This was the 'Content' part of the Article Review report that my group and me got to submit for our Ethnic Relations class. Seriously, I was kinda pissed to be given this part of the report task, because, I knew I will really really crap a lot, or maybe 'crap'. *shrugs*
This was the original article that we got to review on -
here.
This was the main part of the report I've got to write on - the content part. *geez*
IN MALAY. ==
Berdasarkan artikel “Menjaga Sensitiviti untuk Kekal Merdeka” yang dibincang, Nurul Anuar Kari menyatakan bahawa rakyat Malaysia telah letih dan muak dengan perkembangan semasa dalam negara yang kebanyakannya berkenaan dengan dunia politik.
Hal ini memang tidak boleh dinafikan dengan laporan skandal seks Chua Soi Lek dan diikuti oleh Anuar Ibrahim, ataupun kematian model Mongolia serta perogolan orang gaji Indonesia oleh menteri, permainan isu-isu politik oleh para pemimpin rakyat yang terpapar besar setiap hari dalam surat-surat khabar tempatan, dengan sekurang-kurangnya 5 muka surat besar, tanpa gagal. ‘Usaha-usaha’ untuk memburukkan nama pihak lain menjadi santapan bahan-bahan bacaan rakyat setiap hari sejak pilihanraya tahun 2008.
Saya tidak setuju dengan penulis yang menuding jari kepada pihak ‘segelintir kecil bukan Melayu’ atau ‘sekumpulan manusia’, kerana kebanyakan isu-isu sensitif ini dibangkitkan oleh kebanyakannya pemimpin-pemimpin kerajaan, dan dipapar secara besar-besaran dalam media, mengundang kekecohan umum, terutamanya bagi mereka yang tidak faham tentang perkara tersebut dan beremosi.
Pergolakan dalam dunia politik tempatan menunjukkan sifat keterbukaan minda rakyat atau para pengundi yang mula memberi pendapat sendiri terhadap pentadbiran negara. Kelemahan-kelemahan dalam institusi perundangan dan perlembagaan negara yang mungkin dilihat sebagai pengeksploitasian oleh pihak pembangkang, merupakan suatu perkara yang baik. Hal ini adalah kerana pihak pentadbir kerajaan negara boleh meminda atau memansuhkan perkara-perkara perlembagaan yang mempunyai kelemahan, selari dengan kesesuaian, keperluan dan perubahan semasa. Contohnya, pemansuhan Akta Keselamatan dalam negeri 1960(ISA) yang diumumkan oleh Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 16 September 2011 yang telah sekian lama menjadi propaganda semua parti di Malaysia sewaktu pilihanraya menjelang. ISA telah lama disifatkan sebagai percanggahan hak asasi manusia dalam kebebasan bersuara setelah menyaksikan penahanan beberapa pemimpin-pemimpin parti politik seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng dan Anuar Ibrahim dan juga termasuk sebagau alat pengugutan penahanan para peserta perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
Penyertaan secara besar-besaran oleh rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur atau bangsa dalam perhimpunan Bersih juga menunjukkan kesediaan rakyat dalam perubahan atau reformasi baru pentadbiran negara yang telah dipandang serong kerana kes-kes rasuah. Klimaks pemburukan pentadbiran negara ialah kejadian kes ‘bunuh diri’ pembantu wakil rakyat PKR Teoh Beng Hock terus menjejaskan sistem demokrasi negara.
Kini, perhimpunan Bersih boleh disamakan dengan keadaan 55 tahun yang lalu, iaitu tahun 1956 di mana rakyat Malaya semua bersatu bawah satu parti dan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya umum pertama Persekutuan, bersedia untuk kemerdekaan negara. Bukankah ini semangat perjuangan Satu Malaysia yang telah dilaung-laungkan selama ini?
Isu hubungan sejenis bukanlah sesuatu perkara yang baru. Gejala ini telah lama merayap dalam masyarakat Malaysia terutamanya dalam generasi muda seperti pengkid. Walaupun mendapat reaksi yang berbeza daripada semua pihak, Malaysia telah menyaksikan gelombang pertama hubungan sejenis, iaitu perkahwinan sejenis antara Jessie Chung (ataupun nama sebenar Jesse Chung) dan temannya Joshua Beh yang telah berlangsung di Kuching pada 15 November 2005. Gelombang kedua pada Disember 2009 merupakan pendedahan rakyat negara Fatine (atau nama sebenar Mohd. Fadzil Min Bahari) yang telah menjalani pembedahan penukaran seks dan sudah berkahwin, kini menetap di Britain.
Walaupun tidak mendapat sokongan daripada agama masing-masing, Jessie dan Fatine serta ramai yang terlibat dalam hubungan sejenis secara senyap tetap mengikut suara hati mereka. Walaupun saya tidak faham pemikiran mereka, namun bergitu kepayahan dan perjuangan yang terpaksa dilalui oleh mereka, daripada keluarga, rakan-rakan dan reaksi orang sekeliling, wajar diberi perhatian. Walaubagaimanapun, isu-isu ini tidak mengugat dari segi kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Prosedur-prosedur yang sudah menjadi norma dalam dunia politik negara ini ialah cubaan para pemimpin parti untuk mencungkil isu-isu sensitif, mendapat bantahan daripada rakyat, atau salah diintepret oleh pihak media dan meminta maaf secara umum. Bukan itu sahaja, sikap sesetengah pemimpin yang suka mengeluarkan kata-kata kesat sewaktu persidangan Parlimen atau Dewan Rakyat mengundang ketidakpuasan rakyat. Hal ini turut akan memburukkan imej negara dengan label sesetengah wakil rakyat yang kurang professional, tambahan pula penggunaan bahasa rojak.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak, adalah penting untuk rakyat sendiri untuk memahami sesuatu perkara yang dibangkitkan daripada terus membantah dan beremosi mengikut fahaman cetek. Hal ini bukan sahaja meybabkan salah faham antara rakyat, ia juga akan mengugat keamanan setempat. Sekarang merupakan masa terbaik untuk warga-warga Malaysia untuk memahami pentadbiran negara secara mendalam agar tidak berlakunya salah faham dan dieksplotasi dalam hal-hal berkait dengan hak-hak sebagai warganegara.
Apakah kewajaran menentukan sesuatu isu yang berkait dengan Perlembagaan, kuasa Raja Melayu dan hak istimewa Melayu sebagai isu-isu sensitif? Sistem ‘Jangan Tanya.’ ini kian menjadi kulat dalam pentadbiran negara ini. Adakah sistem ‘Jangan Tanya.’ Ini akan menjamin kedaulatan perlembagaan Malaysia serta dapat menjaga keamanan dan keharmonian negara?
Pemansuhan ISA hanyalah sekadar pembuka selera, kerana hidangan utama yang lain seperti Printing Presses and Publishing Act (PPPA), Official Secrets Act (OSA) dan akta-akta yang abitiari belum muncul sebagai persoalan besar terhadap parti memimpin. Adakah hanya sekadar menjaga sensitivti akan menjamin kemerdekaan pada zaman ini? Fikirkanlah.
Took me 6 hours to write this shit. Not bad not bad, though I did wish to have a Kamus Dewan beside me that time. Forgotten lotsa vocabs.