66 64 869 9464 (Sam)
Tuk- Tuk : +66 92 834 9508 (Abang Mail)
Jacky Chan Hotel : +66 89 739 4425 (Mis Jia)

Tips masuk Imigresen Thailand
Vaksin Mysejahtera kena tunjuk kat imigresen thai Sediakan RM2 untuk cop masuk dan RM2 cop keluar Kena isi kad masuk, kad yg di cop jangan bagi hilang.

Video Youtube Betong

Posted in Melancong | Tagged: , | Leave a Comment »

 
Design a site like this with WordPress.com
Get started