Posts

MENCATAT

Image
BANYAK hal yang berlaku dalam hidup kita. Setiap hari, setiap masa, setiap waktu; kita lalui dengan pelbagai perkara. Sesetengahnya masih kekal dalam ingatan kita. Sesetengahnya berlalu pergi dan dilupakan walaupun bukan dengan sengaja. Kita manusia, takkan mungkin dapat mengingat semuanya. Semakin menginjak usia, aku sendiri tak dapat nafikan yang semakin banyak hal sudah mula aku lupakan (terlupa). Walaupun media sosial menjadi ruang untuk mencatat segala hal yang berlaku setiap hari, tetap ia bukanlah ruang yang aku rasakan paling dekat dengan diri aku untuk bercerita. Satu waktu dulu, blog inilah ruang aku bercerita. Ruang aku mencatat sebenarnya. Julai lalu, mencetus semula rasa ingin mencatat setelah aku merasakan bahawa aku sudah melalui separuh usiaku. Di sini, semoga aku menjadi lebih istiqamah selepas ini untuk mencatat segala hal peribadi yang tidak peribadi. Insya-Allah.

SEDEKAD HAFIZ MU'IZZAH

10 tahun hanyalah relatif masa. Sedangkan ada banyak lagi lorong kehidupan yang bakal dilalui dan diterokai, insya-Allah. Terima kasih kerana sering menguatkan semangat, Eja.

MENCIPTA & MEMBINA KANDUNGAN

SETELAH melalui beberapa fasa dalam membangunkan syarikat penerbitan (Legasi Oakheart), membantu para penulis juga penerbit swaterbit (Kuras Buku) dan menyedia serta menganjurkan pelbagai acara untuk seni dan sastera Malaysia (#KABO - Kafe Buku Oakheart), Bangpis dapat rasakan ada sesuatu yang kosong atau barangkali tidak cukup dalam diri Bangpis. Beberapa hari juga memikirkannya dan akhirnya Bangpis menemukan jawapan. Beberapa tahun ini, apa yang membuatkan Bangpis sentiasa 'hidup' adalah kerana Bangpis mendesak diri Bangpis sehabis daya untuk mencipta dan membina kandungan. Ia satu perjalanan yang panjang untuk sentiasa mencari kelainan atau pembaharuan. Ia proses yang memakan masa dan mengerah tenaga yang sesekali mengahnya tidak terkira. Apa pun, tetap ini menjadi keghairahan dan sentiasa memberikan nyawa kepada Bangpis, malah kepada Eja dan seluruh pasukan. Terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada anda semua.

#KABO24JAM & ISTANBUL FELLOWSHIP PROGRAM

#KABO24JAM 31 Disember 2018 - 01 Januari 2019: sudah tahun ketiga kami menganjurkan acara #KABO24JAM. Ada aktiviti yang dikekalkan, ada juga aktiviti baru yang diperkenalkan. Alhamdulillah, usaha kami untuk menjadikan acara ini sebagai alternatif acara sambutan tahun baharu di #KABO (Kafe Buku Oakheart) semakin menampakkan hasil. Setidak-tidaknya para penggiat seni dan sastera tanah air mempunyai ruang baru untuk berekspresi. #KABO diwujudkan sebagai ruang stimulasi seni dan sastera Malaysia. Pelbagai aktiviti dilaksanakan saban bulan seperti Ngopi di #KABO, Secawan Wayang, Sinemandiri, Gelanggang Oakheart, Cilik Seni di #KABO, Bengkel Zine dan lain-lain. ISTANBUL FELLOWSHIP PROGRAM Sementara rehat, Bangpis menyemak e-mel. Berita mengejutkan di awal pagi ambang tahun baharu 2019. Bangpis dan Eja diterima untuk Istanbul Fellowship Program yang akan diadakan pada 26-28 Februari 2019. Walaupun pakej 'bronze' di mana kami terpaksa menanggung kos penginapan, pe...

MEMULAKAN SEMULA

APABILA kita berada dalam keadaan yang terlalu selesa, kita akan berasa sangat susah untuk memulakan semula sesuatu perkara.

PULANG

ADA roh yang tersembunyi dalam perkataan ini. Ia seakan-akan memanggil, tetapi membawa suara yang bertentangan juga. Aku memilih untuk pulang hari ini. Pulang ke dalam diri. Seperti yang aku katakan, ada roh yang tersembunyi - PULANG .

BENGKEL PENGACARAAN MAJLIS

Image
AKU berkesempatan untuk mengikuti Bengkel Pengacaraan Majlis yang dikendalikan oleh Qiyasari Wedding Emcee sepanjang hari ini. Mereka memilih Gelanggang Oakheart sebagai tempat untuk mereka menganjurkan bengkel kali ini. Sekumpulan anak muda yang gigih berusaha untuk menempatkan diri di kalangan pengacara-pengacara majlis yang ada di Malaysia. Dan Qiyasari Wedding Emcee telah membuktikan bahawa mereka juga bukan calang-calang orangnya. Qiyasari Wedding Emcee menyediakan khidmat pengacaraan majlis untuk majlis pertunangan, pernikahan, perkahwinan dan lain-lain acara yang sesuai. Boleh cari mereka di Facebook. Dapatkan perkhidmatan mereka yang sempoi tetapi tetap profesional! Dan, Legasi Oakheart pula menyediakan ruang di Gelanggang Oakheart untuk kalian yang berminat menganjurkan apa-apa acara seni dan sastera dalam kuantiti tetamu yang sederhana dengan kadar sewa yang berpatutan. Boleh SMS/Whatsapp 013 338 5178 untuk perbincangan lanjut. Beberapa gambar di bawah ini me...