Nov 24, 2016

Anak

Assalamualaikum..

Ya Allah rindunya lah hai membebel kat sini. Aku sekarang dah jadi ibu pun. Hihi. Alhamdulillah syukur. Rezeki yang paling bermakna dalam hidup. Rezeki dan juga amanah dariNya buat aku dan suami tercinta ehem :p

Ok nak cerita pasal waktu mengandungkan dan melahirkan anakku yang tersangatlah comel sihat lagi gebu ni. Eh anak aku suka hatilah nak puji kan haha.

First masa mengandungkan afiya faiha ni memang suatu perjalanan yang bercampur ada syok ada stress ada nervous risau. Ah semua emotion la gitu.
3 bulan pertama agak mencabar. Teringin makan macam macam tapi keluar balik. Asal petang ja mula la rasa penin mual nak muntah. Then rasa risau je sebab period ni kan baby tak fully developed lagi. Huhu. Lepas tu asyik rasa nak nangis. Haha. aku pun keliru dengan diri aku dan tak faham asal nak nangis je nih.
Masuk second trimester alhamdulillah getting better. Cuma rasa letih still ada, asyik rasa nak tidur je. Rasa penat padahal tak ada buat apa sangat pun. Jadi malas. Huhu. Tapi dah tak muntah dan makin selera makan. Makan untuk 2 org. Nasi mesti nak tambah. Dan berat pun naik mendadak haha.
Last trimester aku mula control. Takut la kang gula naik diabetes plak satu hal. Tapi still makan banyak dan sangat berselera. Tiap tiap hari de ja benda mengidam. Tapi mostly aku masak sendiri sebab masa ni dah rajin dan kuat. Yang reti la. macam roti canai tu takdenya gigih buat haha.
Hah gitulah journey nya. Best pula rasanya haha sebab masa pregnant boleh nak ngada2 sikit hehe. Bukan buat2 ye memang terjadi sendiri gitu haha..sensitif benar jiwa :p

Oklah cukup pasal pregnancy dulu. Next entry nak cita pasal delivery plak.

*Kenangan2015/2016
*My first pregnancy

Jun 24, 2015

2 minggu++

Image

Assalamualaikum..

Alhamdulillah tahun ini jumpa lagi bulan puasa. Tahun lepas puasa banyak dihabiskan di UPM..Dengan classmates takpun sorang sorang dalam bilik..huhu..Tapi tahun ni..hehe..
Percaya tak percaya, kena percaya jugak, dapat berbuka dengan cik asben..pelik tapi benar :P
Pelik la sebab aku tak ada pun berangan last year nak bukak posa dengan cik asben..
Takot nak berangan sebenarnya haha..

Apa pun dah 2minggu ++ aku mendapat gelaran baru, Puan Farhanah..hehe..
Alhamdulillah majlis berjalan lancar dari awal sampai akhir..Walaupun mekap betul2 siap last minute kot..Elok2 siap semua, orang habaq pihak lelaki dah sampai..Fuhhhh..
Masa tu aku tak macam nervous sangat..Aku lebih risau muka aku ditempek tebal sangat..haha.. Serius yang tu aku duk fikir..Duk fikir pasal veil tak bapa nak terletak la..Ntah pape betul..
Risau lipstick tebal sangat la..Sebabnya aku nak solat sunat jadi tak nak la solat dengan muka tebal macam opera kan..satgi habis sejadah lekat dengan mekap pulak..hoho.. Sebelum cik asben lafaz, ada khutbah sikit tapi aku macam tak rasa apa sangat pun.. Duk fikir la masa tu perlu ke aku nangis satgi..Perlu ke..haha..Sebab tak rasa pun nak touching ke pa..

Macam cepat gila ja rasa perjalanan majlis hari tu..Dari pagi aku bangun awal, makan nasi lemak tak boleh nak telan, so aku makan oat dengan milo ja..then tunggu kak aku mai mekap lama gila..pastu mekap sejam, settle, pengantin lelaki mai, duduk2 sat sambil jeling2 sikit belakang cik asben, kang tengok sangat, macam tak senonoh plak (muahaha)..pastu cik asben sekali lafaz ja dan selamatlah aku menjadi isterinya..
Hihi..Masa tu rasa macam hmmm..ok dah jadi bini orang..lalala..tu je haha..tak rasa pun nak nangis..

Tapi 1 benda aku tak expect banyak sangat kawan kawan lama mai..OMG..serius rasa terharu gila dan nak nangis..haa yang tu betul rasa cam nak nangis..kawan sekolah rendah, menengah, intec sampailah kawan buffalo, senior, juniors buffalo..siap bawak hadiah bagai..serius aku tak expect kot..T_T...

Ok itu sahaja update setelah menjadi isteri kepada Ahmad Najmi bin Ismail..Masih dalam proses perkenalan haha..Yela jumpa pun 2x ja, masa merisik dan masa tunang..Tup2 jumpa lagi tros haa jadi asben..:D


Image
 Part ni macam lawak sikit..Lepas cik asben baca doa, dia kata 'dah!'...aku macam erkkk...okayyy..

Image
 Yeay my favourite color!! haha
Image
Selit sikit..Our first dating..hoho :P

Selamat berpuasa :)


May 26, 2015

Kurang 2minggu

Assalamualaikum..

Aku selalu jenguk blog aku ni, nak taip2 tapi tak tau nak tulis apa selain dari kawin..hahaha..gedik sangat bunyinya tu..Huhhh..maaf la camni kot sindrom bakal pengantin..
Percaya tak percaya kena percaya juga kurang dari 2minggu sahaja lagi ok..Diulang KURANG 2MINGGU.. boleh jadi sasau kalau duk hitung sangat nih..tapi apakan daya mesti nak countdown..adakah semua orang begitu..haha..

Tapi serius aku kadang kadang rasa macam mimpi..Mimpi panjang sungguh aih dari bulan 10 lagi haha..Tapi kena gak percaya walaupun memang payah nak percaya dah tak lama nak tukar status diri. Bukannya tak bersedia tapi macam rasa pelik haha..Orang yang dah lama aku tak jumpa tetiba nanti dengan izinNya jadi suami aku..Ha camne tu..Tapi bukan kawin paksa la..of coz dengan rela hati haha :P

Papun Alhamdulillah setakat la persiapan dalam 80% kot..dan minggu2 terakhir agak sibuk walaupun aku dah tak kerja dan agak kelam kabut sikit. Bila malam ja bolelah nak rehat2 sikit huhu..Minggu akhir sebelum kawin pun nanti iaitu minggu depan memang sure sibuk nak kemas rumah..Ginilah bila adik beradik suma balik berkumpul, banyak bilik nak kena kemas..Ruang2 lain lagi..nasiblah bakal pengantin..sobss..Papun bakal pengantin kena jaga muka supaya tak hitam hahaha..tu penting ye supaya nampak berseri2 nanti..muahaha..

Ok rasa macam wayar da tercabut satgi duk merepek sangat pula..Better stop hahaha..
Lepas ni update lagi ye..07.06.2015..Moga dipermudahkan urusan..Amin :)


Feb 27, 2015

Feb 2015

Assalamualaikum..dunia..

Aku dah lama sebenarnya nak update. Tapi duk tangguh sebab macam tak reti pulak nak bercerita kat sini..Dulu rajin sungguh la masa zaman degree, zaman muda2..haha la dah kurang muda.

Sekarang dah 26 tahun..sobs..Happy birthday to me haha..Tapi walaupun da 26 ada la jugak orang sudi nak celebrate..Sape la lagi kalau bukan cik sazaku dgn ma babe..Ma babe bagi kek expired haha..Memang kuang asam betul secret recipe, nasib bole dapat ganti kek tu..Sedih tol da syok2 tiup lilin, makan2 ewwwww...
Tahun lepas celebrate dgn ma babe gak dan cik Aida merangkap roomate kat upm. Sweet sangat cik Aida ni, dia belikan aku kek siap dengan hadiah lagi..Malu2 kucing rasa masa tu haha..Kenal kejap ja dengan Aida ni, tapi kitorang ni macam de chemistry gitu, bila stat nyembang tu dia jenuh nak stop..Gelak toksah kata la, nasib jiran sebelah tak marah hahaha..Benda2 remeh pun bole jadi isu dengan Aida ni macam isu orang tak on off suis toilet, tak tutup pili rapat2, sidai kain tengah jalan, letak seliper merata, kucing berak depan pintu, kucing kencing kat kasut, sinki dicemari dengan sisa makanan dan lain lain..haha..Benda2 macam ni mungkin biasa untuk orang lain tapi tidak untuk kami, tu macam culture shock sikit, kitorang first time duk hostel...lagi satu benda yang memang aku takkan lupa Aida suka belikan makanan lebih untuk aku bila time dia rajin turun p cafe, pastu kata "Kesian la tgk fana, kurus sangat, makan lebih sikit" hahaha (=.=").. Da melalut pasal Aida pula padahal aku nak cerita pasal besday ja sebenarnya..haha..

Ok enough pasal besday. Next nak share pasal kerja. Alhamdulillah da dapat kerja walaupun sambilan ja. Tapi syukur sangat. Memang rezeki aku la. Aku tau pun dari kawan aku sehari sebelum deadline hantar resume. Memang last minute betul la. Habis ja sekolah terus p JKN hantar. Sekolah?? Hehe..Sebelum tu aku sempat jadi cikgu ganti selama 3 minggu. Cikgu BI ajaq darjah 2 dan 3.
Seksa gakla sebenarnya jadi cikgu ni, memang mencabar tapi aku puas hati bila tengok budak2 yang malas dan suka main pun akhirnya dengan rela hati buat kerja aku bagi. 3 minggu tu memang sibuk la, bila takda kelas pun da ja keja kena buat. Memang takdala time nak duk saja2 kecuali masa makan ja la..Haritu aku dapat msg dari cikgu diorang, "thanks farhana byk tolong akak, budak2 cakap miss baik dan tak garang macam madam" What?? Aku rasa macam dah habis garang dah, patut aku marah
tak bapa nak jalan..sobsss..(T_T)

K tu update di bulan Februari 2015..My fav month..hihi..


Image


Image
                                             

Nov 6, 2014

November

Assalamualaikum..

Angin apa tak tau merasuk diri nak berblog..huhu..Oh ya aku dah tukar layout, macam comel la pula warna hijau..taste macam dah bertukar ja, sekarang ni asyik pakai tudung hijau plak..hihi..tapi apapun pepel masih di hatiku..dan lagi satu benda pelik aku beli beg PINK!! PINK kot..sangatlah pelik dan abjaib..lagi satu tudung kale KUNING! aku benci giler kot kuning dulu..huhu..

Ok sudahla membebel pasal kale..itu sekadar intro je merepek lari topik sikit..hihi

Bulan November sudah. Hehe. Apa yang seronok sangat dengan November ni..Jeng jeng jeng..:p
November ni musim kahwin kot..Well biasalah dah cuti sekolah kan, hujung taun, memang meriah la dengan wedding sana sini.. Dan demi kawan baikku merangkap teman serumah ku (kitorang tak tidur sebilik), teman main masak2.. teman tengok running man, teman tengok study kat library, teman macam2 la lagi..sanggup la diri ini untuk pergi kl balik..padahal baru balik ja ni.
Tak pe la alang2 tu boleh reunion sekali dengan budak2 buffalo.. :)

Oh hari tu aku pergi kl untuk konvo la bukan sebab dapat interview kerja ka.. huaaa T_T
Takpala sabar dulu, nanti ada rezeki mana mana dapat la tu.. sekarang duk rumah jaga budak je la.
Ni dah banyak kali terhenti menaip sebab shazwan asyik datang kat aku..ajak main la, nak dukung la, nak tido la, nak mandikan dia la.. sekarang dia da zzzz..hee..see aku pun confuse dengan status diri aku, single mom ke ape ni ?? hoho..

K sekian dulu update di bulan November..

Image

Image



Oct 15, 2014

Update sikitt

Oktober 2014 sudah. oh tidak... baru sedar tak sampai 3 bulan pun nak masuk 2015!!!
Bermakna umur pun jadi 26..gini la kot pempuan tak habis2 dengan isu umur.. haha..
Papun Alhamdulillah.. 2014 setakat sekarang penuh dengan memori yang manis manis jugak :)
Seronok sangat dapat belajar di UPM walaupun sepanjang kat sana ada ja benda aku nak komen.haha. Tapi yang bestnya bersyukur sebab aku sentiasa ditemukan dengan kawan kawan yang sweet gitu..

Alhamdulillah da habis belajar pun..Sedih gak macam cepat sangat habis.haha..Ngada betul bunyik kan..Sebenarnya sedih memikirkan hari hari mendatang selepas dah habis belajar. Bermulalah kembali rutin mencari pekerjaan yang sesuai dengan diri ini. Sob sob..Begitulah hidup, keep on moving yeahhh!! Bagi semangat kat diri sikit..

Nov 7, 2013

hidup baru

Assalamualaikum..

Kali ni nak kongsi sikit alkisah hidup di tempat baru..Hehe..Dah 2bulan ++ aku kat UPM..UPM cantik untuk orang yang memang suka natural ni..bukit bukit ladang..hijau hijau gitu..banding dengan bangunan ja sana sini, tak de sangat pokok2, agak serabut dan tak sesuai dengan jiwa kampung ni..haha..

dan normallah bila orang tau dulu study oversea, so ramai akan tanya apa bezanya..kat sana macam mana..aku macam biasa sure bagi jawapan yang buat orang dengar cam down je kan (aku rasa la ) haha..seriously aku akan fikir lama n cuba cari pe yg bestnya pe yg bezanya..sebabnya bagi aku tak ada beza sgt la..selalu aku jawab entahlah,tak ada la beza sgt pun..sama je oh haa kecuali internet je la kot,sana laju gila..sini biasalah kan lembap sikit..' dengan tone yg xde perasaan sangat..haha..
bagi aku memang tak ada beza la..mungkin sebab suasana buffalo pun lebih kurang je sini cam kampung2 sikit...prof sini pun suma gempak2 dan best sangat sama je macam prof kat sana..diorang pun sangat helpful dan friendly dengan students so basically aku tak nampak la sangat bezanya tu..okay maybe sebab aku coursework kan..so tak nampakla sangat bezanya tapi yang buat research confirm akan rasa bezanya la dari apa yang aku dengar2..

tapi satu benda lain yg boleh experience kat sini aku duduk on campus..haha kelakar la plak kan sebab masa degree duk rumah, de dapur boleh masak, toilet tak payah nak share ramai2 macam sekarang ni..so ni kira pengalaman baru la juga..tapi seronok je..sebab senang nak kemas bilik, tak payah nak bersihkan satu rumah, tak payah nak fikir bersihkan dapur ke toilet..haha gila pemalas je bunyik kan..tak pe la dulu masa degree dah bertahun jadi student+suri rumah tak berlaki kan..so skrang memang agak relax la..even banyak assignment, tapi tak payah nak allocate masa buat semua tu..bila lapar turun je bawah gi cafe,order tros boleh makan..tapi tu la kadang2 rindu juga nak buat groceries macam dulu2 kat TOPS ke Walmart..tapi buat groceries kat sini somehow kurang best sikit kot..sebab kita tak banyak product actually esp food products..so tak banyak sangat variety..

oh cakap sal food, anyway aku sekarang buat master dalam Food Technology..setakat ni sangat menarik dan memang aku minat la..hopefully..kali ni, aku buat pilihan yang betul..amin..
apapun there's still a long way to go..:)