Khamis, 12 September 2019

Projek Replika Merdeka Ammar Rifqi

Asalamualaikum...

wow lamanya tak up date blog iolls... so hari ni nak kongsi sikit projek Ammar Rifqi untuk sekolah dia. cikgu bagi tugasan Replika atau Mercu Tanda Di Malaysia sempena Medeka dan Hari Malaysia yang diperbuat dari bahan kitar semula.

Mulanya nak buat Jambatan Pulau Pinang, dapat pulak idea dari kawan tengok kat FB geng cikgu kongsi buat Tugu Negera pakai straw macam pic bawah ni.


Image

Image

menarik kan.... kretif sangat.. tapi bila fikir straw, manik huhuhu agak pening jugak. so ambil keputusan cari maian2 ammar dalam kotak dan ambil apa yang boleh guna. ammar ni suka mainan askar sebab suka tengok papa dengan abam main PUBG. so banyak la koleksi yang dibeli kat kedai RM 2...

Bahan-bahan;
  • Askar dan kenderaannya
  • Gam tembak
  • salotep (gam antara kertas A4 untuk lapik)
  • kertas putih (mamar)
  • maker hitam (buat line mamar)
  • kotak kecil (2 kotak untuk stage)
  • strorage box (untuk lapik)
  • spray hitam
  • papan kek
  • batu-batu kecil
  • bendera kecil
  • lidi/chop stik



Image
barang-barang mainan ammar ambil dalam kotak mainan

Image
 kebetulan ada kotak dan papan kek terus ambil untuk buat tapak. suruh dia la jadi model sebab tugasan dia punya kan. excited dia tengok benda alah ni semua.

Image
minta dia buat kerja yang di boleh buat sendiri, yang lain 80% papa buat. mama order aja...

Image
pakai kotak terpakai

Image
kalau tengok lebih dekat, patung yang duduk tu papa potong dilutut dan gam semula macam orang melutut. ni pun jenuh fikir nak buat macam mana, nak layur kat api bagi lembik ka, nak potong takut patah salah tempat. bab ni tawakal juga. nasib idea papa bijak.

Image
ni dah siap gam

Image
dah siap gam minta ammar warnakan, tapi......

Image
sayangnya tak lekat. tak terfikir pulak tak lekat. patut la straw tu pakai spray. so esok tu pulak pegi beli spray

Image
beli spray ni weh... naik terus Tugu Negera ammar

Image

so ini lah hasilnya selepas papa spray... lawo kannnnnnn... naik terus Tugu ni.



Image
eksosori tambahan untuk Tugu Negera

Image
bendera ni mula nak letak dekat tangan tapi besar sangat pulak 

Image
ada tambahan batu kat bawah askar tu (kutip depan rumah aje)

dah hasilnya!!!!!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

TARA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Image
alhamdulillah siap semua.... Tugu Negara By Ammar Rifqi

Image

Tuan Ammar Rifqi siap bawa Tugu Negera ke seolah....