Jumaat, 7 Disember 2007

Gua Kelam, Kaki Bukit, Perlis

Image

GUA KELAM, Kaki Bukit Perlis 2 Dis - Destinasi pelancongan dan riadah ini merupakan destinasi yang kedua saya lawati selepas Wang Klian. Ternyata suasana semulaji yang mengekalkan konsep semulajadinya masih lagi terdapat di sini. Bagi yang datang ke Perlis, singgah-singgah ke Gua Kelam ini.

Tiket masuk ke gua kelam ni adalah RM1 sahaja. Bayaran ini dikenakan untuk memasuki gua sahaja. Kalau nak mandi manda, tak perlu bayar. Kawasan air terjun yang menempatkan banyak kolam-kolam kecil ternyata boleh melakukan pelbagai aktiviti.

Semasa berada di sana, banyak keluarga yang sedang berehat sambil melayan anak-anak kecil yang suka bermain air.


Bingkisan Kali Ini

Image
Air terjun mini. Ni kawasan yang terdapat setelah memasuki gua

Image
Di penghujung gua. Kawasan di pintu keluar gua.

Image
Dalam gua. Untuk sampai ke hujung mengambil masa dalam 15 minit.

Image
Struktur batu yang terdapat dalam gua yang menarik.

Image
Ni lagi jelas.

Image
Gambar saja.

Image
Kawasan ini telah dirasmikan oleh YB kita.

Image
Kawasan perkemahan pun ada.

Image
Tol??

Wang Klian @ Satun - Sempadan Malaysia Thailand

Image

WANG KLIAN 2 Dec. - Siri lawatan ke Wang Klian ini merupakan lawatan yang tidak dirancang. Sebaik tiba di Kangar, saya dibawa oleh Norhazlan untuk berjalan-jalan disekitar Perlis. Keletihan perjalanan sejauh lebih kurang 800KM yang mengambil masa selama 12 jam perjalanan menaiki bas terubat apabila dapat berjalan-jalan di Wang Klian.

Wang Klian atau dikenali oleh rakyat Thailand sebagai Satun merupakan destinasi pelancongan yang perlu dikunjungi apabila sampai di Perlis. Pelbagai barangan termasuk makanan ada disini. Antara barangan yang menjadi perhatian saya ialah teropong (dari RM 25), helikopter kawalan jauh (dari RM120), makanan ringan seperti kerepek (3 paket RM5 / 3 paket RM10).

Kawasan pelancongan di sini terpisah oleh dua buah negara. Atas persetujuan kedua-dua belah pihak (Malaysia-Thailand) kedua-dua rakyat boleh memasuki negara masing-masing tanpa menunjukkan dokumen seperti passport. Kelonggaran ini hanyalah setakat kawasan membeli belas di Wang Klian ini sahaja. Kalau betul-betul hendak masuk ke Thailand, barulah membuat prosedur yang lengkap.

Kebanyakan rakyat Malaysia suka membeli belah di Malaysia dan sebaliknya. Pengalaman yang saya dapati setibanya menjejakkan kaki ke Thailand ialah mengenai HON (hon- yang bunyi, tin tin). Rakyat Thailand amat mengambil berat terhadap keselamatan di jalan raya. Hampir sejauh 200 m, jika ada apa-apa objek yang menghalang perjalanan, si pemandu akan membunyikan hon sebagai tanda amaran. Ini kerana, jika kemalangan antara motosikal dan kereta, walaupun motosikal yang bersalah, ini tak ada maknanya, kerana kereta juga akan dipersalahkan. Ini sama juga kepada pejalan kaki dan motosikal.

Banyak juga saya beli barangan, tapi makanan je lah. Buat makan-makan dalam perjalanan balik nanti. Ok lah, di bawah ini terdapat beberapa gambar yang sempat di ambil.

Dah. Wassalam.


Bingkisan Kali Ini.

Image
Ni gerai yang ada di sempadan Malaysia lagi. Tempat letak kereta ada kat belakang gerai ni. Murah je, sekali parking untuk kereta RM2 @ 20 bath

Image
Kelihatan rakyat Thailand yang pakai Jersi No 10 sedang melihat pakaian yang di jual di Malaysia

Image
Nilah gambaran di sempadan Malaysia. Luas dan panjang. Kalau jalan depan lagi, akan ada kastam.

Image
Ha.. ini ialah di tengah-tengah antara kedua-dua buah negara. Ni adalah pos kawalan kastan Thailand. Kalau berjalan kaki, masuk ikut sebelah kiri sekali tu.

Image
Nampak menggiurkan. Maklumlah, baru sampai-sampai je Perlis dan pi jalan-jalan. Nasib baik kat umah Alan dah telan burger. Tapi perjalanan yang jauh dari Kangar ke Wang Klian ni buat lapar balik. Nak tahu apa di atas ni.

Image
Ini ialah makanan popular di Thailand iaitu Pulut Ayam. Harga murah je bergantung kepada saiz ayam. Kalau tak silap yang atas ni harga dalam RM2++. Tak tahu, sebab orang belanja. Hahaha.

Image
Makan dulu eh. Rasanya seperti di Malaysia je. Cuma di Malaysia tak pernah lagi makan pulut dengan Ayam. Kalau pulut dengan Cendol, oklah juga. Tapi sos dia sedap. Ayam pun garing.

Image
Ni dah nak balik ke Malaysia dah.

Image
Ramai orang shopping periuk, pinggan dan macam-macam lagi.

Image
Ni vespa harga mula-mula RM11, lepas diskaun guna student card, dapat lah RM10. Ingat 10 bath..... sekali 100 bath lah.

Image
Ini hasil kraftangan daripada tempurung kelapa.

Image
PS pun ada. Haa.. Ini tipu punya PS. Pakai tape lagi. Luaran je sama.

Image
Ni kawasan bebas cukai. Rokok banyaklah. Ada juga coklat yang murah-murah. Pernah dengan 2 Fingger. 10 baru RM2.00. Sedap juga. Yang ketara murah ialah air RED BULL yang dalam botol kaca. Kalau di Stesen Minyak dijual dengan harga melebihi RM 2.00, tapi kalau beli kat sini hanya RM1.40. Murahkan.

Image
Sebelum meninggalkan Thailand, bergambar di pintu masuk utama di Satun ini.

Khamis, 22 November 2007

Pulau Pangkor - DDZ39, UTM City Campus

Image

Pada 17 hingga 19 febuari tahun 2006 lepas, kelas kami telah mengadakan percutian ke Pulau Pangkor bagi meraikan tahun akhir kami dalam pengajian Diploma Sains Komputer (mutimedia) di UTM City Campus Kuala Lumpur.

Inilah kali pertamaya saya menjejakkan kaki ke pulau pangkor ini. Ternyata keindahannya telah menarik minat saya untuk berkongsi pengalaman selama di sana. Alhamdulillah, kalau tak silap, saya hanya perlu membayar sebanyak RM120 untuk pakej percutian yang menarik ini. Banyak aktiviti yang dibuat termasuklah snorkeling, menaikkan pukat, banana boat (bayar sendiri), BBQ, makan pagi+tengahari+malam dan macam-macam lagi aktiviti pantai yang dilakukan.

Bagi saya pulau pangkor menjanjikan percutian yang menjadi kenangan dalam hidup anda kerana keindahan semulajadi pantainya dan air lautnya. Selain dari aktiviti di pulau pangkor, aktiviti di jeti pula amat menyeronokkan. Apa taknya, borong sakan dengan hasil ikan dan hasil laut yang lain. Yang penting saya sempat borong sate ikan untuk keluarga.

Pergilah Melancong, Semuanya Ada Di Sini.
JOM JALAN-JALAN

Bingkisan kali ini.

Image
ni kat lumut lagi.... tunggu feri.. sempat lagi poss oleh adi bijak, che syukri, ap dan bos

Image
kat lumut lagi.. bila nak gerak ni...

Image
dah naik dah.... ni masa kat atas feri. belakang tu ialah markas tentera laut di lumut

Image
ni kumpulan saya dalam aktiviti sukaneka pantai

Image
candid.... gambar sakan

Image
ni sapa lah punya angkara... jangan ikut tau. salah tu.

Image
brother belakang tu memang cekap memandu bot. ni dalam perjalanan untuk ke tempat untuk aktiviti snorkeling.

Image
ni kena tunggu abang bot tadi ambil kita orang. bot kecik je, tak muat. sekali pi dalam 5 orang je.

Image
ni tengah makan-makan kat tepi pantai. seronok tengok keindahan alam ciptaan Allah.

Image
aktiviti di pantai... penyu orang

Image
ntah apa ntah.... blur je

Image
ni BBQ pada sebelah malam.. huhu ingat tinggal makan je, rupenye kena join skali brother kipas ni. mak cik yang tengah tu ada ke patut berada kat situ.. kejam.

Isnin, 19 November 2007

Akan Datang - Pulau Pangkor

Image

Nantikan rumusan perjalanan dan percutian seksyen kami iaitu seksyen 39 - diploma sains komputer (multimedia), UTM City Campus di Pulau Pangkor yang telah diadakan pada 17 hingga 19 Februari 2006.

Ahad, 18 November 2007

Portrait Photography

Image

Portrait photography is a popular commercial industry all over the world. Many people enjoy having professionally made family portraits to hang in their homes, or special portraits to commemorate certain events, such as graduations or weddings.


Contoh gambar portrait yang diambil tanpa pengetahuan empunya badan.


Image

Nak tanya? Gambar ni ada nilai komersil tak. macam tada je

Sabtu, 17 November 2007

Akan Datang - Portrait Photography

Image

Potret Terbilang. Nantikan kemunculannya.

Jumaat, 16 November 2007

Tangan dan Kamera

Image

Kali ni saya nak kongsi pada ruangan khas photography ini. Tangan dan Kamera menjadi tajuk pada kali ini. Banyak koleksi saya yang menunjukkan penggunaan tangan ke atas kamera. Tangan ini kalau digunakan kejalan yang benar maka benarlah ia. Macam join fotografi ni, sekali petik je guna kamera boleh buat bisnes. So pandai-pandai gunakan tangan anda.

Dibawah ini saya letakkan beberapa koleksi saya sewaktu di UTMKL dulu.


Image


Image


Image


Image


Image


Image


Image


Image


Image

Amacam, banyak tangan tak? Tangan-tangan nilah satu masa nanti akan menjadi photograper terkenal Malaysia. AMIN.